Saya Suka! (^_^)

9:18:00 pm Yana Yani 2 Comments

Aku sebenarnya kebetulan "ter"tengok video dari budak Kedah ini dekat link Facebook seorang kawan. Kelakar sangat pada aku!

Cara dia melakonkan babak-babak petikan dari dalam drama TV tempatan mengenai sebelum perkahwinan berlaku, memang menarik! Dengan reaksi dan mimik muka ditambah dengan muka cute dia, memang full pakej lah!

Paling best bila dia menggunakan loghat Kedah ketika melakonkan kembali adegan-adegan dari dalam TV dengan aksi yang tersendiri memang boleh buat kita ketawa terbahak-bahak! Paling koman pun korang mesti tersengih!

Kalau tak percaya, cuba tengok!


Kelakarkan? Aku kata dah!

Disebabkan "ter"tengoklah video inilah baru aku tahu tentang kewujudan Shout! Awards yang sudah memasuki edisi ketiga.

Rupa-rupanya mamat yang menggunakan nama samaran Matluthfi90 ini, adalah calon dalam kategori Social Media Shout Aloud Award 

Selain dari anugerah tu, terdapat 17 anugerah lagi akan diberikan kepada calon-calon yang meraih undian tertinggi. Undian boleh dilakukan menerusi online dan SMS dimana setiap satu mewakili 50 peratus.

Undian dibuka dari 22 Oktober sehingga 22 November nanti. Undilah korang punya favourite nominees. Yang pasti Matluthfi90 dah dapat undi dari aku!

Shout! Awards akan diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 24 November nanti. Saksikan Shout! Awards live di 8TV pada pukul 8:30 malam!

2 comments:

  1. MatLuthi ni memang dia guna loghat kedah je dlm video dia. pernah tgk jugak.. kelakar la jugak

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...