Happy Sangat! (^_^)

12:30:00 am Yana Yani 0 Comments

"Hari ini hari jadi Afif ke Mama?" tanya Afif.

"Ye" jawab aku sambil mengusap lembut rambut anak bujang yang baru bangun dari tidur. Tiba-tiba Afif meluru ke dapur sambil mata melilau seolah-olah mencari sesuatu.

"Afif cari apa tu? tanya aku.

"Mana kek Afif?" tanya dia dengan mata yang berbunga-bunga.

"Malam nantilah bila Mama dah balik kerja" jawab aku dengan senyuman. "Dah pergi mandi. Mama nak pergi kerja ni, nanti lambat" tambah aku lagi.

"Mama kerja ke? Tadi Mama kata Mama tak sihat" tanya Afif dengan kening yang berkerut seolah-olah kepala otak dia sarat dengan pelbagai persoalan.

"Mama tak sihat lagi, tapi Mama kena pergi kerja juga nanti bos Mama marah" jawab aku acuh dengan tidak.

-------------------------------------------------------------

Malam tu seperti yang telah dirancang, kami menyambut birthday Afif dan Aki dengan cara ala kadar.

Apapun terima kasih Aki dengan Wan sebab belanja Sate! Sedaapp! Dan apa yang paling penting sekali kedua mereka happy especially sekali Afif bila dia nampak kek dia ada dinasour!

Thanks Noormie Eryn for a delicous and cutest cake ever!
Birthday boy happy sangat dapat potong kek dinasour!
Dan yang paling best bila tengok respon Aisy yang first time dapat makan kek!

Untuk makluman aku tak pernah bagi apa-apa yang mengandungi telur kepada Aisy selepas peristiwa dia bengkak-bengkak satu badan.

Masa umur dia 6 bulan aku dapat detect yang dia ada alergik dengan telur. Atas nasihat doktor, aku telah pantangkan Aisy dari makan telur!

Kek yang aku order khas untuk birthday Afif dan Aki ni adalah eggs free!

Punyalah dia happy sampai nampak gigi taring dia!
Dan untuk menambahkan happy, blog aku sekarang telah dilawati lebih dari 1000 kali! Wah, bangga sangat dalam tempoh 4 bulan aje readers aku dah bertambah!

Eleh, baru 1000 dah bangga! Hehe! Bukan apa, kita kena berbangga dengan kelebihan kita sendiri. Jangan bandingkan dengan orang lain sebab setiap di antara kita ada kelebihan sendiri!

Kalau bandingkan blog aku dengan Kaki Sembang memang kalah lah wei! Dia dapat 100 ribu visitors dalam tempoh 3 bulan sahaja! Tak terkejar wa beb!

Statistik setakat 22 November 2012, 11:09 pm

Apapun terima kasih kepada mereka yang sudi dok baca blog aku yang tak seberapa ni especially my little sister Annur dan Anis, kerana mereka merupakan pembaca setia blog aku ni.

Keep following my post ya and thank you once again! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...