Maafkan Daku Sahabat (^_^)

10:03:00 am Yana Yani 44 Comments


Diharap semua yang membaca entry ni berada di dalam keadaan sihat sejahtera terutama buat semua rakan blogger yang tak putus-putus menjengah teratak YY yang agak lompong kebelakangan ni.

YY nak memohon maaf buat semua rakan blogger kerana belum berkesempatan membalas kunjungan. Nak kata sibuk tu tidak juga, YY bercuti sehingga Selesa depan.

Bukan juga masalah dengan line internet, tapi diri sendiri yang terasa kekosongan. Agak payah menzahirkan rasa kekosongan tu especially bila terpaksa terkurung begini.

Bersikap terlalu terbuka pun akan hanya menyakitkan diri sendiri sebab bukan semua melihat sesuatu perkara pada sudut yang sama. Lebih molek dipendam sahaja kan (^_^)

Oleh itu YY memohon maaf buat semua rakan blogger. Ini bukan soal boikot sesiapa ye Hainom OKJE. Apatah lagi menghilangkan diri ye MummyDearie.

Ada aje di sini dalam keadaan sihat sejahtera, cuma tu lah. Terasa kekosongan ditambah dengan kemalasan yang cukup tebal. Tu yang menjadikan ianya bertambah payah (^_^)

Ada juga berkunjung ke beberapa blog tapi YY membaca tanpa jiwa. Terasa tak adil pula jika mengomen tanpa memahami entry yang dihasilkan.

Once again YY memohon maaf. YY pasti akan sampai ke setiap teratak yang telah meninggalkan jejak di sini. Lambat dengan cepat aje. Nanti dah sampai, jangan terkejut pula tau. Hehe!

Oh, terima kasih buat semua kata-kata semangat yang ditinggalkan. YY amat hargainya (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)


44 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid (^_^)

7:57:00 am Yana Yani 73 Comments

Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid | Mungkin sebahagian pembaca blog ni dah tahu bahawa YY sudah hampir dua dekad disahkan sebagai seorang pesakit hipertiroid. Selama itu juga YY sudah biasa melalui pelbagai episod ujian darah, keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sampingan disebabkan hipertiroid dan macam-macam lagi.

Ketika mula menghidapi penyakit ini, YY sendiri tak faham keadaan diri YY yang ketika itu. Sering diejek ketika di sekolah kerana cengkung seperti seorang penagih dadah. Selera makan yang begitu tinggi juga menjadi bahan kutukan orang. Malahan YY cepat penat walau hanya melangkah beberapa tapak. YY dikatakan sebagai seorang perempuan lemah.

Tuhan aje tahu betapa sukarnya berperang dengan perasan sendiri ketika itu. Nak jelaskan pada orang, YY sendiri tak faham kenapa YY jadi begitu. Sudahnya hanya menjeruk rasa. Orang yang tak alami tak akan faham penyakit ini sebab secara mata kasar pesakit hyperthyroid tidak kelihatan seperti seorang yang sedang sakit. Sebab tu ramai yang memperlekehkan kami.

Menjalani kehidupan sebagai pesakit hipertiroid sebenarnya sukar jika tiada sokongan moral. Kami mengalami kesukaran untuk tidur, kekejangan otot dan banyak lagi. Penyakit ini juga mampu mencetuskan kepada penyakit lain seperti masalah jantung, osteoporosis, masalah penglihatan, penyakit kulit dan banyak lagi. Malah tanpa rawatan yang betul, ia mampu membawa kepada kematian.

Kitaran haid yang tidak betul juga menyebabkan ada doktor pernah mengatakan bahawa peluang untuk YY memiliki zuriat sendiri adalah sangat tipis. Bayangkan betapa hancur hati ni ketika itu.

Tapi ALLAH MAHA BERKUASA (^_^)

Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid

Ubat-ubatan seperti Carbimazole dan Propanolol adalah gula-gula harian YY selama ni. Tapi YY lebih banyak makan Carbimazole yang sebenarnya tidak elok diambil secara berterusan. Ia boleh menjadi mencetus kepada penyakit lain seperti radang pada hati.

YY pernah makan ubat jenis PTU yang lebih selamat diambil ketika mengandung ataupun breastfeed. Ramai doktor tidak mengalakkan pesakit hipertiroid untuk breastfeed. YY pernah cuba pelbagai supplement dari yang mahal sehingga yang paling murah. Tapi tiada satu pun memberi kesan. Tapi doktor mengalakkan pengambilan kalsium tambahan dan vitamin D.

Disebabkan kegagalan ubat untuk mengawal penyakit ini, doktor menyarankan YY menjalani rawatan radioaktif iodin. YY dah jalani rawatan pertama sekitar September tahun lalu. Kali ni YY perlu menjalani lagi kerana hormon tu masih lagi degil (^_^)

Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid

Kali ni YY dah well prepare berbanding kali pertama. Walau terpaksa melalui episod berjauhan dari orang tersayang selama lapan hari sekali lagi, YY dah agak bersedia kali ni. Tapi susahnya juga melalui tidur malam tanpa celoteh anak-anak yang sedang membesar. Rindu pastinya pada Afif dan Aisyah walau hanya untuk tempoh lapan hari.

Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid

Selama mana YY akan menghidap penyakit ni, YY tiada jawapan. Tapi YY nasihatkan kepada penghidap hipertiroid untuk tidak berhenti menjalani rawatan tanpa nasihat doktor. Pengakhiran buruk bakal menanti seperti thyroid storm yang boleh mengakibatkan kematian. Suka ataupun tidak, pesakit hipertiroid perlu terus mengambil ubatan seumur hidup kerana itulah kehidupan seorang pesakit hipertiroid.

Kepada pemerhati, jangan hanya menilai sekiranya korang tidak memahami. Ianya bukan semudah menyebut perkataan hipertiroid itu sendiri.

P/S - Doakan rawatan kali ini BERHASIL! (^_^)

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

73 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mesej Melalui Lagu (^_^)

1:36:00 pm Yana Yani 50 Comments

Tak lama dulu YY pernah terbitkan entry mengenai Makna Disebalik Lagu dan sehingga ke hari ini ia merupakan antara entry paling popular dalam blog Diari Seorang Mama ni.

Anyway, sama ada kita sedar ataupun tidak, sesebuah lagu ditambah dengan susunan muzik atau melodi yang cantik dan menarik pendengaran mampu menyentuh terus ke jiwa seseorang manusia.

Sebab tu YY galakan korang semua untuk bukan setakat mendengar lagu tu sahaja, tapi menghayati mesej yang cuba disampaikan dari sesebuah lagu tu.

Selain dari hanya mendengar lagu sebagai satu bentuk hiburan, bila kita dengar dengan menghayati bait lagu secara tak langsung merangsang otak kita untuk berfikir.

Lagu kalau dihayati ada banyak jenis. Ada yang mengajak ke arah kebaikan dan ada yang tidak. Malahan ada orang pernah membunuh keluarga sendiri hanya kerana mendengar lagu.

Nampak tak betapa tingginya nilai sesuatu lagu jika kita benar-benar menghayati? So hari ni YY nak bercerita mengenai mesej yang disampaikan melalui lagu.

Kenal Michael Jackson?

Selain terkenal dengan masalah peribadi, mendiang Michael Jackson juga terkenal dan cukup cenderung menyampaikan lagu berbentuk kemanusian.

Hampir kebanyakkan lagu dia kalau dihayati dengan betul mempunyai mesej tersendiri terutama tentang warna kulit dalam Black or White dan They Don't Care About Us.

Masalah peperangan dan pencemaran alam boleh didengari di dalam Heal The World dan Earth Song. Keganasan rumahtangga turut pernah dinyanyikan dalam lagu berjudul Smooth Criminal.

Selain itu penyanyi kelahiran Syria, Michael Heart juga pernah menyanyikan lagu berjudul We Will Not Go Down. Lagu itu dinyanyikan sebagai menyokong perjuangan rakyat Palestine.

YY pernah ceritakan mengenai penyanyi dan lagu yang dinyanyikan itu di sini.

Malahan kumpulan rock popular dari German, Scorpions juga sering menyanyikan lagu berunsur kemanusian seperti Humanity, Under The Same Sun dan Wind of Change.

Ada juga lagu yang dinyanyikan secara bersama seperti We Are The World dan Tears Are Not Enough. Lagu bahasa lain yang cukup memberi kesan pada YY adalah Anak.

Lagu berbahasa Tagalog nyanyian Freddie Aquilar ni cukup popular dan dinyanyikan dalam lebih 27 bahasa di seluruh dunia. Mesej tentang anak itu cukup memberi kesan.

Selain itu lagu berbahasa Melayu juga mempunyai banyak lagu yang mempunya mesej tertentu. Terbaru lagu nyanyian Faizal Tahir, Assalamualaikum yang jelas mesej yang cuba disampaikan.

Tak lupa juga lagu nyanyian Najwa Latif berjudul Aku.

Selain itu Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad selain terkenal sebagai seorang yang patriotik, beliau adalah penyanyi yang paling aktif menghasilkan lagu yang mempunyai mesej tertentu.

Boleh dikatakan semua lagu beliau walau kedengaran mudah tapi ada mesej seperti Pesan Abang, One Thousand Million Smiles, Kulit, Abang Jangan Cuba, Warisan dan banyak lagi.

Zainal Abidin juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu yang mempunyai mesej tersendiri jika dihayati. Paling popular adalah lagu Hijau dan Manis.

Sebenarnya ada banyak lagu yang mempunyai mesej yang mengajak kita melakukan kebaikan dalam pelbagai rentak muzik dan tentu sekali bahasa.

Tak mampu YY nak senaraikan kesemuanya dan kalau boleh buat pun ianya tak jadi entry blog, tapi dah jadi buku yang mempunya banyak muka surat (^_^)

Kebiasaannya bait-bait lagu cukup mudah diingati dan dipelajari terutama di kalangan kanak-kanak. So beringatlah untuk sentiasa memilih lagu atau muzik yang didengari.

Fahami dan selamilah sesebuah lagu, bukan hanya mendengar sahaja.

Moral di sini adalah mendengar muzik itu tak salah sekiranya kita tahu menilai mesej yang disampaikan dan paling penting, tidak melalaikan (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

50 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review: Syira Lokman (^_^)

4:28:00 pm Yana Yani 43 Comments

Kepada sesiapa yang participated dalam Simple Giveaway by Licha mesti tahu bahawa pemenang telah pun diumumkan.

Salah satu hadiah yang disediakan adalah blog review.

Setakat nak buat blog review ni YY tak ada masalah sebab kita hanya perlu menilai sesuatu blog tu melalui kaca mata kita dan YY sendiri sememangnya berkaca mata. Hehe!

Tapi bila YY diberitakan bahawa YY perlu review blog yang well known terus buat YY rasa seram sejuk. Layak ke tidak nak review blog popular ni?

Anyway based pada banner di bawah mesti dah boleh agak blog milik siapa yang perlu YY review sebagai hadiah kemenangan untuk giveaway anjuran Liza Licha

Yes! YY perlu review blog milik gadis cantik molek, Wan Syahirah binti Mior Lokman atau lebih dikenali dengan nama Syira Lokman.

Sila klik banner untuk ke blog Syira Lokman (^_^)

Menyentuh sikit personal profile Syira, dia berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan YY. Perangai pun mungkin seakan kot sebab banyak benda yang sama dengan Syira. Hehe!

Dia merupakan anak tunggal perempuan dari lima orang adik-beradik. Sekarang ni dia masih lagi menuntut di salah sebuah IPT tempatan.

YY sebenarnya dah biasa ke blog Syira cuma selama ni jadi silent reader aje. Tak pernah tergerak hati nak meninggalkan jejak. Buruk sungguh perangai! Hehe!

Anyway YY secara jujur suka blog Syira sebab blog dia bermotifkan bunga! YY ni memang boleh dikategorikan "hantu" dengan bunga walau hakikatnya tak pernah tanam bunga! Hehe!

Warna pink yang tidak terlalu bright digunakan sebagai latar melambang kelembutan jiwa empunya blog seperti juga YY yang juga menggunakan warna latar yang sama.

Cehwah! Sempat juga cerita pasal blog sendiri (^_^)

Susun atur widget kalau tanya YY yang buta bab benda gini memang nampak okay aje. Cuma satu aje nak complaint berdasarkan pandangan mata empat YY ni. Sorry ye Syira (^_^)

Bila Syira aktifkan right click disable secara tak langsung ianya agak troublesome sebab mostly readers suka open link in new tab. So bila ada menatang tu memang buat rasa annoying.

For more info, please click the image
Apart of that YY suka gaya penulisan Syira yang santai tapi pada masa yang sama berbekas di jiwa. YY suka apabila dia kata, "Syira berniaga tapi berniaga ilmu"

Memang buat mulut ni terus nak kata, "Wah! Hebat kau dik!"

Menyelami pula prestasi Syira dalam dunia blogging memang bukan tandingan YY sebab dia dah beberapa kali berada di dalam media cetak seperti Harian Metro dan Utusan.

Dia juga pernah berada di dalam majalah yang satu masa dahulu menjadi kegilaan YY di kala muda remaja iaitu Majalah Remaja. Sekarang pun YY muda remaja lagi, tak baca aje majalah tu. Hehe!

Nampak tak betapa jauh Syira melangkah dalam dunia blogging ni pada usia yang masih lagi muda. Kalau terus digilap bakat sedia ada, tak mustahil Syira boleh pergi lagi jauh.

YY rasa itu aje review yang mampu YY lakukan. First time buat review blog orang lain. Maaflah kalau ada kekurangan sebab semua yang tertulis hanya pandangan YY semata-mata.

Sebelum nak mengakhiri review ni, YY selitkan sikit madah pujangga titipan Syira. Yang mana nak faham, fahamlah. Yang mana tak faham, buatlah faham juga macam YY (^_^)

For more info, please click the image

Semoga kita berjumpa lagi di lain entry ye. Assalamualaikum (^_^)

P/S - Masih lagi cuma membiasakan diri dengan kesibukan sebagai seorang Mama kepada anak yang belajar di Darjah Satu. Anak sorang pun dah pening. Apa dah (^_^)

43 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Di Hari Pertama Sekolah Kebangsaan (^_^)

7:14:00 am Yana Yani 46 Comments

Terasa macam dah lama sangat tak ketuk keyboard laptop ni selepas kali terakhir YY menulis mengenai Afif Di Hari Pertama Sekolah Rendah Agama.

Tak sangka dengan hanya menguruskan anak bersekolah menjadikan YY begitu sibuk berbanding hari lain walhal YY bercuti sepanjang minggu tu. Sampai DEMAM! (^_^)

Walau dah lewat seminggu, YY sambung juga cerita hari ni dengan hari pertama Afif di Sekolah Kebangsaan pula. Cerita panjang ye, sila bertabah membaca (^_^)

Anyway Afif ke Sekolah Kebangsaan pada sesi petang.

Afif tak sihat pada hari pertama persekolahan. Tapi dia tetap gagahkan diri ke sekolah. Senyuman tetap mampu diukirkan walau dalam kesihatan yang agak terbatas.

Kagum dengan semangat dia (^_^)


Sebelum keluar rumah tu sempat juga dia bising pasal kasut dia yang kotor sebab kena pijak dengan kawan katanya, "Mama tengok kasut Afif ni kotor dah! Kawan Afif pijak!"

Tengok keadaan kasut tu memang buat YY nak menangis padahal dia baru bersekolah pada waktu sesi pagi. Belum masuk sesi petang dah kotor macam seminggu tak basuh!


Jarak Sekolah Kebangsaan tak berapa jauh dari rumah kami duduki sekarang. So kami empat beranak hanya merempit ke sekolah walau dalam keadaan cuaca yang panas terik.

Ternyata kami membuat pilihan yang tepat sebab jalan terlalu SESAK! Sampai tak boleh langsung keluar ataupun masuk. Even motor pun tak boleh nak menyelit.

Memang itu adalah fenomena yang sangat RARE! (^_^)


Sampai pula di kawasan sekolah bertambah membuat kami pening kepala dengan bilangan pelajar ditambah dengan parents yang terlalu ramai!

Keadaan di sekolah memang begitu tak terurus berbeza sama sekali dengan Sekolah Rendah Agama pada sesi pagi. YY rasa bilangan pelajar pada sesi petang sahaja melebihi 1000 orang.

Sesi petang merangkumi pelajar Darjah Satu sehingga Darjah Tiga. Darjah Satu sahaja ada lebih 500 orang belajar. Kalau campur semua sekali, memang rasanya lebih 1000 orang.

Boleh bayangkan tak betapa crowded suasana pada hari tu?


Bila dah sesak tu, memang macam-macam perangai students ada.

Menangis tak usah cakaplah! Dah macam satu jangkitan virus yang menular terlalu cepat! Bahaya sungguh! Bayangkan orang depan menangis, orang belakang pun menangis!

Tu belum cerita adegan berguling seperti kena histeria. Siap ada parents lain terpaksa pegang dia beramai-ramai bagi dia bertenang. Suspend okay!

Yang tengah tidur time duduk ada. Yang kencing dalam seluar pun ada! Tak sangka YY berpeluang tengok semua tu di depan mata sendiri.

Tak tahulah nak ketawa atau bersimpati (^_^)


Tapi semua tu kes terpencil.

Mostly semua students Darjah Satu Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Klang mampu mengawal emosi masing-masing. Termasuklah Afif (^_^)

Cehwah! Puji anak sendiri pula! Hehe!


Masa dalam perbarisan ni dan bila lihat anak orang lain, YY baru perasan betapa kecilnya badan Afif. Masa ni lah YY pula terasa nak menangis. Mulalah bayangkan yang bukan-bukan.

Risau kena bulilah, apalah.


YY, MyChintaHati dan Aisyah menemankan Afif sehingga ke pintu kelas. Afif nampak okay walau dia masih kelihatan lemah disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan.

Kami kemudiannya meninggalkan Afif di dalam kelas.

Hati YY ni sebenarnya berat nak meninggalkan dia dalam keadaan tak sihat tu. Terasa nak bawa balik aje. Tapi MyChintaHati bagi jelingan yang cukup buat YY sedar diri (^_^)

Sebelum nak balik tu, sempat juga YY pesan pada Afif yang kami akan kembali semua ketika dia rehat nanti. Dia hanya mengangguk.


Masa nak rehat tu, YY rasa macam kaki nak cepat melangkah ke kelas Afif. Bukan apa, takut demam Afif bertambah teruk. Risau tak usah kata!

Tapi cover juga takut kena hidu dengan MyChintaHati. Nanti kena ceramah free! Hehe! Tapi YY terkejut tengok Afif macam orang tak sakit bila YY sampai ke kelas dia.

Dia boleh berbual mesra dengan kawan yang dia baru kenali. Lega rasanya (^_^)


Rehat untuk murid Darjah Satu diasingkan dari murid Darjah Dua dan Tiga. Walau dah diasingkan pun, sesak sungguh! Mujur Afif ada bawa bekal.

Tengok keadaan tu memang buat YY rasa kena sentiasa bekalkan Afif dengan makanan.


Dalam keadaan sesak tu, memang tak sempat rasanya nak beli makanan sebab rehat hanya 20 minit sahaja sebelum loceng berbunyi menandakan habisnya waktu rehat.

Kepala ligat berfikir bagaimana nak uruskan semua tu. Teringat Lieya Latif yang cukup hebat dalam menyediakan bento untuk anak-anak ke sekolah.

Boleh ke YY melakukan seperti dia? Emm...

Anyway sebelum masuk ke kelas selepas waktu rehat, kesemua pelajar Darjah Satu diminta berbaris. Afif kelihatan begitu selesa dengan suasana baru ni.


Oh ya, masa dalam pelajar yang ramai dan keadaan yang sesak tu, YY jumpa Anuar Ibrahim! Tak sangka dia pun ada di sini! Ye! Betul! Anuar Ibrahim ada!

Cuma dia agak kecil dan muda berbanding di kaca TV (^_^)


Petang tu ketika nak habis sesi persekolah pada hari pertama, YY excited nak fetched Afif. Tak sabar rasanya nak dengar cerita dia pada hari pertama.

Tapi masa YY jumpa dia dalam ramai-ramai pelajar yang ada, YY nampak dia lemah. Jelas sekali suhu badan dia kembali naik. Luluh pula rasa hati tengok dia macam tu.


Sementara nak menunggu MyChintaHati mengambil motorsikal, kami dua beranak hanya menunggu sambil memerhati lalu lintas yang sesak.

Jalan seperti pada waktu masuk ke kelas, memang sesak teruk.


Afif sampai rumah selepas mandi dan makan terus tidur. First time dalam tempoh enam tahun sebulan, dia tidur seawal tu. Kesian YY tengok dia.

Badan dia panas sangat. Risau sungguh tengok dia macam tu. Terasa nak transfer seluruh kesakitan yang dia rasa tu pada diri YY. Kalau korang seorang Ibu pasti faham apa yang YY rasa.

Afif jarang demam tapi bila dah demam, TERUK!


Begitulah Afif ketika hari pertama di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama. Overall dia berperangai elok cuma kesihatan sahaja tak mengizinkan.

Insya ALLAH besok YY akan bercerita lagi mengenai Afif dan selitkan sikit cerita Aisyah yang seperti kehilangan bila Abang dia mula bersekolah (^_^)

Assalamualaikum.

P/S - Maaf sebab aktiviti blog walking terpaksa ditangguh buat masa ni. YY juga masih berhutang blog review buat pemenang Simple Giveaway by Licha. Ini semua beyond expectation

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Di Hari Pertama Sekolah Rendah Agama (^_^)

7:19:00 am Yana Yani 43 Comments

Semalam adalah hari yang memenatkan bagi YY dan MyChintaHati. Tak sangka dengan hanya menguruskan hari pertama persekolahan Afif merupakan hari yang begitu memenatkan.

Tapi ianya tetap moment yang tak boleh dilupakan sepanjang hayat. Banyak benda yang berlaku hanya dalam tempoh beberapa jam persekolahan Afif semalam.

YY terpaksa ceritakan secara berperingkat. Terasa macam banyak benda nak cerita. Untuk hari ni YY cerita hari pertama Afif di Sekolah Rendah Agama aje. Tak boleh kasi habis satu hari.

Kalau ceritakan sekali dengan Sekolah Kebangsaan, takut korang yang membaca pengsan . Hehe!

Di pagi hari pertama sesi persekolahan 2015, Afif bangun dengan rengekan. Dah lama dia tak buat perangai macam tu sedangkan sebelum ni dia begitu excited untuk ke sekolah.

Rupanya dia DEMAM!


Susahnya hati bila tengok keadaan dia macam tu. YY teringat dia pernah mengalami masalah serupa ketika buat pertama kalinya melangkah ke tadika pada usia lima tahun.

Tapi time tu, dia siap kena warded sebab disahkan menghidapi Scarlet Fever. Bukan Scarlet Johnson okay! Scarlet Fever! Kalau terasa rajin nak membaca, silalah klik following links ye (^_^)

Tak Boleh Tahan: Part I
Tak Boleh Tahan: Part II
Tak Boleh Tahan: Part III
Tak Boleh Tahan: Part IV

Berbalik kepada cerita Afif tadi, YY suruh dia mandi dahulu dan kemudiannya barulah YY bagi dia ubat demam yang memang dah sedia ada di rumah.

Pagi tu selepas makan ubat, dia kelihatan berselera makan bihun goreng kicap kegemaran dia. Lagipun dia memang dah pesan suruh YY buatkan sejak dari malamnya.


Selesai bersarapan, dia kelihatan okay walau sebelum tu suhu badan agak tinggi. Of course Mama yang sorang ni rasa tak tenteram bila anak sakit terutama pada hari pertama persekolahan.

Lagipun Mak manalah dalam dunia ni yang tak risau bila anak sakit dak?


Selain daripada YY dan MyChintaHati yang excited pada hari pertama persekolahan Afif, Aisyah juga tak ketinggalan merasai perasaan excited tu. Macam dia aje yang nak bersekolah (^_^)

Mulut dia begitu riuh bercerita, sedangkan Afif hanya diam seribu bahasa. Mungkin kerana demam buat dia tak begitu berminat untuk bersuara.

Masuk ke kawasan sekolah, Aisyah memimpin tangan Abang dia sambil berkata, "Abang yemam ye? Cian Abang! - Abang demam ye? Kesian Abang!"


Afif terus YY letakkan dalam barisan kelas dia.

Walau kelihatan seakan lemah, senyuman tetap mampu dikuntumkan terutama bila YY sebutkan yang YY akan masukkan cerita ni dalam blog (^_^)


Perbarisan pada bagi tu berjalan dengan sangat lancar. Mungkin jumlah murid yang tidak terlalu ramai menyebabkan semuanya berjalan seperti apa yang dirancang.

Pagi tu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor disusuli dengan lagu sekolah. Oh ya, peringatan kepada parents, SILA HORMATI LAGU KEBANGSAAN!

Budak kecil senang nak diajar, kalau dah tua PAYAH!


Setengah jam selepas sesi perbarisan, disusuli dengan sedikit taklimat ringkas mengenai pembayaran yuran, murid-murid dibenarkan masuk.

Masa perbarisan masuk ni, YY baru perasan kawan baik Afif, Haziq Haikal rupanya juga berada di dalam satu kelas yang sama selain Muhammad. Mereka ni dulu bersekolah di tadika yang sama.

Haziq Haikal tak kelihatan jelas dalam gambar di bawah ni. Muhammad pula berada di depan Afif.


Makanan di kantin sekolah berdasarkan pemerhatian YY adalah sangat MAHAL! Kuih paling murah dijual pada harga RM0.40. Itu pun kecil sangat! Nak buat taik gigi pun tak lepas!


Donat coklat yang Aisyah makan tu di jual pada harga RM0.50 seketul. YY biasa buat donat untuk anak-anak, YY tak faham macamana mereka boleh letak harga yang mahal untuk seketul kecil tu.

Agak-agaklah kalau nak untung pun.


Sesi rehat sekolah pagi ni agak awal. Kalau Afif dah bersarapan di rumah, dia mungkin tak akan makan lagi pada waktu tu. Tapi tak tahulah kan.

MyChintaHati ada bekalkan duit belanja untuk dia. Tapi setakat semalam, dia masih belum pandai menggunakan duit belanja pemberian Papa dia (^_^)


Afif ketika di dalam kelas nampak selesa disamping kawan-kawan yang sememangnya sudah dikenali sejak dari zaman tadika. Mereka duduk bersebelahan.

Afif juga kelihatan sihat berbanding beberapa jam sebelumnya. Tu yang buat YY boleh tarik nafas lega. Syukur Alhamdulillah (^_^)


Based pada gambar di bawah ni, Haziq Haikal berada di sebelah kiri, Afif berada di tengah manakala Muhammad berada di sebelah kanan. Nampak okay aje kan? (^_^)

Melihat Afif yang kelihatan okay tu, kami tinggalkan dia untuk selesaikan urusan lain. Dia juga hanya menganguk tanda okay apabila diberitahu bahawa kami akan meninggalkan dia.

Good boy! (^_^)


Pukul 11:00 pagi kami datang lagi ke sekolah untuk fetched Afif dan membuat pembayaran yuran sekolah. Time ni terkejut dengan rupa Afif.

Pakaian dia dari baju sampai ke kasut habis kotor sedangkan dia hanya berada di sekolah selama beberapa jam. Pening dok tengok semua kesan kotoran tu.

Time ni juga suhu badan dah kembali naik. Dia DEMAM lagi!


Masuk dalam kereta, dia terus tidur. Kesian pula tengok keadaan dia tu. Dia mungkin sedang cuba mengatur sistem badan dia dengan jadual baru yang agak padat.

Hopefully lepas ni dia akan baik-baik sahaja (^_^)


Sesi persekolahan Afif untuk kali ni bermula seawal 7:50 pagi sehingga 11:05 pagi bagi Sekolah Rendah Agama. Sekolah Kebangsaan bermula 1:10 petang sehingga 6:30 petang.

Pukul 9 malam sehingga 10 malam, dia ada kelas Al-Quran.

Memang akan ambil masa untuk dia sesuaikan dengan semua jadual baru ni. Sebelum ni dia hanya berada di tadika dari pukul 8 pagi sehingga pukul 2:30 petang.

Selebihnya dia hanya banyak bermain di rumah Wan dan Aki. Dengan perubahan jadual yang drastic ni mungkin buat badan dia terkejut, sampai demam (^_^)

Besok insya ALLAH kalau sempat YY sambung pula cerita Afif di hari pertama di Sekolah Kebangsaan pula. Assalamualaikum (^_^)

43 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Dah Sedia Ke Sekolah! (^_^)

6:50:00 am Yana Yani 48 Comments

Persiapan kelengkapan persekolahan Afif telah kami sediakan walau agak lewat berbanding parents lain. Mujur juga sekolah ditangguhkan, ada juga tempoh bertenang (^_^)

Based pada semua tu dan juga betapa tak sabarnya Afif nak bersekolah, YY boleh katakan yang Afif sudah bersedia untuk ke sekolah! Dia nampak seronok untuk melangkah ke alam baru (^_^)

Beberapa hari terakhir sebelum menjelang sesi persekolahan 2015, YY adalah manusia paling sibuk bagi memastikan keperluan Afif cukup.

Terasa macam diri sendiri pula yang nak bersekolah. Hehe!

Peralatan tulis Afif ketika di tadika dulu kami belikan yang paling mahal dan berjenama. Tapi hanya bertahan beberapa bulan, lepas tu arwah! Entah ke mana perginya.

Bila ditanya, dia hanya jawab, "Entahlah!" So terpaksalah belikan yang baru.

Berbekalkan pengalaman yang itu, kali ini kami belikan yang agak murah. Kalau hilang dan perlu digantikan pun, tidaklah terasa sangat dak? (^_^)

Afif pula tak kisah langsung betapa murahnya peralatan tulis dia. Janji dia dah ada beg yang dia berkenan. Atau mungkin juga pada usia ni dia belum pandai memilih (^_^)


Peralatan tulis Afif walaupun murah, setiap satunya YY labelkan. Bukan apa, manalah tahu ada kawan Afif yang guna benda yang sama. Tidaklah tertukar atau jadi bahan rebutan.

Pada masa yang sama dok ingatkan Afif yang dia perlu jaga semua peralatan tulis dia.


Buku tulis yang mana dah ada di tangan, semua YY dah siap balut kecuali buku latihan sebab tak tahu subjek apa yang perlu diletakkan pada buku tersebut.

Yang mana buku yang diterima rosak pun YY dah baikpulih. Hopefully buku tu semua mampu bertahan sampai hujung tahun (^_^)


Baju sekolah YY dah siap basuh dan dah siap gosok pun. Rutin yang ni pastinya berterusan untuk setiap minggu bermula minggu ni sehingga hujung tahun nanti.

Minta-mintalah baju Afif ni sentiasa bersih dari mula ke sekolah sampai balik ke sekolah! YY ada pesan juga pasal ni dekat dia, dia hanya jawab, "Okay!"


Kasut Afif yang dipakai ketika sesi suai kenal hari tu terlalu kotor. Bila ditanya, dia kata kawan dia pijak. Tak pasal-pasal hari tu dia dapat ceramah free!

Jenuh nak basuh kasut putih bila kotor. YY nak sental pun terpaksa gunakan seluruh tenaga sampai terasa macam nak tercabut lengan niNak kapur pun YY terasa susah.

Nampak sangat tak pernah buat semua ni. Tapi YY memang tak nafikan. Dulu sekolah YY tak pakai kasut putih, YY pakai kasut hitam sebab YY pengawas sekolah.

So tak pernah melalui azab kena sental kasut. Ni dah ada anak, kena sental kasut anak pula. Terasa macam nak basuh dalam mesin basuh aje! Hehe!


Apa yang boleh dirumuskan dari cerita di atas, Afif dah sedia ke sekolah!

Gambar dekat bawah ni adalah gambar yang YY snap di pagi Sabtu, sehari selepas sambutan birthday Acu dia. Sebelum dia nak makan lebihan pizza malam tu, dia minta YY snap gambar dia.

"Mama, cepat ambil gambar Afif nak makan pizza ni" kata dia sambil dok buat gaya.

"Kenapa pula?" tanya YY yang pelik bila dia suruh ambil gambar.

"Lah! Kan Mama nak letak dekat blog! Nanti Mama ceritalah dekat kawan-kawan Mama. Mama cakaplah Afif suka makan pizza!" kata dia panjang lebar.

Lately hampir kesemua benda yang dia lakukan dia minta snap dan letakkan dalam blog (^_^)


Anyway tak sangka anak yang ditunggu kelahirannya ni sudah melangkah ke satu fasa baru kehidupan. Cepat betul masa berlalu.

Terasa macam baru semalam dengar esak tangis dia ketika dilahirkan. Sekarang dia dah petah berkata-kata. Boleh tak nak suruh dia kecil balik? (^_^)

Oh ya, masa korang baca entry ni YY dan MyChintaHati sedang sibuk menguruskan persekolahan Afif. YY cuti agak lama sampai kena perli dengan MyChintaHati.

Dia kata, "Ni anaknya yang nak sekolah ke Mamanya nak sekolah ni?"

Oh lelaki yang bergelar Papa, sesungguhnya kamu tak akan faham perasan hati seorang insan bernama Mama ni. Sebak, excited semua ada! (^_^)

Semoga Afif tak lupa apa yang Mama lakukan ni.

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Rezeki Di Hari Jadi Anis (^_^)

6:44:00 am Yana Yani 40 Comments

Hari Jumaat balik aje dari kerja YY dok sekejab lepak dengan MyChintaHati berborak tentang macam-macam hal termasuk isu-isu semasa. Lagaknya dah macam pemimpin negara (^_^)

Masa tengah borak tu, macam terdengar bunyi ringtone telefon YY. So YY pun pergilah mencari telefon YY tu. Barulah perasan ada lebih kurang empat missed calls dan satu SMS.

Rupanya adik YY, Annur dan Angah nak buat surprise pada Anis. Diorang nak gunakan rumah YY nak buat surprise tu. YY of course tak ada hal sebab bukan YY keluar duit. Hehe!

Lagilah bila diorang dok sebut nak beli KFC dan Pizza Hut, memang on ajelah! (^_^)

Sampai masa yang dijanjikan, Annur dan Angah sampai dengan bawa semua menu untuk surprise tu. Banyak betul diorang beli, macam nak buat kenduri aje!

Apapun syukur Alhamdulillah. Dapat juga kami merasa menu yang sedap ni. Ni lah yang dinamakan rezeki di hari jadi Anis (^_^)


Tak lama lepas tu sampailah birthday girl dengan Mak tercinta. Abah tak berapa sihat, dia tak nak join. Adik-adik yang lain, Syafie dan Dayah pula duduk jauh.

Moment Anis ala-ala princess terkejut tu memang comel dan priceless


Aisyah pula sibuk juga nak potong kek. Siap menjerit bila dilarang, Terpaksalah suruh dia potong sama dengan Acu dia. Bikin spoil aje dak Aisyah ni tau!


Part paling best bila Anis suap kek dalam mulut Mak. Time ni Mak dok cerita pengalaman dia 13 tahun yang lalu di mana buat pertama kalinya dia merasai Cesarean.

YY masa tu berusia 19 tahun ketika Anis dilahirkan. YY sendiri tak lupa betapa teruknya keadaan Mak pada waktu tu. Tengok keadaan Mak buat YY sampai sekarang takut nak Cesarean.

Masa mengandungkan Aisyah, YY pernah disahkan mengalami Placenta Previa type 3. Hari-hari menangis bila doktor kata YY tak boleh bersalin secara normal. Takut punya pasal!

Tapi kuasa ALLAH, Aisyah beralih kedudukan. YY selamat melahirkan dia secara normal (^_^)


Eh, jauh pula YY merapu (^_^)

Moh berbalik kepada cerita surprise birthday party untuk Anis yang menyambut birthday buat julung kalinya sebagai seorang remaja. Bukan kategori kanak-kanak lagi. Tua dah okay!

Along korang aje yang sentiasa muda dan jelita! Hehe!

Anyway, orang yang bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan pada hari tu adalah Annur. Manusia sorang ni kalau ada duit memang tak lokek mengeluarkan belanja untuk family.

Sekarang ni dia tengah mengikuti internship program dengan sebuah syarikat di Seksyen 7 Shah Alam. Gaji time internship ni idaklah banyak sangat, tapi tengoklah apa dia belanja aritu.

Mudahan bertambahlah rezeki dia sebab sentiasa mendahulukan family (^_^)


Angah pula hak yang duduk sebelah Anis tu adalah mastermind. Kalau tak kerana kereta dia, tak akan mungkin kami semua merasa semua menu malam tu.

Terima kasihlah buat Angah dan Annur kerana effort memasing kami kekenyangan. Buat Syafie dan Dayah, korang tengok ajelah ye! Kitorang makan sedap malam tu!

Erkkk! Alhamdulillah (^_^)

Anyway dalam cerita ni pun ada moral dia tau. Moral dia adalah ikatan kekeluargaan atau paling tepat adik-beradik akan kita bawa sampai ke mati. Tak akan putus langsung!

Daripada apa yang YY perhatikan, ikatan adik-beradik tu mudah putus kerana EGO. Yang tua rasa dia sentiasa betul dan perlu dihormati, yang muda pun tak nak mengalah. EGO!

Penyelesaian dia senang aje, rendahkan keegoaan masing-masing. Insya ALLAH kemesraan yang pernah kita bina sejak dari kecil akan sentiasa berkekalan.

So sayangilah adik-beradik korang! (^_^)

Alright, that's it! Semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum (^_^)

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...