Pengaruh TV? (^_^)
Selalunya bila dia tak dapat apa yang dia nak atau kena marah.
Kalau nak tahu dia marah atau merajuk, senang aje!
Selalunya kening mata dia macam bercantum sebab dia akan kerutkan dahi, mulut pun dia akan muncungkan, sampai boleh buat sangkut hanger baju!
Sekali tengok macam Dukun Degawan, lakonan Kaza dalam drama seram Susuk yang pernah popular sekitar tahun 2007.
Kalau tak percaya cuba korang tengok!
Sama kan? Tulah perangai anak bujang aku bila dia merajuk. Kadang-kadang tu dia akan menguncikan diri dalam bilik atau menyorok dekat mana-mana yang dia boleh menyorok.
Time macam ini janganlah ada sesiapa tegur dia kalau tak mahu dengar dia mengaum! Hehe!
Ada sekali tu aku marah dia sambil membebel. Tahu dia cakap apa? "Mama ni bising aje! Nanti besok besar Afif lari tahulah!"
Terkejut dengan respon dia tu, aku terus kata, "Kenapa nak tunggu besar? Larilah sekarang!" jergah aku.
"Pergi ambil beg dengan baju-baju Afif tu. Pergilah lari!" sambil tangan aku menunding ke arah almari baju. Jergahan aku tu disambut dengan tangisan Afif sambil menjerit minta maaf.
Pelik. Macam tak percaya budak yang belum pun genap 4 tahun dah boleh cakap macam tu. Anak aku sendiri pula tu!
Pengaruh TV ke? Mungkin!
Kadang-kadang cerita kartun pun ada menggunakan bahasa-bahasa yang tak sesuai untuk kanak-kanak. Terutama cerita animasi yang di alih bahasa.
Tapi budak-budak sekarang memang tak dinafikan terlalu mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Teknologi telah memjadikan kanak-kanak semakin bijak.
Afif sendiri pada usia sekarang ini sudah boleh dikategorikan "mahir" menggunakan laptop dan mobile phone. Aku dulu umur 20 tahun baru merasa pegang handphone dengan dekstop sendiri.
Afif...Afif...
Sekarang ni pun mama dah agak pening melayan karenah kamu, besok besar dan dah jadi bujang macam manalah pula keadaannya.
Afif sendiri pada usia sekarang ini sudah boleh dikategorikan "mahir" menggunakan laptop dan mobile phone. Aku dulu umur 20 tahun baru merasa pegang handphone dengan dekstop sendiri.
Afif...Afif...
Sekarang ni pun mama dah agak pening melayan karenah kamu, besok besar dan dah jadi bujang macam manalah pula keadaannya.
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿