Bila Diri Disayangi

7:51:00 am Yana Yani 9 Comments

Bila Diri Disayangi | Minggu lepas adalah ulang tahun ke 34 tahun kelahiran YY. Tak sangka YY dah melalui lebih tiga dekad kehidupan dengan dua per tiga darinya dilalui sebagai seorang pesakit tiroid. Mula-mula dulu memang YY sering persoalkan kenapa YY "terpilih" menjadi seorang penghidap invisible illness. Tapi semakin bertambah usia, semakin berbeza penilaian YY tentang kehidupan. Slowly, YY belajar untuk menghargai. Syukur Alhamdulillah YY tidak terlambat untuk menyedari betapa beruntungnya YY.

Terasa beruntung bila dikelililing dengan orang-orang yang sangat menyayangi YY. Bahagia tau rasa hidup bila diri disayangi. Cehwah!

Bila Diri Disayangi
Nasi lemak dalam format kek

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran YY, YY dapat banyak "hadiah" yang sangat membahagiakan dan pada masa yang sama buat YY rasa terharu sangat

Seriously YY rasa sangat terharu bila adik YY yang nombor dua, si Angah bersusah payah menyediakan nasi lemak dalam format kek. Rasa tak tergambar dia punya rasa seronok bila tengok ianya terhidang di depan mata. Anyway Angah memang seorang yang hebat bab masak kalau dibanding dengan YY. YY hebat bab makan aje. Haha!

Emak YY kata, Angah dah bangun seawal jam empat pagi semata-mata nak menyediakan nasi lemak yang istimewa ni untuk YY dan MyChintaHati. Punyalah dia sayang sangat dekat Kak  Long dia yang jelita ni, Haha! Terima kasih sangat Angah atas kegigihan kamu. Love you so much! Lain kali buat lagi tau. Muah sikit!

Bila Diri Disayangi
Kad ucapan dan hadiah lain dari Afif

Paling buat YY terharu adalah pemberian hadiah dan kad ucapan dari anak bujang YY, Afif. Afif memang sejak dia pandai menulis tak pernah gagal memberi kad ucapan pada YY. Sebenarnya bukan YY aje, dia akan berikan hadiah atau kad pada sesiapa sahaja yang dia rasakan bermakna dalam hidup dia. Kiranya dia berjiwa romantik gitu! Haha!

Dah lah kad tu dihasilkan sendiri. Anak patung berbentuk bear tu pun dia buat sendiri. Afif kata dia belajar buat teddy bear tu dalam kelas Pendidikan Seni. Patutlah sebelum tu dia asyik dok tanya dekat YY sama ada cantik atau tidak teddy bear tersebut. Siap tanya YY suka ke tak sebelum tu. Rupanya dia nak bagi pada YY. Sweet sangat tau!

Bila Diri Disayangi
Mama yang cantik tu! Sweet sangat! Haha!
Bila Diri Disayangi
Abang yang kacak? Okay, tu sangat perasan! Haha!

Kadang bila kita diberikan ujian, contoh sakit. Kita mudah lupa siapa orang yang menyayangi kita. Sehinggalah kita diberi peluang untuk melihat sendiri kasih sayang ahli keluarga kita yang wujud walau dalam pelbagai bentuk. Kebanyakkan kasih sayang itu ditunjukkan dari perbuatan, bukan kata-kata manis.

Ada yang sanggup mendaki sehingga ke tingkat tujuh wad hospital semata-mata nak berikan air kesukaan kita. Ada yang tak tidur malam semata-mata nak menemankan kita. Ada yang kelam kabut keluar mencari barang permintaan kita sedangkan ketika itu sudah tiada kedai dibuka. Kalau itu bukan kasih sayang, then apakah dia?

Penyakit ini berikan YY kesedaran betapa pentingnya ahli keluarga dalam kehidupan YY. Ahli keluarga adalah orang yang sentiasa berada di sisi YY sama ada susah dan senang, Bersama mereka buat YY terasa sangat disayangi. Kasih sayang yang diberikan mereka buat YY mampu meneruskan kehidupan despite terpaksa berhadapan dengan invisible illness ni untuk seumur hidup YY. So, sayangilah keluarga korang.

Tetiba teringat rangkap lagu Ukay's

Bila ku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku kembali dipandu - Bila Diri Disayangi (Ukay's)

Imej dari http://bit.ly/2rXVmVv

Anyway, besok kita semua akan berpuasa di bulan Ramadhan. Malam ni dah mula terawih untuk malam pertama. So dikesempatan ini, YY nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua pembaca blog DIARI SEORANG MAMA. Semoga ibadah kita sepanjang bulan yang mulia ini diterima oleh DIA yang SATU.

9 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya

5:16:00 pm Yana Yani 1 Comments

Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya | YY secara jujurnya tak pernah dengar taman permainan secara indoor. Sebab tu YY sangat teruja bila mengetahui Dreamworld Indoor Play Centre mengadakan pembukaan rasmi pada hari ini bagi cawangan mereka di Starling Mall, Damansara dan IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu minggu ini. Serius, tak sabar nak bawa Afif dan Aisyah ke sana.

Untuk pengetahuan korang, Dreamworld Indoor Play Centre ditubuhkan bagi mewujudkan taman permainan secara indoor yang selamat dan menyeronokkan bagi semua peringkat umur kanak-kanak. Ia diuruskan oleh individu yang mempunyai satu dekad pengalaman dalam pembinaan taman tema, taman permainan berbentuk indoor dan pelbagai program lain yang melibatkan hiburan untuk kanak-kanak.
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Pembukaan rasmi di The Starling Mall dan iOi Mall Putrajaya pada minggu ini

Yang menariknya di Dreamworld Indoor Play Centre ni, korang boleh menemankan anak-anak korang bermain sambil belajar. Silap haribulan, korang pun boleh main sekali. Haha! Permainan yang disediakan di sini juga bukan sekadar permainan. Ia dibina bagi membolehkan kanak-kanak berfikir sambil meneroka. Paling penting, selamat! Pada YY, gabungan pendidikan dan hiburan ni memang sangat membantu perkembangan sosial, interaksi dan kemahiran motor kanak-kanak.

Taman permainan Dreamworld Indoor Play Centre ni juga sangat besar dan luas! Ia dikatakan berukuran enam ribu kaki persegi dan boleh menempatkan 120 orang kanak-kanak di bahagian taman permainan dan bilik parti pada satu-satu masa.

Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Wallie J the Eskimo adalah maskot rasmi Dreamworld Playland
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Nampak macam menarik aje kan

Selain dari taman permainan, Dreamworld Indoor Play Centre ni juga specialise dalam parti, lawatan berkumpulan dan perancangan event. Untuk penganjuran parti, perancangan rapi akan dilakukan. Bagi memastikan parti anak-anak korang hebat dan menjadi kenangan indah buat mereka, pihak Dreamworld Indoor Play Centre akan berusaha mengaturkan kedatangan watak-watak adiwira kegemaran anank-anak korang untuk memeriahkan parti. Pasti anak-anak korang seronok.

Pihak Dreamworld Indoor Play Centre sangat mengalu-alukan lawatan secara berkumpulan. Selain dari pusat permainan dan persekitaran yang telah diperakui selamat oleh badan profesional, pihak Dreamworld Indoor Play Centre akan tetap menyediakankan peraturan khas di mana pengawal keselamatan akan mengiringi kumpulan ini dari saat drop-off sehingga ke berlepas. Ia bertujuan bagi memberi keselesaan bagi kumpulan kanak-kanak yang terlibat.

Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Mau lupa diri anak-anak YY kalau dapat ke sini
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Dari segi keselamatan, YY sangat yakin dengan Dreamworld Indoor Play Centre ni

Untuk special event, Dreamworld Indoor Play Centre mempunyai pengalaman dalam menguruskan event dalam bentuk korporat mahupun private. Korang hanya perlu menghubungi pihak Dreamworld Indoor Play Centre untuk maklumat lanjut. Khabarnya, akan ada program menarik menyusul tak lama lagi seperti pertandingan mewarna, pertandingan membina lego tertinggi, pertandingan congkak dan pertandingan cosplay dengan kerjasama media tempatan. So follow rapat-rapat untuk ketahui semua maklumat mengenai event ni tau!

Yang bestnya, pihak Dreamworld Indoor Play Centre juga ada menyediakan perkhidmatan Drop N’ Shop di mana ada pasukan berpengalaman akan ditugaskan menjaga anak-anak korang ketika diorang bermain. Korang pun bolehlah membeli-belah dengan freely. Haha!

Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Bertemakan salji, Dreamworld Indoor Play Centre memang lain dari yang lain
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Comel pula maskot yang diberi nama Wallie J the Eskimo ni

Tertarik tak dengan apa yang YY kongsikan ni, Apa? Mana nak cari Dreamworld Indoor Play Centre ni? Okay, untuk Starling Mall, ia terletak di Damansara Uptown. Korang naik sampai tingkat dua dan Dreamworld Indoor Play Centre ni terletak bersebelahan dengan Popular Bookstore, Manakala bagi cawangan di IOI City Mall pula, Dreamworld Indoor Play Centre ni terletak di tingkat dua dan betul-betul di atas gelanggang luncur

Lagi satu nak bagitau ni, sekarang ni ada promosi BELI 1 PERCUMA 1 TIKET dalam tempoh tiga hari pertama bersempena pembukaan rasmi Dreamworld Indoor Play Centre pada hari ni , 25 Mei di Starling Mall dan IOI City Mall pada 27 Mei nanti. Korang kena cepat-cepat tau kalau nak menikmati promosi hebat ni.
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Cawangan di the Starling Mall, Damansara Uptown

Cawangan Dreamworld Indoor Play Centre di Starling menggabungkan permainan berbentuk indoor dan anak-anak korang boleh menunggang haiwan di dalam bangunan buat pertama kalinya! Yang best sekali, anak-anak korang juga boleh memandu kenderaan mereka sendiri sebelum mereka cukup umur tanpa sebarang kompromi soal keselamatan. YY pun suka sangat dengar weh! Haha!

Harga masuk untuk the Starling Mall adalah;
Isnin hingga Jumaat: RM48
Sabtu dan Ahad : RM58
Pakej penjimatan (dengan tiga kali masuk) : RM108

Untuk pakej parti pula;
Isnin hingga Jumaat: RM68
Sabtu dan Ahad: RM78

Alamat cawangan di the Starling Mall adalah;
S-202, The Starling Mall,
No.6, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Hubungi: +6012-721 9509 (Yoong Fui)
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Cawangan di IOI City Mall, Putrajaya

Cawangan Dreamworld Indoor Play Centre di IOI City Mall pula akan ada pameran salji di dalam bilik dan taman permainan berbentuk indoor. Ia juga punyai pemandangan terus ke gelanggang luncur. Sebut aje salji, terasa macam seronok aje bunyinya kan. Bolehlah nyanyi, "Do you want to build a snowman?" Haha!

Harga masuk untuk cawangan IOI City Mall adalah;
Isnin hingga Jumaat: RM45
Sabtu dan Ahad : RM55
Pakej penjimatan (dengan tiga kali masuk) : RM108

Untuk pakej parti pula;
Isnin hingga Jumaat: RM65
Sabtu dan Ahad: RM75

Alamay cawangan IOI City Mall adalah;
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, iOi Resort City,
62502 Putrajaya, Malaysia.
Hubungi: +6012-702 9509 (Hazwan)
Pusat Permainan Indoor Kini Dibuka di Damansara dan Putrajaya
Penjimatan banyak dengan pakej keahlian enam bulan

Harga tiket yang YY sebutkan di atas adalah harga untuk seorang kanak-kanak dengan ditemani oleh seorang dewasa tau. YY tak sabar nak bawa anak-anak YY ke sini. Rasanya tunggu habis raya lah kot. Tak akan pergi sekarang kan. Anyway, nanti kalau YY dah pergi, YY share dengan korang ye.

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY. Siapa yang free hari ni, jangan lupa ke the Starling Mall ye sebab ada pembukaan rasmi cawangan Dreamworld Indoor Play Centre di sana. Kalau tak sempat, Sabtu ni pun ada di IOI City Mall. YY juga sarankan korang share apa yang YY ceritakan ni dengan sesiapa sahaja yang korang rasa berminat. Jangan keep it to yourself aje tau (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell

7:38:00 am Yana Yani 5 Comments

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya | Sekarang ni kalau dok cerita pasal buat persiapan awal untuk Hari Raya, dah bukan satu benda yang pelik. Ramai dah mula buat cara camni sebab tak perlu nak hadap kesesakkan pada saat akhir. Lagipun kalau dah prepare awal, ibadah sepanjang Ramadhan pun boleh buat dengan tenang. Nak risau apa lagi kalau semua persiapan untuk Hari Raya kita dah settle awal. Membeli belah secara dalam talian pun dah jadi trend sekarang ni. Klik aje yang mana berkenan, terus barang tu sampai depan rumah. Mudah sungguh!

Cerita pasal membeli secara dalam talian ni, YY pun sekarang dah mula dok survey barang hiasan rumah. Lagipun masa macam sekarang ni dah memang sesuai sangat untuk kita mula dok cari barangan hiasan rumah bersempena sambutan Hari Raya. Anyway, nak dijadikan cerita, klik punya klik, YY terjumpa Carousell.

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Carousell adalah platform yang tengah menjadi perbualan hangat
Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Hiasan rumah yang murah banyak di Carousell

Carousell ni kalau korang nak tahu dilancarkan di Singapura sekitar bulan Ogos 2012. Ia kemudiannya terus berkembang pesat dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di seluruh dunia. In fact, di Singapura, Taiwan dan Hong Kong, aplikasi Carousell ni tersenarai dalam kategori "Top Lifestyle and Shopping app". Tu aje dah cukup menggambarkan betapa gah nya platform yang disediakan oleh Carousell.

Menambahkan lagi keunikkan Carousell berbanding platform lain, korang bukan takat boleh membeli barangan baru dah terpakai pada harga murah. Carousell turut menyediakan platform untuk korang menjual barangan pre-loved. Hanya perlu ambil beberapa keping gambar dan boleh terus menjual! Mudah!

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Bunga! My favorite untuk hiasan rumah

Carousell menyediakan pelbagai pilihan barangan yang pasti buat korang tertarik. Harga barang hiasan rumah yang dijual di Carousell juga murah berbanding platform lain. Lagipun, siapa tak suka harga murah kan? Nak dijadikan cerita, YY ternampak bunga hiasan dengan harga serendah RM15. Murah sangat pada YY weh! Korang tahulah kan, YY ni hantu bunga. Pantang nampak bunga. Mula terasa nak beli aje walau dah penuh bunga dekat rumah ni. Haha!

Nafsu YY tergugat korang weh! Tak beli kang ngences (terliur dalam Bahasa Jawa). Korang rasalah kan, MyChintaHati approve dak? Haha!

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Nampak elegan pula tissue holder ni

Berdasarkan kajian yang telah YY lakukan. Cehwah! Kajian konon. Haha! Anyway, Carousell bukan sahaja menyediakan platform untuk korang membeli atau menjual pelbagai barang. Ia juga mudah untuk diakses dan yang paling penting selamat untuk korang melakukan sebarang transaksi jual beli. Bagi memastikan keselamatan proses transaksi, semua aktiviti berada di dalam pemantauan Carousel. Sebab tu korang tidak digalakkan untuk melakukan sebarang negotiation di luar Carousell.


Tapi bab pembayaran, hanya antara korang dengan penjual atau korang dengan pembeli. Carousell tidak terlibat dalam proses ni . Tapi ada beberapa teknik pembayaran yang disarankan guna seperti PayPal dan bank transfer. Yang paling penting, korang harus menjadi warga komuniti Carousell sekiranya ingin membeli atau menjual di Carousell. Pendaftaran sebagai warga komuniti adalah percuma!

Korang boleh tonton video di atas untuk lebih penerangan.

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Cantiklah kerusi ni!

Kebanyakkan barang hiasan rumah yang dijual di Carousell memang menarik perhatian YY. Antaranya kerusi kayu seperti gambar di atas. Walau hak ni sudah berada dalam kategori barang terpakai, ia kelihatan masih elok. Tapi tu based pada gambar sahaja. Kondisi sebenar kalau betul nak beli, kena meet-up. Harga yang tercatat adalah RM500 untuk kerusi tu. Korang rasa mana satu yang berbaloi, terpakai or yang baru. Kalau baru mau cecah ribu juga ni. Emm, akan dipertimbangkan.

Karpet yang dekat gambar bawah ni pun nampak masih cantik walau dah berada di dalam kategori terpakai. Harga dia RM100 kalau tak silap. Okay lah kan. Not bad! Sesuai sangat dengan tema raya YY tahun ni. Adui! Geram pula tengoknya. Tapi kalau tanya YY, memang semua yang YY nampak, YY rasa geram. Haha! Dasar perempuan!

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Carpet ni nampak cantik

Jujur YY katakan di Carousell ni, ada pelbagai pilihan barang hiasan rumah yang boleh korang beli untuk persiapan Hari Raya. Serius memang boleh buat rambang mata. Harga yang ditawarkan pun pada YY sangat berbaloi

Lagi satu yang buat Carousell ni lain dari yang lain adalah kalau korang betul-betul berminat dengan sesuatu barang tu, korang boleh negotiate harga dengan penjual. Kalau keduanya setuju dengan harga barang tersebut, bolehlah terus ke proses seterusnya. Ingat ye, korang sangat digalakkan melakukan semua proses negotiation di dalam Carousell sahaja bagi menjamin keselamatan.

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Barang hiasan rumah yang baru
Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Barang hiasan rumah yang sudah terpakai

Sama ada korang nak beli barang hiasan rumah yang baru atau terpakai, terpulang pada pilihan masing-masing. Yang pasti Carousell menyenaraikan pelbagai pilihan barang hiasan rumah untuk Hari Raya. Paling best korang boleh miliki barang tersebut pada harga yang murah dan berbaloi. Cakap banyak letih, korang kena access Carousell Malaysia baru tahu kesahihannya.

Ni punya panjang lebar YY menaip semata-mata nak berkongsi maklumat berharga ni pada korang. Kalau korang rasa maklumat yang YY kongsikan ni bakal menarik minat sesiapa yang korang kenali, kongsilah dengan diorang juga. Jangan balun sorang je ye. Rasanya sampai sini ajelah bebelan YY untuk hari ni. YY nak pergi usulkan apa yang YY berkenan tadi pada MyChintaHati. Mohon doakan usul YY diluluskan ye. Haha!

Hiasan Rumah Yang Murah Untuk Hari Raya Di Carousell
Carousell, Sell in a Snap. Buy with a Chat

5 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bila Gigi Susu Tercabut

3:27:00 pm Yana Yani 6 Comments

Bila Gigi Susu Tercabut | Walau dah punyai dua orang anak, jujur YY katakan, YY masih kurang arif hal-hal berkaitan tumbesaran anak-anak. Banyak yang YY masih belajar. Mostly segala ilmu diperolehi dari pengalaman peribadi atau perkongsian ibu bapa lain. Bab gigi susu lagi teruk, tak begitu ambil tahu. Sehinggalah baru-baru anak YY yang paling kecil, Aisyah tercabut gigi susu pada usia enam tahun. Kejadian tu pencetus perasaan ingin tahu YY mengenai bila gigi susu tercabut. Terasa macam terlalu awal untuk budak pada usia dia tercabut gigi susu. Bila sepatutnya gigi susu tercabut?

Gigi susu merujuk kepada gigi sementara yang kebiasaannya tumbuh ketika anak-anak kita berusia di antara usia enam bulan sehingga dua tahun. Tapi ada juga bayi yang tumbuh sebelum usia mereka menjangkau enam bulan. Untuk makluman korang, gigi susu secara keseluruhan hanya mempunyai 20 batang gigi. Ianya terdiri dari lapan batang gigi depan, empat batang gigi taring dan lapan batang gigi geraham.

Bila Gigi Susu Tercabut
Ceria aje sebelum kejadian gigi susu tercabut

Gigi susu akan tercabut dan digantikan dengan gigi kekal secara berperingkat bermula ketika anak kita berusia enam ke tujuh tahun. Gigi susu akan berterusan tercabut sehingga anak-anak kita berusia 12 tahun. Kebiasaannya gigi susu yang akan mula tercabut adalah gigi depan dan diakhiri dengan gigi geraham. Lepas pada usia 12 tahun, kalau tercabut, dah memang gigi kekal. Bukan gigi susu lagi.

Berdasarkan pada cerita di atas, kiranya normal Aisyah tercabut gigi susu pada usia enam tahun. Hari tu masa gigi depan bahagian bawah tercabut, kecoh rumah jadinya. Aisyah takut bila Papa dia nak cabut gigi yang longgar tu. Yang MyChintaHati pula takut anak dara kesayangan dia tertelan gigi time tengah tidur. Kelakar pula teringat adegan berkejaran dua beranak tu. End up berjaya juga Papa dia cabut gigi susu Aisyah tanpa sebarang pendarahan. Drama betul dak Aisyah ni tau. Haha!

Baca: Afif Dah Rongak!

Bila Gigi Susu Tercabut
Muka cuak sebab gigi susu pertama tercabut. Haha!

Anyway, korang tahu tak bila gigi kekal tumbuh, ia akan jadi 32 batang gigi dan bukan lagi 20 batang gigi. Terdapat penambahan 12 batang gigi geraham yang tumbuh secara peringkat. Penambahan gigi kekal geraham ini sebenarnya dah bermula ketika kita berusia enam tahun. Kita perasan dengan tak aje. Gigi kekal geraham yang terakhir akan tumbuh pada ketika kita berusia antara 17 ke 21 tahun. Seriously YY baru tahu bab ni. Teruja sungguh bila dapat tahu. Mula dok kira gigi sendiri. Haha!

Umur tercabutnya gigi susu atau tumbuhnya gigi kekal seperti yang YY ceritakan di atas adalah hanya anggaran para dentist sahaja. Korang tak perlu rasa panik sekiranya umur anak-anak korang time gigi susu tercabut atau tumbuhnya gigi kekal terlebih awal atau lambat. Ia sebenarnya normal. Tapi korang boleh bawa anak korang berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan sekiranya ada rasa was-was.

Bila Gigi Susu Tercabut
Yeah! Berjaya cabut gigi!

Kalau pergi klinik gigi kerajaan, lebih kurang RM4 untuk sekali sesi perjumpaan. Kalau tak silaplah ye, YY kurang pasti. Kalau nak pergi klinik gigi swasta, memang banyak pelaburan dia. Tapi kalau nak merasa rawatan klinik gigi swasta, YY recommend korang pergi klinik gigi swasta sepanjang bulan Mac setiap tahun. Sepanjang bulan tu takde sebarang charge dikenakan untuk pemeriksaan biasa. Diulang, pemeriksaan biasa. Kalau nak cabut ke apa ke, tetap kena charge ye. Korang boleh hubungi klinik gigi swasta berdekatan korang untuk maklumat lanjut.

YY memang setiap kali bulan Mac dok heret bebudak ni pergi klinik gigi. Saja nak bagi anak-anak biasa dengan doktor gigi. Lagipun Aisyah ni nanti YY nak bagi dia pakai braces sebab keadaan gigi dia tu. Doktor kata seawal usia dia sembilan tahun dah boleh mula pakai braces. Okaylah korang! Rasanya sampai sini aje bebelan YY untuk hari ini. Hari ini kita semua belajar pasal gigi susu dan gigi kekal disebabkan sifat curiosity YY. Kira not bad jugalah untuk orang yang baru nak ambil tahu kan. Haha!

Till we meet again, Assalamualaikum

Sumber: http://bit.ly/2pJ9ncY

6 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

4:59:00 pm Yana Yani 2 Comments

Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit | YY dengan jayanya dah menghidap tiroid selama dua dekad. Bermula dengan hipertiroid ketika berusia 13 tahun disusuli dengan hipotiroid setelah menjalani rawatan radioaktif iodin ketika usia menjangkau awal 30 tahun. Sepanjang tempoh dua dekad tu, bermacam kata-kata yang mostly negatif, terpaksa YY hadap tak kira dari keluarga mahupun rakan-rakan. Acap kali perkataan, "KAU TAK NAMPAK SAKIT PUN" kedengaran. Perkataan itu bukanlah satu compliment kepada mana-mana pesakit yang menghidap invisible illness seperti pesakit tiroid.

Dengar aje perkataan tu, automatik ia membunuh semangat kami si penghidap invisible illness ni. Sebenarnya dengan kelihatan sihat secara fizikal, tidak bermakna kami sihat. YY secara peribadi tak marah orang cakap macam tu. Cumanya ia buat YY terasa yang orang memandang rendah sakit yang YY sedang hidapi. Perkataan "KAU TAK NAMPAK SAKIT" seolah menggambarkan yang YY langsung tak sakit sedangkan YY sedang bertarung dengan sistem hormon yang tak betul. To make it even worse, YY kena makan ubat seumur hidup YY! Still kata YY tak sakit? Seriously?

Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Nampak sihat, tak bermakna kami sihat

Dulu YY mudah bercerita hal penyakit YY. Lepas tu, sikit demi sikit YY mengunci mulut. Tak larat nak hadap kata-kata orang. Terasa susah nak bagi orang faham mengenai invisible illness yang YY hidapi. Kalau ada yang tahu pasal penyakit ni pun hanya akan kata, "PENYAKIT TIROID NI TAK BOLEH ADA ANAK KAN". Bila ada orang kata camtu, raut wajah YY senyum, dalam minda pula tengah dok bayang cepuk kepala dia berkali-kali. Geram tau! Tak boleh ke agaknya dok hulur kata-kata positif. Sikit pun jadilah bukan luak pun. Ini kata-kata tak elok juga nak keluar. Kang ku cepuk, baru tau!

Ada juga yang kata, "EH BOLEH PULA SAKIT TIROID ADA ANAK YE". Ni lagi satu jenis soalan yang buat YY terasa nak ulang dialog Kassim Selamat dalam filem Ibu Mentua-ku, "Mengapakah kau diciptakan Tuhan menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?" Lepas tu cepuk kepala dia bertubi-tubi. Cerita pun tamat! Haha!

Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Realiti kehidupan pesakit tiroid

Betul dengan pemakanan ubat yang teratur, pesakit tiroid boleh jalani hidup yang normal. Tapi sebenarnya, takdenya normal mana. Simptom tiroid tetap ada here and there. Contohnya dulu korang suka lari atau buat aktiviti lasak sebelum kena tiroid, try buat lagi aktivit yang korang suka tu masa hormon dah stabil. YY berani confirm yang korang akan pancit! Bukan nak mematahkan semangat, tapi ini hakikat yang terpaksa dihadapi oleh hampir semua pesakit tiroid. So janganlah ditambah bara.

Macam YY, walau hormon dah dikategorikan stabil, YY masih alami kesukaran untuk tidur, rambut pula gugur teruk, kulit kering, badan tak usah cakap, makin naik walau nafsu makan takde, lepas tu kaki mudah kena cramps, buat kerja sikit dah terasa penat dan rasa letih sangat. Anyway apa yang YY luahkan ni tak mencerminkan apa yang kesemua pesakit tiroid rasa. Lagipun setiap orang mempunya level motivation yang berbeza. Tapi rata-rata yang YY pernah kenali meluahkan perasaan yang sama. Rasa annoying giler bila ada orang kata "KAU TAK NAMPAK SAKIT".

Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Jangan cakap camni kepada pesakit invisible illness
Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
Cakap camni pada pesakit invisible illness

YY percaya bila korang kata "KAU TAK NAMPAK SAKIT", mungkin ia melambang sebagai tanda sokongan. Mungkin juga korang tak tahu apa yang harus diperkatakan tapi ingin menzahirkan kata-kata semangat. Atau mungkin juga korang nampak yang kitorang memang tak sakit dan korang mahu kitorang feel good about ourselves. Terima kasih kerana trying to be supportive. Tapi jangan hanya bergantung kepada keadaan fizikal kami, selami juga apa kami rasa. Cuba banyakkan mendengar dan fahami kepada perkara yang korang tak nampak. Itu sahaja yang kami harapkan.

Sokong dan bantulah kami sama ada dari sisi luaran mahupun sisi dalaman. Lagipun apa yang kami rasa di sisi dalaman itulah yang membantu kami untuk keeps going.

Sumber: http://bit.ly/2pPH34W

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Drama Menanti Februari

3:49:00 pm Yana Yani 7 Comments

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Drama Menanti Februari | Drama Menanti Februari yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 menjadi tular disebabkan jalan cerita yang dikatakan bercanggah dengan ajaran Islam. Drama bersiri 16 episod arahan Ayie Mustafa ini memang havoc walau telah melabuhkan tirai pada awal minggu ini. Sana sini orang masih bercerita mengenai drama tersebut. Pelbagai pandangan dan kecaman dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Even YY yang tak mengikuti drama ini turut terasa curious, sama ada sah atau tidak pernikahan antara Fiza lakonan Fathia Latiff dan Edi lakonan Afiq Muiz.

Sebelum YY kongsikan dengan korang kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai drama ini, YY kongsikan dahulu sinopsis drama ini.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Drama Menanti Februari
Drama ini tular kerana kontroversi jalan cerita

Sinopsis Drama Menanti Februari

Drama ini mengisahkan perkahwinan antara Arie dan Fiza yang dibina atas dasar cinta. Ia menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Ketaksuban Arie dengan kerjanya menyebabkan Fiza terabai. Dalam drama ni, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama iaitu Februari. Arie kemudian hilang dalam kemalangan di lautan. Dalam tempoh enam bulan kehilangan Arie, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka berkahwin. Tetiba mereka dikhabarkan Arie ditemui selamat tapi hilang ingatan. Bila ingatan pulih Arie terpaksa menghadapi hakikat yang Fiza dan Edi telah berkahwin. Tapi Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.

Disebabkan isu ni menjadi tular dan dibimbangi memberi fahaman yang salah kepada masyarakat, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengeluarkan kenyataan dan memberi penerangan yang cukup jelas terhadap isu ini.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa empat tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas enam bulan (sebagai contoh) sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah.

Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:

“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut” (Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Mengenai Drama Menanti Februari
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Isu Drama Menanti Februari

Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

Maka, kami berpandangan bahawa:

1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah enam bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.

2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.

3. Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.

4. Si isteri tidak boleh meminta fasakh kerana fasakh hanya boleh diminta kepada mahkamah jika suami hilang lebih daripada setahun sedangkan dalam drama berkenaan, suami baru hilang enam bulan. Rujuk Seksyen 52 Perintah untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303

Penutup

Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H

Diharap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ini menjawab segala kekeliruan yang timbul akibat dari jalan cerita drama Menanti Februari ini. Segala teguran yang diberikan oleh beliau, silalah dipandang dari sudut positif. Hal-hal yang berkaitan dengan agama, adalah amat wajar kita tanyakan kepada mereka yang lebih arif dalam hal agama supaya tidak wujud kekeliruan. Jangan dipandang remeh benda begini. Semoga dengan isu ini, ia dapat membuka mata industri drama atau perfileman negara untuk lebih peka.


".... maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui" (surah An-Nahl, ayat 43)

Sumber Kenyataan Mufti, http://bit.ly/2plZrGb

7 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah

7:50:00 am Yana Yani 7 Comments

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah | Hujung bulan ni, Insya ALLAH kita semua bakal menunaikan rukun Islam yang ketiga. Dalam dok sibuk menunaikan suruhan agama, menjelang waktu berbuka puasa, para ibu seperti YY adalah manusia paling sibuk. Laman carian seperti Google adalah teman setia sepanjang bulan puasa sebab dok cari resipi. Haha! So hari ni YY nak berkongsi cara membuat kek batik yang merupakan kek paling mudah dibuat berbanding resipi kek yang lain.

Even yang tak penah buat kek pun, boleh buat kek batik ni sambil pejam mata aje. Haha! YY cakap camtu sebab nak menggambarkan betapa mudahnya cara membuat kek batik ni. Tak perlukan mixer dan tak perlukan oven. Korang hanya perlu panaskan semua bahan dalam kuali aje. Memang mudah sangat selain sangat sedap.

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Bahan yang diperlukan

Untuk resipi kek batik versi YY, YY hanya menggunakan enam bahan mudah. YY tak gunakan telur atau esen vanila. Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

- Dua bungkus biskut Marie
- Secawan mentega. Nak senang, beli terus yang bersaiz 250g
- Secawan Milo
- Secawan gula
- Secawan serbuk koko untuk lebih rasa coklat
- Secawan air

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Campak aje semua bahan dalam kuali

Memula sekali korang patahkan biskut Marie. YY suka patahkan kepada dua bahagian. Kalau patahkan empat, cam berderai pula nampaknya. Lagipun sooner or later kita tetap akan potong dia. Bayangkan orang yang korang geram time patahkan biskut Marie tu, hilang juga rasa tension. Haha!

Lepas semua biskut dah dipatahkan, korang panaskan kuali.

Semua bahan yang YY senaraikan dekat atas tadi kecuali biskut Marie, korang campak kan ke dalam kuali. Kalau korang rajin, korang masukkan mentega dulu. Bila mentega dah cair, masukkan air diikuti gula, Milo dan serbuk koko. YY ni jenis manusia malas nak menunggu. Memang semua YY campak sekali dalam kuali tu. Lantaklah! Haha!

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Siap! Boleh masuk dalam acuan

Agak dah cair cantik semua bahan, korang masukkan biskut Marie yang korang dah patahkan tadi. Kacau bagi semua tersalut dengan adunan. Lepas tu korang letak dalam loyang atau apa sahaja bekas yang sesuai. Tekan aje dengan sudu kasi mampat. Nanti nak potong senang. Biarkan sekejab sebab panas lagi. Kang dah sejuk, korang masukkan dalam peti sejuk. Biarkan dalam dua ke tiga jam.

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Hiasan comot atas kek batik YY

Siap dah kek batik korang! Mudah sangat kan?

Masa YY buat kek batik ni, sebenarnya hari lahir MyChintaHati. Disebabkan terlebih rajin, YY tambah decoration dekat atas kek batik tu. Memula YY letak dua aje ladybird. Datang Aisyah dengan Afif, diorang tambah lagi dua. Diorang kata itu diorang. Lepas tu diorang tambah lagi! Diorang kata itu Atuk, Nenek, Aki dengan Wan.

Penuh kek batik YY dengan ladybird! Sabar ajelah!

Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah
Rupa kek batik yang dah dipotong

Korang cubalah buat. Memang senang sangat. Tak tipu! Dah buat tu, bagi dekat bakal Mak Mentua, confirm dia sayang lebih dekat korang! Haha!

Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut - (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih)

Resepi lain yang harus dicuba
1. Cara Membuat Donat Simple
2. Resepi Kek Tok Gajah!
3. Resepi Kek Coklat Moist Bakar
4. Resepi Kek Marble Bakar
5. Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
6. Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
7. Resepi Mudah Puding Roti Coklat
8. Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
9. Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
10. Cara Membuat Kek Batik Yang Mudah

7 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House

11:05:00 am Yana Yani 4 Comments

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House | Cerita ni dah agak lama, dah kategori basi kata orang. Baru sekarang YY berkesempatan nak cerita. Nak buat camne. Janji tetap cerita buat memori di masa depan. Anyway ketika cuti bersempena Tahun Baru Cina baru-baru ini, YY dan keluarga berkesempatan menjelajah ke Kuala Lumpur Upside Down House buat julung kalinya. Ia suatu pengalaman yang mengujakan terutama buat my little prince, Afif yang sudah beberapa kali mengajak kami ke situ. Bila hajat dia terlaksana, memang seronok sangat dia.

Perjalanan kami pada hari tu bermula lewat pagi. Keadaan cuaca pula tak berapa baik. Gerimis sepanjang perjalanan. Jalan pun Ya Rabbi! Jem! Walau musim cuti, jalan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur agak sesak. Bayangkan jem ketika menaiki bukit ke Kuala Lumpur Upside Down House, ngeri juga weh! Situasi tu buat YY teringat ketika belajar memandu satu ketika dulu. Dok terundur aje! Selalulah kena marah. Haha! Anyway ketika sampai di puncak, rezeki kami, parking mudah pula dapat.

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan.

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Kuala Lumpur Upside Down House
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Posing juga walau orang ramai

Masa hari YY dan keluarga berkunjung, manusia tersangatlah ramai. Memang sangat sesak dengan kunjungan pelancong asing dan warga tempatan. Tak sangka pula ramai yang menuju ke tempat yang sama pada hari yang sama. Mujur juga pihak pengurusan Kuala Lumpur Upside Down House telah menggunakan sistem nombor. Ia merupakan initiative yang sangat brilliant pada pandangan peribadi YY. Kalau tak, boleh roboh bangunan yang bersaiz rumah sebenar dengan ketinggian dua tingkat ni. Haha!

Apa yang menarik mengenai Kuala Lumpur Upside Down House yang berkonsepkan Cottage House ni adalah ia adalah bangunan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia dan yang pertama di Kuala Lumpur. Menambahkan keunikkannya, di bahagian hadapan Kuala Lumpur Upside Down House ni ada kereta antik Morris 1974 yang dipasang secara terbalik yang setia menyambut kedatangan korang. Korang pasti akan rasa nak snap gambar banyak kali dekat sini. Confirm punya! Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Jelajah Menara KL sementara menunggu

Tiket masuk ke Kuala Lumpur Upside Down House ni adalah RM15 untuk warganegara dewasa dan untuk RM10 kanak-kanak. Masa bayar duit tiket tu, kami terus diberikan nombor giliran dan masa anggaran yang kami dijadualkan masuk. Kalau tak silap sekitar jam 2:30 petang baru giliran kami. Jenuh juga nak menunggu selama tu. So kami decided berjalan ke Menara KL yang terletak bersebelahan aje dengan Kuala Lumpur Upside Down House ni.

Kali terakhir YY ke Menara KL ni adalah sekitar tahun 1999. Kiranya dah hampir dua dekad YY tidak ke sini. Tak sangka dalam tempoh tu, terlalu banyak perubahan berlaku. Paling ketara ada banyak attraction dibina disekitar menara. Contohnya macam Blue Coral Aquarium, XD Theatre, Mini Zoo dan banyak lagi. Seingat YY, dulu hanya ada Menara KL ni aje. Sekarang, macam-macam ada. Tinggal keluarkan duit aje. Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Lakonan yang tak menjadi
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Failed! Haha!

Harga tiket pula, masya ALLAH! Nak ke Sky Deck tu aje dah dikenakan harga RM60 seorang, itu pun katanya murah sebab ada diskaun sempena sambutan Tahun Baru Cina. Harga tu pada YY memang mampu tengok aje. Tapi nak lagi murah, boleh aje pergi ke Observation Deck. Separuh dari harga Sky Deck tadi, tapi nak menunggu turn tu memang tak sanggup! End up kami hanya lepak sekitar Menara Kuala Lumpur aje sementara menunggu turn kami.

Setelah hampir dua jam menunggu, baru kami dapat masuk. YY teringat petugas Kuala Lumpur Upside Down House memanggil kami mengikut nombor giliran. Terasa kelakar sebab cara dia panggil, dah macam nurse panggil masuk bilik doktor pula. Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Afif kata macam cerita Lord of The Ring
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Bila Abang poyo, Adik be like, duhh! Haha!

Pada yang tak tahu, semua struktur dalam dan di luar Kuala Lumpur Upside Down House ni, dari bumbung sehingga lantai, perabot dan peralatan, berada di dalam keadaan terbalik sepenuhnya. Memula masuk tu terasa macam pening, sebab semua terbalik! Tapi lepas tu, excited sangat! Keadaan di dalam rumah ini sama macam rumah lain cuma ianya di dalam versi terbalik. Ada ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur bayi, dining room, dapur, bilik mandi, tandas dan loteng.

Kami datang hanya berempat. So nak ambil gambar sekeluarga memang agak payah. Tapi mujur ada ramai petugas di dalam tu yang boleh bantu kita mengambil gambar. Even kita tak minta pun, diorang sendiri yang menawarkan diri untuk membantu. Siap ajar lagi teknik dan cara bergambar atau mengambil gambar. Cuma yang menjadi masalah, kami sekeluarga ni "kayu". Hasilnya gambar yang diambil tak nampak realistic walau kami tried so hard tau! Haha!

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Macam comel pula gambar ni. Haha!
Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Kelakar pula tengok gambar ni. Cer pandang omputih tu. Haha!

Nasihat YY kalau korang nak ke tempat sebegini, seeloknya bukan ketika musim cuti. Padat dengan umat manusia dari seluruh dunia! Korang nak ambil gambar pun tak selesa. Nak tergedik pun segan sebab ada banyak mata yang memandang. Itulah yang terjadi pada YY sekeluarga pada hari kejadian. Menunggu hampir dua jam hanya untuk masuk, tapi kami berada di dalam tu tak sampai setengah jam pun. Walau kami diberi ruang untuk bergambar di setiap sudut yang ada, tetap ada rasa awkward.

Tapi kalau tak pergi time musim cuti, memang tak dapat pergilah jawabnya. Haha! Sedih! So kesimpulannya, pandai-pandailah korang hadap situasi tu! Tapi sejujurnya penjelajahan ke Kuala Lumpur Upside Down House memang sesuatu yang menyeronokkan bagi YY dan keluarga. Lagipun ia adalah rumah terbalik pertama yang kami lawati walau ia bukanlah rumah terbalik pertama di Malaysia.

Menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House
Muka ceria lepas menjelajah Kuala Lumpur Upside Down House

Lepas kami masuk aje dalam kereta, hujan lebat serta merta! Rezeki kami. Yang pasti memang kami sekeluarga seronok sangat hari tu. Entah bila dapat menjelajah ke tempat sebegini lagi. Kalau korang belum pernah pergi ke Kuala Lumpur Upside Down House, YY sangat recommend korang pergi. Worth it terutama kalau ia adalah rumah terbalik pertama yang korang pergi. Kalau dah banyak yang korang pergi, mungkin expectation dia berbeza (^_^)

That's it! Semoga bertemu lagi di lain entry. Selamat berhujung minggu (^_^)

Tiket masuk ke KL Upside Down House
Dewasat: RM15 (MyKad)
Kanak-Kanak: RM10 (MyKad)
Masa operasi: Setiap hari dari 9 pagi sehingga 7 malam

Alamat:
Menara Kuala Lumpur
Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur
Tel: +6 03 5523 0840 or +6 010 802 7547
Email: klupsidedown@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/klupsidedown/


4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod

7:10:00 am Yana Yani 2 Comments

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod | Secara ilmiah, penyakit hipertiroid merujuk kepada keadaan apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Bila kita mempunyai hormon tiroid yang banyak, banyak benda dalam badan kita juga akan bergerak cepat. Contohnya seperti kehilangan berat badan dengan cepat, degupan jantung yang laju, berpeluh banyak, atau terasa berdebar dan sentiasa moody. Dalam sesetengah kes, ada pesakit langsung tidak mempunyai sebarang gejala sehingga ujian perubatan mengesahkan sebaliknya.

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
Rawatan untuk penyakit hipertirod

Walau penyakit hipertiroid kedengaran agak kompleks, korang tak perlu bimbang. Penyakit ini boleh dirawat. Dengan rawatan yang betul dan pengambilan ubat yang teratur, Insya ALLAH korang boleh menjalani kehidupan yang sihat dan normal. Tapi perlu diingat, hipertiroid tanpa rawatan boleh memberi masalah yang serius kepada kesihatan jantung dan osteoporosis. Paling ditakuti adalah serangan thyroid storm yang boleh menyebabkan kematian. So, please take this seriously.

Secara umumnya, rawatan yang diberikan untuk merawat hipertiroid adalah sama ada untuk mengurangkan penghasilan hormon tiroid daripada kelenjar tiroid atau mengurangkan kuantiti hormon tiroid yang bergerak bebas dalam peredaran darah. Berikut adalah jenis rawatan untuk penyakit hipertiroid di Malaysia.

a. Ubat carbimazole atau methimazole

Carbimazole ialah sejenis ubat anti-tiroid yang biasa digunakan untuk rawatan hipertiroid dan ia bertindak untuk mengurangkan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. Methimazole pula ialah bentuk aktif carbimazole dalam badan. Pada peringkat awal, dos tinggi akan diberikan untuk tempoh beberapa minggu sehingga hormon tiroid kembali ke paras normal. Ia kemudiannya akan dikurangkan secara beransur-ansur dengan pemberian dos yang lebih rendah.

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
Ubat anti-tiroid, Carbimazole

Menurut jurnal perubatan, kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan carbimazole termasuklah ruam kulit, rasa loya, sakit kepala, perubahan sistem gastrousus dan sesetengah pesakit akan mengalami pengurangan sel darah putih. Sekiranya ini terjadi, doktor akan mempertimbangkan rawatan alternatif. Keadaan yang disebut tadi akan kembali normal selepas ubat diberhentikan.

Bagi wanita yang mengandung, penggunaan ubat carbimazole perlu diberi lebih perhatian, terutamanya jika korang mengambil dos yang tinggi. Kebiasaanya doktor akan mempertimbangkan rawatan alternatif. Sekiranya korang menyusukan anak, please take note yang dos carbimazole boleh masuk ke dalam kelenjar susu. Sila dapatkan nasihat doktor untuk meneruskan penyusuan.

b. Ubat propylthiouracil (PTU)

PTU merupakan ubat yang bertindak dengan cara yang sama seperti carbimazole. Ia memberi kesan tambahan kepada hormon tiroid yang terdapat di bahagian periferi badan. Disebabkan ubat ini memberi kesan sampingan kepada fungsi hati, penggunaannya hanya dihadkan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil carbimazole atau iodin radioaktif sahaja, termasuk wanita yang mengandung pada trimester pertama dan yang menyusukan anak.

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
Ubat PTU

Bagi ibu yang mengandung, PTU perlu ditukar kepada carbimazole selepas kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga. Mengupas mengenai kesan sampingan PTU, ia mempunyai kesan sampingannya adalah hampir sama dengan carbimazole. Dapatkan nasihatkan doktor sekiraya korang mempunyai alahan pada ubat ini.

c. Ubat perencat reseptor beta adrenergik (beta blocker)

Perlu diingat bahawa ubat yang berada di dalam kumpulan ini tidak memberi kesan kepada paras hormon tiroid. Ubat tersebut hanya membantu dalam mengurangkan simptom hipertiroid seperti memperlahankan degupan jantung, mengurangkan getaran dan mengurangkan rasa gelisah dengan merencatkan reseptor beta adrenergik. Contoh ubat dalam kumpulan ini yang sering diberikan oleh doktor adalah propranolol.

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
Ubat beta blocker, Proponolol

d. Iodin radioaktif (Iodine - 131)

Rawatan iodin radioaktif yang digunakan bagi memusnahkan sebahagian kalenjar tiroid ini hanya akan dicadangkan apabila ada kes sperti ubat tidak dapat mengawal masalah hipertiroid, pesakit mengalami kesan sampingan ubat atau keadaan pesakit tidak stabil untuk menjalani pembedahan pembuangan tiroid (tiroidektomi). Rawatan ini mengandungi iodin, prekursor untuk penghasilan hormon tiroid.

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
Radioaktif iodin

Apabila iodin diserap masuk ke dalam kelenjar tiroid, ia akan mengeluarkan sinaran beta dan menyebabkan sel tiroid yang menghasilkan hormon musnah. Ada pesakit hipertiroid, sembuh sepenuhnya selepas rawatan ini. Tapi ada juga yang bertukar menjadi hipotiroid seperti YY. Malahan ia merupakan antara tujuan rawatan ini diberikan kerana ubatan untuk hipotiroid lebih selamat berbanding hipertiroid.

Perlu diingat bahawa rawatan ini tidak boleh dilakukan kepada ibu yang mengandung dan khabarnya juga ia tidak sesuai digunakan untuk pesakit yang berusia kurang daripada 30 tahun. Sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.

e) Pembedahan

Pembedahan juga adalah salah satu daripada kaedah rawatan untuk peyakit hipertiroid. Tapi pembedahan hanya sesuai untuk pesakit hipertiroid jenis multinodular di mana pesakit perlukan pengawalan hormon pada kadar segera. Ia juga sesuai untuk kelenjar tiroid yang besar dan menyebabkan kesan tekanan atau kesakitan. Maksudnya bukan semua pesakit tiroid perlukan pembedahan. So korang tak perlu risau.

Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
Gambar pesakit yang baru melakukan pembedahan

Tapi satu yang pasti, once korang dah melakukan pembedahan, seumur hidup korang kena makan ubat. Kenapa? Sebab korang dah takde kalenjar tiroid untuk produce hormon. So pengambilan ubat tu sangat perlu. Sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut mengenai pembedahan bagi merawat hipertiroid. YY takde pengalaman langsung tentang hal ni.

Please take note, walau kesemua rawatan di atas untuk penyakit hipertiroid tapi bukan semua rawatan di atas akan diberikan kepada korang. Rawatan hanya akan diberikan berdasarkan kesuaian atau diagnose yang doktor lakukan. Yang pasti, jangan skip rawatan yang disarankan doktor. Ianya untuk kebaikan korang juga. Kalau korang ada sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, korang boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800 88 6722.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pesakit hipertiroid (^_^)

Sumber artikel, http://bit.ly/2orImdb
Sumber gambar, http://bit.ly/2nRquH8

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...