Mesej Melalui Lagu (^_^)
Tak lama dulu YY pernah terbitkan entry mengenai Makna Disebalik Lagu dan sehingga ke hari ini ia merupakan antara entry paling popular dalam blog Diari Seorang Mama ni.Anyway, sama ada kita sedar ataupun tidak, sesebuah lagu ditambah dengan susunan muzik atau melodi yang cantik dan menarik pendengaran mampu menyentuh terus ke jiwa seseorang manusia.
Sebab tu YY galakan korang semua untuk bukan setakat mendengar lagu tu sahaja, tapi menghayati mesej yang cuba disampaikan dari sesebuah lagu tu.
Selain dari hanya mendengar lagu sebagai satu bentuk hiburan, bila kita dengar dengan menghayati bait lagu secara tak langsung merangsang otak kita untuk berfikir.
Lagu kalau dihayati ada banyak jenis. Ada yang mengajak ke arah kebaikan dan ada yang tidak. Malahan ada orang pernah membunuh keluarga sendiri hanya kerana mendengar lagu.
Nampak tak betapa tingginya nilai sesuatu lagu jika kita benar-benar menghayati? So hari ni YY nak bercerita mengenai mesej yang disampaikan melalui lagu.
Kenal Michael Jackson?
Selain terkenal dengan masalah peribadi, mendiang Michael Jackson juga terkenal dan cukup cenderung menyampaikan lagu berbentuk kemanusian.
Hampir kebanyakkan lagu dia kalau dihayati dengan betul mempunyai mesej tersendiri terutama tentang warna kulit dalam Black or White dan They Don't Care About Us.
Masalah peperangan dan pencemaran alam boleh didengari di dalam Heal The World dan Earth Song. Keganasan rumahtangga turut pernah dinyanyikan dalam lagu berjudul Smooth Criminal.
Selain itu penyanyi kelahiran Syria, Michael Heart juga pernah menyanyikan lagu berjudul We Will Not Go Down. Lagu itu dinyanyikan sebagai menyokong perjuangan rakyat Palestine.
YY pernah ceritakan mengenai penyanyi dan lagu yang dinyanyikan itu di sini.
Malahan kumpulan rock popular dari German, Scorpions juga sering menyanyikan lagu berunsur kemanusian seperti Humanity, Under The Same Sun dan Wind of Change.
Ada juga lagu yang dinyanyikan secara bersama seperti We Are The World dan Tears Are Not Enough. Lagu bahasa lain yang cukup memberi kesan pada YY adalah Anak.
Lagu berbahasa Tagalog nyanyian Freddie Aquilar ni cukup popular dan dinyanyikan dalam lebih 27 bahasa di seluruh dunia. Mesej tentang anak itu cukup memberi kesan.
Selain itu lagu berbahasa Melayu juga mempunyai banyak lagu yang mempunya mesej tertentu. Terbaru lagu nyanyian Faizal Tahir, Assalamualaikum yang jelas mesej yang cuba disampaikan.
Tak lupa juga lagu nyanyian Najwa Latif berjudul Aku.
Selain itu Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad selain terkenal sebagai seorang yang patriotik, beliau adalah penyanyi yang paling aktif menghasilkan lagu yang mempunyai mesej tertentu.
Boleh dikatakan semua lagu beliau walau kedengaran mudah tapi ada mesej seperti Pesan Abang, One Thousand Million Smiles, Kulit, Abang Jangan Cuba, Warisan dan banyak lagi.
Zainal Abidin juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu yang mempunyai mesej tersendiri jika dihayati. Paling popular adalah lagu Hijau dan Manis.
Sebenarnya ada banyak lagu yang mempunyai mesej yang mengajak kita melakukan kebaikan dalam pelbagai rentak muzik dan tentu sekali bahasa.
Tak mampu YY nak senaraikan kesemuanya dan kalau boleh buat pun ianya tak jadi entry blog, tapi dah jadi buku yang mempunya banyak muka surat (^_^)
Kebiasaannya bait-bait lagu cukup mudah diingati dan dipelajari terutama di kalangan kanak-kanak. So beringatlah untuk sentiasa memilih lagu atau muzik yang didengari.
Fahami dan selamilah sesebuah lagu, bukan hanya mendengar sahaja.
Moral di sini adalah mendengar muzik itu tak salah sekiranya kita tahu menilai mesej yang disampaikan dan paling penting, tidak melalaikan (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
Betul tu yana..")
ReplyDeleteWawa suka demgar lagu maher zain..")
maher zain memang terkenal dengan mesej dalam lagu =)
Deletepaling feel dengar lagu Michael Jackson.. memang sampai ke hati la
ReplyDeletekan...saya pun rasa gitu =)
DeleteLagu anak tu mmg menyentuh jiwa
ReplyDeleteTak silap akk ada drama jga based lagu tu
Nice sharing YY
- kak ani puchong-
ha'a kak ani memang ada
Deletecite filipina
setuju tu...
ReplyDelete=)
Deletebetul tu YY..
ReplyDeletesetiap bait2 lagu tu ada maksud dan mesejnya tersendiri..
kita kena pandai menilai.
kalau lagu inggeris sekarang ni, ira tak berapa sgt. hihi..
Tapi lagu2 yang YY sebutkan tu semua ira suka..
betullah tu ira...
Deletesebab dia secara tak langsung sampai terus ke hati
betul tu, saya sokong.. lagu2 sebenarnya ada mesej2 tertentu. Ada lagu2 yg mesej tak elok, kita kena paham lagu tu sebelum nak betul2 layan..
ReplyDeletememang betul tu QA
Deletesemoleknya teliti dulu sebab lagu memang paling cepat sampai kat hati
betul YY :)
ReplyDeletekan kak =)
DeleteBetul tu. Setuju dengan YY. Bila kita nak dengar lagu tu pilihlah lagu yang bermanfaat. Sebab dengan lagu juga boleh mempengaruhi seseorang.
ReplyDeletetersangatlah betul faarihin
Deletelagu mampu membuat kita berubah, fakta tu =)
Cara ni juga blh eartkan suami isteri juga... Pujuk isteri dgn lagu...
ReplyDeletebetul jugalah kan
Deletetak terfikir plak bab tu =)
setuju....
ReplyDelete=)
DeleteKadang-kadang lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut benar2 terjadi kpd diri mereka... Seperti lagu Gerimis Mengundang-Zamani.
ReplyDeletehehe...gerimis mengundang cite pasal cinta
Deletecuma cara lagu tu dinyanyikan dan pada keadaan dia menyanyikan
memang nampak ianya benar2 berlaku =)
lagu² MJ semua kathy minat.. under the same sun tu pun feveret kathy....
ReplyDeletehehe...saya pun =)
Deleterajin YY menyenaraikan...betul tu ada lagu yang bagus mesejnya bukan sekadar lagu suka-suka
ReplyDeleteemm...kebetulan mar =)
Deletetapi memang betul, lagu ada banyak maksud tersembunyi
We will not go down.
ReplyDeleteAntara lagu favourite sy.
lately tak banyak lagu mahupun cerita2 di tv yang "berisi".
Dan sy pula jenis yang susah nak minat sesuatu benda.
kalau dengar sesuatu lagu ataupun tengok cerita, sy suka tanya balik diri sy apa yang sy dapat dari benda tu.
sedapkan lagu tu ana =)
Deletetv pun akak jarang tengok, tapi radio selalu juga
emm...good afford. malangnya bukan semua seperti ana
Banyak lagu yang mempunyai mesej penyampaian yang baik.
ReplyDeleteTapi, saya ni bukan tau sangat lagu2 ni.
Nama penyanyi pun jarang tau.
Nyanyi ikit sedap mulut je.
hehe...saya pun gitu
Deletekebanyakkan lagu yang disenaraikan pun lagu lama
betul YY...ada sesetengah lagu yang kita boleh ambil mesej dan boleh jadi penguat semangat...saya suka lagu Mariah Carey - They can't take that away
ReplyDeletebetul sangat tu MA
Deletelagu mariah macam hero tu pun bagus juga maksud dia =)
Lagu allahyarham sudirman memg semua ada ceritanya sendiri.
ReplyDeletekan budak...
Deletesudirman memang suka terap maksud
dalam lagu dia sama ada tersirat atau tersurat
semalam dah genap 23 tahun dia meninggalkan kita kan
byk lagu yg mahu menyampaikan mesej tapi tak semua yg mendengar itu tau menghayatinya ...
ReplyDeletemalang bagi mereka yang begitu
Deleteya betul. tu..
ReplyDeletesuka layan muzik
tp kebanyakkan suka lgu ctdk je.hihi
lagu siti nurhaliza kebanyakkan menjerus
Deleteke arah percintaan
well tak salah dengar, cuma bukan sekadar mendengar =)
Lagu Freddy Aquilar, 'Anak' tu walaupun dengar dari zaman remaja sampailah sekarang ni dah jadi mak budak, tetap mampu mengalirkan air mata. Lagilah sekarang ni bila dah mempunyai anak, terasa so meaningful liriknya tu. Saya pun suka lagu-lagu rakyat Sudirman, dekat di jiwa kita sebagai rakyat Malaysia.
ReplyDeletekan MD...lagu tu walau dalam apa bahasa pun memang meaningful
Deletebuat jiwa kita ni touching hanya dengan mendengar lagu
sudirman memang suka buat lagu berdasarkan isu semasa =)
Masa bercinta dulu rajinlah menelaah lirik.....lirik lagu cinta hihi.....La ni dah tak de masalah YY....haha
ReplyDeletesaya zaman sekolah dulu aje
Deletetapi sekarang saya tapis juga terutama bila anak-anak dah pandai
suka lagu itu dan ini
saya selalu terangkan lagu tu tentang apa bila mereka suka menyanyi sesuatu lagu tu
betul tu yana..dengar dan hayatilah bait2 setiap lagu,mesej yg cuba disampaikan...apa khabar nyanyian joe flizzow juga penuh makna...akak tanya apa khabar? yana sihat tak? dah komen banyak entri baru nak tanya apa khabar ye..
ReplyDeletesebab tu kot lagu tu jadi juara lagu. hehe
Deletebetul saya tak nafikan lagu tu ada message tersendiri
saya sihat alhamdulillah kak
sibuk melampau aje lately =)
lirik lagu sekarang lg la..simple berbanding dulu penuh mkna n puitis
ReplyDeletesimple kalau ada mesej jelas, tak mengapa
Deletelagi mudah nak paham
kalau terlalu puitis, orang tak paham =)
semalam dah genap 23 tahun sudirman
ReplyDeletemenemui pencipta dia...yang tinggal hanya lagu
nak mintak tolong sket boleh? sy ada kena buat satu assgment course ctu(subjek agama). sy kena pilih satu lagu then kena ceritakan tentang lagu tersebut. boleh tak tlg ceritakan serba sedikit tentang setiap lirik lagu yg dinyanyikan dlm lagu tersebut? thanks ^^
ReplyDeletebukan tak nak tolong,
Deleteakak rasa elok cari sendiri bahan