Great Weekend! (^_^)
Macam biasa kalau hujung minggu aje kami jarang berada di rumah. Mesti keluar!Sebab dok didik anak-anak berjalan sejak dari dalam perut lagi, dia orang akan jadi tak keruan kalau duduk dekat rumah aje. Terutama Afif!
Bila tahu aje aku cuti, dia mesti tanya "Hari ni kita tak pergi jalan ke?"
Kalau dulu keluar berjalan ni lebih kepada kepuasan diri, sekarang lebih nak tengok kecerian anak-anak. Kalau dia orang happy, bertambah happy lah Mama dan Papanya!
So hari minggu baru ni kami sekeluarga ke "port" biasa kami, Jusco Bukit Raja. Bukan buat apapun, dok cuci mata aje!
Kalau kategori orang "kurang" berduit macam kami ni, Jusco bukanlah tempat sesuai untuk kami bershopping!
Walau suka macam mana pun sesuatu barang tu, tengok ajelah especially hujung bulan macam sekarang ni! Hehe!
Si Abang excited aje, Adik pula buat muka blur! |
Special pose dari Afif! |
Tu lah cari kami menghabiskan masa! Yang penting kami enjoy!
Eh korang perasan tak sekarang musim buah! Awat pula tiba-tiba cerita pasal musim buah Mama Afif dengan Aisy ni. Hehe!
Bukan apa, Mak dan Abah aku balik ke Kuala Lipis, Pahang sempena aku cuti lama! Bila dia orang balik ke Klang semalam, dia orang bawa balik berkarung-karung buah rambutan dengan manggis!
Wah! Aku suka sangat especially buah rambutan. Tapi agak masam berbanding selalu. Kata Pak Mentua aku, kalau musim hujan memang buah tak berapa elok.
Kalau dulu time musim buah macam sekarang ni, kita orang petik macam tu aje dekat pokok keliling kebun Atuk. Macam orang yang tak pernah jumpa buah!
Tapi orang kampung buat tak hairan aje, kadang-kadang buah tu terbiar macam tu aje sampai busuk dan juga jadi makanan haiwan liar especially monyet!
Atuk pernah kata buah-buah tu tak laku kalau dijual sebab semua orang ada kebun sendiri. Atuk kata biasa orang kampung terpaksa jual murah kepada peraih sebab tak mahu rugi macam tu aje.
Tahu berapa harga orang kampung jual pada peraih? RM0.30 sahaja untuk setiap 1 kilogram! Betul! Tak tak tipu! Sampai bandar aje 100 kali ganda naik harga!
Tapi yang peliknya orang bandar beli juga termasuklah aku! Hehe! Contoh macam petai dekat atas tu, kalau dekat tempat aku ni, RM5 untuk 3 papan sahaja!
Kalau dekat kampung, pokok petai sebelah rumah aje. Tinggal korang nak panjat ke tidak aje sebab pokok dia teramat lah tinggi!
Tak kisahlah apapun, yang penting musim buah macam sekarang ni memang dinanti! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿