Penderaan Kanak-Kanak Tiada Kesudahan

12:22:00 pm Yana Yani 46 Comments

Membaca dan mendengar berita mengenai penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menyebabkan hati seorang Mama ni bagai dirobek-robek.

Kita semua tahu umur seperti itu sangat ligat dan aktif. Masih belum sepenuhnya faham mana baik dan buruk. Masih mengharapkan bantuan dari segala segi dan paling penting kasih sayang.

Bertambah hancur hati apabila mendengar betapa teruk kecedaraan yang dialami mangsa. ALLAH. Sakitnyalah dia. Air mata laju aje mengalirkan sebab membayangkan anak sendiri.

Anak YY tersepit pintu pun menangis bagaikan bergegar rumah. Bayangkan mangsa yang patah berbelas tulang yang mengakibatkan dia cacat seumur hidup. Tu belum cerita kecedaraan lain.

Puas hati agaknya si pelaku apabila berjaya meranapkan masa depan anak kecil ini.

Sebab tu kalau kita mempunyai akal yang waras pastinya gagal menghadamkan punca atau sebab kelakuan kejam si pelaku yang bertuhankan syaitan tu.

Setakat hari ini masih belum ada lagi pertuduhan dijatuhkan terhadap suspek walau rata-rata mengatakan ia dilakukan oleh ibu tiri mangsa. YY doakan semoga dia mendapat balasan setimpal.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, kes penderaan kanak-kanak bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita hari ini. Malahan statistik menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Jumlah statistik itupun hanya berdasarkan kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kemungkinan ada kes penderaan yang tidak dilaporkan adalah sangat besar.

Berdasarkan statistik, kes penderaan berlaku terutamanya di kalangan bangsa Melayu, diikuti oleh bangsa India dan Cina. Paling menyedihkan, parent terutama ibu adalah pelaku utama.

Tiada kumpulan umur kanak-kanak terkecuali. Tapi kanak-kanak perempuan paling kerap menjadi mangsa penderaan berbanding kanak-kanak lelaki.

Berdasarkan statistik tersebut, seolah-olah kes penderaan di Malaysia tiada kesudahannya.

Statistik akan terus meningkat selagi kita sebagai sebahagian ahli masyarakat tidak mengambil langkah AMBIL TAHU.

Kita perlu ada kesedaran. Kita perlu berhenti menjadi BUTA!

Tolong peka dengan keadaan sekeliling. Laporkan kepada pihak berkuasa sebarang aktiviti yang mencurigakan. Kita tak boleh sekelumit pun berkata, "Oh, dia hanya mengajar anak dia"

SALAH! Mengajar apa kalau mendatangkan kecederaan serius? Zaman sekarang terlalu ramai manusia yang sakit mentalnya. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan pemangsa.

Jadi, TANGGUNGJAWAB kita sebagai masyarakat untuk melaporkan. Hentikan statistik penderaan. Jangan jadikan kenalan atau saudara korang sebahagian dari statistik.

Kalau kita enggan dan masih dengan pemikiran lama. Percayalah statistik akan terus meningkat dan penderaan terhadap kanak-kanak tak akan ada kesudahannya.

Paling penting sekali, kembalilah kepada landasan agama ISLAM yang betul kerana ia mampu menghindarkan kita dari menjadi haiwan bertopengkan manusia.

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tiada belas kasihan terhadap kanak-kanak.”

Sumber: Unicef dan Semut Harian

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Membeli Serunding Sambil Beramal

7:47:00 am Yana Yani 38 Comments

Membeli Serunding Sambil Beramal | Bulan Ramadhan seperti yang kita ketahui penuh dengan keberkatan. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan pada bulan ini dilipat gandakan pahalanya di sisi ALLAH. So moh kita membeli serunding hasil air tangan Puan Alia Haryanie. Sambil membeli tu, kita secara tak langsung dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau.

Untuk makluman, Puan Alia ni merupakan seorang ibu tunggal dan penghidap kanser. Kisah hidup beliau ada dicatatkan di dalam blog beliau yang boleh dibaca di sini. YY sangat kagum dengan kecekalan dia despite dengan dugaan demi dugaan yang terpaksa ditempuh atas ketentuan DIA, beliau tetap cekal menghadapi hari mendatang demi anak-anak.

Demi menampung perbelanjaan keluarga dan kos rawatan, beliau menjual pelbagai produk makanan antaranya serunding, mini popia dan mini karipap dengan harga berpatutan. Berikut adalah gambar dan harga jualan produk makanan beliau

Membeli Serunding Sambil Beramal
Serunding Ayam 250g, RM18.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Serunding Daging Tempatan 250g, RM18.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Serunding Ikan 250g, RM12.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Mini Karipap 1kg, RM32.00
Membeli Serunding Sambil Beramal
Mini Popia 1kg, RM32.00

Berminat membeli sambil beramal terutama di dalam bulan yang mulia ini? Silalah berhubung sendiri dengan Puan Alia Haryanie di Facebook atau blog beliau. Beliau juga boleh dihubungi melalui nombor telefon, 012 921 8016. Sekiranya korang nak membantu dengan cara lain seperti menerbitkan entry ini, korang boleh hubungi Suria LekatLekit melalui Facebook beliau untuk maklumat lanjut.

Sekecil-kecil amalan yang kita buat pada bulan yang mulia ni, ingatlah bahawa pahala dia berlipat kali ganda seperti mana yang dicatatkan dalam Hadis Riwayat Muslim:-

“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna. Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.”

P/S - Kadang apabila kita memandang ke bawah, kita akan nampak ada yang lebih susah berbanding diri kita. Sebab tu bila berjalan, jangan sentiasa mendongak (^_^)

38 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perlu Ke Google Friend Connect?

7:13:00 am Yana Yani 49 Comments

Baru-baru ini ada seseorang bertanyakan kepada YY bagaimana menyertai giveaway atau segmen apabila syarat wajib penyertaan adalah FOLLOW blog yang menganjurkan.

Terkejut juga dengan soalan tu. Mesti dia blogger baru. Anyway, YY dah jawab accordingly soalan dia. Hopefully dia faham steps yang YY berikan.

Apa yang pasti, soalan dia tu buat YY teringat entry yang sudah sejak sekian lama terperuk di dalam Draft. Rasanya baru sesuai untuk dikeluarkan sekarang (^_^)

YY sejak dari dulu lagi mempersoalkan apakah relevannya mempunyai Google Friend Connect atau widget Follower. Perlu ke Google Friend Connect pada sesebuah blog?

Ianya seolah tidak memberikan sebarang fungsi kepada sesebuah blog kecuali memaparkan jumlah followers pada blog. Jumlah followers tu pula tak memberikan sebarang impak kepada page views.

Maksudnya kalau followers korang dah beribu, belum tentu page views korang juga akan beribu dalam sehari. Kadang followers korang ciput tapi page views sikit punya rancak naik.

Persoalan YY itu berasas apabila disokong oleh saudara +HASRUL HASSAN


So kesimpulannya terutama buat blogger yang baru berjinak di dalam dunia blogging, tak perlulah terlalu berkejar dengan jumlah followers sebab ianya memang tak berikan sebarang pulangan.

Apa yang penting adalah dengan memperkasakan entry yang dihasilkan. Rupa bentuk blog adalah added advantages. Kadang blog buruk tapi entry cantik, orang tetap akan singgah.

Once kita dan gained trust dari kita punya readers, pastinya diorang akan berkunjung kembali. Kena selalu juga melakukan blog walking. Itu juga salah satu cara memperkenalkan blog kita.


Kalau boleh cuba juga pastikan URL blog korang tersenarai di dalam blog list mereka yang mempunyai "nama". Sebabnya merekalah antara penyumbang trafik ke blog korang.

Cuba buat kalau tak percaya.

YY berani cakap macam ni sebab blog YY kerap dapat pulangan trafik dari blog +Azie Azah dan Daddy Ziyyad. Kedua mereka dah lama dalam dunia blogging.

Terima kasih tak terhingga buat mereka berdua sebab sudi meletakkan URL blog YY yang comel ni dalam blog list mereka. Sekaligus menjadi penyumbang trafik ke Diari Seorang Mama (^_^)

Terima kasih juga buat korang yang sudi meletakkan URL blog YY dalam blog korang. Besar maknanya pada YY tau. Appreciate sesangat!

Last but not least, terima kasih kerana sudi membaca bebelan YY pada hari ni (^_^)

49 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hormati Etika Pakaian

9:28:00 am Yana Yani 42 Comments

Kebelakangan ini makin kerap pula isu mengenai etika pemakaian ditimbulkan dengan niat-niat tertentu. Lagi parah apabila ianya dikaitkan dengan isu keagamaan.

Politicians yang kurang bijak pula hanya mencurahkan minyak ke dalam api. Bukannya cuba menerangkan, tapi make it even worse. Politicians kategori ini kebiasaanya hanya gilakan populariti.

Percaya atau tidak ke mana sahaja kita pergi kita terikat dengan etika pakaian tertentu. Secara tak langsung etika pakaian merupakan asas kepada keharmonian masyarakat majmuk.

YY sebenarnya agak curious, apa yang susah sangat nak faham benda yang semudah itu? YY yang tak sekolah bertingkat-tingkat ni pun boleh faham sebab benda itu sememangnya MUDAH!

Kalau mata rajin memerhati, pastinya perasan kewujudan notis mengenai etika pemakaian ditampal di papan tanda khususnya di tempat yang mempunyai peraturan pemakaian sejak berzaman lagi.

Notis menggariskan apa yang boleh dipakai dan tak boleh dipakai diperlihatkan secara jelas dan terang. Disertakan sekali contoh pakaian bagi memudahkan mesej mudah dihadam.

Even majlis rasmi juga most of the time ada meletakkan dress code pada kad jemputan yang kebiasaannya bertujuan untuk menghormati majlis.

So bila ada manusia yang mengatakan dihalau ketika mahu menghadiri majlis konvokesyen anak dia pada YY adalah tuduhan yang berniat jahat atau mungkin sengaja mencipta havoc.

Begitu juga isu yang sengaja ditimbulkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Hospital Sungai Buloh walau kedua tempat tersebut sudah pun mengeluarkan pemohonan maaf.

Mungkin juga permohonan maaf itu dilalukan atas dasar TERPAKSA bagi mengurangkan perbalahan para keyboard warriors yang cukup ramai.

Anyway, harus difahami bahawa etika pemakaian di institusi kerajaan TIADA kaitan dengan agama sesiapa. Etika berpakaian diwujudkan lebih kepada cuba mewujudkan aura positif.

Maksudnya, bila kita berpakaian sopan dan kemas sesuai dengan peruntukkan etika pemakaian, ianya sekaligus memberikan aura positif baik bagi diri sendiri mahupun orang lain di sekeliling kita.

Bukankah pemakaian yang sopan dan kemas mencerminkan keperibadian seseorang?

Kesimpulannya, adalah tidak wajar menunding kesalahan kepada orang lain sedangkan kesalahan itu datangnya dari diri kita sendiri yang sangat jelas kurang peka dengan kehendak suasana.

Jadi, marilah kita bersama menghormati garis panduan etika pemakaian yang ditetapkan dalam mana-mana agensi kerajaan mahupun bukan demi kesejahteraan bersama.

Bak peribahasa Melayu yang berbunyi, masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Mudah bukan? (^_^)

P/S - Bulan puasa ni YY agak kurang mengeluarkan entry. Maklumlah, puasa. Tak larat nak publish entry bebanyak. Hehe! Blog walking akan dilakukan mengikut kesempatan masa (^_^)

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pengaruh Upin Ipin dan Ultraman

7:38:00 am Yana Yani 52 Comments

Afif antara berjuta-juta kanak-kanak yang meminati siri adiwira Ultraman. Dia boleh berhenti buat apa sahaja hanya kerana ingin menonton siri Ultraman kegemaran dia.

Tak dinafikan Ultraman masih lagi relevan hingga ke hari ini walau pencipta watak Ultraman iaitu Eiji Tsuburaya telah meninggal dunia pada tahun 1970.

Untuk makluman, siri Ultraman sudah mula muncul di saluran TV Jepun sekitar tahun 1966 dan ia masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Afif juga sangat meminati siri animasi tempatan Upin Ipin hasil ciptaan Les Copaque.

Siri animasi Upin Ipin ini pada awalnya diwujudkan untuk mendidik kanak-kanak untuk menghayati bulan Ramadhan sekitar tahun 2007 sebelum ia semakin popular sehingga ke hari ini.

Apa yang menarik apabila dua siri kegemaran Afif itu digabungkan dalam siri Ultraman Ribut hasil kerjasama Les Copaque dan Tsuburaya, pemilik jenama Ultraman.

Malahan Ultraman Ribut merupakan Ultraman yang direka khusus dan telah ditayangkan bermula pada tarikh 14, 15, dan 16 November 2014 yang lalu.

Mesej dalam siri Ultraman Ribut yang cuba menyampaikan mengenai pencemaran alam sekitar amat menarik malahan ianya memberi pengaruh secara tak langsung kepada Afif dan Aisyah.

Nak dijadikan cerita setelah penat Menjelajah Pasar Karat Shah Alam, kami menghabiskan masa di rumah parent in law YY. Afif dan Aisyah suka di sini sebab mereka BEBAS.

Orang kampung kebiasaanya cara pelupusan sampah diorang adalah dengan membakar berbanding dengan di bandar di mana ada pihak tertentu ditugaskan mengutip sampah.

Bila melihat Nenek yang mula membakar sampah, Afif mula melahirkan kerisauan. "Nenek, jangan bakar sampahlah! Nanti ada raksasa datang serang kita!"

Sudah tentu kata-kata itu hanya disambut ketawa oleh Nenek dia (^_^)


Jenuh jugalah lepas tu YY nakjelaskan kepada dia kenapa Nenek dia bakar sampah. Salah jelaskan nanti, boleh tersepit YY dengan soalan bertubi-tubi Afif.

Despite timbul rasa tak wajar dengan cara Nenek dia, Afif dan Rayyan tetap ada rasa keterujaan apabila melihat api yang membakar timbunan daun kering yang telah dikumpulkan.


Aisyah pula hanya jadi pemerhati kerana dia terlalu takut melihat api yang sedang rakus membakar kesemua daun kering yang mereka telah kumpulkan pada awalnya.


Apa yang YY cuba sampaikan, siri animasi walau dari negara sekalipun mungkin membawa pengaruh yang elok dan sebaliknya kepada anak-anak kita. Tanggungjawab kita adalah memantau.

Tapi kita juga jangan lupa despite memantau semua yang boleh ditonton di TV, kita lupa bahawa contoh paling nyata memberi pengaruh dalam kehidupan anak-anak adalah diri kita sendiri.

Mak YY selalu kata bahawa anak-anak kita adalah cermin kepada diri kita.

Janganlah kita menjadi seperti ketam cuba mengajar anak-anaknya berjalan lurus sedangkan hakikat sebenarnya, dia sendiri berjalan senget (^_^)

P/S - Besok kita sudah ketemu Ramadhan yang sekian lama dinanti. YY nak ambil kesempatan ini untuk ucapakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK (^_^)

52 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pengurusan Beg Plastik Terpakai

6:59:00 am Yana Yani 40 Comments

Pengurusan Beg Plastik Terpakai | Menyebut pengurusan beg plastik terpakai, kesedaran kita rakyat Malaysia tak kira apa jua bangsa masih pada tahap yang belum boleh dibanggakan untuk negara yang dikategorikan MAJU. Sama ada kita sedar ataupun tidak, beg plastik yang biasa digunakan mengambil masa ratusan tahun untuk lupus sepenuhnya sekiranya ditanam yang sekaligus menyebabkan pencemaran toksin.

Kalau dah tanam tak boleh, bakarlah! Apa lagi dak? Eh, tak boleh! Bakar pun akan menyebabkan pembebasan bahan yang dikenali sebagai karsinogen. Menatang tu merupakan bahan penyebab kanser kepada manusia! Takutkan?

Jadi bagaimanakah cara pengurusan beg plastik terpakai yang murah dan mudah? Jawapan paling mudah adalah menggunakan semula atau bahasa mudahnya reuseNak dijadikan cerita, YY ni mempunyai habit menyimpan semua beg plastik yang YY perolehi dari mana sahaja. Kedai, pasaraya, pasar tani even beg plastik dari kenduri kahwin pun YY simpan.

Of course bukan semua YY simpan. Mana yang koyak pastu hak yang guna bungkus ayam ke ikan ke, memang for sure lah jadi makanan tong sampah. HeheSo bila dah terlalu banyak menyimpan tanpa cara yang betul, ia menyebabkan laci tempat di mana YY biasa menyimpan beg plastik tersebut macam nak meletup.

Gerun juga dengan fenomena "nak meletup" tu.

Pengurusan Beg Plastik Terpakai

Satu hari tu YY blog walking dekat blog Farrah MF. YY memang suka pergi blog dia sebab dia ni sangat kreatif! Semua benda dia buat nampak cantik aje pada pandangan mata YY. Belek punya belek, YY terjumpa Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah dekat blog dia. YY pun teruja bila dok baca title tu tapi down sikit bila tengok cara dia melakukan.

Mak ai! Nak kena lipat! Susahnya! Masa tu dok fikir, "Tak boleh bagi cara hak lagi senang ke?"

Tapi bila memikirkan betapa perlunya YY menguruskan beg plastik yang dah menanti untuk meletup tu, YY tak ada pilihan kecuali terpaksa mengikut cara yang disyorkan. Desperated okay! Bertemankan Afif, YY buat mengikut steps yang diajar oleh Farrah.

Oh, projek melipat beg plastik ni sebenarnya dah agak lama. In fact sebelum Afif memulakan sesi persekolahan 2015 lagi sebab masa tu YY melakukan operasi mengemas (^_^)

Baru ni ada peluang untuk diceritakan. Hehe!

Pengurusan Beg Plastik Terpakai

Anyway, benda yang pada mulanya terasa susah, menjadi begitu seronok. Of course melayan cerita Afif menjadikan ianya bertambah seronok. Sambil lipat plastik, sambil dengar cerita Afif (^_^)

Bila layan cerita Afif ni, macam-macam cerita keluar. Dari dinosaur pergi ke cerita Ultraman sehinggalah ke cerita betapa dia tak fahamnya orang yang suka tengok "bumi tak cantik". Bumi tak cantik di sini merujuk kepada sampah yang dibuang merata-rata (^_^)

Akhirnya kami berjaya melipat ratusan beg plastik dan diasingkan mengikut size bagi memudahkan kami mengenal pasti mana-mana plastik yang sesuai digunakan dikemudian hari. Bangga jugalah sebab berjaya siapkan walau pada mulanya YY merasakan ianya satu pekerjaan yang sia-sia sebab banyak juga plastik YY lipat pada malam tu.

Where there's a will there's a way (^_^)

Pengurusan Beg Plastik Terpakai

Sekarang ni mana ada aje beg plastik baru yang dalam kategori "elok" YY memang akan terus lipat dan disimpan dalam laci berdasarkan size yang dah ditetapkan sebelum ni. Walaupun ia mungkin belum mampu mengubah apa-apa, at least YY dan Afif dah maju setapak dalam menangani cara pengurusan beg plastik.

Lagipun kesedaran untuk menjadikan "bumi cantik" perlu bermula dari sekarang walau hanya dengan sekecil-kecil sumbangan seperti membuang sampah ke dalam bekas yang disediakan. Kalau Afif yang saiz badannya lebih kecil dari kita dan insya ALLAH bakal menjadi pemimpim ini boleh melakukan, kenapa tidak kita yang sememangnya sudah pun bergelar pemimpin?

Renung-renungkan dan sentiasa ingat untuk REUSE, REDUCE and RECYCLE (^_^)

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Julung Kali ke Pertandingan Memancing

7:11:00 am Yana Yani 28 Comments

Tempat kerja MyChintaHati ni selalu melakukan aktiviti outdoor untuk pekerja mereka yang membuat YY berfikir ianya sebuah tempat yang best untuk berkhidmat.

Malangnya MyChintaHati berfikir sebaliknya. Lagipun mana ada tempat kerja atau majikan yang sempurna dalam dunia ni. Pasti ada yang tak kena dipandangan mata kita sebagai pekerja (^_^)

Anyway, seperti tahun sebelumnya, tempat kerja MyChintaHati sekali lagi menganjurkan pertandingan memancing. Menariknya, YY dan anak-anak turut serta pada kali ini!

Ini merupakan kali pertama kami turut serta. Sebelum ni bebudak kecil lagi, susah nak angkut ke acara yang biasanya perlu berpanas dan berhujan ni.

Memandang kali ni mereka berdua sudah besar dan boleh dikawal, maka rasanya tiada salahnya memberikan mereka pengalaman seperti ini.

Pagi tu hujan sangat lebat di kawasan tempat tinggal YY, Tapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Afif dan Aisyah yang sangat teruja sejak dikhabarkan tentang rancangan kami.

Tempat yang kami tuju ni berhampiran dengan Pantai Remis, Jeram. YY pun nak explain tak berapa tahu sebab pertama kali juga ke sini (^_^)


Masa kami sampai, rakan sekerja MyChintaHati sudah ramai memenuhi ruangan kolam memancing tersebut. Terasa teruja juga melihat kemeriahan itu.

Lebih mengujakan apabila kami dikhabarkan pertandingan itu ditambah setengah jam disebabkan hujan lebat sebelumnya. Ia bermula pada jam 9:30 pagi dan tamat pada 1:00 tengahari.


YY nak describe apa yang MyChintaHati buat sebelum mencampakkan mata kail ke dalam kolam tu, YY tak berapa tahu. Kang kena gelak pula. Naya aje! (^_^)

Lagipun kami kan follower aje. Yang YY tahu, lepas dah buat apa yang dirasakan perlu, kami hanya menunggu dan terus menunggu.


Gambar dekat bawah ni agak kelakar terutama bila melihat respond Aisyah.

YY suruh MyChintaHati, Afif dan Aisyah berikan post yang menarik tapi MyChintaHati buat muka menyebabkan Aisyah ketawa besar. Honestly terasa bahagia dengan moment tu (^_^)


Lama juga kami menunggu. Bermacam umpan yang digunakan. Tapi rezeki masih belum berpihak kepada kami. Orang keliling dah naik lebih dari seekor ikan. Entah ilmu apa mereka pakai.

Gambar bawah ni ketika MyChintaHati baru aje menukar umpan mengunakan ikan hidup. Aisyah berulang kali mengatakan, "Cian dia ya Papa" - Kesian dia lah Papa.


Gambar di bawah ni adalah antara aksi MyChintaHati yang sempat YY rakamkan ketika memancing. Seronok juga ikut dia ke pertandingan memancing ni walau ada orang kata bosan.

Mungkin juga sebab pertandingan ini dilakukan di tempat terbuka menjadikan ianya lebih menyeronokkan. Moment tak boleh lupa apabila ada sahaja ikan dinaikkan.

Masing-masing bersorak kepada yang berjaya tanda ucapan tahniah. Seronok!


Afif yang mula bosan menunggu mula menawarkan diri untuk memegang joran. Untuk makluman Afif dah biasa memancing sebab dia selalunya mengikut Aki dia memancing.

Tengoklah aksi hero kecil YY memancing, dah macam professional (^_^)


Daripada hujan ke panas, kemudian hujan lagi dan kemudian panas lagi, kami masih gagal menaikkan barang seekor ikan pun! Inilah adat memancing kata MyChintaHati.

Afif yang mulanya senyum sepanjang pertandingan sudah mula mempamerkan muka kebosanan. Dia kata Papa dia salah guna umpan sebab tu ikan tak naik. Hehe!


Aisyah pula pantang kena tegur sikit apa yang dia lakukan, mulalah dia pura-pura menangis. Kononnya sedih. Obviously dia dah kepenatan.


Sehingga ke jam terakhir pertandingan, kami hanya dapat melihat orang keliling berjaya menaikkan ikan. Pula tu diorang dapat tangkap lebih dari seekor!


Gambar bawah ni adalah pemenang pertandingan tersebut. Cuba tengok berapa ekor ikan dia berjaya dapat tangkap. Tiga ekor okay! Jealous I tau!


Walau tak berjaya dalam pertandingan ini, kami tetap berasa seronok. Lagipun bukan selalu dapat melakukan aktiviti santai seperti ini.  

Memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. Hopefully Afif dan Aisyah juga merasakan sedemikian kerana ini adalah sebab utama kami membawa mereka ke sini (^_^)

Anyway, pejam celik tak sangka lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. So dikesempatan ini YY njalok ngapuro. Kita kosong-kosonglah yo (^_^)

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

7:33:00 am Yana Yani 32 Comments

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam | Pernah dengar tak Pasar Karat di Shah Alam? YY sebenarnya baru tahu yang nama lain untuk Pasar Tani Mega ini adalah Pasar Karat setelah membaca coretan blogger Aryan Azra.

Pasar Karat ini terletak di kawasan letak kereta Stadium Melawati di Seksyen 13, Shah Alam. Dibuka setiap hari Ahad bermula seawal pagi sehingga ke lewat tengahari. Pasar ni tersangatlah besar dan terdapat macam-macam barang yang diniagakan. Cakap ajelah korang nak apapun, mesti boleh jumpa punya! (^_^)

Korang hanya perlu pastikan korang mempunyai duit yang mencukupi dan juga yang paling penting adalah stamina untuk menjelajah ke setiap pelusuk pasar. Nak dijadikan cerita, parent in law YY teringin sangat nak ke situ. Sebelum tu kami dah bagi reminder tentang keluasan tempat tu. Bukan apa, takut penat berjalan jauh.

Tapi diorang sanggupkan aje sebab bukan selalu katanya. Lagipun diorang nak membeli beberapa barangan keperluan diorang ketika di Tanah Suci nanti.

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Yang best tentang pasar ini adalah ianya dibahagikan dengan agak terperinci memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli-belah. Barangan makanan, barang basah dan kering terletak berasingan. So sangat mudah kalau nak fokus untuk beli barangan tertentu aje. Tapi kalau pertama kali ke sini, sangat berbaloi kalau menjelajah ke setiap penjuru. Memang macam-macam ada!

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Mata pun seronok aje tengok macam-macam bentuk dan warna. Kalau nafsu membeli kuat, memang bawa beribu ringgit pun tak cukup disebabkan rambang mata. Disebabkan YY ni boleh kategorikan sebagai big spender, maka YY tak bawa duit banyak. Kalau tak semua barang nak diborong. So jamu mata ajelah hari tu (^_^)

Buat jugalah muka comel dengan harapan tinggi menggunung pada MyChintaHati. Manalah tahu kan, untung-untung dapat sepasang dua. So YY pun kata, "Cantikkan baju tu sayang?"

Dia pun belek baju yang sama lepas tu kata, "Emm, cantik". Lepas tu dia berlalu pergi ke kedai seterusnya. Hampeh! Dia tak faham bahasa kiasan bini dia rupanya. Takpelah, kita cuba lain kali (^_^)

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Bila penat berjalan sambil dok tunggu parent in law YY shopping, kami anak-beranak dok dekat tepi kaki lima. Sempat jugalah bergambar. Trademark katanya. Hehe! Gambar bawah ni nak snap sekali dengan MyChintaHati, tapi bebudak terlebih excited pula. Diorang goyangkan tangan YY menyebabkan YY hanya dapat snap gambar kami bertiga.

Disebabkan itu MyChintaHati tidak kelihatan di dalam gambar kecuali lengan baju dia. Oh, telinga nampak sikitlah! Hehe!

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Afif dan Aisyah pun hari tu jadi rambang mata. Hampir di setiap gerai yang menjual mainan diorang berhenti. Kadang-kadang tu keluarlah ayat-ayat cinta semata-mata nak kan mainan yang dijual. Mujur dah terbiasa dari kecil, maka senang sikit nak kawal budak berdua ni. Atuk Nenek sampai puji sebab cucu mereka sangat behave. Siap kata lain kali nak ajak lagi (^_^)

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam
Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Tapi kalau dah namanya budak, sesabar mana pun diorang, kalau dah semua benda dikatakan tak boleh ditambah dengan kepenatan, maka mereka tetap merenggek. Mungkin disebabkan kesiankan cucu, maka Atuk dan Nenek tetap membelikan mainan untuk Afif dan Aisyah. Ianya terus menggubah mood mereka yang mulanya macam layu.

Macam tenaga dah kena recharge!

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Kami kemudiannya ke bahagian barangan basah. Masa tu dah tak berapa larat nak angkat kaki. Mak mentua YY dah surrender. Dia suruh kami aje yang pergi sementara dia duduk menunggu. Asalnya malas juga nak pergi ke bahagian basah sebab tak ada pun nak dibeli. Tapi Abah mentua YY teringin nak makan kari ikan. Maka kami pun ikutkan aje.

Menjelajah Pasar Karat Shah Alam
Menjelajah Pasar Karat Shah Alam

Lepas dah dapat barangan yang dihajati, kami berangkat pulang, Walaupun kepenatan sebab dok jelajah keliling Pasar Karat a.k.a Pasar Tani, kami sangat puas hati. Memang rasa seronok sangat! YY sangat galakkan korang ke sini pada sesiapa sahaja yang belum pernah sampai. Even dah biasa pergi pun, pasti ingin pergi lagi.

Lagipun ianya salah satu sebab untuk bangun awal pagi ketika cuti hujung minggu (^_^)

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Gara-Gara Sayur Campur

7:28:00 am Yana Yani 50 Comments

YY boleh dikategorikan sebagai manusia yang cukup suka makan sayur. Tak ada sayur dalam menu terasa pelik. Tekak pun rasa macam ada yang tak kena.

Walau suka makan sayur, YY bab masak masih dalam kategori beginner. Sebut masak aje pun kadang terasa macam nak demam. Tapi terpaksa juga buat, kang tak makan pula kan.

Tapi setakat masak untuk diri sendiri dan keluarga YY yang berapa ketul aje ni, bukanlah susah sangat. Tutup mata pun boleh siap, kononnyalah. Hehe!

Lagipun diorang dah terbiasa makan hasil dari air tangan YY. Sedap ke tak sedap, bedal ajelah! Cakap banyak kang, mau tak makan berminggu-minggu (^_^)

Nak dijadikan cerita, keluarga MyChintaHati merancang mengadakan kenduri tahlil yang diadakan di rumah Makcik MyChintaHati yang terletak di Kajang, Selangor.

Rancangan ini telah pun dibuat sejak awal bulan Mei. Part majlis tu tak ada masalah bagi YY. Setakat majlis tahlil, apalah sangat kan. Pergi ajelah kan.

Yang buat YY rasa macam nak demam ialah apabila dimaklumkan yang setiap keluarga dikehendaki masak sendiri menu yang ditetapkan dan dibawa ke majlis tersebut.

Check jadual yang diberikan, YY perlu menyediakan sayur campur. Fuh, lega! Kacang sangat ni! Nasib tak suruh buat rendang. Kalau tak, mau masuk ICU YY ni sebab terkejut (^_^)

Despite dari rasa lega sebab kena masak sayur campur aje, YY still rasa tak sedap badan sebab kena masak untuk orang lain. Selama ni sendiri makan, balun aje. Ni untuk orang lain, adeh!

Preparation nak masak sayur campur untuk majlis tu aje dah macam buat kenduri besar. Tak keruan YY dibuatnya sebab tak pernah masak banyak. Takut pun ada. Takut tak sedap.

Apa nak letak dalam tu pun YY main bedal aje. Biasanya kalau sendiri makan YY hanya letak lobak, kubis bunga, kacang buncis dan cendawan tiram.

Tapi disebabkan nak bagi nampak sedap dan exclusive, YY letak udang kertas dan cendawan kering atau bahasa canggihnya, cendawan shitake.


Oh ya pada sesiapa yang tak tahu macamana nak bagi lembik cendawan ni, korang just rendam aje dalam air panas. Biar ajelah beberapa ketika sehingga dia agak lembik dan mudah dipotong.


Aisyah mewarisi kegemaran YY bab pemakanan sayur. Dia paling suka lobak. Kadang kalau tengok dia makan lobak macam tu aje, teringat cerita kartun Bugs Bunny (^_^)


Masa YY potong lobak tu kan, tetiba terlebih rajin pula. Konon nak bagi cantik sayur campur tu. YY pun potong dia macam bentuk bunga. Dah separuh jalan terasa menyesal.

Tambahan pula bila MyChintaHati dok kata, "Ni agaknya besok baru siap masak"

Tapi disebabkan memikirkan bahawa sayur campur tu membawa nama baik YY, maka YY gagahkan juga diri menyiapkan potongan yang kononnya macam bunga tu.

Argh! Ini semua gara-gara sayur campur!


Akhirnya setelah mengambil masa berjam-jam menyediakan sayur campur untuk majlis tersebut, ianya pun siap. Fuh, lega! Lepas sikit keazaban menyediakan sayur campur.

YY tak tahu rasa dia macamana. Biasanya kalau masak, YY tak pernah rasa. Main buat ikut suka aje. Tapi YY tengok habis juga dibedal. Tu menandakan sedaplah kan? Hehe!


Kesimpulan dari cerita ini adalah yakin BOLEH! Selagi belum cuba, kita tak akan tahu sejauh mana kebolehan kita. Ingat, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (^_^)

Setelah masak seperiuk sayur campur hari tu, YY rasa macam dah hebat masak sayur campur. YY macam nak buka business jual sayur campurlah. Ada yang nak beli ke? Hehe!

50 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Zamri Baba Kritikal Terlibat Kemalangan

11:37:00 am Yana Yani 51 Comments

Semalam ketika YY sedang khusyuk menonton berita kerana ingin mengikuti perkembangan terkini gempa bumi di Sabah, YY terpandang caption, "Zamri Baba kritikal terlibat kemalangan".

Allahuakhbar! Perkataan pertama terpacul dari mulut YY sambil terus mencapai handphone melihat sekiranya cerita tersebut sahih. Ternyata ianya sahih.

Klik gambar untuk sumber

Bagi yang tidak mengenali, Mohd Zamri Baba merupakan pelumba terbaik negara bagi SuperSport 600cc bersama pasukan Musashi Bon Siew Honda Racing.

Kejadian malang itu berlaku di Kejuaraan Motosikal Asia (ARCC) di Litar Antarabangsa Sentul , Indonesia pada pusingan kedua (ada yang mengatakan pusingan keempat).

Ketika berita ini ditulis, beliau masih lagi dilaporkan kritikal.

YY tak tahu nak cakap apa. I was so shocked. Definitely. Baru aje nampak dia dan anak sulung dia di gerai milik keluarga mentua dia yang juga terletak tak jauh dari rumah Mak YY.

Untuk makluman, Zamri dan juga isteri beliau merupakan rakan sepersekolahan YY di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Kami bertiga bukan dari kelas yang sama tapi yang pastinya kami berkongsi kenangan zaman persekolahan yang sama ketika sama-sama menuntut di sana satu ketika dahulu.

Ramai rakan sekolah YY terutama dari batch yang sama melahirkan rasa terkejut dan simpati di atas kejadian yang menimpa beliau. Semua mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarga.


YY dapat membayangkan keadaan isteri dan anak beliau yang pastinya tak keruan pada ketika ini menanti berita terkini perkembangan beliau.

Sedih sebenarnya. Tapi sebagai seorang yang beragama Islam, apa yang kita boleh buat pada masa sekarang adalah berdoa dan terus berdoa.

Moga-moga Zamri sedar dan sembuh seperti sedia kala. Boleh pulang bertemu anak-anak dan juga isteri yang pastinya sedang kerisauan.

YY  harapkan korang juga boleh doakan yang baik-baik buat Zamri dan keluarga. Tolonglah juga berhenti menyebarkan berita yang tidak sahih. Ianya melukakan hati keluarga beliau.

Sumber gambar dari Facebook isteri Zamri Baba. Klik gambar untuk ke fanpage Zamri Baba

Maklumat terkini yang diperolehi setakat malam tadi, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pasukan naungan Zamri Baba, beliau masih lagi di dalam ICU.

Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat beliau. #PrayForZamriBaba



-----------------------------------------

Ingatlah bahawa ALLAH tidak membebani seseorang manusia melainkan apa yang terdaya olehnya. Ianya dinyatakan jelas di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah, ayat 286.

Tejemahannya adalah seperti berikut:

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

51 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...