Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak | Sejak menggunakan blog sebagai platform untuk menceritakan hipertiroid yang YY hidapi sejak tahun 1996, YY banyak menerima pertanyaan dari rakan senasib. Malahan ada juga yang hanya sekadar ingin bercerita, meluahkan perasaan yang terpendam. Selain dari rawatan radioaktif iodin, makanan yang pesakit tiroid perlu elak adalah antara pertanyaan yang kerap ditanya. So hari ini YY akan kongsikan mengenai makanan yang pesakit tiroid perlu elak.Sebenarnya agak payah nak terangkan apakah makanan yang pesakit tiroid perlu elakkan. Ia banyak bergantung kepada penerimaan badan seseorang pesakit tiroid itu sendiri. Tapi ada banyak laman sesawang yang membincangkan mengenai pemakanan untuk pesakit tiroid mengatakan bahawa pesakit tiroid perlu elakkan pengambilan goitrogen yang merupakan bahan semulajadi dalam sesetengah makanan yang boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid.
Berdasarkan pembacaan dan penjelasan doktor sepanjang YY bergelar pesakit tiroid, ada dua makanan yang paling kerap dinasihatkan untuk dikurangkan pengambilannya atau dihapuskan sepenuhnya dalam diet seharian.
Imej http://bit.ly/2cj8vU8 |
Produk berasaskan soya
Soya adalah antara makanan yang mempunyai goitrogen. Katanya kalau kita makan terlalu banyak soya, ia boleh menjadi pencetus kepada penyakit tiroid. Malahan ada beberapa kajian yang dilakukan terhadap soya mendapati soya mempunyai pelbagai kesan negatif terhadap fungsi tiroid. Bagi sesetengah pesakit tiroid pula, soya dikatakan boleh menghalang keupayaan badan untuk menyerap ubat tiroid dengan betul.
Soya digambarkan sangat tidak selamat untuk pesakit tiroid. YY secara jujurnya baru tahu yang pesakit tiroid tak boleh mengambil produk berasaskan soya walau dah dua dekad menjadi penghidap tiroid. Haru betul! Disebabkan rekod buruk soya ni, ramai dietitian yang mensyorkan agar kita menghapuskan pengambilan soya dalam diet seharian sebanyak yang mungkin.
Tapi ada juga yang kata soya boleh diambil dengan kadar minimal. Contohnya satu hidangan makanan berasaskan soya dalam sehari. Pun begitu korang sangat dinasihatkan untuk tidak makan makanan berasaskan soya dalam masa tiga hingga empat jam sebelum pengambilan ubat. Ia bertujuan bagi mengelakkan sebarang gangguan penyerapan ubat tiroid.
Imej http://bit.ly/2ojiqwW |
Cruciferous - Tumbuhan daripada keluarga kubis
Brokoli, kubis bunga, kubis dan banyak lagi adalah antara makan kegemaran YY. YY paling suka sangat makan coleslaw KFC tu. Tapi bila YY disahkan menghidap hipertiroid pada usia 13 tahun, ramai yang menasihatkan YY supaya tidak mengambil sayuran berkenaan. Sama seperti soya, ia dikatakan mengganggu hormon tiroid.
Tapi YY jadi keliru apabila ada sesetengah doctor dan sumber yang mengatakan sayuran dalam kategori ini perlu dielakkan terutama jika ia mentah. Ada pula yang kata boleh dimakan sekiranya dimasak sepenuhnya. Ia disokongkan dengan dakwaan bahawa enzim dalam sayuran berkenaan akan musnah apabila dimasak.
Bagi mengelakkan kekeliruan, YY banyakkan lagi membaca. Sebenarnya kesemua sayuran dalam keluarga cruciferous ini boleh dimakan tapi dengan menghadkan pengambilannya. Pengambilan yang terhad tidak akan memberi kesan buruk kepada fungsi tiroid. Tapi pastikan sayuran berkenaan dimasak sepenuhnya sebelum makan. Nak makan mentah boleh, tapi kurangkan ye. Yes! Boleh makan coleslaw lagi lepas ni!
Imej http://bit.ly/2ocZrHR |
Secara jujurnya agak sukar untuk memperincikan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dimakan bagi pesakit tiroid. Korang kena jadikan badan korang bahan ujikaji. Sekiranya selepas pengambilan sesuatu makanan atau minuman, korang rasa lemah badan, pening, loya, muntah sesak nafas, rasa tak selesa pada kalenjar tiroid berdenyut pada leher atau sebarang rasa tidak selesa maka korang boleh dirumuskan bahawa makanan atau minuman tersebut tidak sesuai dengan korang.
Tapi selama YY menghidap penyakit tiroid ni, ramai rakan pesakit yang mengelakkan pemakanan sayuran dari keluarga cruciferous seperti kubis, brokoli dan bunga kobis. Kebanyakkan di antara mereka mengatakan sayuran berkenaan menyebabkan badan mereka menjadi lemah. But again, lain orang lain penerimaannya. Silalah dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.
YY rasa itu sahaja yang dapat YY kongsikan. Diharap coretan YY berkenaan topik ini memberi manfaat kepada semua yang membaca. Buat rakan pesakit tiroid sekalian, stay positive. You are not alone (^_^)
Sumber: http://bit.ly/2oNVxV9
Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit
great sharing
ReplyDelete=)
DeleteGood sharing sis. Saya pun baru disahkan pesakit thyroid dan pun menjalani pembedahan total thyroidectomy dua minggu lepas..
ReplyDeletemaaf ye, saya baru nampak komen ni...hehe
Deletewah, dah buang total ye...hopefully semua baik2 belaka
saya secara jujurnya, memang tak pantang. saya makan aje semuanya. ikut kesuaian diri. mana-mana makanan yang diambil secara berlebihan, pasti bagi mudarat. so kalau doktor kata takde pantang, tak payah pantang. makan aje ok
DeleteSalam... sy dh 3 tahun mkn carbimazol... dan disarankan mgambil rawatan radioterapi dan pembedahan... blh nasihatkan apa2 utk sy utk elakkan rawatan itu.
ReplyDeletesalam. tiga tahun makan carbimazol tu secara berturutan ke?
Deleteke ada masa doktor off sekejab?
pastu kenapa nak elakkan rawatan yang doktor syorkan?
Saya baru tahu yg sy asa Hypertyrod sebulan yg lps.. Punyalh lama sakit.. Pi buat blood test baru dpt tahu.. Dn dpt bekalah ubat dr hosp.. Tp makin kerap pula sy sesak nafas.. Sy tk sanggup pi hosp.. Penat asyik cucuk sana sini..
ReplyDeleteSis YY, saya baru sahaj disahkan menghidap sakit tiroid, dan juga, baru² nih sy mengalami period yg tidak teratur, dan sy pernah google mengenainya, dan punca haid tidak teratur ialah tiroid.. pernah ke Kak YY mengalami seperti saya?
ReplyDeletehai sis, saya juga baru disahkan hypothyroid dalam usia 48 tahun. haid xteratur juga adalah slh satu sbb tiroid. haid saya selama 14 hari dan kedatangan nya sudah tidak teratur berbanding dahulu. kini saya mendptkan rawatan di hospital dan diberikan ubat.
Deletesalam. haid tak teratur bukan punca tiroid. punca tiroid antaranya sebab keturunan dan kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi unsur iodin.
Deletehaid tak teratur merupakan simptom tiroid. ia disebabkan gangguan hormon which secara tak langsung menjadikan haid tak teratur.
tapi elok jumpa doktor untuk pengesahan. takut mengandung. lagipun berdasarkan pengalaman saya, kalau kita dah makan ubat, hormon dah stabil, tak akan ada masalah haid tak teratur. pengalaman sayalah. elok rujuk doktor untuk pengesahan
mak saya baru je dapat kesan ada tiroid, tapi pemakanan kadang2 dia jaga kadang2 tidak, macam baru2 nie dia makan petai, ttbe keesokan hari tu dada dia sakit, bawak p hospital doktor ckp gastrik sahaja, jadi persoalannya, petai tu ada side effect utk pesakit tiroid ke?
ReplyDeletetu saya tak pasti. kena rujuk doktor. lain orang, lain kesannya
Delete