Family in Law (^_^)

11:12:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kalau sesiapa yang kerap baca blog aku ini, mesti perasan yang aku tak pernah bercerita pasal keluarga mentua aku. Bukan tak mahu, tak ada peluang aje (Hehe, alasan!)

Ahli dalam keluarga mentua aku lebih kurang aje dengan ahli dalam keluarga aku. Kalau keluarga aku ada 5 perempuan dan 1 lelaki, keluarga mentua aku pula ada 6 lelaki dan 1 perempuan!

Muka masing-masing, innocence aje! Hehe 
Mak, Miskiah dan Abah, Ramli mentua aku adalah yang terbaik! Ni bukan statement nak bodek ye. Kenyataan! Mati hidup semula pun belum tentu dapat Mak dah Abah mentua yang best macam ini!

Cara mereka yang menganggap menantu macam ahli keluarga sendiri buat aku rasa "welcome" sangat! Terima kasih Mak dan Abah kerana terima Yana seadanya. Hehe!

Yang paling tua dalam adik-beradik Encik Suami adalah kakak dia, Normala yang merupakan seorang ustazah di salah sebuah sekolah di Banting.

Suami dia, Hairul Azhar pula merupakan seorang iman di salah sebuah masjid di Banting. Suami Kak Mala yang kami panggil Ustaz jarang ada dalam aktiviti keluarga sebab tu tak dapat nak share gambar dia dengan readers semua.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki berusia antara 5 dan 2 tahun.

Kak Mala dengan Ahmad Baihaqi 
Afif dengan Muhammad Khalis Jauzi
Yang kedua adalah Khairil Anuar a.k.a Gorel. Dia dan isteri (which is lebih muda dari aku), Ernida merupakan yang paling pendiam dalam keluarga Encik suami. Agak susah nak dengar suara manusia dua orang ni

Gorel kahwin agak lambat dari kami sebab sibuk dengan business online dia, eBay. Atas influence dialah Encik suami turut terjebak sama! Hehe!

Apapun terima kasih juga atas tunjuk ajar dia. Kalau tidak kami tak mungkin senang macam sekarang. Anyway, dia orang berdua ni ada seorang anak sebaya Aisy, Rayyan Zulkarnain nama dia.

Sweet aje dia orang ni kan?
Seterusnya adalah adik Encik suami, Ahmad Shahrin. Dia ni adalah yang paling banyak bunyi! Sepatah kita tanya, berpuluh-puluh patah dia jawab balik. Kadang-kadang tu tak terlayan.

Minat gila dengan dengan cerita animasi especially dari negara matahari terbit. Sanggup berjaga tengah malam semata-mata nak tengok cerita kartun tu! Tak faham aku! 

Muka suci aje bila dating!
Yang kelima dalam keluarga Encik suami, Muhammad Faez. Dia ini ada masalah dengan saluran jantung. Dia pernah beberapa kali melakukan pembedahan dan sekarang masih dalam pemantauan. Afif paling suka dekat dia sebab dia tak pernah lokek keluar duit untuk anak saudara.

Dia punya karakter, happy go lucky! Kalau tak diberitahu, mungkin kita tak dapat nak detect masalah dia. Paling aku respect pasal dia ni, walaupun dia sakit ia tidak membataskan dia untuk melakukan aktiviti yang dia suka! Chaiyo chaiyo!


Yang nombor enam, Muhammad Zahid. Yang ini paling innocence. Dia juga paling rajin! Suruhlah dia buat apapun, dia tak pernah menolak.

Dia pun sedang menduduki SPM sama macam adik aku, Annur. All the best to both of you!


Dan yang paling kecil sekali, Muhammad Amir Hatta. Baru aje lepas menduduki PMR. Tak banyak boleh cerita pasal dia sebab dia jarang ada dekat rumah.


So itulah serba sikit mengenai keluarga mentua aku. Rasa bersyukur sangat sebab dapat jadi part of this family (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...