Hadiah Dari Rakan Blogger (^_^)
YY nak tutup kisah 2014 dengan hadiah pemberian rakan blogger sama ada melalui segmen atau giveaway yang YY sertai dan juga top komentor.Kesemua yang YY ceritakan dalam entry kali ni adalah yang YY belum pernah ceritakan lagi sebelum ni. Yang lelain semua dah cerita (^_^)
Kita mulakan dengan hadiah yang YY terima sebagai top komentor bulan Ogos di blog Janji Kita. YY tak jangka pun tersenarai sebagai top komentor sehinggalah terbaca Pengomen Hebat Ogos.
YY sebenarnya dah lama dapat buku Ku Jemput Jodohku hasil nukilan Fadhlan Al-Ikhwani ni. YY bercadang nak baca dulu, barulah nak update dekat blog.
Tapi sampai ke sudah tak baca juga. YY ni jenis manusia tak boleh fokus kalau baca buku. Suka sangat skip baca especially bila melibatkan banyak muka surat. Buruk perangai kan?
Camne nak suruh anak rajin membaca kalau dah camni gayanya.
Satu-satunya buku yang YY habis baca setakat ni adalah Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi hasil karya penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia, Abdul Latip Talib.
Boleh klik sini kalau nak baca review YY (^_^)
Seterusnya YY dapat hadiah sebab participated Simple GA Sempena #FarahEdy Wedding Anniversary. Ni join suka-suka dan lagipun senang aje nak join (^_^)
Tak lama lepas tu terpandang nama YY tersenarai sebagai salah seorang pemenang di sini. Excited bila tahu menang! Alhamdulillah rezeki (^_^)
Yang buat ianya bertambah surprise, Farah a.k.a Mrs. Secretary tak beritahu nak bagi apa sehinggalah YY terima bungkusan di bawah ni.
MyChintaHati nak guna, YY tak bagi sebab sayang! Hehe!
Yang terakhir sekali hadiah yang YY terima untuk tahun ni adalah disebabkan YY participated giveaway anjuran +Diana Rashid. Ni YY tak tahu langsung YY menang.
YY hanya tahu apabila terpandang komen yang ditinggalkan oleh penaja supaya menuntut hadiah. Mula macam tak percaya sehinggalah YY terpandang nombor YY naik di sini.
Hadiah ni adalah yang terbesar yang YY terima sepanjang tahun ni. Sampai anak-anak YY sikit punya teruja nak buka bungkusan bila dok tengok betapa besarnya bungkusan dia.
YY dah explained kata yang dalam kotak tu sabun tapi Afif terutamanya tak percaya langsung sebab dia kata mana ada orang letak sabun dalam kotak besar gitu.
So YY pun since dia tak percaya, YY suruh dia dengan Adik dia buka kotak tu. Tengoklah gambar dekat bawah membuktikan betapa terujanya pasangan adik-beradik ni.
Bila dah buka tu tiba-tiba Afif bersuara, "Laaa, sabun!"
Itulah yang Mama korang cuba jelaskan sejak dari awal bebudak oi (^_^)
Gambar dekat bawah ni pula Afif suruh letak dekat blog. Dia siap suggest camne cara nak posing pada Adik dia. Tengoklah tu, dah macam duta produk Shaklee pula cara diorang posing. Hehe!
So itulah antara barangan atau hadiah yang YY terima setakat hari ni dan juga sebagai penutup cerita bagi tahun 2014. Terima kasih buat semua rakan blogger yang sudi memberi.
YY amat hargai pemberian korang walau dalam apa jua size dan nilai. Sekali lagi dengan rendah diri YY ucapkan ribuan terima kasih buat korang semua.
Antara entry yang YY pernah ceritakan mengenai hadiah pemberian rakan blogger sepanjang tahun 2014 adalah seperti berikut:
Persahabatan di Alam Maya
Kad Raya Dari Blogger
Misteri Di Sebalik Bungkusan
Besok insya ALLAH kita akan masuk ke tahun baru masihi. Besok juga ada hari suai kenal untuk sekolah agama Afif. Mama yang sorang ni dah tak sabar nak tengok anak sulung ke sekolah.
Maklumlah pengalaman pertama! (^_^)
Syukur Alhamdulillah YY dan MyChintaHati diberikan peluang untuk merasai nikmat seperti ini yang bukan mampu dimiliki oleh semua orang.
Insya ALLAH, moga kita bertemu lagi di lain entry pada tahun hadapan! Assalamualaikum (^_^)
P/S - Peringatan! Jangan masuk toilet malam ni pada pukul 11:59 malam. Tangguhkan niat korang kalau perlu. Kenapa? Nanti korang keluar tahun depan! Naya tau! (^_^)
54 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿