Syoknya Jeram Besu! (^_^)

10:17:00 pm Yana Yani 0 Comments

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini nak cerita pengalaman kami ke Jeram Besu.


Jeram Besu terletak di Sungai Lipis dan merupakan kawasan destinasi yang menarik di Raub. Ia merupakan tempat rekreasi yang mencabar dan sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak seperti berakit, berkenu dan berkayak.

Jeram Besu terletak 6km sebelum bandar Benta dan 30km dari bandar Raub.

Jujurnya ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini. So bila Mak ajak ke sini bila on the way balik ke Klang, aku tak menolak. Excited!
Sebabnya aku tak sabar nak tengok reaksi anak-anak aku bila dapat mandi sungai. Bukan senang dapat mandi sungai macam ini.

Penat berjalan pun hilang bila tengok reaksi mereka yang seronok main air especially Aisy yang pertama kali aku "celup"kan dalam air.

Wah seronoknya kamu main air!

Senyum cover jelita!


Wah bukan main lagi dia dapat main air. Lupa dah Mama dia! Wan dia pun seronok dok melayan cucu main air.

Agak lama juga kami "lepak" dengan sini sampai Afif mengigil kesejukan. Itu pun tak nak balik lagi. Yang kelakarnya dia cakap, "Mama pantai ni tak masin kan. Afif suka!" 

Sejuknya!

Yang pasti kami semua seronok sangat hari tu. Al-maklumlah bukan selalu dapat bersantai sama-sama macam ini!

This is one of the memory that I will never forget! (^_^)

Angah dengan gaya ala-ala model gitu!
Nice smile Aki!
 
Cara Ayah De, Mak De and Aunty pandang macam nak kata, "Ish, kalaulah aku dapat terjun dalam air ni!"
 

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...