Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan

1:52:00 pm Yana Yani 1 Comments

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan | Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September 2017 yang lalu adalah tragedi yang sangat mendukacitakan. Seramai 23 orang mangsa terkorban di dalam tragedi itu. 21 daripadanya adalah pelajar lelaki yang berusia di antara enam sehingga 17 tahun. Manakala dua yang lain adalah tenaga pengajar yang berusia 25 dan 26 tahun. Tragedi ini seolah mengulangi kejadian serupa yang pernah berlaku kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 yang mengorbankan 27 orang pelajar perempuan.

Hasil ketangkasan pihak Polis Diraja Malaysia, dua hari selepas tragedi, tujuh orang suspek berusia antara 11 sehingga 18 tahun berjaya ditangkap. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, enam daripada suspek disahkan positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes rusuhan dan curi kenderaan. Hasil siasatan mengesahkan motif kebakaran pusat tahfiz sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa adalah disebabkan ejek mengejek di antara pihak pelajar tahfiz dan suspek. Punca kejadian ejek mengejek masih dalam siasatan.

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan
Imej http://bit.ly/2w3rqty

Tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi perbualan utama di media sosial. Apabila pihak polis mengesahkan kejadian yang berlaku adalah akibat perbuatan khianat, maka lagi dahsyat komen yang ditinggalkan. Tak kira jantina, agama mahupun usia, semua pakat meluahkan komen yang berbaur sadistik. Walau hukuman yang korang harapkan ke atas suspek, berbaur sadistik, harus diingat bahawa negara kita ada undang-undang. Berdasarkan tragedi ini, YY kumpulkan beberapa pandangan dari perspektif perundangan untuk rujukan korang.

Pandangan Farah Nini Dusuki

Sedikit pencerahan dari perspektif perundangan tentang kes kebakaran tahfiz yang sangat terkesan kepada kita semua. Beberapa tindakan undang-undang boleh atau wajar diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungan seperti di bawah:

1. Tujuh suspek (pada tahap ini mereka hanyalah suspek sehingga pertuduhan rasmi di buat) berusia antara 11 hingga 18 tahun.

(a) Mereka MUNGKIN dipertuduhkan di bawah kesalahan bunuh yang membawa hukuman mati mandatori dengan niat bersama (Seksyen 34 Kanun Keseksaan) dan/atau menyebabkab kemudaratan dengan kebakaran (causing mischief by fire),

(b) Jika pertuduhan adalah bunuh, perbicaraan akan dijalankan di Mahkamah Tinggi dan bukan Mahkamah bagi Kanak-kanak kerana pertuduhan membawa hukuman mati,

(c) JIKA didapati bersalah, hanya yang berusia 18 tahun boleh dikenakan hukuman mati. Lima yang lain berusia antara 15 hingga 17 tahun akan ditahan di penjara sehingga perkenan YDP Agung menurut Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak (AKK). Bagi yang berusia 11 tahun saya tidak fikir dia akan dituduh bersama kerana telah pulang lebih awal. Tetapi kalau pun dituduh bersama, dia tidak boleh ditahan di penjara mahupun di Sekolah Henry Gurney kerana berusia bawah 14 tahun. Institusi yang boleh diperintahkan adalah Sekolah Tunas Bakti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

2. Ibu bapa atau penjaga mereka wajar dikenakan tindakan undang-undang sama ada di bawah Seksyen 33 kerana telah meninggalkan kanak-kanak dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan (parental neglect) dan jika disabit boleh dikenakan denda tidak melebihi 20 ribu ringgit dan boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali dan juga dikenakan perintah khidmat masyarakat (menurut pindaan terkini pada 2016, berkuatkuasa Januari 2017);

3. Mereka yang membocorkan maklumat berkenaan suspek boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 AKK (sudah banyak dikongsi di FB);

4. Pemilik atau pentadbir Tahfiz yang tidak menyediakan tempat tinggal dan belajar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya terutama sekali di waktu-waktu genting seperti insiden yang baru berlaku? Persoalan yang lebih sukar untuk dijawab kerana melibatkan status tahfiz itu sendiri.

It is timely that we enforce the laws that we have since 2001; rujuk nombor 2 dan 3. Sudah terlalu banyak kes-kes yang berlaku walaupun tidak se'extreme' kes ini. Undang-undang digubal bukan sahaja untuk menghukum tetapi untuk mencegah kes-kes akan datang dan melindungi mereka yang mungkin menjadi mangsa termasuk mereka yang di bawah umur yang melakukan kesalahan. Semoga undang-undang yang dikuatkuasakan dengan ketat boleh menjadi pencegahan di masa hadapan.

Sumber: http://bit.ly/2wCtbgI

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan
Imej http://bit.ly/2xdOF5w

Pandangan Naufal Antezem

* Bolehkah kesemua suspek bagi kes kebakaran pusat tahfiz tempoh hari dihukum gantung sampai mati?

* Pihak polis telah memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 302 & Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman berbeza mengikut seksyen.

* Bagi seksyen 302, hukuman bagi matikan orang dengan salah dan dengan niat adalah diseksa dengan hukuman mati. Di Malaysia, adalah digantung.

* Bagi Seksyen 435, buat khianat jahat dengan api, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga denda. Semuanya ada ditulis di dalam akta.

* Persoalan hangat adalah, apakah hukuman yang bakal diterima suspek yang belum mencapai umur 18 tahun? Difahamkan hanya seorang sahaja yang berumur 18 tahun.

* Juga ada beberapa suspek yang berusia di bawah 14 tahun. Jadi aku pecahkan kepada umur 18 dan ke atas, bawah 18 tahun dan juga bawah 14 tahun

* Sebelum bergerak lebih lanjut, aku baru tamat pengajian dalam Ijazah Undang-Undang UKM. Takut ada yang bash aku acah-acah tahu je.

* Seksyen 2, Akta Kanak-Kanak tetapkan bahawa kanak-kanak adalah individu di bawah usia 18 tahun. Jadi jelas ada enam suspek kanak-kanak dan satu suspek dewasa.

* Aku juga bertanggungjawab untuk ingatkan prinsip penting iaitu tiada sesiapa adalah bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Harap korang jelas.

* Explanation aku hanya untuk share kepada korang apa yang telah undang-undang kita tetapkan. Tiada hukuman rejam di Dataran Merdeka setakat ini.

* Baiklah, bagi kesalahan Seksyen 300 yang dihukum di bawah Seksyen 302 kemudiannya, maka adalah gantung sampai mati. Ya, sampai mati.

* Namun begitu, di bawah Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak, hukuman mati tidaklah boleh dijatuhkan kepada pesalah kanak-kanak (bawah 18 tahun)

* Kemudian selanjutnya, sebagai ganti maka hukuman penjara boleh dijatuhkan mengikut perkenan YDPA atau Yang Dipertua Negeri.

* Jadi, jelas di sini bahawa tiada hukuman gantung sampai mati kepada pesalah jenayah kanak-kanak di bawah undang-undang negara kita.

* Setakat ini, hanya penjara dan sekolah Henry Gurney alternatif kepada pesalah laku jenayah kanak-kanak. Penjara mereka juga tidak boleh dicampur.

* Twitter bukan medan yang sesuai untuk bincang hukuman apa yang wajar. Tapi aku nak kita berdoa semoga Timbalan Pendakwa Raya yang hebat lead case ni

* Jangan berhujah menggunakan emosi. Kalau ikut emosi, aku pun nak join hukuman yang barbaric kepada jebauk semua. Tapi sabar. Kita bertamadun dan berilmu.

* Sebagai orang yang ada setitik je ilmu undang-undang, aku pun tak puas hati dengan hukuman tapi masa hadapan bukan terletak di dalam tangan kita

* Pesalah kanak-kanak ini tidak boleh direkodkan jenis kesalahan mereka. Kiranya habis sahaja hukuman, mereka ibarat kain putih semula

* Tapi hidup menjadi kain putih tak mudah. Kecaman, makian dan doa ibu bapa mangsa serta kemarahan mereka mengiringi semua pesalah sepanjang hidup.

* Banyak kesalahan boleh dituduh kepada semua suspek. Tak masuk isu ceroboh, dadah dan banyak lagi. Tapi kita perlu pilih yang paling jelas dan berat.

* Ada yang kurang jelas, bahawa dalam jenayah, yang paling jelas acfus reus, mens rea serta berat hukumannya itulah impian Timbalan Pendakwa Raya

* Actus reus adalah perbuatan jenayah atau jahat. Mens rea adalah niat jahat. Kedua-dua ini perlu ada untuk kata sesorang itu bersalah.

* Actus reus agak mudah untuk dibuktikan kerana perbuatannya kita nampak. Contohnya bakar bangunan. Tapi nak buktikan niat adalah sedikit sukar.

* Kebiasaannya, tindakan akan membantu mahkamah untuk melihat sama ada jahat atau tidak, wujud atau tidak niat perlakuan itu tadi.

* Sebagai contoh, A kata dia tak tahu B boleh mati sebab termakan sandwich racun tikus yang dia bagi. Tapi mahkamah akan lihat sedalam-dalamnya

* Mahkamah akan melihat apakah kesan racun tikus dimakan manusia. Adakah A tahu kesannya. Adakah A well prepared dengan jenayah 'gurau-gurau' nya

* Dari situ, mahkamah dapat tafsirkan sama ada A memang berniat membunuh ataupun tidak. Bermotif ataupun tidak, tidak begitu diambil kira

* Dalam kes ini, aku melihat motif dari segi tindakan mereka. Kalau hanya sekadar bakar, cukuplah sekadar bakar kawasan sekitar, gate ke

* Tapi jika siap dibocorkan gas, kemudian pintu dihalang dengan tilam dan khusus kebakaran hanya di tingkat bilik tidur, amat jelas wujud mens rea

* Tapi itu cuma pendapat dan analisis aku semata-mata. Marilah kita bertenang dan rasional. Jangan risau. Keadilan tak pernah lelap.

* Kecuaian pemilik tahfiz tetap wujud kerana gagal sediakan pelan kecemasan kebakaran atau alat pemadam kebakaran. Tapi dilihat dalam sudut lain.

* Kerana persoalan utama adalah, siapakah yang memulakan kebakaran tersebut. Bukannya siapakah yang bina bangunan dengan satu pintu sahaja.

* Malang tidak berbau. Pusat tahfiz tetap perlu bertanggungjawab cuma kita jangan lari fokus kepada pemula kebakaran tadi dan meletak halangan pada pintu

* Kemudian, janganlah kita lari fokus. Adik tahfiz kita benar atau tidak mengejek. Tapi yang pasti, suspek memang ambil bahan terlarang. Itu pasti

* Kepada semua, pusat tahfiz janganlah diminta tutup. Kalau mereka tak sempurna, dekati dan bantu sempurnakan. Bukan herdik dan caci

* Kita pandai cakap je tapi seposen pun tak pernah kita sedekah pada pusat tahfiz ini. Kalau dah sumbang berjuta tapi masih tak selamat, baru boleh bising

* Ini satu wake up call buat kita. Pusat tahfiz itu adalab sekolah. Sekolah. Pusat tahfiz bukan tempat buangan. Jangan ada double standard

* Tengok impaknya. Berapa ramai gatal tangan terus hentam pusat tahfiz sebab imagine pusat tahfiz sebagai tempat sampah yang takkan pernah selamat

* Bila siasatan keluar pasal isu bukan litar pintas, kita corner lagi cari salah pusat tahfiz. Sampai bila? Ada yang tergamak suruh tutup

* Tahniah kepada sukarelawan yang mula begerak dekati pusat tahfiz swasta dan persendirian. Anda hero sebenar. Semoga kita semua dapat berbakti

* Akhir kata, dadah musuh negara. Ibu dan ayah, biar anak menangis air mata darah akibat didikan kita, jangan kita menangis kemudian hari

* Ibu dan bapa adalah tuan kepada anak-anak. Bukan anak-anak tuan kepada kita. Anda tak hirau anak-anak hari ini, tengoklah nasib anda di masa depan

Sumber: http://bit.ly/2wsE0Hm

Hukuman Bagi Suspek Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dari Perspektif Perundangan
Imej http://bit.ly/2xMG90z

Dua pandangan di atas YY ambil kerana hanya dua ini sahaja (setakat ini) yang menilai hukuman ke atas suspek dari perspektif perundangan tanpa bercampur dengan emosi. YY tak akan menyentuh dari aspek perundangan kerana ianya bukan bidang YY. YY hanya akan mengulas dari sudut pandangan YY sebagai seorang ibu.

Di satu pihak, kematian anak dalam tragedi yang tak diduga pastinya sesuatu yang sangat berat untuk ditanggung. Lebih parah, kejadian itu disahkan adalah angkara perbuatan jenayah. Hati ibu mana yang mampu hadapi kesedihan ini. Bila ada statement yang dikeluarkan keluarga mangsa bahawa mereka tak akan memaafkan, ada juga yang menghukum. Come on lah, mereka baru kehilangan insan tersayang. Berilah mereka ruang untuk bertenang. Dari segi phycology, grieving akibat kematian anak mengambil masa yang agak lama untuk pulih berbanding kematian spouse. So, berikan mereka masa. Siapalah kita untuk mengadili keimanan mereka.

Di satu pihak yang lain pula adalah ahli keluarga kepada suspek. Entah kenapa terasa kesian pula hati ni bila mengenangkan betapa teruk kecaman masyarakat terhadap mereka di media sosial. Bukan main seronok kita mencela anak orang. Lupa yang kita belum ada anak atau anak-anak kita masih kecil. Kalau Tuhan nak duga kita, anak yang kononnya kita didik dengan ilmu seluas lautan sekalipun, belum tentu lagi dia akan membesar menjadi anak yang baik. Even Nabi Nuh Tuhan telah uji dia dengan anak yang derhaka. Lagikan kita manusia biasa. So jangan mudah menghakimi orang seolah korang tidak pernah membuat dosa.

Nasihat YY untuk kita-kita yang tak terlibat secara langsung ni, jagalah kata-kata. Tak payah dok sibuk cela anak orang. Apa yang kita boleh buat adalah mengambil pengajaran dari tragedi ini. Lihat di mana lompongnya. Fikirkan bagaimana cara terbaik bagi melindungi anak-anak kita daripada melakukan sebarang jenayah. Setelah segala usaha telah dilakukan, berdoa dan berserahlah pada DIA yang SATU. Semoga zuriat keturunan kita terhindar dari sebarang musibah dan perlakuan jenayah. Aamiin.

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut

4:34:00 pm Yana Yani 7 Comments

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut | Mana-mana wanita di dunia ni (yang sah berkahwin) bila dapat perkhabaran yang dia mengandung, pasti tersangat gembira. Kalau boleh, satu dunia dia nak hebahkan yang dia sedang menanti kelahiran zuriat tercinta. Excited bukan main. Despite rasa gembira tu, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang si ibu harus tempuhi sepanjang 40 minggu kehamilan. Disebabkan dugaan dan cabaran itu, hati si ibu yang mengandung ni mudah sensitif.

Perasaan sensitif tak bertempat yang dilalui oleh ibu mengandung juga dikenali sebagai mood swing. Mood swing ketika mengandung mungkin disebabkan oleh tekanan fizikal, letih, perubahan dalam metabolisme, atau perubahan hormon estrogen dan progesterone. Perubahan ini yang menjejaskan tahap neurotransmitter (bahan kimia di dalam otak). Tu yang korang nampak ibu mengandung ni kejab happy, kejab lagi macam singa kelaparan. Sebab tu YY strongly recommend korang untuk jaga mulut bila deal dengan ibu mengandung.

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut
Imej http://bit.ly/2gZW98h

Berdasarkan pengalaman, YY akan senaraikan beberapa situasi yang menyebabkan hati YY sebagai seorang ibu mengandung ni terasa. Ini hanya pengalaman YY semata-mata. Mungkin apa yang YY rasa tak sama dengan mana-mana ibu mengandung yang lain. Mungkin juga hanya YY yang terlebih sensitif, orang lain tak pun. Tapi moral yang YY cuba sampaikan tetap sama, jagalah mulut kerana kadang apa yang kita katakan mungkin akan berbalik kepada kita. We never know kan?

1. Alahan di Awal Kehamilan

Mabuk atau muntah di awal kehamilan adalah antara yang perlu dihadapi oleh ibu mengandung. Tapi ada juga ibu mengandung tak mengalami sebarang alahan ketika mengandung. Hanya kerana kita tak pernah alami sebarang alahan, tak bermakna kita kuat dan yang mabuk tu lembik. Pleaselah! Itu semua disebabkan perubahan hormon! Korang ingat yang keluar masuk hospital sampai berpuluh kali disebabkan kurang air dalam badan tu, sesaja ke? Lagi satu nak kabo, kalau korang belum pernah ada pengalaman mengandung, jangan sesedap mulut kata macam-macam bila orang mabuk ye. Memang daku ingat kamu dalam doaku.

2. Penggunaan Minyak Angin

Penggunaan minyak angin memang kerap digunakan ibu mengandung bagi menghilangkan rasa mabuk. Ada yang makan sesuatu yang masam untuk hilangkan rasa kurang sedap pada tekak. Bila korang nampak ada ibu mengandung dok tercium-cium minyak angin, boleh tak jangan pepandai bagi nasihat macam korang pakar sakit puan. YY pernah kena dengan seorang mahkluk Tuhan ni, dia suggest YY cium minyak aroma terapi instead of minyak angin yang menurut dia tak bagus untuk baby. Eh hello! Laki daku pakai minyak wangi pun daku dah mengamuk, lagi nak suruh daku cium benda wangi. Ko nak makan kaki apa ke apa?

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut
Imej http://bit.ly/2wlZBfG

3. Berat Badan Menurun

Bila dah selalu muntah, of course berat badan kita makin menurun. Ada yang naik mendadak even tak ada selera makan. Ibu mengandung biasanya steady aje faced semua ni, janji baby sihat dan doktor sendiri mengesahkannya. Tapi ada juga yang terlebih concern! Yang terlebih concern ni kan, YY rasa nak kerat-kerat dia into pieces! Geram tau! Ada seorang makhluk Tuhan ni dok kata, "Eh, macamana berat ko boleh turun mendadak ni? Ko kan makan banyak!" Eh shaiton! Daku bukan hari-hari jumpa ko. Baru sekali dua jumpa dan kebetulan time tulah daku makan banyak, ko dah berani claim daku makan banyak? Keshaitonan apakah ini?

4. Minum Kopi atau Berais

Betul minum kopi tu tak bagus bukan sahaja untuk ibu mengandung bahkan yang tak mengandung pun tak digalakkan mengambil terlalu banyak. Banyak di sini adalah lebih dari tiga kali pengambilan dalam sehari. Nak dijadikan cerita, mengandung kali ni YY hanya mampu telan air sejuk yang berais atau dari peti sejuk. Air bergula langsung tak boleh telan, tekak terasa pahit. Ada satu hari tu, terasa teringin nak minum kopi, so gigihlah pergi pantry bancuh kopi. Pantang nampak, ada aje mahkluk Tuhan yang nak menegur. "Orang mengandung mana boleh minum kopi, bahaya!"

Adui! Baru tulah nak rasa air kopi, dah kena sembur? Ko nampak tiap masa daku minum kopi ke? Terasa macam nak debik orang aje tau! Bab minum ais pun sama. Doktor cakap takde masalah pun. Ada juga yang memandai-mandai. Lagipun memang tu aje yang daku boleh diminum, tak akan nak biar dehidrasi semata-mata nak layan korang punya boleh tak boleh. Facepalm.

Ibu Mengandung Mudah Sensitif, Tolonglah Jaga Mulut
Imej http://bit.ly/2wmlhId

5. Perut Besar

Mengandung kali ni, paling banyak orang tegur pasal keadaan perut YY. Rasa macam nak gantung signage aje pada perut. Letih nak jawab. Please be informed that this is my third pregnancy, and of course lah my belly besar! Dah dua orang membesar dalam rahim yang sama sebelum tu kot! So bila sampai turn si Adik, selesa gilerlah dia dalam perut sebab ruang dah besar. Bukan pasal kembar or whatsoever! Janganlah nak compare time ko mengandung dengan daku. Memang sah-sah tak sama sebab badan lain-lain. Yang ko dok risau perut daku besar tu dah kenapa?

Ye, tak salah mengambil berat tapi biarlah bertempat. Mungkin masalah yang orang tu hadapi serupa dengan kita, tapi berkemungkinan ianya tidak sama. Teguran kita mungkin buat hati seseorang terluka. Jadi tengoklah keadaan. Terutama apabila melibatkan ibu mengandung. Jangan buat diorang panik tak bertempat. Bagi ruang dan peluang untuk mereka menikmati moment ini. Kalau mereka buat sesuatu yang bahaya, barulah menegur dengan berhemah. Kalau setakat makan banyak, biarlah. Nafsu makan time mengandung memang macam ko ada saka dalam badan tau tak?

Kalau tak boleh bersimpati, jangan tambah bara di hati. Sekian bebelan daripada Mama yang tengah mengandung anak ketiga dan mudah sentap.

7 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Gara-Gara Mamee Monster

5:19:00 pm Yana Yani 6 Comments

Gara-Gara Mamee Monster | Semalam anak dara YY, Aisyah mengikuti rombongan sekolah. Ikutkan hati seorang Mama ni, memang berat nak benarkan Aisyah pada usia sebegitu pergi tanpa YY mahupun MyChintaHati. Tapi disebabkan pihak sekolah dah tegaskan yang ibu bapa tidak dibenarkan turut serta supaya memberi ruang untuk anak-anak berdikari, YY terpaksa relakan. Despite rasa seronok yang Aisyah ceritakan sepanjang dia mengikuti rombongan tersebut, ada juga sesuatu yang buat hati seorang Mama ni tersentuh.

Ni semua gara-gara snack Mamee Monster.

Imej&http://bit.ly/2xfNmGn

Baca: Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

Semalam bila dia turun dari bas, ayat pertama yang keluar dari mulut Aisyah bila dia nampak YY adalah, "Mama! Adik seronok sangat!"

Masuk aje ke dalam kereta, lagi bertubi-tubi cerita yang Aisyah ceritakan. Sampaikan YY tak dapat nak fokus cerita yang dia ceritakan. Semua bercampur aduk. Entah di mana permulaan dan entah di mana pengakhiran. Dia paling banyak bercerita pengalaman dia mandi-manda di kolam di dalam sebuah resort. Yang pasti dari gaya dia bercerita, ternyata dia memang sangat seronok. Afif yang turut sama berada di dalam kereta hanya tersengih mampu mendengar cerita adik dia. Dia mungkin tumpang gembira.

Tapi dalam seronok Aisya bercerita, dia ada menyebut Mee Mee Monster (Mamee Monster). Tapi YY tak begitu fokus dengan apa yang cuba dia sampaikan. Tambahan pula waktu tu sudah kedengaran azan Maghrib. YY hanya nak cepat balik ke rumah sebab YY sukar memandu dalam keadaan suasana yang terlalu gelap. Dan cerita mengenai Mee Mee Monster tamat begitu sahaja.

Muka ada sedikit cuak bila nak meninggalkan YY. Hehe!

Baca: Lawatan Ke Farm In The City!

Pagi tadi ketika YY menyapu krim pelembab ke badan Aisyah untuk masalah ekzema dia, sekali lagi kedengaran cerita mengenai Mee Mee Monster. Mungkin masa berdua di antara kami tadi digunakan sebaik mungkin untuk Aisyah meluahkan rasa hati dia. Ternyata kali ini cerita yang dia sampaikan jelas, terang dan nyata. Tersentuh juga hati YY bila mendengar cerita dia tadi pagi.

Aisyah: Mama, boleh tak Mama belikan kita Mee Mee Monster? Kita nak makan

YY: Kenapa pula tiba-tiba nak makan Mamee Monster?

Aisyah: Semalam Aisyah (kawan dia) makan Mee Mee Monster. Dia tak bagi kita pun

YY: Kenapa Aisyah yang tu tak nak bagi Aisyah anak Mama ni makan Mamee Monster? Aisyah gaduh dengan dia?

Aisyah: Tak. Dia bagi Intan dengan Aqilah aje. Kita, dia tak bagi pun

YY: Aisyah sedih ke?

Aisyah hanya menggeleng kepala. Tapi dia masih meminta YY belikan Mee Mee Monster. Tak sampai hati YY nak kata tidak bila melibatkan makanan ni. Lagipun ia sesuatu yang YY mampu adakan. Kalau tak mampu tu, lain cerita.

Bila nampak kelibat bas, baru ceria muka dia

Aisyah: Nanti Mama belikanlah kita Mee Mee Monster ye

YY: Okay. Nanti kita beli ye. Tapi Aisyah kena janji dengan Mama. Aisyah kena kongsi dengan semua orang yang ada dekat rumah Wan tau.

Aisyah: Okay kita janji! Nanti kita bagi Mee Mee Monster tu dekat Ika, Asha, Iman dengan Umar.

YY: Bagus anak Mama! Kalau kita kongsi rezeki, nanti kita lagi dapat banyak apa?

Aisyah: Rezeki!

So pagi tadi sebelum YY ke tempat kerja, YY singgah 7Eleven semata-mata memenuhi kehendak si anak dara. YY yang suruh dia pilih dan bayar sendiri di kaunter. Priceless bila teringat riak wajah dia yang terlalu excited bila apa yang dia inginkan dipenuhi.

Muka happy sungguh bila dapat beli Mee Mee Monster

YY mendidik anak YY untuk sentiasa berkongsi terutama apabila melibatkan makanan. Kalau makanan tu sedikit, YY memang tak bagi diorang bawa keluar rumah. Kalau banyak, baru boleh bawa keluar rumah itupun dengan syarat ia harus dikongsi. Sebab dah jadi tabiat, mereka dah terbiasa dan tiada masalah untuk berkongsi makanan dengan orang di sekeliling. Sejujurnya bukan sesuatu yang mudah menerap nilai sebegitu dalam diri anak-anak. YY dan MyChintaHati harus juga menunjukkan contoh supaya pembelajaran moral seperti ini mudah difahami.

Dalam kes semalam, mungkin Aisyah kecewa apabila benda yang sudah menjadi kebiasaan dalam diri dia, tapi tidak dilakukan oleh orang lain. Gara-gara melihat kawan dia makan Mamee Monster atau Mee Mee Monster mengikut bahasa Aisyah, dia teringin. Moral daripada cerita ini, ajarlah anak-anak kita berkongsi. Dengan cara ini, kita juga mampu mengajar anak kita menghormati atau menghargai orang di sekeliling. Berkongsi tak akan menyebabkan kita menjadi miskin (^_^)

6 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis

2:39:00 pm Yana Yani 4 Comments

Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis | Baru-baru ni YY terbaca perkongsian seorang doktor yang bernama Dr Hafsah Sazali mengenai perbezaan antara penyakit kulit ekzema dan psoriasis. YY sangat tertarik sebab YY sendiri ada masalah psoriasis dan anak dara YY, Aisyah ada masalah ekzema. Kebiasaan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal akan dilakukakan bagi menentukan sama ada pesakit ada masalah ekzema atau psoriasis. Seperti yang pernah YY dan Aisyah alami ketika kami menemui pakar kulit. Nampak sama, tapi sebenarnya ada banyak perbezaan.

So untuk entry hari ini, perbezaan di antara kedua penyakit kulit ini dinilai berdasarkan keadaan fizikal kulit bagi memudahkan pembacaan korang.

Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis
Imej http://wb.md/MCehRq
Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis
Imej http://bit.ly/2x3Zwlu

Ciri-ciri Psoriasis

1. Sempadan bagi ruam psoriasis biasanya jelas (well demarcated) berbanding kulit normal di sekelilingnya.

2. Psoriasis, terutamanya jenis chronic plaque psoriasis mempunyai lapisan sisik berwarna putih yang kering dan tebal di permukaannya.

3. Ruam psoriasis juga kadangkala gatal, tapi ia bukan ciri utamanya.

4. Kulit yang mengalami psoriasis tidak dikaitkan dengan pertambahan risiko jangkitan kuman yang ketara, kecuali dalam keadaan tertentu seperti psoriasis jenis erythroderma.

5. Ruam psoriasis lazimnya dikenalpasti di lokasi 'extensors' seperti siku, lutut, kulit kepala, di bahagian bawah belakang badan, bahagian sulit dan pusat. Harus diingat bahawa psoriasis juga boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit.

6. Majoriti kes psoriasis terjadi pada kalangan orang dewasa.

Ciri-ciri Ekzema

1. Dalam kes ruam ekzema, sempadan ruam selalunya kurang jelas (poorly demarcated).

2. Sisik kulit kering di permukaan ekzema tidak tebal seperti chronic plaque psoriasis.

3. Berbeza dengan psoriasis, ekzema diiringi simptom kegatalan kulit.

4. Kulit ekzema lebih terdedah kepada jangkitan kuman kerana lapisan pelindungan kulit terjejas.

5. Ruam ekzema biasanya dapat dikenalpasti di lokasi 'flexors' seperti pelipat lengan dan belakang lutut. Namun ia juga boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit.

6. Ekzema biasanya bermula dari peringkat bayi atau kanak-kanak.

Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis
Imej http://wb.md/21fzLoZ
Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis
Imej http://bit.ly/2eAYDsW

Persamaan antara psoriasis dan ekzema:

Walau ada banyak perbezaan di antara kedua penyakit kulit ini, terdapat juga beberapa ciri persamaan. Antara persamaan paling ketara adalah berikut:

1. Ruam keduanya berwarna kemerahan.

2. Sejarah keluarga yang menghadapi masalah yang sama.

3. Permukaan kulit kering.

Dalam kes tertentu, ciri-ciri perbezaan antara psoriasis dan ekzema tidak jelas dan agak sukar untuk para doktor membuat diagnosis. Faktor penyebab adalah seperti berikut:

1. Pesakit mempunyai ruam di satu bahagian sahaja. Tiada corak lokasi tipikal ruam yang dapat membantu untuk mengenalpasti diagnosis.

2. Kedua-duanya mempunyai permukaan kering. Walaupun sisik putih di permukaan psoriasis khususnya chronic plaque psoriasis biasanya ketara, ada kalanya ia tidak berapa tebal dan ketara.

3. Ada sejenis psoriasis yang dinamakan 'flexural psoriais' di mana lokasi ruam bertumpu di bahagian 'flexors', sama seperti ekzema.

4. Berbeza dengan psoriasis di bahagian kulit lain, psoriasis di bahagian sulit tidak mempunyai sisik putih dan rupanya hampir sama dengan ekzema.

5. Ada sejenis ekzema yang dipanggil 'discoid eczema' di mana ia berbentuk bulat dengan sempadan yang jelas. Ia boleh menyerupai psoriasis.

6. Ruam psoriasis dan ekzema boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit. Erythroderma (ruam yang berlaku di hampir seluruh bahagian badan) pula boleh terjadi dalam ekzema atau psoriasis.

Perbezaan Antara Ekzema dan Psoriasis
Imej http://bit.ly/1qvrRZW

Menurut Dr Hafsah Sazali, terdapat juga diagnosis lain yang boleh menyerupai ekzema dan psoriasis, contohnya seperti mycosis fungoides iaitu sejenis kanser darah yang berlaku dalam kulit. Kebiasaanya jika pakar kulit mempunyai keraguan mengenai diagnosis mereka, dan berkemungkinan pesakit mempunyai masalah lain, ujian lanjut seperti biopsi kulit akan dilakukan. Tapi korang tak perlu risau sebab kebiasaannya masalah ekzema dan psoriasis tidak memerlukan biopsi kulit.

Dari segi rawatan pula, kedua ekzema dan psoriasis adalah sama terutama bagi rawatan permulaan asas. Pun begitu jika masalah masih tidak dapat dikawal, ada kaedah lain yang akan diaplikasikan, dan ianya tidak sama bagi keduanya. Perbezaan ini adalah kerana keradangan kulit untuk kedua-dua penyakit adalah berpunca daripada sel-sel putih yang berlainan jenis, dan jejak perjalanan sel yang berbeza. Contoh paling mudah adalah penggunaan tar bagi rawatan ke atas pesakit psoriasis yang terbukti berkesan, tetapi tidak pada ekzema.

So moralnya, apa yang korang baca ni, berdasarkan penerangan Dr Hafsah Sazali, hanya boleh dijadikan panduan sahaja. Untuk maklumat lanjut, konsultasi dan pemeriksaan bagi mengenalpasti diagnosis serta mendapatkan rawatan yang betul, korang adalah sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor sepertimana yang YY dan Aisyah sudah lakukan.

Sumber : http://bit.ly/2wwWSTN

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri dan Hari Raya Aidiladha

3:54:00 pm Yana Yani 1 Comments

Perbezaan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri dan Hari Raya Aidiladha | Alhamdulillah, hari ini kita semua sudah pun memasuki 13 Zulhijjah 1438H dan merupakan hari terakhir kita menyambut Hari Raya Aidiladha. So hari ini YY nak berkongsi dengan korang semua mengenai perbezaan antara sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perkongsian ini pun selepas YY terbaca status Hamka (Kereta Mayat) di Facebook. Sejujurnya, YY pun baru tahu perbezaan antara keduanya. Selama ni main sambut aje. Takpe, hari ni kita sama-sama belajar ye (^_^)

So apakah perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha?

Imej http://bit.ly/2vEp2xd

1. Sambutan

Aidilfitri - Sambutan Hari Raya Aidilfitri atau juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa adalah bermula pada setiap 1 Syawal mengikut kalendar Hijrah. Hari Raya Puasa ini disambut bagi meraikan kejayaan umat Islam yang telah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan.

Aidiladha - Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban di sambut bermula pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah mengikut kalendar Hijrah. Hari Raya Korban ini disambut bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat akan perintah oleh ALLAH S.W.T. Pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah, ia dikenali sebagai Hari Tasyrik. Hari Tasyrik ni kalau nak mudah faham adalah hari selepas hari pertama sambutan Aidiladha. Pada Hari Tasyrik ni, kita dilarang berpuasa.

Baca: Sejarah Ringkas Hari Raya Korban

2. Makan Sebelum Solat Sunat Hari Raya

Aidilfitri - Sebelum kita pergi ke masjid untuk melakukan ibadah solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal, kita disunatkan untuk makan dahulu.

Aidiladha -Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha, sunat untuk kita makan selepas melakukan ibadah solat sunat Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah di masjid.

3. Solat Sunat Hari Raya

Aidilfitri - Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dilambatkan bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa yang belum menunaikan zakat fitrah untuk melakukannya. Harus diingat bahawa pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan sepanjang Ramadhan dan paling lambat adalah sebelum melakukan solat sunat Aidilfitri.

Aidiladha - Berbeza dengan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Ia lebih awal kerana bertujuan memberi masa atau waktu yang lebih panjang bagi melakukan aktiviti penyembelihan korban. Ini adalah antara hikmah kenapa kita disunatkan makan selepas solat sunat Hari Raya supaya makanan pertama yang kita makan pada Hari Raya Aidiladha adalah daging korban.

Ringkasan perbezaan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha

6. Takbir Hari Raya

Aidilfitri - Takbir Hari Raya bagi Aidilfitri adalah bermula pada waktu Maghrib terakhir Ramadhan  sehinggalah selesai imam berkhutbah pada solat sunat Aidilfitri.

Aidiladha - Takbir bagi Hari Raya Aidiladha pula bermula pada waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.

5. Sembelihan Korban

Aidilfitri - Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tiada sembelihan korban disunatkan.

Aidiladha - Sunat untuk melaksanakan ibadat korban ketika Hari Raya Aidiladha bermula selepas solat sunat Hari Raya pada 10 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. Tujuan kita disunatkan untuk menyembelih binatang seperti unta, lembu atau kambing adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia bertepatan dengan ayat 2 di dalam surah Al-Kautsar yang bermaksud: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah

6. Ibadah Haji

Aidilfitri - Tiada ibadah haji dikerjakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri

Aidiladha - Ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang wajib dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Ia dilakukan pada bulan terakhir dalam kalendar Hijrah iaitu bermula pada 8 sehingga 13 Zulhijjah.

So begitulah perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha yang dapat YY rumuskan. Kita sama-sama belajar ye. Lagipun tiada tarikh luput untuk menuntut ilmu. Nak dengan tak nak sahaja. Apapun, semoga apa yang YY kongsikan hari ini bermanfaat buat semua (^_^)

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...