Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986

11:24:00 am Yana Yani 27 Comments

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986 | Anugerah Juara Lagu (AJL) merupakan anugerah berprestij yang dinanti oleh peminat muzik tanahair. Malahan AJL sudah menjadi sebahagian dari industri hiburan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1986 oleh stesen televisyen swasta pertama Malaysia, TV3. Untuk makluman, AJL merupakan rancangan berbentuk pertandingan nyanyian yang membariskan lagu-lagu nyanyian artis popular.

Format pertandingan juga sudah beberapa kali mengalami perubahan mengikut perubahan zaman. Paling ketara adalah pertandingan mengikut kategori yang dimansuhkan pada 2009 kerana kekurangan lagu-lagu berunsur irama tradisional. Yang pasti salah satu lagu yang dipertandingkan akan dipilih oleh juri profesional yang dilantik sebagai pemenang ketika di pentas akhir.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986
Logo Anugerah Juara Lagu ke-28

Dalam Anugerah Juara Lagu ni juga ada diwujudkan anugerah khas iaitu Anugerah Persembahan Terbaik di mana Dato Siti Nurhaliza menguasai dengan lima kali kemenangan diikuti Noraniza Idris sebanyak empat kali sejak ia mula diperkenalkan pada 1986. Manakala Anugerah Vokal Terbaik pula hanya mula diperkenalkan pada 2002, di mana Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah mengungguli dengan masing-masing tiga kali secara berturut-turut.

Anyway, bersempena dengan pertandingan akhir AJL yang bakal berlangsung tak lama lagi, YY berbesar hati menyediakan senarai pemenang AJL sejak ia mula dipertandingan. Please take note yang senarai ini akan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan.

AJL
Tahun
Pencipta Lagu
Penulis Lirik
Lagu
Penyanyi Asal
1
1986
- Manan Ngah
- Lukhman S.
Sekadar Di Pinggiran
Francesca Peter
2
1987
- A.Ali
- Habsah Hassan
Menaruh Harapan
Zaiton Sameon
3
1988
- Ahmad Nawab
- Abdul Jalil Salleh
Kau Kunci Cintaku
Di Dalam Hatimu
Ramlah Ram
4
1989
- Suhaimi bin Abdul Rahman
- Yazid Ahmad
- Hamzah Mohd Taib
- Noordin Taib
- Nasir Daud
- Bob Lokman
Isabella
Kumpulan Search
5
1990
- Adam Ahmad
- Aishah
Janji Manismu
Aishah
6
1991
- Rahim Othman
- Juwie
Takdir dan Waktu
Kumpulan Mega
7
1992
- Fauzi Marzuki
- Bob Lokman
Pada Syurga di Wajahmu
Nash
8
1993
- Adam Ahmad
- S. Amin Shahab
Teratai Layu Di Tasik Madu
Fauziah Latiff
9
1994
- M. Nasir
- M. Nasir
Tanya Sama Itu Hud Hud
M. Nasir
10
1995
- Jari Idris
- Habsah Hassan
Cinta Beralih Arah
Aishah
11
1996
- Adnan Abu Hassan
- Hani MJ
- Othman Zainuddin
Jerat Percintaan
Siti Nurhaliza
12
1997
- M. Nasir
- Jamal Abdillah
- Cenderawasih
Ghazal Untuk Rabiah
M. Nasir dan
Jamal Abdillah
13
1998
- Pak Ngah
- Hairul Anuar Harun
Cindai
Siti Nurhaliza
14
1999
- M. Nasir
- Loloq
Andalusia
M. Nasir
15
2000
- Pak Ngah
- Hairul Anuar Harun
Balqis
Siti Nurhaliza
16
2001
- Yasin Sulaiman
- Yasin Sulaiman
Mimpi Laila
Yasin Sulaiman
17
2002
- Aidit Alfian
- Aidit Alfian
Keliru
Ajai dan Nurul
18
2003
- Adnan Abu Hassan
- Adnan Abu Hassan
Bunga-bunga Cinta
Misha Omar
19
2004
- Tam
- Keon
Relaku Pujuk
Kumpulan Spider
20
2005
- Aubrey Suwito
- Asmin Mudin
Gemilang
Jaclyn Victor
21
2006
- Azlan Abu Hassan
- Adibah Noor
Terlalu Istimewa
Adibah Noor
22
2007
- Richael Lawrence
- Gimbang
- Din Hormatov
- Nor Hanafi
- Azwin Andy Malik
- Richael Lawrence
- Gimbang
Itu Kamu
Kumpulan Estranged
23
2008
- Taja
- Tass
- Lan
- Taja
- Tass
Lagu Untukmu
Kumpulan Meet Uncle
Hussain
24
2009
- Pete Teo
- Amran Omar
Pergi
Aizat Amdan
25
2010
- Ana Raffali
- Ana Raffali
Tolong Ingatkan Aku
Ana Raffali
26
2011
- M. Nasir
- Budi Hekayat
Awan Nano
Hafiz Suip
27
2012
- Yuna Zarai
- Yuna Zarai
Terukir Di Bintang
Yuna Zarai
28
2013
- LY
- Baiduri
Bahagiamu Deritaku
Hafiz Suip
29
2014
- SonaOne
- Joe Flizzow
Apa Khabar
Joe Flizzow dan
SonaOne
30
2015
- Akim Ahmad
- Kamar Empayar
Potret
Akim Ahmad dan
Kumpulan The Majistret
31
2016
- Natashah
- Iman Imran
Lelaki Teragung
Dayang Nurfaizah

Kebanyakkan lagu yang dipilih sebagai pemenang, memang YY biasa dengar. YY yakin korang pun sama kan. Tapi ada juga beberapa lagu yang kurang biasa dipendengaran YY ni. Mungkin juga faktor usia. Secara jujurnya YY lebih suka mendengar lagu era 80-an sehingga awal 2000. Berbanding lagu sekarang yang kurang kena dengan jiwa YY. Again, usia dah meningkat. Haha!

Rasa itu ajelah bebelan YY untuk hari ini. Kalau nak dengar lagu yang pernah memenangi AJL, boleh klik gambar di bawah. Till then, bye

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu Sejak 1986
Klik gambar untuk dengar lagu pemenang AJL

Sumber: http://bit.ly/2jqlQ1z

27 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna

1:22:00 pm Yana Yani 37 Comments

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna | Bila sebut pasal hadiah, tak kira berapa pun usia kita, apapun jantina kita, kita pasti teruja. Bohonglah kalau kita kata tak suka terima hadiah. Yang menariknya, kedua pemberi dan penerima akan rasa excitement yang hampir sama. Si pemberi teruja nak tengok reaksi si penerima. Manakala si penerima, berganda dia punya happy sebab dapat hadiah dari insan yang tersayang. Mau senyum lebar sepanjang hari.

Silap haribulan, siap up status dekat media social lagi dengan ayat yang lebih kurang "Dapat hadiah dari si dia. Kau hado?" Haha!

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

Tapi kan kalau hadiah tu kita buat sendiri, lebih dekat dengan hati si penerima tau. Bila ada sentuhan sendiri, hadiah murah pun jadi mahal. Sungguh! Si penerima akan terasa hadiah tu sangat exclusive sebab hanya dia yang ada hadiah tu. Mestilah kan! Susah payah kita customize hadiah tu dekat Printcious sampai tak tidur malam. Printcious tu apa? Tak tahu ke? Serious?

Okay, YY explain sikit ye. Printcious ni merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah berbentuk customisation. Faham tak? Syarikat yang menggunakan tagline Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart ni sangat well known dikalangan mereka yang biasa customize hadiah. Memang seronok kalau dapat reka sendiri corak atau design dekat sini tau.

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Front page website Printcious

Ada macam-macam jenis hadiah yang korang boleh beli dekat Printcious.

Ada t-shirt, cawan, puzzles, telefon cases, kusyen, mousepads, jubin seramik dan banyak lagi. The best part is, semua hadiah ni korang boleh reka sendiri corak dia mengikut citarasa korang. Memang sesuai sangat kalau nak bagi hadiah berbentuk personalised ni pada cinta hati korang. Baru lagi bermakna gitu!

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Antara kategori produk yang ada

Berdasarkan pengalaman YY sendiri yang pernah order barang dekat Printcious ni, memang sangat senang cara nak customize barang. Pilih aje barang yang korang nak order, lepas tu design ikut kreativiti korang. Contohnya korang nak order t-shirt. Memula tu korang pilih jenis t-shirt yang korang nak, pilih size, pilih colour, lepas tu design je dengan klik pada Customize It tu.

Atau korang boleh juga edit design yang sedia ada dalam Printcious. Tapi kalau rasa susah nak customize, beli siap pun boleh. Tak ada masalah. Duit korang kan. Lagipun ada banyak pilihan corak atau design yang korang pilih dekat situ. Guarantee puas hati

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Cara nak customize item di Printcious

Senangkan cara yang YY senaraikan tadi kan. Tinggal nak buat dengan tak nak aje. Semuanya dekat hujung jari aje. Lagipun kalau buat sendiri ni, penerima akan rasa sangat dihargai. Even kita sebagai pemberi pun akan rasa seronok bila nampak orang tersayang pakai hadiah yang kita bagi. Terasa dunia bagai ana yang punya gitu! Haha!

Honestly YY suka beli dekat Printcious. Barang pun cepat aje sampai. Memang berbaloi

Hadiah Yang Dibuat Sendiri Lebih Bermakna
Antara hadiah yang boleh diberi pada yang tersayang

Alright, rasa sampai sini aje bebelan YY. Just nak bagitau yang skop pemberian hadiah ni luas. Boleh jadi sebagai simbol penghargaan atau mungkin juga kasih sayang. Tapi percayalah yang ianya akan lebih bermakna bila kita buat atau design sendiri.

So apa lagi, jom customize barang di https://www.printcious.com/

37 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas

11:37:00 am Yana Yani 25 Comments

Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas | Selain dari Mak YY, YY banyak juga belajar memasak dari Mak Mentua YY. Orang tua ni kalau kita tunjuk minat nak belajar, lagi seronok dia. Segala macam ilmu dia akan perturunkan nanti. Fakta tu tau! Haha! Antara resepi yang YY belajar adalah cara masak asam pedas ayam dengan mudah dan ringkas. Sebelum ni YY rasa nak masak asam pedas macam leceh sangat. Tapi dengan resepi yang Mak Mentua YY ajar ni, memang sangat mudah dan ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan pun senang aje nak dapatkan.

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Bahan-bahan untuk resepi ayam asam pedas mudah

Bahan-bahan yang perlukan adalah
- Tiga ketul daging ayam
- Sebatang serai diketuk
- Daun kesum
- Satu kiub tom yam
- Satu sudu kecil asam jawa Xtra
- Sebiji kentang (optional)

Bahan untuk dikisar
- Segenggam cili kering
- Dua biji bawang besar
- Tiga ulas bawang putih
- Satu inci halia

Please take note yang semua bahan yang disenaraikan di atas adalah untuk semangkuk asam pedas sahaja. Ia juga bergantung kepada cara korang sendiri adjust resepi. Nak depend sepenuhnya pada resepi pun tak boleh juga juga. Kalau kita treat as guideline, insya ALLAH menjadi. Yang penting, practise makes perfect

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Rebus cili kering

Mula-mula sekali korang belah atau potong cili kering. Tak kisah mana-mana cara yang korang nak buat, janji keluar biji dia. Masukkan air ke dalam periuk sampai tenggelam cili kering tu. Lepas tu biar aje atas api. YY biasanya rebus cili kering dengan api besar bagi dia cepat lembut. Tapi kalau buat camtu, air melimpah ruah. Ada petua suruh letak sudip kayu atas mulut periuk bagi air dia tak melimpah ruah. Contohnya macam gambar di atas. Menjadi tau!

Lepas tu korang kisarkan cili kering yang dah direbus dan ditos bersama dengan bawang merah, bawang putih dan halia. Bahan yang dah dikisar tu, korang masukkan aje dalam periuk panas bersama dengan serai yang dah diketuk. Tak payah letak minyak ye. Kiranya takde istilah menumis dalam resepi ni.

Resepi Ayam Asam Pedas Mudah dan Ringkas
Ayam asam pedas dah sedia dimakan

Biarkan aje sekejab. Dah menggelegak, masukkan ayam dan kentang. Kcau rata, lepas tu biarkan lagi kejab. Agak macam dah layu ayam tu, tambah air. Air ni ikut korang nak letak banyak mana. Nak pekat, kurang air. Nak cair, lebihkan air. Gitu aje. Lepas tu masukkan daun kesum dengan kiub tom yam. Garam jangan lupa masukkan ye. Kang rasa payau pula asam pedas korang. Kacau sekejab, time ni bau dia, perghhh! Bikin perut memberontak korang tau! Takpe, korang sabar jab. Bila kentang dah empuk, kira dah masaklah korang punya ayam asam pedas tu.

Nak makan asam pedas ni ada petua tau. Petua dia, makan masa dia dah sejuk. Time tu dah serap rasa. Orang tua katalah kan. Kalau nak ikut, ikutlah. Tapi kalau korang tanya YY, YY bedal aje. Perut dah lapar. Apa kira serap rasa ke dak. Janji dapat makan. Sedap ke tak belakang cerita. Yang pasti kalau sendiri masak, kepuasan dia lain macam. Haha!

So begitulah cara YY masak ayam asam pedas. Setakat ni, memang ni resepi paling mudah dan ringkas. Kalau korang rasa tak mudah juga, tak tahulah YY nak kata apa.

Cuba resepi ini juga:
1. Resepi dan Cara Membuat Lemang
2. Resepi Kari Ayam Mudah
3. Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Ringkas
4. Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

25 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Anak-Anak Ibarat Kain Putih

7:33:00 am Yana Yani 15 Comments

Anak-Anak Ibarat Kain Putih | Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab sepenuhnya kepada pendidikan anak-anak kita. Malahan sebagai seorang Muslim juga kita diwajibkan menitikberatkan soal pendidikan yang harus berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan asSunnah. Jika kita melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik, Insya ALLAH kita melindungi diri sendiri dan anak-anak kita daripada seksaan api neraka.

YY percaya, kita sebagai ibu bapa tahu bahawa proses pendidikan seorang anak bermula sejak mereka berada dalam kandungan sehingga mereka menjadi dewasa. Anak-anak dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan naif. Mereka tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kita sebagai ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak kerana mereka ibarat kain putih seperti yang dijelaskan dalam hadis di bawah

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebelum ini YY pernah ceritakan mengenai kehilangan secara misteri beg sekolah Aisyah. Beg tersebut ghaib begitu sahaja tanpa sesiapa dapat mengesannya. Yang kelakarnya, kehilangan beg tersebut menjadi perbualan yang agak hangat di Tabika Aisyah ketika minggu pertama persekolahan. Pelbagai spekulasi dibangkitkan. Jujur YY katakan, YY tidak menanggap ia sesuatu yang serius. Bagi YY, adalah normal untuk budak pada usia itu "kehilangan" barang milik mereka.

Baca: Hari Pertama Di Tabika KEMAS

Anak-Anak Ibarat Kain Putih
YY laporkan kehilangan beg pada Cikgu

Setelah usaha mencari, gagal. Usaha memujuk dak Aisyah pula dilaksanakan. Jenuh jugalah nak pujuk. Bukan kerja mudah sebenarnya nak fahamkan budak seperti Aisyah yang beg tu bukan "berjodoh" dengan dia. Tapi siapa sangka setelah genap seminggu kehilangan beg tersebut, YY mendapat perkhabaran yang tak disangka. Beg tersebut telah ditemui. Bukan main excited Aisyah bila dapat tahu.

Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Beg dah jumpa!

Tapi YY sangat terkejut bila Cikgu membongkarkan misteri disebalik kehilangan beg tersebut. Seriously tak sangka. Ingat wujud dalam drama aje.

Yang menambahkan rasa ralat adalah si ibu atau bapa telah menggantikan nama Aisyah yang YY letakkan pada keychain beg tu dengan nama anak dia. Sampai macam tu sekali "kesilapan" si ibu atau bapa tu mengajar anak. YY percaya bahawa budak yang "terambil" beg tu tidak tahu bahawa apa yang dia lakukan adalah salah. YY tak salahkan budak tu. Tapi YY salahkan ibu bapa dia. Dah lah tak tegur anak buat benda yang salah. Ditambah pula "melayan" dengan menukarkan nama pada beg.

Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Cerita disebalik misteri kehilangan

Selain YY, Cikgu yang mengajar Aisyah turut merasa ralat dengan situasi yang berlaku.

Ya memang betul para guru telah dipikulkan amanah untuk mendidik anak-anak kita di sekolah. Namun tugasan formal itu sangat terhad sebab hanya terbatas pada waktu persekolahan sahaja. Nak memastikan kejayaan sepenuhnya proses pendidikan anak-anak, baik dari segi ilmu ataupun akhlak memerlukan sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari kita, ibu bapa. Kehadiran para guru bukan bererti kita sebagai ibu bapa boleh lepas tangan daripada menjalankan kewajipan mendidik anak.

Seperti hadis yang YY kongsikan di atas di mana ia cukup jelas mengatakan bahawa pendidikan awal bermula dari rumah. Dengan sikap acuh tak acuh kita dalam soal ini boleh membantutkan proses pembentukan jati diri anak kita. Nanti kalau anak tu dah buat benda lebih buruk dari sekarang, adakah para guru juga yang kita salahkan.

Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Cikgu meluahkan rasa ralat

Amanah yang diberikan ini, dipikullah sebaiknya kerana ianya merupakan "saham" kita di akhirat kelak. Tegurlah anak-anak kita bila mereka melakukan kesalahan. Ingatkan mereka bahawa tak guna mereka cemerlang akademik sekiranya akhlak tidak cemerlang. Ia penting dititikberatkan memandangkan mereka kelak akan menjadi dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan.

Satu hari nanti anak-anak kita bakal menjadi pemimpin. Sama ada kita sedar atau tidak, mereka bakal menjadi harapan kita yang kelak bakal menjadi generasi tua. Mereka juga bakal menjadi pewaris agama, perjuang bangsa dan negara kita. So marilah kita berikan didikan sempurna kepada anak-anak kita. Korbankan sedikit masa untuk mereka. Selain harta, berikan juga kasih sayang serta tunjukkan contoh teladan yang terbaik.

Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Muka ceria dah dapat beg balik

Apa yang YY kongsikan ini bukan berniat membuka aib sesiapa. Ia adalah peringatan buat diri YY sendiri yang juga tak dapat lari dari melakukan kekhilafan. Apa yang YY cuba tonjolkan bahawa anak-anak ibarat kain putih. Kita bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan corak atau warna pada kain putih tersebut.

Semoga kita semua boleh mengambil pengajaran dari cerita ini.

15 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hari Pertama Di Tabika KEMAS

7:29:00 am Yana Yani 15 Comments

Hari Pertama Di Tabika KEMAS | Sesi persekolahan bagi 2017 sudah pun bermula pada 3 Januari yang lalu. Kedua anak YY sangat excited hari tu. Terutama Aisyah yang pertama kali merasai pengalaman berada di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika). YY belum pernah menghantar dia ke mana-mana sebelum ni. Mungkin kerana ianya pengalaman pertama, so dia sangat teruja. Aisyah sangat ceria pagi tu bila dapat pakai segala kelengkapan persekolahan yang serba baru.

Afif dulu kami hantar ke salah satu Tadika swasta yang berdekatan rumah Mak YY seawal usia dia lima tahun. Tapi atas sebab-sebab tertentu kami tak mahu menghantar Aisyah ke Tadika yang sama. Kami memilih untuk menghantar ke program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS. Konsep Tabika KEMAS iaitu ‘Belajar Melalui Bermain' memang sangat menarik minat YY dan MyChintaHati. Lagipun memang sifat semulajadi kanak-kanak pada usia Aisyah bermain.

Pengalaman mengajar YY untuk tidak menekan.

Hari Pertama Di Tabika KEMAS
Gambar pertama sesi persekolahan 2017

Di Tabika KEMAS juga Aisyah akan diajar menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Kata Cikgu Suziah yang mengajar Aisyah, kesemua kanak-kanak di situ akan diberi peluang dan galakan untuk menguasai kemahiran asas yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Selepas menghantar Afif ke sekolah, kami terus menuju ke Tabika. Sepanjang dalam perjalanan menuju ke Tabika, bertubi-tubi pesanan dan peringatan YY berikan. Entah si kecil tu mampu ingat ke tidak setiap butir pesanan YY tu. Haha! Tapi cecara jujurnya, pesanan tu diberikan bagi menutupi kegusaran YY sendiri. Bila dikenang, terasa kelakar pun ada. Anak tu relax aje, Mama dia pula yang gelisah semacam!

Hari Pertama Di Tabika KEMAS
Kali terakhir beg tu kelihatan. Haha!

Masuk aje kawasan Tabika, dia suruh YY balik. Ewah! Eksyen ko ye!

Lepas tu dia terus berjalan masuk ke kelas tanpa toleh sikit pun pada YY. Salam tangan macam selalu pun dah tak nak. Excited kategori terlampau tau dak Aisyah ni. Beria YY panggil, dia asyik cakap, "Mama pergilah balik". YY tetap mengekor dia masuk ke kelas. Nampak tak siapa yang melampau sekarang? Haha! Ah, lantak! Nak juga masuk sebab nak capture moment yang mungkin tak akan lagi dapat dinikmati.

Anyway korang nampak tak gambar Aisyah dengan beg dia tu. Tau tak itu adalah kali terakhir beg tu kelihatan. Ketika blog entri ni ditulis pun, beg tu masih gagal dijumpai. Cikgu sampai pelik dengan kejadian yang dikatakan pertama kali terjadi pada dia yang sudah 16 tahun mengajar di Tabika KEMAS. Yang peliknya, Aisyah boleh pula bawa balik pencil case dia. Beg yang besar tu boleh dia tak ingat mana perginya. Haha!

Hari Pertama Di Tabika KEMAS
Mungkin sifat extrovert yang ada buat dia mudah sesuaikan diri

Overall, masa hari pertama di Tabika KEMAS, Aisyah memang sangat cepat sesuaikan diri. Mujur dia tak terkena jangkitan virus menangis macam beberapa kawan-kawan dia hari tu. Bila nampak dia okay tu YY dan MyChinta tinggalkan dia dengan rasa relief. Hopefully dia terus maintain sepanjang tahun camtu.

Berdasarkan pengalaman dengan Abang dia dulu, minggu pertama ni memang seronok aje. Lepas tu ko tunggulah minggu-minggu seterusnya. Haha!

Baca : Alasan Afif

Hari Pertama Di Tabika KEMAS
Ceria aje nampaknya

So begitulah cerita Aisyah di hari pertama di Tabika Kemas. Emm, cepat betul masa berlalu. Si kecil Aisyah dah sekolah dah. Nak suruh kecil balik tak boleh. Ni kira nak kena tambah ahli baru ke camne. Haha!

Okay, that's it. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

15 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...