Sepetang bersama Mak Abah (^_^)

8:50:00 pm Yana Yani 0 Comments

"Along, Mak tanya kau nak ikut kita orang pergi Tesco tak?" tanya Anis melalui telefon.

"Nak!" jawab aku dengan nada excited.

Kalau dah muka kaki berjalan, orang ajak pergi mana pun aku ikut aje! Janji berjalan! Ditambahkan lagi semalam cuti sempena Deepavali dan Encik suami pula bekerja.

Lepas aje terima panggilan daripada Anis, aku telefon Encik suami pula minta izin. "Yang, Ayang nak ikut Mak dengan Abah pergi Tesco, boleh?" tanya aku.

"Pergilah. Elok-elok bawa anak-anak tu" pesan Encik suami.

 Keizinan Encik suami bertambah menceriakan aku walaupun aku sedar duit tak cukup banyak tapi lepas nak makan Dunkin' Donuts! Hehe!

Tapi sebelum keluar aku pesan dekat Afif, "Abang nanti jangan minta apa-apa. Mama tak ada duit tahu!" Aku menambah lagi bila dia seolah-olah tak memberi respon.

"Kalau Abang buat perangai nanti Mama rotan!" dengan nada meninggi memberi amaran pada Afif.

"Okay Mama" jawab dia dengan acuh tak acuh.


Tapi kalau dah nama budak tu, macam mana bagi amaran pun dia tetap buat juga. Tapi Alhamdulillah Afif setakat ni bukan macam anak orang lain yang akan terjerit-jerit bila tak dapat apa yang dia nak.

Kadang-kadang kesian tengok parent budak-budak tu menanggung malu bila anak buat perangai. Nak tak nak terpaksalah menebalkan muka!


Lepas dah beli barang-barang yang diperlukan, Aki ajak Afif dan Aisy pergi ke playground yang ada disediakan di dalam Tesco.

Wah, bukan main lagi Afif dan Aisy seronok dapat main! Aku pun rasa seronok bila tengok anak-anak seronok. Bertambah seronok bila tengok cara Aki dengan Wan melayan cucu!

Terfikir juga, agak-agak aku ada peluang tak main dengan cucu macam Mak dan Abah?


 Apapun sepetang bersama Mak Abah plus Anis memang menyeronokkan! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...