Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

8:52:00 am Yana Yani 4 Comments

Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia | Aplikasi telefon NIMPMOS yang merupakan blockchain pertama di Malaysia telah dilancarkan secara rasminya di Renaissance Kuala Lumpur pada 26 Mei yang lalu. Majlis pelancaran aplikasi milik Nimpmos Sdn Bhd ini telah menarik kehadiran lebih daripada 1,500 orang tetamu. Sejak mula diperkenalkan pada Mac yang lalu, aplikasi teknologi e-dagang ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Majlis pelancaranan aplikasi telefon NIMPMOS

Nimpmos Sdn Bhd juga merancang untuk menyertai Nasdaq di Amerika Syarikat melalui perjanjian kerjasama (MOU) dengan syarikat dari Amerika Syarikat, Montgomery Securities LLC yang dapat dilihat pada majlis yang sama. Montgomery Securities LLC adalah syarikat perancangan yang disenaraikan dan kini merancang kerjasama penyenaraian dengan lebih daripada 80 syarikat termasuk Yahoo, IQIYI dan lain-lain.

Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Ines Yao dan John Alfred Ritter menandatangani MOU

MOU tersebut telah ditandatangani oleh Ines Yao, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nimpmos Sdn Bhd dan juga Pengarah Urusan Montgomery Securities LLC, John Alfred Ritter. Sementara Wadih Maalouf, Penasihat Blockchain Dubai dijemput sebagai saksi pada Majlis Menandatangani MOU tersebut.

Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Perjanjian kerjasama (MOU) antara Nimpmos Sdn Bhd dan Montgomery Securities LLC

Menurut Ines Yao, mereka percaya pasukan itu mampu membangunkan ciri baru live streaming secara konsisten. Mereka juga yakin mampu merekrut dan grooming influencer yang berpengaruh untuk menjadi sebahagian daripada pasukan NIMPMOS. Influencer ini akan mewakili syarikat untuk menghadiri acara utama, penggambaran, sokongan jenama atau apa-apa bentuk aktiviti yang mampu menjana pendapatan bagi syarikat.

Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Antara persembahan pada malam tersebut

Selain menawarkan platform penyiaran secara langsung kepada penggunanya, NIMPMOS adalah sebuah syarikat penyelesaian sehenti internet yang menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pemasaran media sosial, pengeluaran video, pemotretan gambar dan rakaman program secara langsung.

Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Nimpmos Sdn Bhd melaksanakan tanggungjawab korporat

Dalam acara yang sama juga syarikat Nimpmos Sdn Bhd telah membuat sumbangan kebajikan sebanyak RM10,000 kepada enam buah rumah kebajikan sosial iaitu Pertubuhan Baitul Rahmah (Country Home Rawang), Baitul Ulfah (Seri Kembangan), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary (Setapak, Kuala Lumpur), Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat (Taman Megah, Petaling Jaya), Charis Home (Kuala Lumpur) and Angels Children's Home (Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur).

Selebriti tempatan seperti Namewee dan Joyce Chu juga membuat persembahan pada acara tersebut dengan menyanyikan lagu popular masing-masing.

Aplikasi Telefon NIMPMOS Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut

Sedikit maklumat mengenai NIMPMOS. Ia kini berpangkalan di beberapa cawangan termasuk Taipei, Guangzhou, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Malaysia bertindak sebagai ibu pejabat rasmi.

Bahagian operasi dan pemasaran kini diuruskan oleh pasukan yang berdedikasi yang terdiri daripada 30 orang kakitangan di ibu pejabat di Malaysia. Manakala cawangan di Taipei pula adalah teras utama untuk operasi NIMPMOS dengan menjadi pusat pengambilan untuk siaran langsung.

Pasukan Taipei terdiri daripada 45 orang kakitangan yang bertanggungjawab mengurus operasi sehingga lebih 400 penyiar dengan memantau prestasi live streaming dan mengendalikan jadual siaran secara langsung. Di Guangzhou pula, terdapat 36 orang kakitangan pasukan teknikal dan mereka bertanggungjawab untuk mengekalkan dan membangunkan ciri-ciri baru untuk aplikasi mudah alih secara berkala.

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru

3:38:00 pm Yana Yani 3 Comments

Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru | 16 Mei seperti yang kita sedia maklum merupakan tarikh yang dipilih bagi menyambut Hari Guru pada setiap tahun. Ia kebiasaan disambut meriah di seluruh negara sebagai menghargai pengorbanan para guru. Kebiasaannya para ibu bapa termasuk YY memang agak kelam kabut menjelang tarikh ni. Habis segala ceruk kedai cenderamata diterjah bagi mencari hadiah yang dirasakan sesuai untuk para guru. Seperti tahun-tahun sebelum ni, YY memang dah siapkan hadiah untuk guru-guru yang mengajar anak-anak YY.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Hadiah yang YY dah sediakan untuk sambutan Hari Guru pada tahun ni

Bila dah prepare awal tu, rasa release lah sikit. Then baru sat tadi terbaca status dari Cikgu Asmadi Ahmad yang berkongsi senarai hadiah yang menurut pandangan beliau lebih sesuai untuk diberikan kepada guru-guru. Beliau ni merupakan seorang guru yang punyai pengalaman belasan tahun mengajar murid-murid Tahun Satu. Rajin juga dia berkongsi pengalaman dia mengajar di Facebook.

Bab hadiah untuk Hari Guru ni, disebabkan YY dah sediakan awal, takpelah. YY salin semula dalam blog kesayangan YY ni, untuk dijadikan rujukan buat tahun-tahun mendatang. Haha!

Jadi kalau kamu nak juga belikan hadiah untuk cikgu sekolah rendah di hari guru, inilah antara cadangan yang cikgu sediakan. Tak payah pasu punga, bingkai gambar, cawan tembikar atau kotak bunyi-bunyi. Takde tempat dah cikgu nak simpan semua tu - Cikgu Asmadi Ahmad.

Antara hadiah Hari Guru yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Pensil 2B

Logik juga pemberian hadiah ni. Sebabnya anak YY, si Aisy tu hari-hari hilang pensil. YY sampai ada "kedai alat tulis" sendiri semata-mata nak mengatasi krisis kehilangan alat tulis yang kronik. Satu kotak pensil macam ni kalau dekat kedai Mr. DIY antara RM2.80 ke RM3.90 bergantung kepada jenama.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Pensil 2B

2. Pensil warna jenama Staedtler atau Faber-Castell

Ni pun logik juga sebab Aisy tu walau baru bulan ke lima bersekolah, dah berkotak-kotak pensil warna hilang tanpa dapat dijejak. Tapi YY beli hak murah aje tuk dia. Jenama kat bawah ni paling kerap YY beli dekat kedai Mr. DIY. Lagipun hilang tak sakit hati. Haha! Tapi untuk hadiah Hari Guru, belilah jenama yang dicadangkan ni. Untuk kegunaan anak-anak kita juga kat dalam kelas.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Pensil warna

3. Pen marker pelbagai warna

Zaman sekarang dah tak pakai kapur macam zaman kita dulu. Nak beli sendiri memang mahal even refill dia pun boleh sneak nafas juga nak beli. Ni boleh dipertimbangkan untuk tahun-tahun mendatang.



Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2rFnPC4

4. Kertas A4 70 gram.

Ni pun antara hadiah yang dicadangkan beli. Lagipun kebanyakkan cikgu ni diorang guna duit poket sendiri untuk buat sebarang aktiviti. So tak salah nak berikan satu bungkus kertas A4 ni. Rare sikit.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2Kr0rPJ

5. Plastik laminate.

Yang ni YY tak tahu kenapa dicadangkan. Haha! Tapi menurut cerita Cikgu Asmadi, dia gunakan plastik laminate ni yang bertindak seperti whiteboard. Mungkin dia ada aktiviti yang dia planning nak buat untuk menarik minat budak-budak Tahun Satu belajar.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2IMh8HQ

6. Pen merah.

Pen merah ni wajib! YY sendiri pernah hadiahkan pada cikgu anak-anak YY. Lagipun kita memang tahu diorang gunakan pen merah ni untuk menanda buku atau kertas peperiksaan. Beli satu bungkus baru berapa snagat harga dia. Nak bagi lagi meaningful, korang beli yang boleh cetak nama tu. Macam gambar dekat bawah ni. Beratus juga harga dia kalau camni. Ikut kemampuan dan keikhlasan kita lah. Takde paksaan.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2IjFjhC

7. Cop pelbagai gambar

Yang ni akan dipertimbangkan untuk tahun-tahun akan datang. Rare sikit. Lagipun ada unsur meaningful juga tu. Sebab kita boleh customize cop ni. Nanti cikgu pun dok teringat kat kita kan..kan..kan? Haha!



Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2wE1qdi

Kalau nak baca ulasan asal Cikgu Asmadi mengenai cadangan hadiah untuk Hari Guru ni, korang boleh baca pautan yang YY kongsikan di bawah. Follow terus Cikgu Asmadi tu ye. Serius, banyak benda boleh kita belajar dari dia yang ada belasan tahun pengalaman mengajar budak Tahun Satu. Yang pasti dia orang kampung keh! Orang Kuala Lipis! Haha!


Terlanjur cerita pasal Hari Guru ni, korang rasa agaknya kenapa 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru? Menurut pembacaan YY, 16 Mei dipilih disebabkan tarikh yang sama sekitar tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak dari tahun tu.

Lagi satu, setiap tahun ada tema bagi menyambut Hari Guru. Tema bagi tahun ini adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Jangan suruh YY explain! Minta maaflah. Bukan kepakaran YY. YY just kongsi apa yang YY tahu aje. Yang pasti SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU buat semua guru-guru di seluruh dunia yang membaca blog entri YY ni. Terima kasih untuk setiap ilmu yang pernah dicurah pada YY dan anak-anak YY. Hanya ALLAH aje yang mampu membalasnya.

Again, TERIMA KASIH CIKGU! (^_^)

Imej kredit https://bit.ly/2GcGglL



3 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka

10:08:00 am Yana Yani 7 Comments

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka | Sebut aje Melaka, YY yakin korang semua tahu yang negeri ini adalah antara destinasi pelancongan yang sangat popular. Melaka kalau kita tengok atas peta terletak di Barat Daya Semenanjung Malaysia. Disebelah Utara, Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan. Manakala di sebelah Selatan pula, Melaka bersempadan dengan Johor. Selain dikenali sebagai Negeri Bersejarah, Melaka turut diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage atau Bandar Warisan Dunia. Tumpang bangga juga beb, walau YY bukan orang Melaka!

Secara jujurnya dah sedekad YY tak menjejakkan kaki di Melaka. Kali terakhir pergi, masa tu Afif kecik lagi. Tu pun tak dapat jelajah habis sebab sangkut dalam jem! Haha! Mungkin sebab dah lama sangat tak pergi, keinginan nak ke Melaka lagi tu membuak-buak. Tahun lepas YY sekeluarga dah hampir sampai ke Melaka. Tapi masa tu YY tengah sarat sangat. Nak berjalan beberapa langkah pun tak larat weh! Apatah lagi nak ke Melaka. Memang tak lah jawabnya. Huhu. Last minute cancel trip!

Tahun ni Melaka adalah antara destinasi pelancongan yang YY sekeluarga merancang untuk pergi. Antara tempat di Melaka yang YY berkeinginan nak pergi adalah A'Famosa Resort. Lagipun ramai kawan YY yang recommend YY ke sana. Maka gigihlah YY mencari A'Famosa Resort details di laman carian.

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka
Imej kredit https://bit.ly/2jcd999

Hasil kaji selidik, ceh! Kaji selidik tu! Drama sangat tau! Haha!

Kalau korang nak tahu, nama resort ni diambil bersempena dengan Kota A Famosa. Ia adalah monumen popular abad ke 16 yang juga merupakan kubu pertahanan peninggalan Portugis. Ia juga khabarnya merupakan tinggalan seni bina Eropah paling lama yang masih wujud sehingga kini di Asia Tenggara! Melalui pembacaan, barulah YY tahu yang Kota A Famosa ni originally dibina oleh Alfonso de Albuquerque. Dia ni juga khabarnya yang mengetuai pencerobohan Portugis ke Kesultanan Melaka. Perghh! Terasa macam dah khatam buku Sejarah beb! Haha!

Berbalik kepada cerita A’Famosa Resort tadi, ia merupakan antara tempat menarik di Melaka yang harus korang singgah. Banyak recommendation yang YY baca mengenai A'Famosa Resort especially bila YY cari A'Famosa Resort details di laman carian. Recommendation tu buat YY sendiri rasa macam tak sabar nak pergi. A’Famosa Resort ni kalau kita tengok pada peta, ia terletak tidak jauh dari salah satu pintu masuk ke daerah Alor Gajah. Tapi tu kalau korang melalui Persimpangan Plaza Tol Simpang Ampat, Lebuhraya Utara Selatan.

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka
Imej dari https://bit.ly/2HY4KEc

Baca punya baca, YY dapat tahu yang A'Famosa Resort ini direka oleh pereka terkemuka, Ross C.Watson. Ia dilakar dengan mengambil kelebihan pada mukabentuk semulajadi yang ada. A'Famosa Resort ni terletak di atas kawasan seluas 1300 ekar, dikelilingi oleh bukit-bukau dan kawasan desa yang subur. Malahan ini juga merupakan antara faktor yang membuatkan A'Famosa Resort sangat unik especially dengan tasik buatan, tumbuhan tropika dan landskap yang sangat cantik.

Kalau korang nak tahu, A'Famosa Resort ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang terdapat di Daerah Alor Gajah. Ia dilengkapi dengan padang golf 27 lubang. In fact resort ini menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi hiburan seperti World Animal Safari dan Taman Tema Air. Ada banyak juga tempat menarik seperti kolam memancing, restoran, dewan banquet, bilik seminar, karaoke, kedai-kedai cenderhati, kereta kuda, keretapi, basikal dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung.

Pendek kata semua satu pakej ada kat A'Famosa Resort ni! Tak payah dok kalut pergi tempat lain dah! Semua yang korang nak dari tempat shopping sehingga ke taman rekreasi boleh didapati hanya pada satu tempat. Menarik kan? Harus pergi ni! Harus!

A'Famosa Resort Adalah Tempat Menarik Di Melaka
Imej kredit https://bit.ly/2HZMaM0

Perjalanan ke A'Famosa Resort sekiranya menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan khabarnya hanya mengambil masa setengah jam perjalanan dari bandaraya Melaka, manakala 45 minit diperlukan sekiranya korang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Tapi ni kalau tak jem tau! Kalau jem, masaklah korang dalam kereta. Haha!

Fuh! Nampak tak betapa gigihnya YY mencari maklumat mengenai A'Famosa Resort ni. Tu nak membuktikan betapa excitednya nak ke Melaka. Ni semua gara-gara kawan YY dok bakar YY. Dia kata YY wajib pergi A'Famosa Resort sebab ia merupakan tempat paling menarik di Melaka. Moga jadi kenyataanlah impian YY ni. Aamiin!

Okaylah korang. Rasanya sampai sini ajelalah YY dok bebel pasal A'Famosa Resort details ni. Moga kita bertemu lagi di lain entry ye. Assalamualaikum.

7 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!

2:35:00 pm Yana Yani 2 Comments

Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush! | Sejak bergelar Mama ni, antara perkara paling sukar nak buat pada YY adalah menarik minat anak-anak untuk memberus gigi. YY tak tahu parent lain. Tapi pada YY, susah sungguh! Paling susah nak suruh si dak Aisy. YY kena jadi rimau ke, beruang ke, barulah dia berus gigi. Kalau tak, memang tak lah! Macam-macam alasan dia bagi. Even kalau YY yang beruskan gigi dia, dah macam YY pukul dia. Dia punya menangis sampai bergegar rumah. Stress dibuatnya weh!

Sehinggalah YY diperkenalkan dengan berus gigi keluaran FAFC. Syarikat ini mengeluarkan berus gigi dari cerita animasi kegemaran Aisy, Robocar Poli. Yes! Dah jumpa solution. Jom kita berus gigi dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush! #smileyface

Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!
Robocar Poli Suction Kids Toothbrush

YY tak tahu banyak mengenai syarikat yang mengeluarkan berus gigi ini. Tapi dari pembacaan, YY difahamkan yang syarikat ini mempunyai kilang yang terletak di Kulaijaya, Johor. Diorang ada diorang punya bahagian R&D tersendiri untuk membangunkan produk atau memperkenalkan konsep baharu.

Mereka juga khabarnya bekerjasama rapat dengan pemilik jenama antarabangsa untuk membangunkan produk yang menyeronokkan dengan matlamat untuk menarik minat masyarakat khususnya kanak-kanak untuk menjaga kesihatan gigi sepanjang hayat.

In fact FAFC tu sendiri mempunyai makna tersendiri yang cukup menarik. Tak caya, cer baca kat bawah. Ni YY salin bulat-bulat dari laman sesawang rasmi diorang tau!

FUN - cute and colourful character's handle design helps to create interest in regular brushing

ALIVE - bringing the kid's favourite character "alive" by creating interaction, as the toothbrush look more like a toy, it can be taken out of the bathroom environment and into the children's bedroom.

FIGURINE - creating functional toothbrush, yet figurines that kids can take out and play with, or as part of their collections

CARTOON - featuring fun characters that kids love. Yet another way to help make brushing fun!

Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!
Watak utama Robocar Poli; Helly, Poli, Amber dan Roy
Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!
Pilihan Aisy, si comel Amber

Aisy bila dapat aje berus gigi Robocar Poli Suction Kids memang dia suka sangat. Dari empat watak utama yang ada, dia terus pilih berus gigi yang ada watak Amber. Dia kata Amber tu comel macam dia. Haha! Apa-apalah Aisy oi!

Berus gigi Robocar Poli Suction Kids ini sesuai untuk semua kanak-kanak seawal usia tiga tahun dan ke atas. Punyai warna yang sangat menarik bersesuaian dengan watak siri animasi berkenanan. Selain dari watak Amber, ada juga Poli, Roy dan Helly.

Apa yang menarik minat YY untuk memiliki berus gigi Robocar Poli Suction Kids adalah kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti bebas Bisphenol A (BPA), lepas tu dia punya bulu berus Polybutylene terephthalate (PBT) yang digunakan adalah berkualiti tinggi. In fact dia punya berus pun sangat lembut dan juga anti bakteria sehingga 99%. Paling penting dan best nak dengar adalah ia menghalang plague, penyakit gusi, gingivitis dan juga nafas berbau.

Rest assured yang bulu berus Robocar Poli Suction Kids ni bukan dari sumber haiwan.

Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!
Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!
Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush
Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!

Sejak si budak Aisy dah gunakan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush ni, YY memang dah tak perlu bertukar menjadi tarzan atau yang sewaktu dengannya. Dia memang dengan rela hati berus gigi sendiri. Dia kata bulu berus tu lembut tak buat dia rasa sakit macam sebelum ni. Nak simpan pun senang sebab dia punya bahagian bawah tu boleh melekat. Ada sekali tu YY jumpa berus gigi dia pada dinding. Sabar ajelah!

YY memang sangat recommend untuk korang beli berus gigi Robocar Poli Suction Kids ni untuk anak-anak korang. Especially kalau diorang jenis macam Aisy. Jenis payah nak berus gigi. Dengan ada watak animasi popular macam ni, memang secara tak langsung mampu menarik minat anak-anak memberus gigi dengan rela hati.

Harga dia pun dalam range affordable. Korang boleh dapatkan sebatang Robocar Poli Suction Kids Toothbrush ni pada harga RM9.90. Berus gigi ini boleh dibeli secara dalam talian. Pautannya ada di akhir entri ni.

Anak-Anak, Jom Berus Gigi Dengan Robocar Poli Suction Kids Toothbrush!
Semangat dak Aisy ni nak berus gigi dengan Amber

Kalau rasa apa yang YY kongsikan ini tak cukup, korang boleh layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai berus gigi Robocar Poli keluaran FAFC ni. Even nak beli pun boleh klik di pauntan berikut. #spreadlove

Facebook:

Instagram:

Laman sesawang rasmi:

Kedai dalam talian:

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Carrie Junior Funtime Wipes Memberi Keriangan Tanpa Henti

4:43:00 pm Yana Yani 0 Comments

Carrie Junior Funtime Wipes Memberi Keriangan Tanpa Henti | Memupuk amalan kebersihan sejak dari kecil adalah permulaan ke arah kehidupan yang sihat. YY sangat menitik beratkan hal ini kerana kebersihan adalah kunci ke arah kesihatan yang baik. Terutama sekali kebersihan tangan. YY tak akan berkompromi. Diorang kena sentiasa cuci tangan selepas atau sebelum melakukan apa-apa. Tapi akan ada keadaan atau situasi di mana air dan sabun tangan tidak dapat diperolehi. Dalam situasi ini, kewujudan tisu basah adalah amat penting dan menjadi penyelamat.

So bila Carrie Junior memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes, YY sangat teruja! Ia seolah-olah membawa keriangan tanpa henti dengan memberi kelembapan dan rasa segara sepanjang waktu. Lagipun Carrie Junior ni adalah jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia dan sudah berada di pasaran selama 19 tahun!

Carrie Junior Funtime Wipes Memberi Keriangan Tanpa Henti
Carrie Junior Funtime Wipes

Untuk makluman, Carrie Junior Funtime Wipes ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Ia juga sudah pastinya memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak terutama dengan kewujudan pek mudah bawa. Pek ini mengandungi 30 helai tisu manakala pek keluarga pula mengandungi 80 helai tisu. Carrie Junior Funtime Wipes sangat sesuai untuk diletakkan di kediaman mahupun di dalam kereta.

Bagi memastikan kebersihan anak-anak, ibu bapa boleh meletakkan pek Carrie Junior Funtime Wipes di dalam bag sekolah anak-anak untuk dibawa ke sekolah. Lagipun kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas melakukan sebarang aktiviti akan memastikan tangan mereka sentiasa bersih dan bebas kuman.

Carrie Junior Funtime Wipes Memberi Keriangan Tanpa Henti
Carrie Junior Funtime Wipes, Cheeky Cherry
Carrie Junior Funtime Wipes Memberi Keriangan Tanpa Henti
Carrie Junior Funtime Wipes, Smoothie Berries

Carrie Junior Funtime Wipes ini didatangkan dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries. Ia dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien yang membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Paling YY suka dengar, Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Ia juga disahkan Halal!

Produk ini telah diuji secara dermatologi dan disahkan mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Pendek cerita, Carrie Junior Funtime Wipes ini merupakan penyelesaian terbaik untuk menanamkan sifat kebersihan dalam diri kanak-kanak. Yang paling penting, ia memberikan kanak-kanak rasa selesa dengan aroma buah yang harum tanpa rasa melekit pada kulit.

Carrie Junior Funtime Wipes Memberi Keriangan Tanpa Henti
Afif dan Aisy memang suka dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 bagi Semenanjung dan RM7.70 bagi Sabah dan Sarawak. Untuk pek keluarga yang mengandungi 80 helaian, ia dijual pada harga RM9.00 bagi Semenanjung dan RM9.50 bagi Sabah dan Sarawak. Harga termasuk GST. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, korang boleh layari laman sesawang berikut.



Tentang WIPRO UNZA

Sejak 1980, WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan pelbagai jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain. Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN. Kini jenama tersebut berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan ia direka dan dicipta khusus untuk memenuhi keperluan pengguna Asia.

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Meroyan Bukan Perkara Ringan

1:43:00 pm Yana Yani 3 Comments

Meroyan Bukan Perkara Ringan | Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, meroyan atau Postpartum depression (PPD), bermaksud gangguan emosi selepas bersalin disebabkan perubahan hormon yang menyebabkan ibu murung atau bertindak ganas. Wikipedia pula menterjemahkan ia sebagai satu bentuk kemurungan klinikal yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Meroyan hendaklah diberi perhatian dan jangan dipandang ringan mengikut ilmu perbidanan Melayu kerana ia boleh berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Menurut Dr Zul Azlin Razali, Pakar Psikiatri Universiti Sains Islam Malaysia, antara gejala-gejala awal PPD adalah menangis tanpa sebab, mudah tersentuh, sensitif, rasa tidak sabar, kebimbangan yang melampau, lemah lesu, tidak cukup tidur (atau hypersomnia, suka tidur), sedih atau hiba yang tidak berkesudahan dan tiada motivasi untuk menjaga anak yang baru lahir itu.

Meroyan Bukan Perkara Ringan
Imej dari http://bit.ly/2GvursJ

Terdapat juga gejala yang dikenali sebagai postpartum blues, iaitu gangguan emosi selepas bersalin. Ia dikatakan lumrah dan tidak perlu dirisaukan kerana ia berlaku kepada hampir 50 ke 80% ibu yang melahirkan anak. Postpartum blues adalah suatu yang tidak serius dan tidak membabitkan tindakan-tindakan ganas di luar kewarasan. Kebiasaannya ia berlaku dalam tempoh yang sangat singkat.

Mungkin itulah yang YY alami ketika dalam pantang baru-baru ini. YY menangis tanpa sebab dan rasa menyampah dengan bunyi tangisan BabyHaris. Yang menakutkan bila ada satu sisi dalam diri YY menyuruh YY mencekik BabyHaris yang tak berhenti menangis pada ketika itu. Tapi ada sisi lain pula kata jangan buat macam tu. Peperangan emosi tu buat YY rasa loser sangat. Mujur MyChintaHati perasan keadaan YY dan dia cuba mengatasi sebaik mungkin.

Melalui pembacaan, semua gejala ketika berlakunya postpartum blues adalah disebabkan perubahan hormon yang banyak selepas bersalin. Ia akan hilang secara beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.


Bagaimanapun jika gejala berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga korang sangat digalakkan membawa korang untuk mendapatkan rawatan segera. Antara tanda-tanda gejala berlanjutan menjadi adalah seperti rasa diri tidak berguna lagi, mula melayan idea ingin mati, curiga yang berlebihan, dan fikiran menyimpang yang berulang-ulang (obsessive thoughts).

Rentetan dari gejala PPD, postpartum psychosis boleh berlaku atau tercetus secara tiba-tiba dalam tempoh empat hingga ke enam minggu selepas bersalin. Individu yang ditimpa gejala ini akan mula bersikap ganjil, berhalusinasi, cakap meracau, mempunyai delusi pemikiran dan bertindak secara impulsif. Postpartum psychosis lebih berbahaya dari PPD kerana ia melibatkan isu kejiwaan yang ekstrim dan mempunyai risiko yang tinggi membunuh diri dan membunuh bayi sendiri.

Meroyan Bukan Perkara Ringan
Imej dari http://bit.ly/2tOYIQF

Bagi menurunkan risiko PPD, diet dan nutrisi yang sempurna adalah sangat penting. Malahan dikhabarkan ada jenis makanan tertentu mampu menurunkan risiko terjadinya PPD. Kita juga digalakkan memberi susu ibu kepada bayi bagi mengatasi masalah PPD. Penyusuan susu ibu sudah terbukti mampu menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi sekaligus mengatasi PPD.

Menzahirkan emosi adalah sangat digalakkan dengan menggunakan medium tertentu seperti berbicara dengan ahli keluarga, sahabat atau melalui penulisan diari. Jangan sesekali mengasingkan diri. Titik beratkan juga keharmonian rohani dan spiritual.  Bagi Muslim, perbanyakan membaca al-Quran dan berzikir supaya hati sentiasa tenang dan terhindar daripada perkara yang tidak baik.

Meroyan Bukan Perkara Ringan
Imej dari http://bit.ly/2FFtIIr

Ingat ye, meroyan bukan perkara ringan. Berjumpalah dengan doktor psikiatri sekiranya korang rasa korang sendiri atau ada ahli keluarga korang yang baru lepas bersalin mempunyai tanda-tanda meroyan. Lagi satu nak bagitau, berjumpa dengan doktor psikiatri bukan bermakna korang gila, lemah semangat, lemah iman atau apa sahaja yang berkaitan. Yang penting, jumpa dulu sebab penilaian akan dibuat bagi membantu korang.

Melalui penilaian awal, rawatan yang betul boleh diberikan. Harus diingat yang postpartum psychosis dan PPD boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubat dan teknik-teknik yang tertentu di bawah seliaan doktor.

Sumber: http://bit.ly/2tRrNuO

3 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Persediaan Goodies Bag Untuk Sambutan Hari Lahir Aisy

2:17:00 pm Yana Yani 1 Comments

Persediaan Goodies Bag Untuk Sambutan Hari Lahir Aisy | YY dah lama nak cerita pasal ni, tapi asyik tak berkesempatan aje. Hari ni disebabkan ada sikit masa terluang ni, moh lah baca pasal cerita yang berlaku pada tahun lepas. Kita semua tahu bila sebut persediaan untuk buat goodies bag epecially untuk sambutan hari lahir anak, kebiasaannya para ibu adalah orang yang paling excited. YY tak cakap orang lain, YY cakap pasal diri YY sendiri. Bila sebut aje prepare goodies bag, memang dia punya excited semacam weh! Dia punya panning aje dah macam nak takluk dunia. Huhu. Nampak tak dia punya level excited tu camne? Haha!

YY pertama kali buat goodies bag adalah ketika sambutan hari lahir Afif kira-kira empat tahun dulu. Masa tu Afif belajar di PASTI yang berhampiran rumah mak YY.

Baca: Preparation Birthday Celebration Untuk Afif

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Excited budak Aisyah ni menolong
Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Riben sebagai penambah aksesori pada goodies bag

Masa Aisy pun YY berusaha untuk lakukan perkara yang sama walaupun terpaksa diadakan awal dari tarikh sebenar. Nak buat camne. Anak-anak YY semua lahir hujung tahun. Time tu dah cuti sekolah. Huhu. Anyway cerita pasal sambutan hari lahir Aisy, YY dah pernah cerita sebelum ni.

Baca: Sambutan Hari Lahir Aisy di Tabika KEMAS

Berbalik kepada persediaan goodies bag untuk sambutan hari lahir Aisy, memang dari A sampai ke Z adalah perancangan YY. MyChintaHati maleh nak terlibat sama. Haha. First of all, nak buat goodies bag ni korang kena tetapkan bajet korang. Pastu korang kena fikirkan design pada goodies bag dan barangan yang nak dimasukkan ke dalam tu. YY sangat recommend korang buat survey dulu sebelum buat goodies bag. Kalau main hentam aje, memang banyak pelaburan korang akan keluarkan.

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Kertas doilies juga sebagai penambah aksesori
Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Beg kertas

Untuk design goodies bag, YY beli beg kertas pembungkus makanan. Untuk 100pcs, ia bernilai RM3.30. Lebih kurang RM0.03 sen untuk 1pc. Tapi beg kertas ni nampak dull sangat. Nak bagi lagi lawa, YY beli reben yang berharga RM9.50 untuk 50pcs. Sebenarnya lebih jimat kalau buat sendiri, tapi YY punya level malas semacam juga time tu. Haha. Ni pun kira okay lah, lebih kurang RM0.19 untuk 1pc.  YY beli juga kertas doilies yang berharga RM6.00 untuk 100pcs. Lebih kurang RM0.06 sen untuk 1pc.

Pastu dengan level kreativiti yang terhad, YY cari gambar Princess Elsa yang merupakan watak kegemaran Aisy dari filem animasi, Frozen. Tambah sikit beberapa perkataan, pastu photostat aje bebanyak. Then, tampal pada beg kertas tadi.

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Antara barang yang dimasukkan ke dalam goodies bag

Untuk barang yang dimasukkan ke dalam goodies bag, YY beli biskut coklat, bubble stick dan belon. Ia lebih murah dan bersesuaian dengan bajet YY. YY beli semua barang ni di kedai Pemborong Barangan Runcit & Makanan Ringan, Phong May (M) Sdn Bhd yang terletak di Jalan  Meru, Klang. Kedai ni memang sangat popular di kalangan warga Klang kerana harga yang barangan di situ lebih murah berbanding mana-mana kedai lain.

Harga barangan yang YY masukkan ke dalam goodies bag adalah seperti berikut:

1. Biskut Coklat Teddy, Hup Seng - RM9.28 untuk 40pcs, lebih kurang RM0.23 sen 1pc
2. Chocolate Wafer Cream, Apollo - RM7.63 untuk 48pcs, lebih kurang RM0.16 sen 1pc
3. Chocolate Stick Wafer, Apollo - RM12.72 untuk 60pcs, lebih kurang RM0.21 sen 1pc
4. Bubble Stick - RM15.48 untuk 48pcs, lebih kurang RM0.32 sen 1pc
5. Belon - RM11.87 untuk 100pcs, lebih kurang RM0.12 sen 1pc


Aisy bertanggungjawab memasukkan semua barangan tu ke dalam beg kertas. Dia memang sangat excited buat semua tu. Dia buat sampai siap. Lagipun tak banyak, lebih kurang 40 beg aje. Kelas Aisy pun ada 32 orang murid aje termasuk Aisy. Yang lebih tu YY agihkan pada kawan-kawan Aisy yang lain di kawasan rumah Mak YY. Once Aisy dah siap masukkan barangan dalam beg kertas tu, barulah YY design ikut kreativiti YY.

Kalau dikira jumlah keseluruhan untuk persedian buat goodies bag dari beg kertas sehingga ke barang yang dimasukkan ke dalam beg tu adalah RM1.32 untuk satu goodies bag. Sangat berbaloi dan yang pasti Aisy seronok sebab dapat share dengan kawan-kawan dia. YY apa lagilah kan bila tengok anak seronok ni.

Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Jumlah keseluruhan untuk goodies bag ni tak sampai RM1.50
Persediaan Goodies Bag Sambutan Hari Lahir Aisy
Kek yang ditempah khas untuk MySweetPrincess a.k.a Aisy

Oh, untuk kek pula, YY tempah dengan office mate YY, Sha Aishah. Senang nak follow up sebab satu office. Lagipun design cake yng dia buat mrmang cantik-cantik. Kos untuk kek ni adalah RM90. Bab rasa YY tak tahu sebab tak rasa pun, tapi YY sangat berpuas hati dengan design pada kek. Aisy pun senyum meleret tau sebab dia memang suka sangat dengan Princess Elsa.

Kalau nak tengok design lain yang Sha pernah buat, boleh layari pautan berikut:


So begitulah cerita tentang persedian yang YY lakukan untuk menyediakan goodies bag untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Aisy di Tabika KEMAS. Moga bermanfaat buat korang yang membaca. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?

2:26:00 pm Yana Yani 3 Comments

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan? | Untuk pengetahuan korang, bersalin secara induce ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran. Proses ini kebiasaanya dilakukan dengan menggunakan teknik atau ubat-ubatan tertentu. Tapi korang tak perlu bimbang kerana proses ini hanya akan dilakukan ke atas kes-kes tertentu. Contohnya seperti overdue (kebiasaannya 42 minggu), masalah air ketuban, jangkitan pada rahim, masalah kesihatan bayi seperti denyutan jantung lemah, atau masalah kesihatan ibu seperti diabetes atau darah tinggi.

YY secara peribadi telah melalui bersalin secara induce sebanyak dua kali. Pertama kali ketika bersalinkan Afif dan yang terbaru, BabyHaris. Kedua-duanya disebabkan air ketuban kurang. Aisy aje yang bersalin secara semulajadi. Kalau ditanya, "Adakah bersalin secara induce menyakitkan?" Dengan jujur YY akan jawab, sangat menyakitkan! Serius, tak tipu! Meh YY ceritakan pengalaman YY bersalin secara induce baru-baru ini.

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Imej kredit http://bit.ly/2F9fC0F

YY difahamkan sejenis hormon sintetik digunakan untuk merangsang contraction. Contraction yang kuat pada jangka masa yang sangat singkat merupakan faktor bersalin secara induce berganda lebih sakit. Berbeza sekali bersalin secara normal di mana proses contraction itu berlaku pada jangka masa yang lebih panjang. Sebab tu masa bersalinkan Aisyah, YY rasa kurang sakit sebab ia berlaku secara semulajadi. Contraction pula hanya semakin kuat menjelang waktu bersalin.

Seawal pukul 6:30 pagi, sejenis ubat berbentuk tablet (kalau tak silap sebab sekali imbas) dimasukkan ke bahagian serviks. YY kemudiannya dinasihatkan untuk hanya berbaring selama satu jam selepas ubat dimasukkan. Selepas itu baru YY bergerak bebas. Tapi tak ada nak bebas mananyalah. Lepas satu jam pertama tu, contraction dah mula terasa. Allah! Tuhan ajelah yang tahu betapa sakitnya.

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Kadar denyutan jantung bayi sentiasa dipantau

Ketika bersalinkan Afif, YY menanggung sakit selama 19 jam bermula tujuh pagi sehingga ke pukul satu pagi keesokkan harinya. Mak YY kata, mungkin disebabkan anak sulung. Kalau dihitung dari segi masa, BabyHaris lebih singkat. YY mula rasa sakit bermula pukul lapan pagi sehingga ke enam petang. Tapi dia punya rasa contraction tu lebih kuat! Rasa sakit contraction seolah tak berhenti sampai buat YY rasa macam tak ada peluang nak bernafas. Sakit betul rasanya!

Nurse perasan contraction yang YY alami berlaku lima kali dalam tempoh sepuluh minit ketika dia memantau kadar denyutan jantung bayi. Keadaan ini dikatakan sangat bahaya dan boleh menyebabkan rahim pecah. Bila doktor dimaklumkan mengenai keadaan YY, serta-merta dia mengarahkan ubat tahan sakit diberikan kepada YY. Ubat ini diberikan melalui suntikan di bahagian atas pinggul. Malahan ubat hormon yang dimasukkan sebelum ini, dikeluarkan semula. Punyalah azab!

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Imej kredit http://bit.ly/2FDWTs9

Lepas ubat tahan sakit dimasukkan, YY mula rasa kurang sakit. Rasa mengantuk dengan pening pula mula terasa. Menurut doktor ia adalah kesan sampingan ubat tahan sakit berkenaan yang dikatakan normal. As time goes by, contraction makin kerap terasa. Dia punya rasa sakit tu sukar nak diterangkan dengan perkataan. Hanya yang pernah lalui sahaja boleh bayangkan. Paling buat stress, pintu rahim agak lambat terbuka sedangkan sakit contraction makin kerap berlaku. Doktor kemudiannya decided untuk memecahkan air ketuban menggunakan alat seperti di atas.

Dalam gambar ia kelihatan sangat mengerikan. Tapi in real life, YY nampak ianya hanya plastik biasa yang boleh dilentur. Lagipun sebelum doktor melakukan prosedur itu, dia ada jelaskan apa yang akan dia buat. Mungkin faktor itu yang menyebabkan YY kurang rasa takut. YY just nak semuanya berakhir cepat. Sakit ke masukkan alat tu? Tak pasti sebab sakit contraction tu lagi sakit. Haha! Tapi memang kita dapat rasa apa yang doktor lakukan. Macam dia dok jolok something, tak lama lepas tu terasa basah aje menandakan air ketuban telah berjaya dipecahkan.

Adakah Bersalin Secara Induce Menyakitkan?
Bukan main ceria BabyHaris

Lepas air ketuban tu pecah, bukan terus bersalin. Masih lagi rasa sakit contraction. Punyalah sakit sampai YY merayu dimasukkan ke dalam labour room. Tapi nurse yang memantau kata pintu serviks belum terbuka untuk dia masukkan YY ke labour room. Bila teringat terasa kelakar pun ye juga. Bila tengah sakit yang melampau macam tu, banyak benda yang dibuat di luar "sedar". Haha!

Lebih kurang 5:30 petang YY dimasukkan ke labour room dan BabyHaris keluar dengan selamat sepuluh minit selepas itu. Rasa macam seluruh bebanan hilang bila dengar suara tangisan BabyHaris. Lupa terus rasa sakit disebabkan contraction mahupun ketika meneran. Tapi yang pasti kalau korang dikehendaki bersalin secara induce, bawa bertenang. Terima aje seadanya sebab itu bahagian kita. Pastikan korang ready secara mental dan fizikal untuk hadapi keadaan itu.

Yang pasti sakit bersalin disebabkan induce, memang sakit berganda. Tanyalah sesiapa yang pernah laluinya. Sampai sekarang pun YY masih teringat walau sudah 50 hari melaluinya. Nasihat YY kepada korang yang bakal bersalin secara induce, usah rasa takut dan bimbang, ingat ALLAH  ada bersama kita. Semoga korang dan bayi yang bakal dilahirkan dalam keadaan selamat dan sihat.

Sumber: http://bit.ly/2FbXxzi

3 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin

10:05:00 pm Yana Yani 4 Comments

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin | Sebelum YY bersalin hari tu, YY terbaca perkongsian seorang hamba Allah yang secara tidak langsung membuat YY agak emosional. Diceritakan sewaktu dia membawa isteri dan bayinya keluar dari wad bersalin, dia ternampak peristiwa yang YY boleh rumuskan kekejaman seorang insan bergelar suami. YY tak boleh hadam kenapa si suami sanggup memaksa si isteri berjalan jauh sedangkan si isteri baru sahaja melahirkan anak mereka. Seolah hati dan perasaan si suami buta.

Apalah yang susah sangat untuk mengambil kerusi roda untuk keselesaan si isteri yang baru bersalin? Ambil kerusi roda aje kot, payah sangat apa ke?


Nak dijadikan cerita sewaktu YY nak bersalin, YY melihat banyak peristiwa yang membuka mata dan minda YY. Seolah membuktikan bukan semua suami bertindak kejam saat menemani si isteri sama ada sebelum mahupun selepas bersalin.

Ketika di dalam wad bersalin, di bahagian antenatal, YY melihat dengan mata kepala sendiri betapa cekalnya para suami. Sedaya upaya mereka berusaha untuk keselesaan isteri masing-masing. Di bahagian hadapan, YY melihat isteri yang sedang mengalami contractions. Bila si isteri berjalan, si suami meneman sambil memapah. Bila si isteri baring, si suami seolah sedang bercakap dengan perut si isteri sambil mengusap perut si isteri. Seolah berpesan pada bayi di dalam perut.

Kadang rambut ataupun pinggang si isteri diusap dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan yang sedang si isteri alami.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2FxjbvE

YY juga perasan hampir setiap katil ada kipas meja, tak kiralah sama ada di bahagian antenatal atau postnatal. YY ingatkan hospital yang sediakan. Rupa-rupanya semua kipas baharu. Patut nampak sepesen aje. Punyalah sayang dekat bini, sanggup beli kipas baharu semata-mata nak bagi isteri selesa. Mesti suami masing-masing beli di kedai yang sama berhampiran hospital. Yang pasti, tauke kedai untung besar sebab kipas meja dia laku bak pisang goreng panas. Haha!

Di sudut lain YY nampak ada suami yang menyuap makanan ke mulut isteri. Walau nampak ada isteri yang merungut even ada juga yang menepis, yelah, kena faham. Tengah sakit yang terlampau macam tu, mana lalu nak makan kan. Time tengah contractions ni apa orang lain buat, memang bikin hati panas aje. Haha! Tapi si suami tetap gigih menyuap. Lagipun doktor dah pesan supaya memastikan isteri masing-masing makan supaya si isteri bertenaga ketika bersalin kelak.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2oqIbx6

Banyak lagi sebenarnya pengorbanan para suami yang dapat dilihat sepanjang YY berada di wad bersalin tu. Tak larat pula YY nak senaraikan tiap satu.

Malangnya kebaikan atau pengorbanan mereka seolah tidak kelihatan hanya kerana title suami yang mereka pegang. Tapi kalau keburukan, habis kecoh satu Malaysia. Contohnya macam cerita dekat atas. Mungkin hanya seorang daripada sepuluh suami yang buat camtu. Yang lagi sembilan, baik-baik belaka macam yang YY nampak. Tapi dah nama manusia. Habis dipukul rata semua suami begitu. Kesian para suami.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2BSremY

Benar, kita si isteri yang merasai penat lelah mengandung. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga gigih melayan karenah kita yang semacam bila mengandung. Benar, kita si isteri yang merasai kesakitan yang maha dahsyat saat melahirkan. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga sedang menanti penuh debar di luar sana. Benar, kita si isteri yang merasai tekanan untuk membesarkan si anak. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga sedang cuba sedaya upaya memastikan cukup segala keperluan.

Pendek kata, jangan teruja mencari kesalahan orang lain yang akhirnya membuat kita "buta" pada setiap kebaikan mereka kepada kita. Ingatlah bahawa setiap di antara kita baik isteri dan suami dicipta bagi melengkapi satu sama lain. Kekurangan kita disempurnakan oleh pasangan. Hargailah walau hanya sebesar zarah kebaikan mereka yang kita lihat. Kalau kita hanya mencari keburukan, maka hanya keburukan yang akan dipertontonkan kepada kita. Begitu juga sebaliknya.

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita

11:52:00 am Yana Yani 1 Comments

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita | Kelahiran orang baru adalah sesuatu yang sangat menggembirakan dan membahagiakan. Kalau boleh perasaan itu ingin dikongsikan dengan seluruh dunia. Kunjungan saudara-mara mahupun kenalan untuk melihat orang baru menambahkan lagi keseronokkan. Tapi ianya boleh menjadi cerita duka sekiranya kita tidak prihatain dengan isu yang YY ingin kupaskan ini. Baru-baru ini YY dinasihatkan oleh seorang kenalan YY supaya jangan bagi orang lain cium mahupun pegang bayi kita tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Nasihat itu diberikan berdasarkan pengalaman peribadi dia sendiri. Anak bongsu dia terpaksa dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) pada usia sembilan hari kerana respiratory syncytial virus (RSV). Anak dia juga dimasukkan ke dalam bilik khas dan tidak boleh bercampur dengan bayi lain selama sebulan. Menurut dia "Akak masuk duduk dalam bilik dia pun pakai dah macam nak pergi ke bulan. Baju berlapik plastik, mulut bertutup dan tak boleh ada bau-bauan. Memang berjaga betul!"

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Imej kredit http://bit.ly/2GDVaCl

Yang menyedihkan, peluang untuk anak dia terus hidup ketika itu hanya 30%. Walau dia dan suami reda dengan apa yang sedang dan bakal berlaku, tapi keajaiban tetap diharapkan. Anak dia khabarnya diberikan ubat dengan dos paling tinggi, mesin juga yang terbaik dan bantuan pernafasan penuh. Menurut beliau lagi, "Sakit yang dia dapat ni bukan sebab rokok ke apa, ia virus yang memang dah ada dalam badan manusia. Pembawa juga berkemungkinan tak sedar ada virus dalam badan dia"

Sekarang anak dia walau sudah berusia setahun tiga bulan, masih dalam tempoh kuarantin di dalam rumah sendiri. Anak dia juga tak boleh pergi ke tempat yang ada ramai orang terutama yang ada ramai warga asing. Walau anak dia dah ambil suntikan tambahan, ia tetap tak boleh halang anak dia dari sakit. Keadaan ini menyebabkan kenalan YY terpaksa mengambil cuti panjang.

Dia pernah cuba bekerja pada bulan Januari lepas, tapi bila hantar kepada pengasuh, anak dia terus demam teruk selama dua minggu. Doktor mengeluarkan surat untuk kenalan YY bercuti selama setahun lagi bagi memantau kesihatan anak dia.

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Imej kredit http://bit.ly/2BMy2m7

Dia menjadi fobia setelah apa yang berlaku kepada anak bongsu dia. Malahan dia akan menasihatkan sesiapa sahaja yang ada bayi supaya jangan bagi orang lain pegang atau cium bayi mereka. Biarlah orang cakap kita sombong sebab kesan daripada perbuatan pegang dan cium itu mungkin akan beri impak yang besar kepada kehidupan si kecil yang baru menghirup udara di atas muka bumi ini.

Kenalan YY sekarang masih mengelak untuk berjumpa sesiapa sahaja bagi memastikan anak dia benar-benar sihat. Disebabkan itu dia terpaksa "mengurung" anak dia di dalam rumah sehingga paru-paru anak dia matang. Pada masa yang sama, dia kasihan dengan anak-anak dia yang lain kerana terpaksa turut terkurung. Tapi buat masa sekarang, itu adalah keputusan terbaik untuk mereka sekeluarga.

Sebelum mengakhiri perbualan kami pada hari itu, dia masih bepesan, "Jaga Haris baik-baik. Jangan bagi orang cium, pegang dia tanpa cuci tangan dengan bersih"

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Lima langkah mengatasi RSV

YY memang agak particular mengenai bab kesihatan anak-anak. Sebab itu sepanjang tempoh berpantang sehingga anak YY berusia paling kurang tiga bulan, barulah YY membawa mereka keluar ke kawasan yang ada ramai orang. YY tak berani mengambil risiko sebab bayi sangat mudah terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit kerana imun sistem mereka belum benar-benar kuat. Dengan suntikan vaksin yang masih belum lengkap dan keberangkalian mereka terdedah dengan sebarang jenis penyakit, maka kita sebagai ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Tapi dalam berjaga pun, kedua anak YY, Afif dan Aisy pernah dimasukkan ke wad kerana penyakit yang disebabkan virus. Masing-masing perlu bertapa lama di dalam wad bagi memastikan virus benar-benar "mati". Afif masuk wad disebabkan demam scarlet, manakala Aisy disebabkan jangkitan paru-paru. YY pernah ceritakan semua tu sebelum ni. Boleh klik pautan di bawah untuk membaca

Tak Boleh Tahan:Part I
Alahai Aisy
Part I: Pneumonia Again

Penyakit yang disebabkan virus memang mudah menyerang tetapi ia boleh dielakkan sekiranya kita tahu langkah pencegahan. Ikuti nasihat kenalan YY kerana kebersihan adalah antara langkah terbaik pencegahan. Dismping itu, jangan pegang atau cium bayi orang lain sekiranya korang tidak sihat demi kebaikan bersama.

Sekian bebalan YY untuk hari ini, semoga korang mendapat manfaat.

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Singkirkan 99.9% Bakteria Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

10:58:00 am Yana Yani 2 Comments

Singkirkan 99.9% Bakteria Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken | Kuman dan bakteria walau tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mereka sentiasa hidup di sekeliling kita. Malahan mereka ni membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai jenis penyakit. Hari ni YY berbesar hati nak berkongsi dengan korang cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman. Macam mana caranya? Dengan memastikan tangan kita sentiasa bersih. Disebabkan itu, AIKEN yang merupakan jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak tiga dekad yang lalu memperkenalkan Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan

Tisu antibakteria ini memang ada banyak kegunaan. In fact, korang boleh gunakan untuk semua rutin harian korang. Contohnya macam korang nak pergi ke pasaraya atau kedai runcit berhampiran, korang boleh gunakan pek tisu ni untuk mengelap trolley atau pemegang bakul; ataupun selepas korang dok pilih barangan basah seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan. Penggunaan Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya.

Apa yang menarik mengenai Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Sama ada di dalam kenderaan ataupun beg tangan korang. In fact, dengan adanya Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni, korang boleh melakukan aktiviti pembersihan tangan serta-merta walau di mana sahaja korang berada. Paling tragis kalau korang pergi ke tempat yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan, kira dah macam kes naya! Tapi korang jangan risau sebab korang ada Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Gunakan aje pek tisu tu sebab ia boleh bertindak sebagai alternatif selain dari sumber air untuk membersihkan tangan korang.

Diuji secara dermatologi dan dijamin 100% bebas alkohol.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini sesuai digunakan untuk sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Harga dia pun sangat affordable. Korang boleh memiliki pek berkembar Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini dengan harga RM6.50 untuk Semenanjung dan RM6.80 untuk Sabah dan Sarawak. Setiap pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni mengandungi 20 helai dan boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik iaitu :-
Aiken Tisu Lembap Antibakteria - Perlindungan Tambahan

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA

Pek tisu ini dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi dan ianya selamat digunakan oleh seisi keluarga. Ia juga dijamin 100% bebas alkohol.
Aiken Tisu Lembap Antibakteria - Pelembapan Tambahan

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA 

Pek tisu ini diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit. Ia menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken telah diuji secara dermatologi dan ianya selamat digunakan oleh seisi keluarga. Ia juga dijamin 100% bebas alkohol.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tisu Lembap Antibakteria Aiken, korang boleh layari laman sesawang berikut :-

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...