Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Sehari sebelum kejadian yang YY ceritakan sebelum ni, klik [Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur] kami bersantai hujung minggu di Setia City Mall. Memang dah lama sangat tak ke sini walau ianya tidak begitu jauh dari rumah. MyChintaHati kurang gemar ke sini disebabkan tempat ini sentiasa crowded. Kali terakhir kami ke Setia City Mall adalah dua tahun lepas, klik [Riadah Yang Tak Dirancang]Seperti kebiasaannya, perjalanan ke sini tidak pun dirancang. Saja nak beralih angin aje.
Afif beria minta YY temankan dia main menatang ni |
Sampai aje ke tempat yang dituju, Afif dan Aisyah meluru ke bahagian yang menyediakan tempat permainan kanak-kanak. Yang sorang nak ke sana, yang sorang lagi nak ke situ, layankan ajelah. Cuma nak kena perhatikan apa yang diorang buat.
Afif kebelakangan ini agak suka aktiviti yang mengeluarkan peluh. Mungkin naluri kelakian dia buat dia menyukai aktiviti tersebut. Sampai aje dekat taman permainan tu, dia terus tarik tangan YY ajak temankan dia main ditempat yang memerlukan dia menggunakan kekuatan stamina kaki dan tangan. YY pun takde masalah nak temankan. Tengokkan aje dia bergayut ke sana ke mari.
Tapi dalam dia bergayut tu, rupanya dia gayat. YY tak perasan sehinggalah dia kata, "Mama, tolong turunkan Afif. Afif rasa cam pening nak turun"
Nasiblah Mama ada dekat sayang wei!
Nampak cam okay aje, tapi sebenarnya dia gayat. Hehe! |
Aisyah lebih selesa dengan dunia dia sendiri. Berbeza dengan Afif, Aisyah agak independence. Paling senyap dan juga paling ligat. Hehe! Tapi dialah yang selalu menyejukkan hati Mama. Mama sakit ke apa ke, dialah orang pertama yang akan hulurkan bantuan. Hari tu pun, dia banyak melakukan perkara sendiri. Kalau MyChintaHati nak tolong dia naik gelongsor, dia marah.
Dengan kening berkerut dia kata, "Adik nak buat ciri ya!" - Adik nak buat sendirilah!
My sweet little girl (^_^) |
Lepas dah puas main di taman permainan, diorang ajak tengok ikan di tasik yang mengelilingi taman tersebut. Memang banyak ikan dekat dalam tu. Seronok tengok. Sekarang pun dah ada orang jual makanan ikan yang dijual pada harga RM2 sebungkus. Berebut budak berdua tu nak bagi ikan makan. Sampai ada yang merajuk.
Tak terfikir nak beli sorang sebungkus time tu, nasiblah nak oi! Hehe!
Aisyah tengah merajuk. Langsung tak nak pandang kamera |
Lepas tu kami mengelilingi taman tu. Banyak rupanya aktiviti yang ada dekat sini. Kebanyakkan peralatan seperti basikal bermotor, roller blades, motor dan kereta mainan boleh disewa pada harga tertentu. Memang agak meriah di sini. No wonder tempat ni sentiasa penuh dengan orang. Kami aje yang agak jarang ke sini.
Si debab dan anak-anaknya. Hehe! |
Dah puas buat aktiviti outdoor, kami buat aktiviti indoor pula. Masuk aje dalam mall, kami disambut dengan decoration sempena Tahun Baru Cina yang sangat cantik. Kami memang pantang nampak tempat camni, mulalah masing-masing sibuk nak posing. Hehe!
Menjelajah juga ke beberapa kedai di dalam mall tu. Tapi rasa tak selesa dengan suasana yang agak crowded tu. Tak tahulah pasal apa tempat ni sentiasa penuh dengan umat manusia. Nak kata barang murah pun idak juga. Kebanyakkan barangan yang dijual adalah agak berjenama dan mahal. Mungkin hanya kami yang poket kering pada waktu dan ketika itu. Sebab tu susah nak hadam kenapa ramai sangat orang membanjiri Setia City Mall setiap weekend.
Bukan main korang posing ye |
Bila bawa budak-budak berjalan ni, mulalah diorang pun kejab kang lapar, kejab kang haus. Nama pun budak kan. Mana permintaan yang boleh dipenuhi tu, kami penuhi. Mana yang tak boleh tu, kami buat tak dengar aje.
Muka ceria dapat apa yang dihajati |
So begitulah cerita santai hujung minggu kami di Setia City Mall. Entah tahun bila kami akan ke sini lagi. Tapi yang pasti hari tu walau sekejab kami di sana, ianya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Bukan selalu dapat peluang menghabiskan masa dengan insan-insan tersayang.
Time waktu ni lah nak nikmati dengan sepuas-puasnya. At least ada kenangan yang boleh diberikan buat dua permata hati yang sedang membesar (^_^)
Alright, sampai di sini sahaja bebelan YY untuk kali ini dan terakhir untuk bulan Januari ni. Insya ALLAH bulan Februari nanti akan ada lagi bebelan YY. Rezeki sebagai blogger tahun ni, banyak pula dapat job review. Walau tak banyak, cukuplah digunakan sebagai pengalaman dan menajamkan skill penulisan. Ceh, kononnya. Hehe!
Okay korang ye, selamat berhujung minggu. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
24 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿