Cara Menggunakan Software Photobook
Baru-baru ni YY ada cerita tentang kesibukkan YY menyiapkan photo book pada saat akhir di sini. Disebabkan itu ada beberapa orang yang bertanya cara menggunakan software photo book.Salah seorang yang bertanya tu adalah rakan blogger yang tinggal sama sedaerah dengan YY, Kak Fazilah atau lebih dikenali sebagai Aryan Azra dalam dunia blogger.
Sebenarnya di pasaran ada banyak jenama photo book yang korang boleh pilih. Macam YY dah terbiasa mengggunakan Photobook Malaysia. Lagipun YY jenis selesa dengan satu jenama aje (^_^)
Meh YY tunjukkan cara menggunakan software Photobook (^_^)
Mula-mula sekali pastikan korang sudah berdaftar sebagai ahli di Photobook Malaysia. Ianya bagi memudahkan korang download photo book yang sudah siap dikemudian hari.
Pastikan juga korang sudah membeli voucher melalui mana-mana tawaran yang boleh diperolehi di dalam laman web rasmi Photobook Malaysia.
Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal atau kredit/debit kad. Sekarang pembayaran melalui online banking juga sudah diterima di mana pembayaran akan dibuat melalui iPay88.
Once pembayaran sudah dibuat, korang akan terima email mengesahkan pembelian. Korang juga diberikan voucher code dan juga product description.
Simpan voucher code ni sebab ianya hanya digunakan selepas photo book siap.
Dalam banyak-banyak kemudahan yang disediakan, YY lebih suka guna software ini sebab banyak gambar boleh sumbat dan tak perlu online sepanjang masa.
Malahan software Photobook ini hanya perlu dimuat turun sekali sahaja.
Mula-mula sekali selepas masuk website rasmi Photobook Malaysia, klik Photobooks, lepas tu klik Start A Book. Pilih Photobook Designer dan klik dibahagian Start here.
Pastikan negara yang dipilih adalah MALAYSIA dan kemudian klik butang DOWNLOAD. Proses memuat turun ni mengambil masa antara 15 ke 20 minit bergantung kepada kelajuan internet korang.
Lepas dah download tu, akan keluar mesej di bawah. Klik butang Run. Klik dua kali butang Next dan akhir sekali klik butang Install.
Software Photobook sudah boleh digunakan selepas itu. Setiap photo book yang dibuat dikategorikan sebagai projek. So klik Create a New Project untuk mula buat photo book.
Kemudian hari nak sambung, klik Open an Existing Project aje.
Kemudian pilih Category, Product Type dan Product berdasarkan voucher yang korang beli. Boleh refer email yang mengandungi Product Description in case korang confuse.
Lepas tu, namakan projek korang. Klik butang Create.
Korang dah boleh mulakan projek photo book korang selepas tu.
Bagi memudahkan kerja korang, Photobook dah syorkan Page Styles untuk setiap muka surat tapi kalau tak suka, boleh aje ubah berdasarkan seleksi yang disediakan.
Design photo book ikut kreativiti masing-masing. Boleh letak Masks, Background, Frames, Scrapbook dan macam-macam lagi.
Disebabkan tak perlu online, korang boleh pilih masa yang sesuai untuk buat projek photo book korang. Kalau YY, jiwa kena tenang. Baru puas hati hasilnya. Hehe!
Di lain entry YY akan tunjukkan cara pula macamana cara order dilakukan selepas photo book yang kita dah design siap sepenuhnya. Nak sambung terus takut korang pitam pula baca (^_^)
Till we meet again ye, Assalamualaikum.
61 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿