Cukup-cukup Sudah! (^_^)

10:50:00 pm Yana Yani 0 Comments

Untuk makluman, tempat di mana aku bekerja ini mempunyai 32 tingkat. 28 aje sebenarnya sebab tingkat 4, 13, 14 dan 24 tak ada dalam bangunan tersebut.

Klik sini untuk bacaan lanjut mengenai nombor 4 dalam masyarakat Cina.

Company di mana tempat aku "menyurahkan" segala idea dan tenaga bukanlah satu-satunya company yang terdapat di situ.

Terdapat berpuluh-puluh company lain lagi dalam bangunan tersebut. Tapi malang sekali walaupun bangunan sikit punya tinggi, tapi surau ada satu aje!

Surau tersebut boleh memuatkan sekurang-kurangnya hanya empat orang pada satu-satu masa. Lebih mengeruhkan keadaan bila ada orang yang berlaku "kurang sopan" di dalam surau tersebut.


Walaupun papan tanda di atas boleh dilihat dengan jelas, malangnya ada segilintir yang tidak menghormati orang lain terutama tempat beribadah atau lebih tepat, surau!

Selalunya waktu paling ramai orang adalah antara pukul 1:30 petang sampai pukul 2:30 petang, tapi time inilah ada manusia yang "sibuk" duduk berborak dalam surau tanpa memperdulikan orang lain yang dok berbaris menunggu giliran untuk bersolat.

Kadang-kadang tu ternampak orang makan dalam surau tersebut. Cukup menganggu konsentrasi orang yang tengah bersolat dengan bau-bauan yang pelbagai dan gelak ketawa!   

Aku bukanlah orang yang sempurna, tapi aku rasa adalah menjadi satu keperluan untuk aku menegur (walau hanya di dalam blog!) tindak tanduk segilintir "manusia" yang menganggap perkara yang mereka lakukan itu adalah "biasa"

Apa salahnya kalau bagi ruang untuk orang lain bersolat. Dapat pahala sebab memudahkan urusan orang lain. Renung-renungkanlah

Tiba-tiba teringat lagu dari kumpulan Nirwana, sudah...cukuup-cukup sudah....

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...