Meroyan Bukan Perkara Ringan
Meroyan Bukan Perkara Ringan | Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, meroyan atau Postpartum depression (PPD), bermaksud gangguan emosi selepas bersalin disebabkan perubahan hormon yang menyebabkan ibu murung atau bertindak ganas. Wikipedia pula menterjemahkan ia sebagai satu bentuk kemurungan klinikal yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Meroyan hendaklah diberi perhatian dan jangan dipandang ringan mengikut ilmu perbidanan Melayu kerana ia boleh berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.Menurut Dr Zul Azlin Razali, Pakar Psikiatri Universiti Sains Islam Malaysia, antara gejala-gejala awal PPD adalah menangis tanpa sebab, mudah tersentuh, sensitif, rasa tidak sabar, kebimbangan yang melampau, lemah lesu, tidak cukup tidur (atau hypersomnia, suka tidur), sedih atau hiba yang tidak berkesudahan dan tiada motivasi untuk menjaga anak yang baru lahir itu.
Imej dari http://bit.ly/2GvursJ |
Terdapat juga gejala yang dikenali sebagai postpartum blues, iaitu gangguan emosi selepas bersalin. Ia dikatakan lumrah dan tidak perlu dirisaukan kerana ia berlaku kepada hampir 50 ke 80% ibu yang melahirkan anak. Postpartum blues adalah suatu yang tidak serius dan tidak membabitkan tindakan-tindakan ganas di luar kewarasan. Kebiasaannya ia berlaku dalam tempoh yang sangat singkat.
Mungkin itulah yang YY alami ketika dalam pantang baru-baru ini. YY menangis tanpa sebab dan rasa menyampah dengan bunyi tangisan BabyHaris. Yang menakutkan bila ada satu sisi dalam diri YY menyuruh YY mencekik BabyHaris yang tak berhenti menangis pada ketika itu. Tapi ada sisi lain pula kata jangan buat macam tu. Peperangan emosi tu buat YY rasa loser sangat. Mujur MyChintaHati perasan keadaan YY dan dia cuba mengatasi sebaik mungkin.
Melalui pembacaan, semua gejala ketika berlakunya postpartum blues adalah disebabkan perubahan hormon yang banyak selepas bersalin. Ia akan hilang secara beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal.
Bagaimanapun jika gejala berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga korang sangat digalakkan membawa korang untuk mendapatkan rawatan segera. Antara tanda-tanda gejala berlanjutan menjadi adalah seperti rasa diri tidak berguna lagi, mula melayan idea ingin mati, curiga yang berlebihan, dan fikiran menyimpang yang berulang-ulang (obsessive thoughts).
Rentetan dari gejala PPD, postpartum psychosis boleh berlaku atau tercetus secara tiba-tiba dalam tempoh empat hingga ke enam minggu selepas bersalin. Individu yang ditimpa gejala ini akan mula bersikap ganjil, berhalusinasi, cakap meracau, mempunyai delusi pemikiran dan bertindak secara impulsif. Postpartum psychosis lebih berbahaya dari PPD kerana ia melibatkan isu kejiwaan yang ekstrim dan mempunyai risiko yang tinggi membunuh diri dan membunuh bayi sendiri.
Imej dari http://bit.ly/2tOYIQF |
Bagi menurunkan risiko PPD, diet dan nutrisi yang sempurna adalah sangat penting. Malahan dikhabarkan ada jenis makanan tertentu mampu menurunkan risiko terjadinya PPD. Kita juga digalakkan memberi susu ibu kepada bayi bagi mengatasi masalah PPD. Penyusuan susu ibu sudah terbukti mampu menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi sekaligus mengatasi PPD.
Menzahirkan emosi adalah sangat digalakkan dengan menggunakan medium tertentu seperti berbicara dengan ahli keluarga, sahabat atau melalui penulisan diari. Jangan sesekali mengasingkan diri. Titik beratkan juga keharmonian rohani dan spiritual. Bagi Muslim, perbanyakan membaca al-Quran dan berzikir supaya hati sentiasa tenang dan terhindar daripada perkara yang tidak baik.
Imej dari http://bit.ly/2FFtIIr |
Ingat ye, meroyan bukan perkara ringan. Berjumpalah dengan doktor psikiatri sekiranya korang rasa korang sendiri atau ada ahli keluarga korang yang baru lepas bersalin mempunyai tanda-tanda meroyan. Lagi satu nak bagitau, berjumpa dengan doktor psikiatri bukan bermakna korang gila, lemah semangat, lemah iman atau apa sahaja yang berkaitan. Yang penting, jumpa dulu sebab penilaian akan dibuat bagi membantu korang.
Melalui penilaian awal, rawatan yang betul boleh diberikan. Harus diingat yang postpartum psychosis dan PPD boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubat dan teknik-teknik yang tertentu di bawah seliaan doktor.
Sumber: http://bit.ly/2tRrNuO
betul2
ReplyDeletemasa saya buat rujukan dulu ada 3 jenis xsilap kategori meroyan
so sejak dari tu faham lah
bila ada je simpton2 memang tak boleh biar
kena rawat secepat mungkin
terima kasih info ni ya. yang penting ibu baru bersalin jangan duk sorang-sorang
ReplyDeletebetul tu meroyan bukan perkara yang boleh di pandang ringan, keluarga suami ataupun ibu itu sendiri jika merakan simptom2 tersebut cecepatlah merujuk kepada pakar yang berkenaan,jika tidak mahu sesuatu yang tidak di ingini berlaku.
ReplyDelete