Fenomena Upin dan Ipin!

8:40:00 pm Yana Yani 0 Comments

Upin dan Ipin? Siapa yang tak kenal Upin dan Ipin.

Siri animasi ciptaan Les Copaque ini cukup popular dan menjadi kegilaan kanak-kanak dan orang dewasa termasuklah Aku! Malahan menjadi pencetus fenomena untuk siri animasi tempatan!

Upin dan Ipin mengisahkan sepasang kembar yang tinggal bersama Kak Ros dan Mak Uda atau lebih dikenali sebagai Opah di Kampung Durian Runtuh.

Pada awalnya siri animasi ini diwujudkan untuk mendidik kanak-kanak untuk lebih menghayati bulan Ramadhan sekitar tahun 2007 sebelum ia semakin popular sehingga ke hari ini.

Dan antara peminat setia Upin dan Ipin adalah Afif!

Tiap-tiap hari dia nak tengok, boleh kata dia tak pernah missed dan siap hafal jalan cerita! Kadang-kadang tak puas sampai tengok dekat YouTube!


Selalu berebut laptop dengan Papa dia!

Mana taknya, yang si anak nak tengok YouTube, yang si Papa nak tengok eBay. Aku lah yang kena jadi orang tengah!

Afif paling suka tengok Geng: Pengembaraan Bermula.


Jujurnya aku tak berapa suka jalan cerita filem animasi ini sebab pada aku agak keterlaluan khususnya bila target audian adalah golongan kanak-kanak.

Cerita ini terlalu banyak unsur seram dan suspens dan kalau dah biasa tengok siri animasi Upin dan Ipin, kita akan terasa perbezaan yang ketara.

Apapun usaha Tuan Haji Burhanuddin, iaitu pengasas Les Copaque harus diberi pujian kerana berjaya membentuk ramai penggiat dan peminat industri kreatif untuk terus berkecimpung dalam bidang animasi. 

Jika dahulu orang kata industri animasi di Malaysia adalah industri yang lemah, kini tohmahan itu berjaya dicantas oleh hasil usaha keras warga kerja Les Capoque yang telah berjaya menaikkan martabat industri animasi tempatan di peringkat antarabangsa!

Tahniah! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...