Meneman Mak Mentua (^_^)

11:26:00 pm Yana Yani 18 Comments

Mak mentua aku merupakan seorang tukang jahit. Dekat rumah dia memang ada satu bilik khas untuk dia menjahit atau menerima tempahan.

Suasana dalam bilik tu sama dengan suasana di mana-mana kedai tukang jahit. Aisy paling suka ke situ sebab ada macam-macam benda yang boleh dia explorer. Hehe!

Mak mentua aku biasanya semakin sibuk menerima tempahan untuk hari raya seawal beberapa bulan sebelum raya.

Yang peliknya, orang yang menempah minta dia tolong belikan kain untuk tempahan baju. Mungkin sebab mereka tu semua regular customer. Mak mentua aku pun dah kenal sangat minat mereka.

Petang tadi dia mengajak kami ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam pergi mencari kain untuk customer dia. Nagoya memang pilihan Mak mentua membeli kain sejak dari dulu.

Dia kata dekat situ murah berbanding tempat lain disamping mempunyai corak yang menarik.


Warna dan corak yang pelbagai buat aku rasa serabut kepala otak. Kalau aku yang disuruh membuat pilihan, mau pening jadinya.

Mak mentua aku beriaya mengatakan yang itu cantik, yang ni cantik. Kadang dia ada juga bertanya pendapat aku mengenai warna atau corak yang dia belek. 

"Yang ni cantikkan Na?" kata dia sambil membelek kain yang dimaksudkan.

Aku pula menjawab, "Cantikkkk!" siap dengan dengung sekali. Hehe

Aku tak pandai sebenarnya bab memilih kain ni. Baju yang aku pakai selama ni pun atas pilihan Encik suami. Sebab tu kalau suruh aku yang pilih, aku pening! Hehe!

Time dia tengah dok sibuk memilih, aku tinggalkan dia bersama Abah mentua aku. Menemanlah sangat katanya! Hehe! Tak sanggup aku bersoal jawab cantik dengan tak cantik.


Afif dan Aisy seronok aje sebab diorang boleh menyorok disebalik kain-kain tu. Aku pula yang risau dan tak tenteram bila dok tengok dia seronok berlari ke sana ke mari.

Teringat bibir Afif yang berdarah tertusuk besi penegang kain di tempat yang sama tak lama dahulu. Berlubang bibir dia time tu

Darah tak usah cakaplah, sampai ramai orang kerumun dia time tu. Tu sebab main terlompat-lompatlah! Lompat punya lompat, tertusuk besi tu. Mujur tak teruk.

Tadi banyak kali aku mengingatkan dia, "Afif ingat tak bibir Afif berlubang dekat sini?"

"Ye Afif ingat! Afif tak main lompat-lompat pun. Afif tengok kain dengan Aisy aje" jawab dia panjang lebar.


Encik suami pula berada di sudut kain langsir. Membelek beberapa jenis kain untuk rumah baru kami. Anyway semalam dapat SMS menyuruh kami mengambil kunci di pejabat pemaju.

Excited bukan main bila dapat SMS tu. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Raya tahun ni nampak gayanya kami dah berada di rumah baru. Syukur Alhamdulillah! (^_^)

So besok aku half day, nak pergi ambil kunci rumah! Seronoknya!


Berbalik pada cerita Mak mentua aku tadi, lama juga Mak mentua aku dekat situ. Sempat juga kami meronda di sekitar Plaza Alam Sentral ni sebab bosan menunggu. 

Umat manusia sikit punyai ramai tadi. Cuti hujung minggu kan.

Lepas dah beberapa ketika, barulah settle urusan Mak mentua aku di situ. Excited dia bila bercerita tentang kain yang dibeli sambil menunjukkan pada aku.

Aku pula act as normal. Melayankan aje cerita dia walau hakikatnya, TAK MINAT! Hehe!

  
Lepas tu kami pekena ABC Frado walau rancangan asalnya nak makan cendol dekat Seksyen 7. Tapi hujan lebat time tu, terpaksalah batalkan hasrat.

Makan ajelah ABC Frado.


Rasa dia tetap sama macam biasa walau bekas yang digunakan mengganggu selera kami. Rupanya peniaga di sini terkena tempias krisis air.

Semua makanan yang diorder, dilapik dengan bekas plastik atau pinggan pakai buang. 

"Minta maaf Bang, air tak ada" kata seorang peniaga yang menghantar mee bandung ke meja kami. Mungkin dia perasan reaksi kami yang terkejut melihat bekas yang dihantar.

Keadaan yang aku nampak tadi buat aku rasa macam tak nak pergi lagi aje.

------------------------------------

So itu ajelah korang ye cerita hari ni. Lain kali aku cerita benda lain pula. Idea dalam kepala otak ni sikit punya berlambang, ada aje benda yang aku nak ceritakan dekat sini.

Tapi itulah, kekangan masa buat aku tak boleh nak aktif sangat selain dari line internet yang kadang-kadang buat aku angin satu badan.

Minta maaf juga sebab belum berpeluang membalas kunjungan korang. Insya ALLAH, sooner or later sampailah aku ke teratak korang ye.

Jangan pula serik ke sini tau! (^_^)

18 comments:

  1. Replies
    1. hehe memang unting sangat MKL
      penuh almari baju saya sebab dia =)

      Delete
  2. Sedapnya tgk ABC tue.. hehehe
    Kain kat nogoya mmg murah dan banyak pilihan.. farah pn selalu jugak ke nagoya beli kain.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap farah wei
      glamer abc dia ni, penah masuk jjcm =)

      saya tak berapa tahu, tahu baju dah siap aje..hehe

      Delete
  3. Ah meroyan meroyan tgk kain kain nih...hahaha

    ReplyDelete
  4. Kain2 kat nagoya mmg murah klu dibandingkan dgn qualitinya yg baik.. wahh.. pandai sungguh MIL Yana memilih kain hingga customer pun boleh serahkan kat dia.. untunglah, dpt belajar sekali ttg kain2 ni.. apa pun, abc tu buat saya kecur tngh2 hari ni. Nak pekena abc jugalah hari ni hahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa tahu pasal tu en khir, saya mengikut aje
      tulah pasalnya, saya pun pelik sebab customer percaya dekat dia
      customer dia tahu siap aje, so far tak pernah dengar yang tak suka pilihan dia =)

      hehe...saya suka makan abc frado tu
      paling popular dekat sek 2 shah alam, penah masuk jjcm juga

      Delete
  5. K nrl dah lama x tempah2 baju ni.... selalu beli yang dah siap je... kalau pegi kedai kain, selalu rambang mata nak pilih, kadang tu terus x jadi sbb x tau nak pilih... huhu
    Memang kat Nagoya murah dan kualiti pun bagus...
    ABC tu mengancam lah... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sejak kahwin dengan en suami, jarang beli siap
      semua mak mentua buatkan, ada jugalah orang lain buat
      tapi memang dah lama tak beli siap =)
      pasal nagoya saya tak berapa tahu...hehe

      memang mengancam kan =)

      Delete
  6. kalu mak mertua zura tukang jahit, mcm2 pesen baju zura suh dia buatkan...untung yana !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya orang yang tak berapa pandai nak berfesyen
      paling advance baju pesak aje..hehe

      Delete
  7. Wah..untung sis mak mertua jahitkan baju...

    ReplyDelete
  8. OKje pun sama YY,...kalau dah banyak sangat cenggitu jadi rambang matalah pulak bingung nk pilih baju hehe...Senang le ada mertua tukang jahit ni menantu sure tukar tukar baju jer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan okje, tak tau nak pilih mana satu
      mata jadi rambang...hehe
      idak juga sebab saya bukan jenis pandaoi berfesyen
      percaya tak saya masih lagi pakai baju masa saya form 3?
      fakta tu tau, bukan auta...hehe

      Delete
  9. Melampau ni tayang ABC. Terliur tengok.

    Untung kalau pandai menjahit zaman sekarang ni. Tempahnya mahal daripada harga kain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...meh datang klang, akak belanja!
      tu betul cikgu, saya setuju!
      memang boleh buat duit kalau pandai menjahit
      saya pun rasa macam nak belajar, tapi malas sungguh!

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...