Berita Hujung Tahun Yang Menggembirakan

2:27:00 pm Yana Yani 40 Comments

Berita Hujung Tahun Yang Menggembirakan
Beberapa jam lagi, Insya ALLAH kita semua akan melangkah ke 2016. Sebenarnya tak sempat YY nak hadap blog hari ni sebab kena settlekan beberapa urusan sebelum melangkah ke tahun baru.

Tapi disebabkan teruja, YY nak share berita hujung tahun yang sangat sangat menggembirakan bagi diri YY dengan korang semua.

Blog YY, Diari Seorang Mama yang dibina sejak tiga tahun dulu ni, tersenarai antara 15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 berdasarkan kaca mata blogger tersohor +Bin Muhammad! Wahhh! Rasa nak nangis dibuatnya! Terharu beb!

Walau pun gelaran itu diberikan kerana menghargai komen-komen yang ditinggalkan di blog beliau, ia tetap memberi makna yang sangat besar pada YY. Terasa macam berdiri atas stage sambil pegang award pastu dapat standing ovation gitu! Nampak tak betapa tinggi angan-angan? Hehe!

"Ianya adalah pengiktirafan buat blogger-blogger yang sangat hebat dan ramah sehingga menjadikan mereka terbaik dalam memberikan nilai jalinan ukhuwah melalui kunjungan dan komen-komen di blog ini. Bukan sahaja menilai dari sudut jumlah komen tetapi juga sememangnya mereka mempunyai blog yang hebat dan antara yang terbaik untuk dikunjungi" +Bin Muhammad

Terima kasih saudara BM. Terima kasih sangat-sangat! YY sangat hargai penghormatan yang diberikan ni. Harap ianya menjadi pencetus untuk YY meneruskan apa yang YY sudah usahakan selama ini. Tanpa sokongan saudara BM dan rakan blogger yang lain, tak ke mana YY ni. Apalah guna menulis tanpa pembaca. Betul tak? (^_^)

Untuk makluman, aktiviti blog walking nampak gayanya terpaksa ditunda. Minta maaf. Tak dapat nak elak. Mana sempat nanti YY singgah ye.

Dikesempatan ini YY nak ucapkan;

Selamat bercuti kepada yang bercuti
Selamat menempuh alam persekolahan buat yang pertama kali menjadi pelajar
Selamat kembali ke sekolah buat pelajar seperti Afif
Selamat kembali sibuk untuk parent especially para ibu macam YY
Selamat tahun baru 2016

Insya ALLAH, panjang umur kita akan bertemu kembali di 2016. Have a very nice long weekend! Till we meet again, Assalamualaikum

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer

1:24:00 pm Yana Yani 37 Comments

Sebelum ni YY pernah ceritakan di dalam post yang bertajuk Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer untuk membawa Afif bertemu Optimus Prime dan Bumblebee yang merupakan antara watak animasi kegemaran dia dalam siri Transformer. Hasrat tu YY pendamkan beberapa ketika kerana takut ianya tidak mampu dilaksanakan seperti yang pernah berlaku sebelum ni.

Alhamdulillah sempena cuti hujung minggu yang agak panjang bagi negeri Selangor couple of weeks ago, YY berjaya menunaikan hasrat yang setelah sekian lama dipendam. Of course Afif adalah manusia paling teruja apabila diberitakan tentang perkhabaran tersebut. Hampir setiap saat dia dok tanya bila YY nak bawa dia bertemu dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Mujur tak bagitau awal. Kalau tak, naya!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Setia menanti Optimus Prime dan Bumblebee

Kami sampai agak awal. Konon nak booking tempat. Bajet event seperti itu pasti ramai orang terutama untuk sesi Meet and Greet With Transformer. Rupanya untuk sesi itu kami perlu berbelanja sebanyak RM20 di mana-mana outlet yang terdapat di Centro Mall. Ingatkan free, tapi zaman sekarang mana ada benda free dak? Hehe!

Selepas berbelanja RM20 di 99 Speedmart, kami dikehendaki menunjukkan resit sebagai proof of purchase di kaunter pendaftaran untuk menebus tiket.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Antara games yang ada selain dari sesi Meet and Greet With Transformer

Selain daripada sesi Meet and Greet With Transformer, ada banyak juga aktiviti lain yang diadakan tapi again untuk melayakkan korang main games tersebut, korang kena spend another RM20. Nampak tak sape yang pandai main games sekarang? Hehe!

MyChintaHati tak ada masa ni. Agak jenuh juga YY memujuk budak berdua tu supaya tak minta yang bukan-bukan. Biasa dengan Mama aje diorang berani cerita lebih. Dah kebal dah pun. Cer kalau ada Papa, kena jeling aje pun dah getar lutut.

Sebab tau diorang takutkan Papa aje, kalau diorang tak nak dengar kata, YY jerit aje nama Papa diorang. Senang sikit. Papa diorang pun bukan buat apa. Takat sebut aje nama diorang dengan ton suara tinggi sikit. Tak cukup tanah bebudak tu lari!

YY pun nampak gayanya nak kena menuntut ilmu dengan MyChintaHati untuk keluarkan suara yang menggerunkan. Baru rasa berkuasa sikit! Uwahahaha!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Afif cukup berkenan dengan games ni, tapi YY buat pekak aje (^_^)

Okay berbalik kepada cerita Meet and Greet With Transformer, lebih kurang pukul 1, semua yang sudah mempunyai tiket dikehendaki berkumpul berdekatan pentas utama. Afif sangat teruja masa ni. Aisyah pun sama. Tapi Aisyah tu konon aje.

Masa kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, berlari dia cari YY. Siap menangis cakap takut. Sabar ajelah!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Aisyah sebelum kemunculan Transformer

Sebelum kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, ada beberapa games diadakan. Setiap yang naik ke atas pentas akan mendapat something walau tidak berjaya dalam games tersebut. Masa nak balik Afif kata, "Afif sebenarnya nak hadiah yang orang tu bagi. Tapi Afif tak faham dia cakap apa"

Alahai kesiannya dia. Pengacara majlis memang hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris pada hari tu. Obviously Afif mempunyai masalah untuk memahami apa yang dituturkan. Kalau semua soalan dan games diajukan dalam Bahasa Melayu, pasti Afif mampu melakukannya sebab semua tu kacang putih pada dia.

Tak apalah sayang, Mama dulu masuk universiti baru lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukan rezeki Afif hari tu.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Pengacara menyuruh kanak-kanak di atas pentas meniru aksi dia

Tak lama kemudian, muncullah kedua karakter yang dinantikan oleh Afif dan kanak-kanak lain. Walau yang muncul bukan dalam size sebenar, ia tetap mengujakan setiap yang ada pada hari tu. Seronok dok tengok diorang bersorak masa tu. Aisyah aje yang menangis dan menjerit macam orang nampak hantu. Tak tahu pasal apa yang dia takut sangat. Padahal sebelum tu bukan main lagi.

Agak susah juga YY nak snap gambar Afif pada waktu itu dengan keadaan orang yang terlalu ramai walau pengacara berulang kali meminta diberikan ruang untuk parents mengambil gambar anak-anak mereka yang berada di pentas. Tapi biasalah orang Malaysia. Mana nak dengar arahan kan.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Afif tersenyum riang di sisi kedua karakter kegemaran dia

Dapatlah snap beberapa keping gambar Afif bersama-sama dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Kalau Aisyah tak takut, gambar dia pun ada sama. Tapi dia ketakutan, dapat gambar Afif aje.

Ni kalau tak berhimpit, YY yakin lagi cantik gambar ni. Dah lah Aisyah pun buat perangai. Tapi yang paling penting, Afif seronok. Itu yang penting. Hilang satu bebanan perasaan. YY ni selagi tak tunaikan impian atau hasrat anak, terasa tak seronok. Asyik dok teringat aje. Bukan apa. Kita kan tak tahu selama mana kita hidup.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Tertunai sudah hasrat bertemu Optimus Prime dan Bumblebee
So begitulah cerita pengalaman kami di Centro Mall ketika sesi Meet and Greet With Transformer. Paling penting anak-anak seronok. Mana-mana parents pun kalau anak seronok, pasti automatik akan buat diri kita pun seronok. Sebab tu seronok jadi parents ni (^_^)

----------------------------

YY ada banyak benda nak cerita sebenarnya. Tak tahu sempat ke tidak nak cerita semua tu sebelum tahun baru. Blog walking pun belum sempat nak buat. Banyak pula komitmen menjelang tahun baru. Terima kasih buat semua yang tak jemu menjengah walau teratak kalian YY tak sempat kunjungi. Insya ALLAH akan sampai. Lambat dengan cepat aje.

37 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga

7:27:00 am Yana Yani 19 Comments

Birthday Aisyah pada tahun ni jatuh pada hari bekerja. YY memang tak sempat nak buat apa-apa. Kebetulan juga pada hari yang sama, YY tak berapa sihat. Besoknya terpaksa ambil MC. Walau Aisyah belum mengerti maksud sebenar birthday, dia tetap dok bertanya tentang kek. Hati seorang Mama terasa macam diguris bila pertanyaan tersebut diajukan. Faham yang Aisyah pun nak celebrate birthday juga.

Hari Sabtu tu gigih juga YY menyiapkan apa yang Aisyah suka makan. Aisyah ni apa sahaja pasal kek memang dia cukup suka. Memang dia akan berulang makan. Tu yang seronok baking bila anak-anak suka makan. Bila dia nampak YY dok sediakan segala macam bahan untuk buat kek, Aisyah seolah dah dapat bau. "Mama nak buat kek untuk Adik ye?" tanya Aisyah dengan senyuman meleret.

Gigih YY baking dua kali hari tu.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Congo bar coklat yang dimasak penuh kasih sayang untuk Aisyah (^_^)

Satu YY buat congo bar dan satu lagi YY buat kek pelangi. Untuk kek pelangi, ini adalah pertama kali YY gunakan ovalette. Biasa YY gunakan resepi Mak YY yang hanya menggunakan telur. Malangnya kek tersebut mendap di tengah yang mungkin disebabkan suhu oven yang terlalu panas. Masa tu, YY terus masukkan adunan kek pelangi selepas congo bar siap dimasak.

Ish, malang betul. Ini pertama kali kejadian macam ni terjadi sepanjang YY dok ketagih membaking kebelakangan ni. Of course ianya satu pengalaman berharga buat YY.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Kek pelangi ni masak dengan kasih sayang, tapi terover kot. Tu pasal mendap (^_^)

Tapi apa yang buat priceless adalah apabila melihat kesungguhan Aisyah makan apa yang YY sediakan untuk dia pada hari tu. Hilang segala penat lelah. Even perasaan kecewa yang disebabkan kek mendap pun hilang macam tu aje. Seronok betul dok tengok dia bersungguh makan. Hehe!

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Bersungguh dia makan!

Petangnya pula kami bawa Afif dan Aisyah berjalan ke Aeon Bukit Raja sebab diorang nak beli mainan. Diorang dapat duit RM10 daripada Acu sempena birthday diorang. Sebenarnya YY dan MyChintaHati memang sengaja bawa diorang berdua ke situ sebab tahu yang diorang tak akan dapat sebarang mainan dengan duit sebanyak tu. Jahat kami kanHehe!

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Aisyah excited nak beli mainan. Afif pula tak kelihatan dalam gambar

Nanti bila diorang dok tengok harga mainan yang berganda lebih mahal daripada duit yang diorang ada dalam tangan, masa tulah YY akan cucuk jarum suruh diorang menyimpan. That time, it was a brilliant idea. Tak terfikir yang diorang akan pergi lebih jauh daripada itu. Tapi hari itu memberikan satu pelajaran baru buat YY dan MyChintaHati yang budak zaman sekarang lebih bijak daripada apa yang disangka.

Diorang bukan sedih bila dok tengok harga mainan yang mahal tapi diorang boleh kata yang diorang boleh pergi kedai lain. Especially Afif. Aisyah hanya mengikut. Hampir setiap kedai yang dirasakan mempunyai mainan dijelajah Afif dan Aisyah sehingga mereka bertemu dengan Daiso.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Aisyah tengah dok leka main mainan yang baru dia beli

Diorang bukan beli satu, tapi setiap seorang beli dua! Siap suruh Papa bayar tambahan duit. "Ala Papa, 60 sen aje!" kata Afif memujuk Papa dia menambah duit. Sabar ajelah! Payah kalau dah terlebih pandai ni. Next time Mama dan Papa kena lebih pandai putar belit ni. Idak naya kami!

Mainan tu pula dapatlah bertahan selama seminggu sebelum ianya musnah akibat pertempuran dua-beradik. Diorang berdua aje, tapi kalau bergaduh, bergegar rumah wei! Adui! Nak meletup otak kadang dibuatnya. Tu yang most of the time YY jadi King Kong. Kalau takat jadi Tarzan aje, diorang tak takut. Kalau jadi King Kong, ganas sikit. Gerun jugalah untuk seketika sebelum pertempuran disambung kembali. Hehe!

Apa yang pasti hari tu memang sesuatu yang menyeronokkan lebih-lebih lagi bila dapat melunaskan hasrat anak-anak. Buat Afif dan Aisyah, kalau suatu hari nanti terbaca coretan Mama ni, percayalah yang Mama dan Papa dah sehabis adil memberikan layanan yang sama rata buat kamu berdua. Dan ketahuilah juga yang kami sangat menyayangi kamu dunia dan akhirat (^_^)

19 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan

6:56:00 am Yana Yani 24 Comments

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Yup, cinta sejati itu WUJUD!
Lapan tahun dahulu pada hari ini adalah antara hari yang paling sibuk dan mendebarkan dan ia merupakan antara kenangan terindah dalam sejarah kehidupan YY.

Siapa sangka sudah lapan tahun YY dan MyChintaHati melalui perjalanan di alam rumahtangga yang secara jujurnya amat mengujakan dengan segala suka dan duka.

Terlalu banyak telah kami lalui sepanjang tempoh lapan tahun ini. Daripada hanya menduduki rumah sewa, kami kini mampu tersenyum dengan pemilikan rumah sendiri.

Satu persatu rezeki dipermudahkan oleh ALLAH buat kami suami isteri.

Walaupun sering dimomokkan dengan ketidakmampuan memiliki zuriat sendiri, ALLAH MAHA MENGETAHUI. Kurnian sepasang zuriat sepanjang lapan tahun ini sudah melengkapi kehidupan kami. Dengan usia yang semakin meningkat dan doktor masih belum memberikan sebarang green light, mungkin hanya mereka berdua penyambung keturunan kami.

Tak mengapalah. Kami sudah belajar menerima seadanya. Sekurang-kurangnya kami merasai apa yang orang lain mungkin tidak rasa.

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Direnjis-renjis dipilis, ditepungi tawar...ewahhhh!

Pada usia perkahwinan yang sudah nearly sedekad ini, kami sudah bejar untuk memberi dan menerima. Kami belajar melengkapi satu sama lain. Kami mula mengerti maksud pengorbanan yang sebenar dan kami juga belajar bahawa perasaan cinta itu wujud walau ianya tidak dilafazkan dengan perkataan.

Paling penting kami belajar untuk melengkapi satu sama lain.

Lagu: Terima Kasih Cinta
Penyanyi: Andy Flop Poppy

Ku pejamkan mata
Bayangkan dirimu
Menciptakan perasaan paling indah

Kau menyinari
Seluruh hidupku
Menemani di setiap malam-malamku

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina
Kekasih

Biarpun tersiksa
Walaupun terluka
Cintaku padamu
Kekal selamanya

Ternyata bukan mimpi
Kasihmu abadi
Oh...

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina

Nikmati segala bahagia

Buat MyChintaHati, lagu di atas Ayang tujukan khas untuk Sayang. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Semoga ikatan yang dibina atas dasar cinta ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamin.

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Kesempurnaan sesuatu hubungan itu wujud bila kita saling lengkap-melengkapi

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Maaf, Saya Sibuk!

1:13:00 pm Yana Yani 40 Comments

Dah seminggu rupanya blog ni tak berupdate. Maaf, YY sibuk kebelakangan ni. Lagipun memang rutin YY setiap awal bulan, agak sibuk dengan pelbagai jenis report. Kadang tak bergerak langsung dari kerusi office. Kerusi tu hanya ditinggalkan dalam tiga situasi; appointment dengan ALLAH, membersihkan tangki badan dan of course balik.

Maaf, Saya Sibuk!
Imej dari dumblittleman.com

Makan minum memang dalam tempoh ni tak betul sikit. Kalau terasa lapar pun, makan makanan yang boleh dimakan sambil buat kerja. Memang tak kuasa nak bergerak ke pantry. Bos pun sampai dah tak larat nak bebel dengan perangai staff dia yang sorang ni. Buat tak nampak ajelah dia pun, janji report siap! Memang sepanjang hari dalam tempoh tu akan melekat dekat work station.

Biasanya dua minggu terakhir sebelum hujung bulan, barulah YY lapang sikit. Time tu lah baru dok pulun buat blog walking. Keutamaan YY berikan kepada yang meninggalkan jejak sebagai tanda appreciation. Faham, susah sebenarnya nak buat blog walking. Tu yang rumah mereka YY sampai dulu. Mana yang ada dalam senarai blog list pula, YY akan sampai juga, tapi lambat sikit.

YY minta maaf sesangat kalau ada yang terasa atau terkecil hati disebabkan YY tak berkunjung ke "teratak" mereka. Insya ALLAH YY pasti sampai, lambat dengan cepat aje. Ni pun dah lama tak post di blog, padahal ada banyak benda nak diceritakan. Terasa masa terlalu singkat dalam tempoh ni.

YY minta diri dulu ye. Insya ALLAH panjang umur, kita berjumpa lagi di lain entry. Take a good care of yourself ye. Assalamualaikum (^_^)

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak

11:04:00 am Yana Yani 42 Comments

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak | Penghujung November lalu, MyChintaHati bawa kami ke Seksyen 2, Shah Alam untuk menikmati dan menyegarkan tekak dengan Fradoo ABC yang cukup popular di kalangan warga Shah Alam. Malahan gerai ini pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang merupakan sebuah rancangan terbitan TV3 yang memberikan maklumat tempat makanan di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, air batu campur atau lebih dikenali sebagai ABC adalah air campuran ais dan pelbagai jenis perasa yang menjadi sebahagian identiti rakyat Malaysia. Ada sesetengah berpendapat ABC berasal daripada negara Jepun. Tapi setakat ni belum pernah dengar Jepun buat tuntutan kata ABC diorang punya. Hehe!

ABC ni merupakan minuman yang amat sesuai dengan iklim seperti di negara kita yang panas dan sejuk sepanjang tahun. Kalau dia orang Malaysia pastu kata tak kenal ABC, memang tak patut!

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Ini budak sudah tak sabar nak hirup ABC

Masa kami tiba di gerai tersebut, hujan agak renyai-renyai. Tapi ianya tidak menghalang keinginan kami anak-beranak untuk menikmati Fradoo ABC yang sudah agak sekian lama tidak dinikmati.

Orang ketika itu agak ramai kerana ianya merupakan Medan Selera yang paling hampir dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Memang ada macam-macam gerai ada di sini. Kena pandai pilih gerai sebab ada gerai di situ yang rasa masakan macam "sampah". It might sounded harsh, but sorry to say. Kadang rasa tak berbaloi mengeluarkan barang satu sen duit untuk makanan macam tu.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Budak ni pula tak suka ABC, tapi sibuk nak makan

Bila bawa anak-anak, niat asal yang hanya nak pekena ABC, terpaksa pula melayan kehendak diorang yang juga nak makan.

So diorang order nasi ayam yang berharga RM5 sepinggan. Harga tu tak menjadi masalah, even mahal daripada tu kalau sedap tak apa. Tapi untuk harga tu dengan rasa dia, ALLAH! Tak tahulah nak kata apa. Senang cakap, jawablah kat akhirat besok kalau memang berniat nak aniaya orang dengan makanan camtu.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Muka dah mula kebosanan sebab lama menunggu

Agak lama juga kami menunggu. Rasa kematu juga kami dibuatnya sebab dok menunggu lama. Pujuk juga hati sebab orang ramai. So chances untuk lambat tu memang agak tinggi. Tapi berbulu juga hati bila orang yang sampai kemudian dapat dulu. Agaknya kalau YY beritahu yang YY ni blogger, ada tak diorang buat perangai camtu. Hehe!

Bukan apa, kadang YY perasan, mana-mana gerai atau restoran yang pernah masuk dalam rancangan JJCM, dalam TV aje nampak semua bagus! Tak ada yang tak bagus. Kita pun bila dok tengok review yang berbintang-bintang katanya, kita pun pergilah dak. Tapi bila kita sampai, indah khabar daripada rupa. Mula rasanya nak nyanyi lagu Penyesalan Zarul Umbrella! (^_^)

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Tempek sekeping gambar YY yang dah semakin bulat dan MyChintaHati

Setelah beberapa ketika menunggu, sampailah ABC yang sudah sekian lama kami tidak dinikmati. Memang tiada perbezaan dari segi rasa sejak mula kami kenali Fradoo ABC ni. Yang berbeza hanyalah harga yang agak tinggi kenaikannya. Mungkin juga sebab dah lama tak ke sini maka kenaikan harga tu buat tersedak jugalah.

Harga untuk tiga bekas tu adalah RM18. Pandai-pandailah korang buat calculation ye.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Tu dia rupa Fradoo ABC yang menjadi sebutan

Rasa dia memang seriously puas hati. Sedap tak ingat! Especially rasa coklat tu. Perghhh! Sampai sekarang pun teringat. Memang untuk harga camtu, sangat berbaloi! Atau kalau dalam bahasa omputihnya, worth every cent you pay for it.

Aisyah sangat suka! Satu bekas tu dia sorang aje bedal. Langsung tak nak berkongsi dengan Abang dia. Mujur juga Afif tak doyan. Dibuatnya Afif pun nak, memang akan berlaku wrestling kat situ.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Aisyah sedang menikmati Fradoo ABC

In case berlaku wrestling, Mama diorang ni pandai juga control jelita depan orang. Paling koman pun, bagi jelingan macam Medusa aje berserta dengan bisikan berbentuk amaran, "Korang tunggu masuk kereta nanti, masak korang Mama kerjakan!" (^_^)

Biasanya tengah bergaduh pun berhenti. Takut gamaknya. Lagipun YY cakap memang YY buat punya. Tiada maaf bagimu. Ini cara YY nak disiplinkan anak-anak YY.

Berbalik kepada Fradoo ABC tadi, YY sangat recommend korang untuk ke sini in term of rasa. Rasa dia memang tak boleh dapat tempat lain berdasarkan pengalaman YY. Memang sedap. Itu YY guarantee! Tapi daripada segi lain seperti kebersihan kawasan persekitaran dan macam-macam faktor lain, mungkin korang perlu mempertimbangkan untuk ke sini. Mungkin tapau lebih sesuai.


Anyway apa yang tertulis di atas hanyalah berdasarkan pengalaman YY semata. Mungkin lain orang, lain pengalaman dia. Manalah tahu ianya boleh digunakan sebagai pemangkin untuk memperbaiki servis dan juga kebersihan. Jangan tunggu ada orang report dekat Jabatan Kesihatan Negeri baru korang nak ambil action.

YY rasa sampai di sini aje bebelan YY pada hari. Till we meet again. Assalamualaikum.

P/S - Maaf, blog walking tidak dapat dilakukan pada setiap awal bulan. Sibuk. Insya ALLAH tak ada aral, hujung bulan YY akan sampai ke "teratak" korang. Jangan serik ke sini ye (^_^)

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer

7:05:00 am Yana Yani 28 Comments

Afif anak YY merupakan antara jutaan peminat Transformer. Sebagai seorang Mama, apabila melibatkan minat atau kegemaran anak, pasti kita akan mencuba sebaik mungkin untuk mengadakannya. Justeru apabila YY mendapat tahu Centro Mall akan meraikan Krismas bersama Transformer, YY adalah manusia yang paling teruja.

Ini bukan kali pertama Centro Mall mengadakan event ini. Kali pertama ianya diadakan pada 2013. Masa tu hanya YY yang pergi, maklumlah kerja dalam bangunan yang sama. Hehe! YY pernah ceritakan di sini. Tapi malangnya Afif tak dapat pergi walau YY berniat untuk membawa dia. Terasa agak ralat. Mujur juga tak beritahu dia awal-awal. Kalau tak, kes naya wei!

Afif jenis manusia yang kita tak boleh berjanji. Dia pasti TUNTUT walau hanya sekecil benda. So jangan berani berjanji dengan manusia bernama Aff ni. Sebab tu walau niat dah ada nak bawa dia, tapi YY tak pernah reveal kecuali pada MyChintaHati. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Nanti migrain datang! Hehe!

Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer
Terima kasih pihak Centro Mall atas perkongsian poster

Transformer untuk makluman merupakan watak yang diwujudkan melalui francais media antara syarikat mainan Amerika, Hasbro dan syarikat mainan Jepun, Takara Tomy. Walaupun ia mula diperkenalkan dalam bentuk mainan sekitar 1984, ianya hanya mula menjadi sebutan apabila filem berciri aksi sains fiksyen mula dipertontonkan pada 2007.

Sejak itu filem arahan Michael Bay ni merupakan filem pecah panggung setiap kali dipertontonkan. So kalau korang juga adalah antara jutaan peminat Transformer, maka adalah harus untuk korang datang ke Centro Mall pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh: 10 hingga 13 Disember 2015
Masa: 3 petang (10 Disember)
           1 dan 3 petang (11 hingga 13 Disember)



Kebetulan pun sekarang ni tengah cuti sekolah kan. so rasanya amat bersesuaian untuk bawa anak-anak ke sini. Ada banyak lagi aktiviti lain diadakan selain dari sesi Meet & Greet with Transformer. Jangan lepaskan peluang keemasan niOh ya, pastikan korang tak lupa untuk bawa kamera! (^_^)

Moga kali ni dapatlah YY tunaikan impian Afif (^_^)

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan

7:09:00 am Yana Yani 34 Comments

Tips Membeli Kelengkapan PersekolahanTak lama lagi sesi persekolahan bagi 2016 akan bermula. Pastinya sebahagian daripada parents sudah mula membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak. Bagi yang sudah ada pengalaman, pastinya tiada masalah untuk menyediakan. Bagaimana bagi mereka yang baru pertama kali menghantar anak ke sekolah? Hari ni YY nak share tips membeli kelengkapan persekolahan bagi yang memerlukan.

Pakaian

Untuk pakaian YY sarankan tidak membeli terlalu banyak kerana kanak-kanak cepat membesar. Lagipun confirm korang akan penat untuk menyental baju sekolah sekiranya dibeli terlalu banyak. YY pernah share Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah tak lama dulu. Cukup untuk hanya menyediakan seperti berikut:

- tiga pasang baju putih
- tiga pasang seluar / kain / tudung
- dua pasang seluar track bottom
- sepasang t-shirt bewarna putih
- pakaian tambahan seperti singlet / tali pinggang / anak tudung dan sebagainya.

Jenis pakaian atau kualiti adalah terpulang kepada kemampuan. YY dulu memang survey hampir ke setiap supermarket dan hypermarket. Finally YY dan MyChintaHati decided untuk membeli di Hari-Hari. Harga yang affordable dan kualiti agak setanding dengan jenama yang lebih mahal.

Membeli Kelengkapan Persekolahan Anak Darjah Satu
Harga sebelum zaman GST. Sekarang tak tahu berapa kos diperlukan

Berdasarkan senarai yang disediakan di atas, memang cukup untuk seminggu. Kebiasaannya YY membasuh baju sekolah ketika hari Selasa dan juga Sabtu. Mula-mula tu memang kelam-kabut untuk parent seperti YY yang bekerja. Tapi lama-kelamaan dah mampu menyesuaikan diri.

Kasut dan Beg

Untuk beg kami memang mencari beg yang mempunyai kualiti yang baik dan mampu digunakan lama. Memang untuk tahun 2016 kami tidak merancang untuk membeli beg lagi. Kami beli jenama Swan dan harga kedua beg itu sebelum zaman GST adalah lebih kurang  RM180.

Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
Cerita tahun lepas masa excited dapat beg baru

Kasut pula, kami hanya membeli dua pasang bersama-sama dengan tiga helai stokin. Tapi tengah tahun kami beli lagi sepasang kasut. Kebanyakkan orang yang punyai ramai anak bersekolah memang akan beli dua kali bagi menjimat kos pembelanjaan membeli kelengkapan sekolah. Lagipun budak memang cepat besar. Tau-tau dah tak muat aje.

Peralatan menulis

Untuk peralatan menulis YY nasihatkan jangan membeli yang berjenama sebab nanti korang sakit hati. Confirm hilang punya! Pada usia sekarang ni, diorang belum pandai jaga harta benda. YY sendiri berpuluh kali beli peralatan menulis untuk Afif. Walau nama dia dah jelas tertera pada setiap peralatan menulis, tetap hilang juga!

Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
Keadaan ketika sebelum bermula sesi persekolahan, lepas tu semua arwah!

YY sarankan untuk membeli banyak peralatan menulis dan selebihnya boleh dijadikan stok. Lagipun senang tak kelam kabut nak membeli bila korang perlukan. YY sarankan untuk menyimpan stok:

- pensil menulis
- pembaris
- pemadam
- gam
- pensil warna
- pengasah pensil
- gunting (untuk elakkan kecederaan, beli yang jenis untuk potong kertas sahaja)

Membeli Kelengkapan Persekolahan Anak Darjah Satu
Stok peralatan menulis Afif

Peralatan lain

Peralatan lain ini terpulang pada keperluan. Sekali lagi jangan beli yang mahal. Buat syarat asal ada aje. Anak YY hilangkan semua yang tersenarai di bawah lebih daripada dua kali. Kecuali jam tangan sebab dia beli dengan duit simpanan dia. Sebab guna duit sendiri, dia tahu sikit rasa sayang tu.

- botol air
- dompet
- sapu tangan dan sebagainya

Korang juga mungkin perlu mempertimbangkan untuk menempah stamp chop nama anak korang bagi memudahkan kerja menulis nama pada buku sekolah anak. Lagipun tahan lama dan hanya perlu stamp ink pad aje. Kalau beli sticker agak costly.

Jangan lupa juga untuk beli pembalut buku yang agak tebal dan kesat bagi memudahkan kerja membalut buku. Ia juga tahan lama berbanding jenis hak yang nipis dan licin.

YY rasa itu sahaja perkongsian YY berdasarkan pengalaman sendiri. Semua yang tersenarai di atas hanyalah cadangan semata. Korang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak korang. Sebelum mengundur diri, YY nak ucap selamat menempuh alam sekolah rendah buat Abang Adam, anak kepada Kak +aryan azra (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Entri berkaitan
Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah
Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah

34 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisyah Genap Empat Tahun

7:39:00 am Yana Yani 35 Comments

Hari ini genaplah usia anak dara YY, empat tahun. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah empat tahun dah dak Aisyah yang dipinjamkan kepada YY dan MyChintaHati ni. Rasanya macam baru aje semalam keluar masuk wad atas pelbagai sebab sepanjang tempoh mengandungkan dia. Tau-tau dah ada depan mata.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh-Nya.

Aisyah Genap Empat Tahun
Aisyah ketika berusia dua tahun

Setakat sehingga entry ini ditaip dengan penuh kasih sayang, masih belum ada perancangan sama ada ingin membuat sambutan atau tidak bersempena dengan ulang tahun kelahiran MyLittlePrincess. Tapi kalau tanya YY, memang pasti akan buat walau hanya dengan sepotong kek. Tapi MyChintaHati mempunyai pandangan berbeza. Hehe!

Benda paling penting dalam sejarah kehidupan seseorang individu ini sememang harus disambut pada pendapat YY. Lagilah bagi manusia bernama Mama seperti YY ni. Menjelang hari kelahiran setiap anak tu dah dok countdown. Malahan setiap detik mengharungi jerih payah membawa seorang hamba ALLAH di atas muka bumi mampu diingati.

YY sangat yakin sekiranya diberikan kesihatan akal fikiran yang baik, setiap detik dan saat yang membahagiakan itu akan pasti diingati sehingga nafas yang terakhir.

Aisyah Genap Empat Tahun
Budak baik ni dah genap empat tahun!

Buat Aisyah, ketahuilah yang Mama dan Papa sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Aisyah dan juga Abang. Ingat pesan Mama ni, Aisyah kena selalu jadi budak baik. Tak mau nakal-nakal. Dengar kata Mama, Papa, Aki, Wan, Nenek, Atuk, Abang dan sesiapa sahaja yang menyeru Aisyah melakukan kebaikan.

Mama doakan Aisyah menjadi anak yang solehah yang mampu membahagiakan Mama dan Papa di dunia mahupun di akhirat. Belajar pandai-pandai ye sayang. Yang pasti Mama sayang sangat dekat Adik dan Abang. Last but not least, SELAMAT HARI JADI SAYANG! Muahhh!

35 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Sahkan Keguguran

1:30:00 pm Yana Yani 48 Comments

YY agak jarang bercerita pasal artis. Cuma hari ini YY terpanggil untuk berkongsi kesedihan yang ditanggung oleh seorang artis yang sangat tersohor ini. Tambahan pula Dato' Siti Nurhaliza Tarudin mengasahkan sendiri berita keguguran dia melalui laman Instgram beliau.

YY antara berjuta peminat yang sangat teruja dan gembira dengan berita kehamilan Dato' Siti Nurhaliza walau dia tidak pernah menidakkan atau mengiakan berita tersebut. Tapi hari ini, dengan berita ini, terasa sebak juga di hati. Hati seorang wanita YY ini ditambah dengan title seorang Mama, memahami apa yang figura tersohor ini alami.

Semoga dia tabah hadapi ujian ini.

Bismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni 😬😬 Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik🙈🙈dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah ...Wassalam..
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Takziah juga buat ahli keluarga dan sahabat handai pelakon dan pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam di Hospital Selayang akibat serangan jantung pada usia 39 tahun,

YY agak sebak melihat begitu ramai yang mengiring jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan. Malahan satu persatu cerita kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham sepanjang hidup dibuka oleh mereka yang mengenali Allahyarham.

Tiba-tiba terasa diri ini tersangatlah kerdil.


Kematian demi kematian, ianya sebuah ibroh buat kita semua. Keberkatan dlm kehidupan juga diukur dgn ramainya insan yg...
Posted by Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor on Monday, 30 November 2015

2015 adalah tahun terakhir buat Yus Jambu. Siapa tahu ianya adalah tahun terakhir buat kita juga. Marilah kita sama-sama istiqomah. Lakukanlah kebaikan walau hanya sebesar zarah. Siapa tahu terkandung beribu pahala dalam kebaikan yang dikatakan kecil itu. Siapa juga tahu ianya mungkin cukup menjadi bekalan kita di sana kelak.

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Sahkan Keguguran
Sumber syair addienblog.blogspot.my

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...