Bakal Arkitek? (^_^)

9:57:00 pm Yana Yani 2 Comments


Tak lama lagi anak bujang aku ini dah nak masuk 4 tahun. Rasa macam sekejab aje masa berlalu. Tahun depan aku dan Encik Suami sepakat nak masukkan dia ke tadika yang berhampiran dengan rumah kami.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, pergi tadika tu kejab tanya pasal pendaftaran. Pendaftaran sahaja dekat RM650, lepas tu setiap bulan kena bayar RM90. Mak ai! Mahal sungguh!

Tapi tak apalah, hanya yang terbaik untuk anak-anak Mama! Hehe!

Jujurnya Afif pada usia ini masih belum kenal huruf dan nombor tapi boleh menyebut ABC dan 123 dengan lancar. Anak orang lain sebaya dia aku tengok dah boleh membaca, tapi aku dulu pun umur 8 tahun baru boleh membaca! Hehe

Aku ada belikan pelbagai buku dan mainan berbentuk pelajaran untuk Afif. Paling dia minat benda dekat bawah ni (tak tahu aku nak menyebut apa!) 

Tapi dia bukan guna untuk susun abjad, dia guna benda tu untuk reka pelbagai bentuk terutamanya bangunan. Contohnya macam rumah, kotak, kandang, kadang-kadang dia buat kapal. Macam-macamlah!

Aku pernah cerita tentang rekaan dia dalam entry aku sebelum ini, klik sini kalau nak baca.

Malam tadi masa hujan lebat tu sempat dia reka benda ni. "Abang buat apa tu?" tanya aku. "Rumah dinasour" jawab dia ringkas.

Kalau readers nak tahu, Afif memang minat sangat dengan dinosour! Ni hasil dok bagi hari-hari tengok Discovery Channel lah ni!

Kalau tanya esok besar nak jadi apa, dia mesti jawab archaelogy. Aku mula-mula tak tahu pun apa benda archaelogy tu, sampai kena Google baru tahu.



Tapi dari hasil pemerhatian aku, dia lebih cenderung ke arah seni reka. Boleh jadi arkitek ni! Boleh Mama tumpang bangga! Hehe!

Apapun aku tak akan bagi anak aku stress! Apa sahaja kerjaya pilihan dia nanti akan aku terima seadanya. Buat masa sekarang, aku nak galakkan aje.

Lagipun dia baru aje 4 tahun!

2 comments:

  1. Sama mcm ank sy..sebijik..minat dyno n insects..pastu amik lego bt umh binatg2 tu..apepun its a good progress for them to learn n explore about science...sy mmg galakkn ank2 learn from play mcm dlm high 5 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, umur gini dia tengah suka explore
      tak pe, layankan aje =)
      betullah tu, sape kata main pun tak boleh belajar kan
      sep sikit =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...