Berjalan Malam (^_^)

8:15:00 pm Yana Yani 0 Comments

Kami sekeluarga jarang berjalan malam. Kalau berjalan pun biasanya hanya duduk di dalam kereta tanpa keluar.

Tapi malam tadi Encik suami mengajak kami ke Uptown Shah Alam setelah beliau begitu yakin cuaca elok. Aku sebenarnya malas nak pergi lebih-lebih lagi bila teringat esoknya aku kerja.

Biasa kalau pergi Uptown ni memang confirm balik lambat! Kaki pun sampai naik lenguh pusing keliling Uptown, kadang tu tak beli apa-apa pun.

Tapi disebabkan Encik suami yang begitu beria-ria mengajak dan kami pun dah tak lama ke sana, aku menurutkan sahaja. Adik aku yang paling kecil, Anis pun aku bawa sama.

Lebih kurang pukul 9:30 malam kami bergerak dari rumah. Tapi dalam perjalanan gerimis lah pula!

Agak tak selesa nak bergerak dalam keadaan macam ini walaupun Uptown ni terletak di dalam bangunan, lebih-lebih lagi bila bawa anak-anak kecil!


Walaupun cuaca macam tu, Uptown tetap tak putus dengan kunjungan manusia!

Tapi aku pula yang tak senang duduk sebab takut anak-anak sakit sebab kena hujan gerimis. Pukul 12 malam kami dah sampai ke rumah pun!

Untuk makluman readers especially yang tak pernah pergi, Uptown Shah Alam merupakan pasar malam yang dibuka setiap hari dari 8 malam sehingga 4 pagi di mana terdapat lebih dari 400 buah kedai untuk dikunjungi.



So pada sesiapa yang tak pernah berkunjungan ke Uptown Shah Alam, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung sebab ada pelbagai barangan yang menarik dengan harga yang berpatutan!

Uptown Shah Alam terletak di seksyen 24 berhampiran lebuhraya LKSA.

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...