Ronda-ronda (^_^)
Aku paling suka cuti hujung minggu sebab masa tulah nak habiskan masa dengan family tercinta! Paling best bila Encik suami bawa kami semua ronda-ronda!Kalau pusing keliling Klang pun aku akan kata best juga. Janji tak duduk dekat rumah aje. Nasib baik aku punya jodoh dengan kaki berjalan juga. Kalau jenis yang suka duduk rumah aje, ish tak boleh bayangkan!
Petang semalam kami sekeluarga dengan Acu Anis bercadang nak pergi ke warehouse sale Al-Ikhsan dekat Stadium Shah Alam. Tapi hujan lebat lah pula, terpaksa lah membantalkan hasrat!
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Aeon Bukit Raja Klang (formely known as Jusco).
Aisy minta dukung sebb tak mahu duduk dalam stroller |
Afif dan Papa buat gaya macho! |
"Mama dia tembak Afif ke?" |
Aisy dengan Acu Anis |
Hari ini pula lepas beli barang keperluan dapur, pergi hantar sepupu Encik Suami bertunang pula dekat Sementa. Wah! Jalan lagi! What a wonderful world!
Muka baru bangun tidur |
Afif dengan Rayyan tengah mengunyah! |
Abang dan adik Encik suami |
Afif, Rayyan dengan isteri Abang Encik suami |
Aisy dengan Atuk saudara (Lupa nama dia siapa, boleh macam tu ye? Hehe) |
Aisy dengan Atuk |
Yang penting, cuti hujung minggu memang paling dinanti! (^_^) Lagi best kalau schedule full dengan aktiviti berjalan!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿