Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru

3:38:00 pm Yana Yani 8 Comments

Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru | 16 Mei seperti yang kita sedia maklum merupakan tarikh yang dipilih bagi menyambut Hari Guru pada setiap tahun. Ia kebiasaan disambut meriah di seluruh negara sebagai menghargai pengorbanan para guru. Kebiasaannya para ibu bapa termasuk YY memang agak kelam kabut menjelang tarikh ni. Habis segala ceruk kedai cenderamata diterjah bagi mencari hadiah yang dirasakan sesuai untuk para guru. Seperti tahun-tahun sebelum ni, YY memang dah siapkan hadiah untuk guru-guru yang mengajar anak-anak YY.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Hadiah yang YY dah sediakan untuk sambutan Hari Guru pada tahun ni

Bila dah prepare awal tu, rasa release lah sikit. Then baru sat tadi terbaca status dari Cikgu Asmadi Ahmad yang berkongsi senarai hadiah yang menurut pandangan beliau lebih sesuai untuk diberikan kepada guru-guru. Beliau ni merupakan seorang guru yang punyai pengalaman belasan tahun mengajar murid-murid Tahun Satu. Rajin juga dia berkongsi pengalaman dia mengajar di Facebook.

Bab hadiah untuk Hari Guru ni, disebabkan YY dah sediakan awal, takpelah. YY salin semula dalam blog kesayangan YY ni, untuk dijadikan rujukan buat tahun-tahun mendatang. Haha!

Jadi kalau kamu nak juga belikan hadiah untuk cikgu sekolah rendah di hari guru, inilah antara cadangan yang cikgu sediakan. Tak payah pasu punga, bingkai gambar, cawan tembikar atau kotak bunyi-bunyi. Takde tempat dah cikgu nak simpan semua tu - Cikgu Asmadi Ahmad.

Antara hadiah Hari Guru yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Pensil 2B

Logik juga pemberian hadiah ni. Sebabnya anak YY, si Aisy tu hari-hari hilang pensil. YY sampai ada "kedai alat tulis" sendiri semata-mata nak mengatasi krisis kehilangan alat tulis yang kronik. Satu kotak pensil macam ni kalau dekat kedai Mr. DIY antara RM2.80 ke RM3.90 bergantung kepada jenama.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Pensil 2B

2. Pensil warna jenama Staedtler atau Faber-Castell

Ni pun logik juga sebab Aisy tu walau baru bulan ke lima bersekolah, dah berkotak-kotak pensil warna hilang tanpa dapat dijejak. Tapi YY beli hak murah aje tuk dia. Jenama kat bawah ni paling kerap YY beli dekat kedai Mr. DIY. Lagipun hilang tak sakit hati. Haha! Tapi untuk hadiah Hari Guru, belilah jenama yang dicadangkan ni. Untuk kegunaan anak-anak kita juga kat dalam kelas.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Pensil warna

3. Pen marker pelbagai warna

Zaman sekarang dah tak pakai kapur macam zaman kita dulu. Nak beli sendiri memang mahal even refill dia pun boleh sneak nafas juga nak beli. Ni boleh dipertimbangkan untuk tahun-tahun mendatang.



Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2rFnPC4

4. Kertas A4 70 gram.

Ni pun antara hadiah yang dicadangkan beli. Lagipun kebanyakkan cikgu ni diorang guna duit poket sendiri untuk buat sebarang aktiviti. So tak salah nak berikan satu bungkus kertas A4 ni. Rare sikit.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2Kr0rPJ

5. Plastik laminate.

Yang ni YY tak tahu kenapa dicadangkan. Haha! Tapi menurut cerita Cikgu Asmadi, dia gunakan plastik laminate ni yang bertindak seperti whiteboard. Mungkin dia ada aktiviti yang dia planning nak buat untuk menarik minat budak-budak Tahun Satu belajar.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2IMh8HQ

6. Pen merah.

Pen merah ni wajib! YY sendiri pernah hadiahkan pada cikgu anak-anak YY. Lagipun kita memang tahu diorang gunakan pen merah ni untuk menanda buku atau kertas peperiksaan. Beli satu bungkus baru berapa snagat harga dia. Nak bagi lagi meaningful, korang beli yang boleh cetak nama tu. Macam gambar dekat bawah ni. Beratus juga harga dia kalau camni. Ikut kemampuan dan keikhlasan kita lah. Takde paksaan.


Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2IjFjhC

7. Cop pelbagai gambar

Yang ni akan dipertimbangkan untuk tahun-tahun akan datang. Rare sikit. Lagipun ada unsur meaningful juga tu. Sebab kita boleh customize cop ni. Nanti cikgu pun dok teringat kat kita kan..kan..kan? Haha!



Cadangan Hadiah Untuk Hari Guru
Imej kredit https://bit.ly/2wE1qdi

Kalau nak baca ulasan asal Cikgu Asmadi mengenai cadangan hadiah untuk Hari Guru ni, korang boleh baca pautan yang YY kongsikan di bawah. Follow terus Cikgu Asmadi tu ye. Serius, banyak benda boleh kita belajar dari dia yang ada belasan tahun pengalaman mengajar budak Tahun Satu. Yang pasti dia orang kampung keh! Orang Kuala Lipis! Haha!


Terlanjur cerita pasal Hari Guru ni, korang rasa agaknya kenapa 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru? Menurut pembacaan YY, 16 Mei dipilih disebabkan tarikh yang sama sekitar tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak dari tahun tu.

Lagi satu, setiap tahun ada tema bagi menyambut Hari Guru. Tema bagi tahun ini adalah Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Jangan suruh YY explain! Minta maaflah. Bukan kepakaran YY. YY just kongsi apa yang YY tahu aje. Yang pasti SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU buat semua guru-guru di seluruh dunia yang membaca blog entri YY ni. Terima kasih untuk setiap ilmu yang pernah dicurah pada YY dan anak-anak YY. Hanya ALLAH aje yang mampu membalasnya.

Again, TERIMA KASIH CIKGU! (^_^)

Imej kredit https://bit.ly/2GcGglL



8 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...