Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin

10:05:00 pm Yana Yani 4 Comments

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin | Sebelum YY bersalin hari tu, YY terbaca perkongsian seorang hamba Allah yang secara tidak langsung membuat YY agak emosional. Diceritakan sewaktu dia membawa isteri dan bayinya keluar dari wad bersalin, dia ternampak peristiwa yang YY boleh rumuskan kekejaman seorang insan bergelar suami. YY tak boleh hadam kenapa si suami sanggup memaksa si isteri berjalan jauh sedangkan si isteri baru sahaja melahirkan anak mereka. Seolah hati dan perasaan si suami buta.

Apalah yang susah sangat untuk mengambil kerusi roda untuk keselesaan si isteri yang baru bersalin? Ambil kerusi roda aje kot, payah sangat apa ke?


Nak dijadikan cerita sewaktu YY nak bersalin, YY melihat banyak peristiwa yang membuka mata dan minda YY. Seolah membuktikan bukan semua suami bertindak kejam saat menemani si isteri sama ada sebelum mahupun selepas bersalin.

Ketika di dalam wad bersalin, di bahagian antenatal, YY melihat dengan mata kepala sendiri betapa cekalnya para suami. Sedaya upaya mereka berusaha untuk keselesaan isteri masing-masing. Di bahagian hadapan, YY melihat isteri yang sedang mengalami contractions. Bila si isteri berjalan, si suami meneman sambil memapah. Bila si isteri baring, si suami seolah sedang bercakap dengan perut si isteri sambil mengusap perut si isteri. Seolah berpesan pada bayi di dalam perut.

Kadang rambut ataupun pinggang si isteri diusap dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan yang sedang si isteri alami.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2FxjbvE

YY juga perasan hampir setiap katil ada kipas meja, tak kiralah sama ada di bahagian antenatal atau postnatal. YY ingatkan hospital yang sediakan. Rupa-rupanya semua kipas baharu. Patut nampak sepesen aje. Punyalah sayang dekat bini, sanggup beli kipas baharu semata-mata nak bagi isteri selesa. Mesti suami masing-masing beli di kedai yang sama berhampiran hospital. Yang pasti, tauke kedai untung besar sebab kipas meja dia laku bak pisang goreng panas. Haha!

Di sudut lain YY nampak ada suami yang menyuap makanan ke mulut isteri. Walau nampak ada isteri yang merungut even ada juga yang menepis, yelah, kena faham. Tengah sakit yang terlampau macam tu, mana lalu nak makan kan. Time tengah contractions ni apa orang lain buat, memang bikin hati panas aje. Haha! Tapi si suami tetap gigih menyuap. Lagipun doktor dah pesan supaya memastikan isteri masing-masing makan supaya si isteri bertenaga ketika bersalin kelak.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2oqIbx6

Banyak lagi sebenarnya pengorbanan para suami yang dapat dilihat sepanjang YY berada di wad bersalin tu. Tak larat pula YY nak senaraikan tiap satu.

Malangnya kebaikan atau pengorbanan mereka seolah tidak kelihatan hanya kerana title suami yang mereka pegang. Tapi kalau keburukan, habis kecoh satu Malaysia. Contohnya macam cerita dekat atas. Mungkin hanya seorang daripada sepuluh suami yang buat camtu. Yang lagi sembilan, baik-baik belaka macam yang YY nampak. Tapi dah nama manusia. Habis dipukul rata semua suami begitu. Kesian para suami.

Bukan Semua Suami Kejam Saat Menemani Isteri Bersalin
Imej kredit http://bit.ly/2BSremY

Benar, kita si isteri yang merasai penat lelah mengandung. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga gigih melayan karenah kita yang semacam bila mengandung. Benar, kita si isteri yang merasai kesakitan yang maha dahsyat saat melahirkan. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga sedang menanti penuh debar di luar sana. Benar, kita si isteri yang merasai tekanan untuk membesarkan si anak. Tapi jangan dilupa ada insan bernama suami yang juga sedang cuba sedaya upaya memastikan cukup segala keperluan.

Pendek kata, jangan teruja mencari kesalahan orang lain yang akhirnya membuat kita "buta" pada setiap kebaikan mereka kepada kita. Ingatlah bahawa setiap di antara kita baik isteri dan suami dicipta bagi melengkapi satu sama lain. Kekurangan kita disempurnakan oleh pasangan. Hargailah walau hanya sebesar zarah kebaikan mereka yang kita lihat. Kalau kita hanya mencari keburukan, maka hanya keburukan yang akan dipertontonkan kepada kita. Begitu juga sebaliknya.

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita

11:52:00 am Yana Yani 1 Comments

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita | Kelahiran orang baru adalah sesuatu yang sangat menggembirakan dan membahagiakan. Kalau boleh perasaan itu ingin dikongsikan dengan seluruh dunia. Kunjungan saudara-mara mahupun kenalan untuk melihat orang baru menambahkan lagi keseronokkan. Tapi ianya boleh menjadi cerita duka sekiranya kita tidak prihatain dengan isu yang YY ingin kupaskan ini. Baru-baru ini YY dinasihatkan oleh seorang kenalan YY supaya jangan bagi orang lain cium mahupun pegang bayi kita tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Nasihat itu diberikan berdasarkan pengalaman peribadi dia sendiri. Anak bongsu dia terpaksa dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) pada usia sembilan hari kerana respiratory syncytial virus (RSV). Anak dia juga dimasukkan ke dalam bilik khas dan tidak boleh bercampur dengan bayi lain selama sebulan. Menurut dia "Akak masuk duduk dalam bilik dia pun pakai dah macam nak pergi ke bulan. Baju berlapik plastik, mulut bertutup dan tak boleh ada bau-bauan. Memang berjaga betul!"

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Imej kredit http://bit.ly/2GDVaCl

Yang menyedihkan, peluang untuk anak dia terus hidup ketika itu hanya 30%. Walau dia dan suami reda dengan apa yang sedang dan bakal berlaku, tapi keajaiban tetap diharapkan. Anak dia khabarnya diberikan ubat dengan dos paling tinggi, mesin juga yang terbaik dan bantuan pernafasan penuh. Menurut beliau lagi, "Sakit yang dia dapat ni bukan sebab rokok ke apa, ia virus yang memang dah ada dalam badan manusia. Pembawa juga berkemungkinan tak sedar ada virus dalam badan dia"

Sekarang anak dia walau sudah berusia setahun tiga bulan, masih dalam tempoh kuarantin di dalam rumah sendiri. Anak dia juga tak boleh pergi ke tempat yang ada ramai orang terutama yang ada ramai warga asing. Walau anak dia dah ambil suntikan tambahan, ia tetap tak boleh halang anak dia dari sakit. Keadaan ini menyebabkan kenalan YY terpaksa mengambil cuti panjang.

Dia pernah cuba bekerja pada bulan Januari lepas, tapi bila hantar kepada pengasuh, anak dia terus demam teruk selama dua minggu. Doktor mengeluarkan surat untuk kenalan YY bercuti selama setahun lagi bagi memantau kesihatan anak dia.

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Imej kredit http://bit.ly/2BMy2m7

Dia menjadi fobia setelah apa yang berlaku kepada anak bongsu dia. Malahan dia akan menasihatkan sesiapa sahaja yang ada bayi supaya jangan bagi orang lain pegang atau cium bayi mereka. Biarlah orang cakap kita sombong sebab kesan daripada perbuatan pegang dan cium itu mungkin akan beri impak yang besar kepada kehidupan si kecil yang baru menghirup udara di atas muka bumi ini.

Kenalan YY sekarang masih mengelak untuk berjumpa sesiapa sahaja bagi memastikan anak dia benar-benar sihat. Disebabkan itu dia terpaksa "mengurung" anak dia di dalam rumah sehingga paru-paru anak dia matang. Pada masa yang sama, dia kasihan dengan anak-anak dia yang lain kerana terpaksa turut terkurung. Tapi buat masa sekarang, itu adalah keputusan terbaik untuk mereka sekeluarga.

Sebelum mengakhiri perbualan kami pada hari itu, dia masih bepesan, "Jaga Haris baik-baik. Jangan bagi orang cium, pegang dia tanpa cuci tangan dengan bersih"

Jangan Bagi Orang Lain Pegang Bayi Kita
Lima langkah mengatasi RSV

YY memang agak particular mengenai bab kesihatan anak-anak. Sebab itu sepanjang tempoh berpantang sehingga anak YY berusia paling kurang tiga bulan, barulah YY membawa mereka keluar ke kawasan yang ada ramai orang. YY tak berani mengambil risiko sebab bayi sangat mudah terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit kerana imun sistem mereka belum benar-benar kuat. Dengan suntikan vaksin yang masih belum lengkap dan keberangkalian mereka terdedah dengan sebarang jenis penyakit, maka kita sebagai ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Tapi dalam berjaga pun, kedua anak YY, Afif dan Aisy pernah dimasukkan ke wad kerana penyakit yang disebabkan virus. Masing-masing perlu bertapa lama di dalam wad bagi memastikan virus benar-benar "mati". Afif masuk wad disebabkan demam scarlet, manakala Aisy disebabkan jangkitan paru-paru. YY pernah ceritakan semua tu sebelum ni. Boleh klik pautan di bawah untuk membaca

Tak Boleh Tahan:Part I
Alahai Aisy
Part I: Pneumonia Again

Penyakit yang disebabkan virus memang mudah menyerang tetapi ia boleh dielakkan sekiranya kita tahu langkah pencegahan. Ikuti nasihat kenalan YY kerana kebersihan adalah antara langkah terbaik pencegahan. Dismping itu, jangan pegang atau cium bayi orang lain sekiranya korang tidak sihat demi kebaikan bersama.

Sekian bebalan YY untuk hari ini, semoga korang mendapat manfaat.

1 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Singkirkan 99.9% Bakteria Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

10:58:00 am Yana Yani 2 Comments

Singkirkan 99.9% Bakteria Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken | Kuman dan bakteria walau tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mereka sentiasa hidup di sekeliling kita. Malahan mereka ni membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai jenis penyakit. Hari ni YY berbesar hati nak berkongsi dengan korang cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman. Macam mana caranya? Dengan memastikan tangan kita sentiasa bersih. Disebabkan itu, AIKEN yang merupakan jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak tiga dekad yang lalu memperkenalkan Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan

Tisu antibakteria ini memang ada banyak kegunaan. In fact, korang boleh gunakan untuk semua rutin harian korang. Contohnya macam korang nak pergi ke pasaraya atau kedai runcit berhampiran, korang boleh gunakan pek tisu ni untuk mengelap trolley atau pemegang bakul; ataupun selepas korang dok pilih barangan basah seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan. Penggunaan Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya.

Apa yang menarik mengenai Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Sama ada di dalam kenderaan ataupun beg tangan korang. In fact, dengan adanya Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni, korang boleh melakukan aktiviti pembersihan tangan serta-merta walau di mana sahaja korang berada. Paling tragis kalau korang pergi ke tempat yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan, kira dah macam kes naya! Tapi korang jangan risau sebab korang ada Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Gunakan aje pek tisu tu sebab ia boleh bertindak sebagai alternatif selain dari sumber air untuk membersihkan tangan korang.

Diuji secara dermatologi dan dijamin 100% bebas alkohol.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini sesuai digunakan untuk sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Harga dia pun sangat affordable. Korang boleh memiliki pek berkembar Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini dengan harga RM6.50 untuk Semenanjung dan RM6.80 untuk Sabah dan Sarawak. Setiap pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni mengandungi 20 helai dan boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik iaitu :-
Aiken Tisu Lembap Antibakteria - Perlindungan Tambahan

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA

Pek tisu ini dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi dan ianya selamat digunakan oleh seisi keluarga. Ia juga dijamin 100% bebas alkohol.
Aiken Tisu Lembap Antibakteria - Pelembapan Tambahan

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA 

Pek tisu ini diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit. Ia menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken telah diuji secara dermatologi dan ianya selamat digunakan oleh seisi keluarga. Ia juga dijamin 100% bebas alkohol.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tisu Lembap Antibakteria Aiken, korang boleh layari laman sesawang berikut :-

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mari Sertai Carrie Junior Menggalakkan Gaya Hidup Aktif Dikalangan Kanak-Kanak

11:19:00 am Yana Yani 3 Comments

Mari Sertai Carrie Junior Menggalakkan Gaya Hidup Aktif Dikalangan Kanak-Kanak | Di dalam era dunia tanpa sempadan seperti hari ini, kemudahan teknologi secara tidak langsung telah mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi lebih cenderung menjalani gaya hidup yang tidak aktif. Umum sedia maklum bahawa kanak-kanak secara semulajadi suka bermain yang secara tidak langsung menjadikan mereka aktif. Bermain memberikan peluang untuk mereka bersenam, sekaligus memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka. Ia juga menggalakkan mereka memiliki imaginasi yang kreatif.

Dengan tagline "Bathtime is FUN", CARRIE JUNIOR mengajak kanak-kanak bermain ketika mandi. Untuk menjadikan ianya lebih menyeronokkan, ibu bapa juga boleh bermain bersama anak-anak. Melalui bermain, ia sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Malahan ia juga menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan. Disebabkan itu, CARRIE JUNIOR telah mencipta enam figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda kanak-kanak.

Mari Sertai Carrie Junior Menggalakkan Gaya Hidup Aktif Dikalangan Kanak-Kanak
Enam figura CARRIE JUNIOR Sukan Ria

CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan cara yang kreatif dan imaginatif. Sebanyak enam figura mainan comel yang direka khas untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak. Mereka terdiri daripada :-

1. CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak
2. SPEEDY TOMMY - si kura kura yang terpantas di atas trek larian
3. TUFFY TEDDY - si beruang yang paling kuat
4. DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki
5. SMASHY MACKY - si monyet yang tangkas bermain ping pong
6. TROFI KEJOHANAN SUKAN

Mari Sertai Carrie Junior Menggalakkan Gaya Hidup Aktif Dikalangan Kanak-Kanak
Excited Afif dan Aisy bila dapat "Sukan Ria" board games

Setiap figura yang disebutkan di atas akan di bungkus pada setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml. Koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’. Ia sekaligus akan menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana ia dapat merangsang sisi kreatif dan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo yang bersaiz 700ml

Mari Sertai Carrie Junior Menggalakkan Gaya Hidup Aktif Dikalangan Kanak-Kanak
Bermain mampu menggilap kemahiran sosial dan emosi anak-anak

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri bagi si manja yang juga membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Malahan rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. Rangkaian ini memberikan korang pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Jangan tak tahu yang rangkaian diri bagi si manja yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Mari Sertai Carrie Junior Menggalakkan Gaya Hidup Aktif Dikalangan Kanak-Kanak
CARRIE JUNIOR mempunyai bau buah-buahan yang digemari Aisy

Bagi pengguna beragama Islam, rest assured yang kesemua rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion & Baby Oil telah diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Untuk maklumat lanjut mengenai kesemua rangkaian produk CARRIE JUNIOR, korang boleh layari laman sesawang berikut :-

3 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak

2:44:00 pm Yana Yani 5 Comments

Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak | Lama sungguh tak menulis di blog DIARI SEORANG MAMA ni. Kalau ada tulis pun, entri berbentuk advertorial sahaja. Entri yang berbentuk personal memang dah agak berzaman YY tak tulis. Bukan sengaja tau. Kekangan masa disamping mood yang tenggelam timbul sejak di awal sehinggalah ke penghujung kehamilan adalah antara faktor yang menyebabkan YY menyepi. YY aktif aje di medium sosial lain. Cuma di blog ni agak payah sebab YY perlu menggunakan laptop atau PC untuk menulis. Tak reti nak gunakan telefon pintar. Ni pun kira faktor jugalah atau paling tepat, alasan! Haha!

YY juga nak maklumkan pada pembaca setia blog YY ni yang YY telah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 20/01/2018 yang lepas. Alhamdulillah, hari ini YY dah pun 25 hari menjalani tempoh "bertapa" bersama BabyHaris.

Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak
Hebahan mengenai kelahiran BabyHaris di akaun FB peribadi YY

Siapa sangka setelah sekian lama menanti, YY kini secara rasminya telah menjadi Mama kepada tiga orang permata hati. Secara rasminya dapat merasai sekali lagi nikmat memegang tangan halus dan menikmati bau yang sangat wangi dari insan kecil yang baru beberapa hari diberikan kepada YY. Sesuatu yang tidak diduga sebenarnya. Ikutkan dah pasrah yang mungkin DIA hanya berikan dua cahaya mata kepada YY dan MyChintaHati. Itupun dah bersyukur sangat sebab ada aje kenalan YY yang berpuluh tahun kahwin masih belum diberikan rezeki anak.

Semua tu kuasa YANG MAHA KUASA. Ada sebab kenapa ianya lambat mahupun cepat.

Secara Rasminya Menjadi Mama Kepada Tiga Anak
Nikmat memegang tangan halus

Anyway, orang kata kalau dah jadi Mak anak tiga ni, automatik dia jadi cun melecun! Orang katalahkan. Bukan YY kata. Betul ke tak tu, YY tak dapat pastikan. YY tukang kembang hidung aje bila ada orang kata camtu. Tapi YY rasa betullah. Sebab lately bila YY tengok cermin, YY rasa YY cun habis! Jangan jealous you all! Haha!

Sudah-sudahlah berangan YY weh! Now, back to dunia realiti, Insya ALLAH dengan terhasilnya blog entri hari ini, akan ada banyak entri berbentuk peribadi yang akan menyusul kemudian. YY memang ada banyak aje benda nak cerita dengan korang semua. Pengalaman mengandunglah, bersalinlah, berpantanglah, nak ngumpat orang tu lah, ngumpat orang ni lah. Pendek cerita, banyak weh! Cuma tu lah, kekangan masa. Entah kesampaian ke idak hasratnya tu. Haha! Lagipun bukan kerja mudah untuk Mama anak tiga ni nak switch on PC, pastu connect dengan Wi-Fi, pastu cari idea, cari gambar lagi, payah weh! Nampak tak alasan di situ? Jangan berzaman lagi baru nak update, udahlah ye YY. Insya ALLAH, tak. Korang doa-doakanlah ye. Haha!

Okaylah korang. Panjang sangat dah YY meraban ni. Kononnya tadi nak maklumkan YY dah bersalin aje. Tapi dia ter "corner" lipat ke tempat lain pula. Bertabahlah korang yang membaca ye. Apapun. semoga kita ketemu lagi di lain entryTill then, Assalamualaikum (^_^)

5 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Set Hadiah Daripada ENCHANTEUR Yang Memukau

2:34:00 pm Yana Yani 2 Comments

Set Hadiah Daripada ENCHANTEUR Yang Memukau | Adalah satu kebiasaan untuk kaum wanita menerima hadiah seperti jambangan bunga, coklat, kad dan sebagainya. Dapat hadiah camni, memang confirm tersengih sepanjang hari. Haha! Hari ni YY nak ajak korang lari dari kebiasaan dengan memberikan insan tersayang set hadiah yang berupa wangian daripada ENCHANTEUR yang cukup memukau. Set hadiah ini sangat sesuai memandangkan rekaan pembungkusan yang menarik dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian Eau de Toilette (EDT) dan losyen. Lagi satu kalau kita menghadiahkan set wangian ini, ia umpama memberi sejambak bunga yang besar kepada penerima. Mau tak happy si penerima.

ENCHANTEUR seperti yang kita sedia maklum telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti yang diilhamkan dari Kota Perancis dan dipilih oleh pakar wangian Perancis. Ia juga boleh dimiliki pada harga yang sangat berpatutan. Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR dengan bangganya telah memperkenalkan lima set wangian yang disediakan dalam bungkusan yang direka cantik, tanpa perlu di wrapping lagi. Paling penting, ia sesuai untuk diberikan kepada sesiapa sahaja.

Set Hadiah Daripada ENCHANTEUR Yang Memukau
ENCHANTEUR Paris Mon Amie Gift Set

1. SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml, mudah dibawa di dalam beg tangan serta losyen badan dan tangan Light and Fresh bersaiz 100ml yang segar dan melembapkan kulit dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman EDT dari variasi ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.

Gabungan set ini memberikan si penerima memiliki set wangian serta penjagaan asas. Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara pada harga RM23.50.

Set Hadiah Daripada ENCHANTEUR Yang Memukau
ENCHANTEUR Paris Miniature EDT Gift Sets

2. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud Sahabatku; manakala Belle Amour pula bermaksud Keindahan Cinta. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar yang direka khas dengan bahan unik supaya mengekalkan mood keseronokan sepanjang hari. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel, 15ml dengan wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie dihiasi penutup berbentuk reben, menjadikan ia seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.

Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel. Set hadiah ini boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara dan dijual pada harga RM34.90.

Set Hadiah Daripada ENCHANTEUR Yang Memukau
ENCHANTEUR Miniature Gift Sets

3. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Set hadiah ini mengandungi dua wangian EDT, iaitu Mon Amie dan Adore yang bersaiz 15ml. Mon Amie mengandungi aroma personaliti menawan yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Manakala wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini mampu meningkatkan mood si penerima agar sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan sepanjang masa.

Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja dan dijual pada harga RM34.90.

Set Hadiah Daripada ENCHANTEUR Yang Memukau
Mengandungi haruman Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu

4. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini berkonsepkan siang dan malam yang terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu. Set ini melengkapi gaya hidup si penerima yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia boleh menggunakan persona Mon Amie, manakala pada waktu malam, dia boleh menggunakan haruman sofistikated Charming yang menonjolkan keanggunan diri.

Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah dalam talian. LAZADA pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia dan RM36.70 untuk Sabah dan Sarawak.

Set Hadiah Daripada ENCHANTEUR Yang Memukau
Set hadiah di dalam kotak berwarna merah jambu yang menarik

5. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak berwarna merah jambu yang mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic yang bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang. YY pun cukup terpesona dengan haruman dari keduanya yang sangat memukau terutama sekali Belle Amour. Dia punya bau, perghhh! Memang sangat marvelous! YY suka sangat!

Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah dalam talian. LAZADA pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia dan RM36.70 untuk Sabah dan Sarawak.

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan seseorang wanita.

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...