Daddy Cool! (^_^)

8:22:00 pm Yana Yani 0 Comments


Hari ini, 56 tahun yang dulu lahirlah seorang anak lelaki (bongsu daripada 9 orang adik beradik) yang diberi nama Mohamad Saruli hasil perkongsian hidup antara Sakom dan Khalijah.

Tapi sebenarnya, Abah dilahirkan pada 13hb November dan bukannya 21hb November seperti yang tercatat dalam kad pengenalan Abah.

21hb November tu sebenarnya adalah tarikh kelahiran Abah didaftarkan.

Entah macam mana boleh tertukar pun aku tak tahu. Aku hanya perasan tentang tarikh sebenar kelahiran Abah bila memerlukan sijil kelahiran Abah untuk apply masuk ke U dulu.

Salinan sijil kelahiran Abah yang masih ada dalam simpanan aku

Tapi tak kisah sebab kami pun dah terbiasa menyambut hari jadi Abah pada setiap 21hb November! 

---------------------------------------------------

Abah,

Jujurnya Along tak tahu di mana untuk memulakan bicara. Tapi sepanjang 29 tahun Along hidup di muka bumi Allah SWT ini, tiada satu pun ingatan yang tidak elok tentang Abah.

Abah seorang lelaki yang paling Along hormati dan berada dalam tangga teratas carta kehidupan Along. Terlalu banyak pengorbanan yang Abah lakukan untuk Along dan adik-adik.  


Tak lupa menantu dan cucu.


Tapi mungkin ada diantara mereka yang tidak mengingatinya kerana faktor usia mereka yang masih muda ketika segala-galanya bermula.

Along masih ingat dengan jelas bagaimana Abah dihina hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris. Dan Abah membalas hinaan tersebut dengan senyuman. Kuatnya hati Abah!

Kerana penghinaan itulah Along berusaha sedaya upaya Along untuk mempelajari bahasa tersebut. 

"Abah tak ada harta nak berikan kepada korang adik beradik. Tapi Abah bagi ilmu! Gunakan ilmu tu untuk cari harta korang sendiri!" pesanan Abah tu masih terngiang di telinga Along sehingga ke hari ini.



Abah,

Along tak pernah lupa yang Abah bersusah payah menghantar Along ke sekolah walau dalam hujan ribut dengan hanya bermotosikal dan susah payah Abah menghantar bekalan makanan kepada Along ketika Along menghadapi peperiksaan.

Percayalah, susah dan jerih payah Abah merupakan dorongan untuk Along meneruskan kehidupan.

 

Paling Along tak lupakan adalah ketika Abah membawa air Milo ais ke tingkat 7 Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dengan menggunakan tangga! Along tak pernah dan tak akan lupa bunyi lelah Abah ketika sampai ke katil Along.

Bila Along tanya kenapa Abah gunakan tangga, spontan Abah jawab, " Lif ramai orang, nanti aisnya cair!" Seperti terkena satu pukulan kuat saat Abah memberikan jawapan tersebut dan Along menangis dalam hati!

Dan paling menghancurkan hati adalah Abah masih mampu menguntumkan senyuman sambil menghulurkan air tersebut kepada Along.

Along cukup menyesal kerana meminta air Milo tersebut dan sejak dari hari itu Along bertekad untuk tak akan meminta apa-apa dari Abah lagi walau susah macam mana pun!
  
Sempena ulang tahun kelahiran Abah hari ini, Along nak ucapakan Selamat Hari Jadi dan terima kasih untuk segala-galanya, Abah!

Ya Allah Ya Tuhanku! Kau panjangkanlah umur Abahku, kurniakan dia kesihatan yang baik, sayangilah dia sepertimana dia telah menyanyangi kami adik beradik semenjak dari kecil sehingga sekarang. Amin!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...