Santai Cara Kami (^_^)

11:45:00 pm Yana Yani 24 Comments

Petang tadi time nak ambil Afif dan Aisy dekat rumah Mak, Annur tanya kenapa aku tak publish new entry. Annur memang pembaca setia blog ni walau dia hanya selesa menjadi silent reader.

Sebenarnya aku berazam untuk menulis satu hari satu entry. Tapi disebabkan kekangan masa, aku memang tak berpeluang melunaskan azam walau idea sentiasa datang mencurah.

Ada banyak benda yang aku nak cerita, tapi entah bila boleh diceritakan. Nantilah.

------------------------------------

Hari ni aku nak cerita aktiviti yang kembali dilakukan oleh kami sekeluarga selepas kehadiran Si Putih. Apa lagi kalau bukan bersantai!

Bersantai cara aku sekeluarga mungkin tak sama dengan korang, tapi itulah aktiviti yang paling dinanti setiap hujung minggu! Keseronokkan yang sukar digambar (^_^)

Hari minggu baru ni aku anak beranak rasa excited bila Encik suami ajak kami keluar walau hakikatnya kami tak tahu ke mana hala tuju. Hehe!

Sebelum nak gerak keluar, sempat lagi berselfie dengan anak-anak. Hehe! Tapi nampak sangat yang aku terlebih excited. Hehe!


Encik suami bawa kami ke kawasan letak kereta di Stadium Shah Alam. Pelik juga apa hal dia bawa aku ke sini. Rupanya dia nak tengok macamana aku drive kereta.

Getar juga lutut bila dia tiba-tiba suruh aku drive. Lain entry aku akan ceritakan in details pasal ni ye.

Afif dengan Aisy dok pelik tengok aku drive sebab selama diorang hidup, memang baru ni lah diorang nampak aku memegang steering kereta.

Aisy siap sibuk nak ambil gambar, kononnyalah. "Nak bik abar" - Nak ambil gambar.


Lepas tu Encik suami bawa kami ke Aeon Bukit Raja. Dekat sini tak buat apa sangat pun, saja dok cuci mata. Baru perasan ada perubahan beberapa seksyen dekat sini, tapi selesa!


Afif dengan Aisy bukan main seronok dekat Molly Fantasy sampai dah tak ingat nak balik. Berapa kali aku ajak balik, diorang buat tak tahu aje! Sabar ajelah!

Mujur ada Encik suami. Dia senang aje, bila bahasa lembut tidak diendahkan maka bahasa kasar adalah jawapan kepada setiap persoalan.  

Disebabkan yang menarik diorang adalah big boss, menurut perintah aje diorang. Cuba kalau aku yang buat gitu, mau ada adegan berguling atas lantai Aeon tu


Pusing punya pusing, sampai pula dekat seksyen mainan. Dekat sini pun diorang susah nak balik. Mujur tak minta apa-apa. Mungkin sebab ajaran daripada kecil.

So diorang behave sikitlah.


Lepas dah penat keliling Aeon, kami pergi makan dekat restoran Mamak. Dah lama kami tak makan dekat restoran Mamak sebenarnya. 

Biasa kalau nak makan roti canai, pergi dekat Restoran Sri Has yang merupakan port favourite kitorang aje. Tapi entah apa mimpi Encik suami hari tu bawa kami ke situ pula.

Saja bertukar selera agaknya. 

Kalau tanya pendapat aku in term of rasa, lagi sedap Sri Has! Memang tak boleh challenge! Atau mungkin sebab dah terlalu biasa makan. Hehe!

Aku orderkan Afif roti tisu. Tak sangka dia suka. Siap pesan kalau pergi tempat yang sama, dia nak makan roti tisu lagi. Sedap katanya.


So begitulah cerita mengenai santai cara kami sekeluarga. 

Yang pasti besok cuti, yabba dabba doo! (^_^)

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Di Sukaneka 2014 (^_^)

1:16:00 pm Yana Yani 18 Comments

Tahun ni adalah tahun terakhir Afif menyertai sukaneka di tadika. Parasaan aku lebih excited berbanding sukaneka tahun lepas. Hehe! Klik sini untuk cerita sukaneka tahun lepas ye.

Cuma kalau tanya aku perbanding kemeriahan, aku lebih suka tahun lepas. Lebih happening berbanding tahun ni. Kalinya punya macam kurang preparation.

Tapi tak apalah, yang penting Afif happy! That's the most important thing (^_^)

Tak payah membebel panjang-panjang, meh layan kesemua 18 gambar!

Jangan pengsan ye! Hehe! (^_^)


Yang ni semua classmate Afif!

Baju kuning tu Hakimi (awat kau buat muka gitu Kimi wei?), hijau pula Amirul dan yang pakai sama warna dengan Afif tu adalah BFF Afif, Haziq Haikal nama dia.

Yang budak perempuan tu pula aku tak kenal. Time aku suruh semua posing, tiba-tiba dia muncul. Secret admirer Afif agaknya. Hehe!


Empat gambar dekat atas ni adalah masa upacara perbarisan. Seronok dok tengok pelbagai ragam bebudak time perbarisan ni. Jenuh juga cikgu nak mengawal. Hehe!

Tahun ni Afif mewakili rumah UNGU! Go ungu! Go ungu! Hehe!


Sebelum menunggu acara bermula, kami berselfie!

Semua ungu! Lagipun kami memang dah berpangkat pakai purple sebagai tanda sokongan untuk rumah sukan yang diwakili Afif! Hehe!

Tahun ni Encik suami tak dapat hadir sebab ada urusan dengan pemaju perumahan. Dia muncul kejab aje tadi sebagai tanda sokongan.

Mujur juga ada Anis meneman, kalau tak pening juga aku nak melayan kelincahan Aisy!


Ini adalah acara pertama yang dinamakan mengutip mutiara. Tapi sebenarnya mengutip gula-gula. Acara yang paling dinanti sebab Aisy pun boleh turut serta. Hehe!


Tengok tu sikit punya penuh baju Aisy dengan gula-gula. Tapi sebenarnya semua tu atas bantuan Acu dia. Aisy boleh pula dok leka tengok orang berebut. Hehe!

Gambar yang seterusnya pula adalah gambar Afif dengan classmate dia. Muhamad sebelah kiri dan Haziq Haikal sebelah kanan.


Tiga gambar dekat atas ni pula adalah sebahagian gambar dalam acara sukan yang disertai Afif. Nampak seronok aje dia (^_^)


Time kami semua dah tahu yang rumah Ungu menduduki tempat kedua untuk keseluruhan acara. Bangga Afif bila dia dapat tahu rumah sukan dia dapat nombor dua. (^_^)


Sempena menunggu upacara penyampaian hadiah, Afif bergambar dengan BFF dia lagi untuk kesekian kalinya, Haziq Haikal!


Ni lah hadiah yang Afif dapat sebagai naib johan. Yeah!


Ni pula acara untuk ibubapa. Korang tengok betapa khusyuknya aku mengupas kulit bawang dengan jarum peniti. Siapalah yang boleh terfikir nak buat acara gini ye?

Satu penyeksaan sungguh! Hehe!

Anyway aku menduduki tempat kedua! Tapi dari belakang! Hehe! Jadilah kan. Sekurang-kurangnya bukan nombor last! Hehe!


Time ni dah nak balik. Aku hilang Afif, rupanya dia tengah seronok main tepung dengan kawan-kawan dia. Sabar ajelah!

So itulah ajelah gambar yang aku nak kongsikan untuk acara sukaneka Afif tahun 2014 ni. Tahun depan dah masuk primary school. Kejab aje kan?

Okaylah korang, aku nak bersiap untuk ke kelas driving ni. Sebut aje kelas driving, terasa macam ada butterflies in stomach pula! Hehe!

Till we meet again korang! Assalamualaikum!

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Hadiah Untuk Kejayaan (^_^)

11:30:00 pm Yana Yani 30 Comments

Baru-baru ni aku ada terbaca di surat khabar mengenai seorang artis yang menghadiahkan sebuah kereta mewah di atas kejayaan cemerlang anak dia dalam SPM.

Dalam dunia materialistik seperti hari ni, perkara macam tu bukannya pelik. Siapa sahaja boleh melakukan pekara macam tu, janji duit tinggi melangit! Hehe!

Cuma ianya menjadi hangat disebabkan populariti artis tersebut.

Kesian juga. Dia hanya berbangga dengan kejayaan anak dia sepertimana orang lain. Mungkin hadiah tu adalah ekspresi perasaan bangga dia.

Ibubapa mana yang tak berbangga dengan kejayaan anak sendiri, ye dak?

Aku teringat kisah tentang diri aku sendiri. Sejujurnya aku bukan seorang yang pandai dalam pelajaran. Tak kiralah betapa teruknya aku belajar, result tetap begitu.

Walau result aku agak teruk, Mak dan Abah aku tetap berbangga dengan aku. Paling terharu ketika aku diberikan hadiah untuk keputusan PMR yang tak seberapa.


Mereka menghadiahkan aku seutas jam berjenama Casio. Jam tu mungkin tak setanding kereta BMW tapi nilai sentimental pada jam tersebut yang buatkan ianya mahal bagi aku. 

Kerana hadiah itu, ia membuat aku bertambah bersemangat untuk terus membanggakan Mak Abah dengan cara aku sendiri.

Hadiah tu secara jujurnya amat bermakna dan sehingga sekarang aku masih menyimpan jam tersebut.


Aku memakai jam tersebut lebih dari sepuluh tahun sebelum ianya ditukarkan dengan jam pemberian Encik suami sempena hari jadi aku.

Time beli jam baru pun aku cari jam yang hampir sama dengan jam pemberian Mak Abah. Nampak tak betapa berharganya jam tersebut pada aku? 

  
Result aku tetap GALUS (antara gagal dan lulus) dari zaman sekolah rendah hingga masuk ke universti. 

Alhamdulillah, aku tetap berjaya menggenggam segulung Diploma walau tak pernah memenangi sebarang Anugerah Dekan apatah lagi Anugerah Naib Canselor. 


Hadiah pemberian Mak Abah walau kecil tetap menjadi pemangkin semangat untuk aku meneruskan usaha aku sehingga ke tahap sekarang.

Mungkin tak setinggi orang lain tapi aku tetap berbangga. Sekurang-kurangya hadiah itu pernah menjadi sebab untuk aku tersenyum lebar di hari konvokesyen aku (^_^)


P/S - Jangan lihat nilai harga sesuatu hadiah yang diterima, tapi nilailah keikhlasan si pemberi hadiah. Itulah yang membuatkan ianya priceless!

30 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Oh, Baru Tahu! (^_^)

11:41:00 pm Yana Yani 26 Comments

Selama ni urusan berkaitan pembelian rumah memang aku tak begitu ambil tahu sebab aku tahu ada orang yang akan menguruskan segalanya a.k.a Encik suami

Hanya selepas membaca perincian dalam Blog Mrs Secretary mengenai tips yang pelu dilakukan selepas menerima kunci daripada pemaju, barulah aku sibuk nak ambil tahu.

Time tu juga baru aku dok sibuk mencari perjanjian jualbeli yang selama ni aku baca tapi sekali lalu tanpa begitu memahami isu kandungan perjanjian tersebut.

Baru juga perasaan yang kami dah menandatangi perjanjian tersebut lebih daripada dua tahun. Time tu lah baru aku dok kelam kabut beritahu Encik suami.

"Eh sayang, rumah kita ni kita dah tandatangan lebih dari dua tahun. Sepatutnya kita dapat rumah dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kita tandatangan S&P" jelas aku panjang lebar.

"Ni bukan S&P lah!" kata Encik suami pada aku.

"Habis kalau dah bukan S&P, ni menatang apa pula?" tanya aku sambil membuka setiap helaian yang ada dalam S&P.

"Ni kan perjanjian jualbeli, bukan S&P" kata dia lagi.

"S&P tu maksud dia, sales and purchase lah. Jualbeli dalam English apa sayang?" tanya aku lagi dengan senyum kambing.

Lepas tu masing-masing dok gelak. Hehe! 


Sekiranya pihak pemaju gagal menyerahkan kunci dalam tempoh dua tahun dari tarikh perjanjian dibuat, maka kita sebagai pembeli berhak menuntut gantirugi di atas kelewatan tu.

So macamana nak buat calculation untuk kes macam ni? Senang aje.

Dalam perjanjian tu disebutkan yang pemaju akan memberi 10% setahun dari harga beli dan dari tarikh perjanjian ditandatangani.

Contohnya harga rumah adalah RM100k, dibahagikan dengan 10%, maka untuk setahun pembeli akan memperolehi RM10k. Jumlah ni lah yang akan dibahagikan mengikut bulan dan hari.

Faham?

Sediakan satu surat rasmi yang mengandungi butir diri, harga beli rumah dan juga tarikh perjanjian S&P ditandatangani. Serahkan surat tuntutan tersebut kepada pemaju.

Surat dekat bawah ni adalah contoh yang aku perolehi daripada pemaju. Boleh digunakan sebagai guidelines sekiranya ada dikalangan pembaca mempunyai masalah yang sama.


Lepas dah dapat kunci, kita kena pastikan bahawa rumah tu tiada sebarang kecacatan dan paling penting menepati spesifikasi yang terkandung dalam S&P.

Macam dalam kes aku, kecacatan paling ketara adalah kebocoran pada siling yang mencacatkan struktur dinding dapur dan bilik ke dua.


 Oh ya, jangan buat sebarang kerja ubahsuai pada waktu ni kerana pemaju tidak akan bertanggungjawab ke atas apa sahaja kerosakan pada struktur rumah walaupun masih dalam tempoh jaminan.

Jaminan penyelenggaraan biasanya diberikan selama dua tahun.

Isikan borang aduan kerosakan atau kecacatan dan hantar kepada pemaju untuk tindakan selanjutnya. Pemaju diberikan masa selama 30 hari untuk memperbetulkan sebarang kecacatan.


Tapi sekiranya pemaju gagal memperbetulkan kecacatan dalam tempoh tersebut, pembeli berhak memperbaiki dan memperbetulkan kecacatan itu sendiri.

Pembeli boleh claim atau memotong apa-apa kos tertunggak daripada pihak pemaju.

So diharapkan korang semua mendapat manfaat dari entry aku kali ni. Sekarang aku nak kena pergi sambung isi borang aduan kerosakan yang aku tinggalkan tadi.

Kang kena nagging. Hehe!

26 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Penantian Berakhir! (^_^)

11:27:00 pm Yana Yani 28 Comments

Hari ni aku begitu teruja berbanding kebiasaannya. Entah kenapa terasa excited bila dikhabarkan tentang penyerahan kunci oleh pihak pemaju.

So tengahari tadi kami sekeluarga ke pejabat pemaju yang terletak di Bandar Puteri, Klang. Sesampai kami di sana, kami disambut oleh Ms Jenny sebagai wakil pemaju.

Kami juga diterangkan beberapa perkara termasuk tuntuan kepada pemaju kerana gagal menyerahkan pemilikan kosong kepada kami seperti yang terkandung dalam perjanjian jualbeli (S&P)

Sepatutnya kami perlu membayar sejumlah wang, tapi kami dikecualikan kerana kelewatan penyerahan kunci kepada kami. Nanti akan aku terangkan hal ni di lain entry.

Yang pasti, penantian kami berakhir!


Kami diberikan beberapa cenderahati oleh pemaju, tapi aku paling suka kotak yang mengandungi kunci berbanding yang lain. Rasa macam unik sangat. (^_^)


Lepas dah settle urusan dengan pemaju, kami terus ke rumah kami untuk melihat rumah dan meneliti sama ada ia menepati spesifikasi sepertimana yang terkandung dalam S&P.

Afif dan Aisy seronok aje bila aku ceritakan yang ini adalah rumah yang bakal mereka duduki tak lama lagi. Afif yang paling seronok sebab mungkin dia dah faham berbanding Aisy.


Ada beberapa keadaan yang kurang memuaskan. Paling ketara adalah kebocoran pada siling rumah yang perlu kami laporkan pada pemaju.


Kami diberi masa tujuh hari untuk pengesahan spefikasi rumah dan tiga benda lain iaitu tombol pintu, tangki tandas dan nombor rumah.

Untuk sebarang masalah lain, kami diberi masa dua tahun untuk melaporkan sebarang kerosakan atau kecacatan fizikal.

Kami dah tick apa yang perlu diperbetulkan. Tinggal laporkan pada pemaju aje. Semua details tentang ni akan aku terangkan dalam lain entry sebagai guidelines.

Yang penting pada saat dan ketika ni, kami HAPPY di atas pemilikan ni! (^_^)

Syukur ALHAMDULLILAH.

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Meneman Mak Mentua (^_^)

11:26:00 pm Yana Yani 18 Comments

Mak mentua aku merupakan seorang tukang jahit. Dekat rumah dia memang ada satu bilik khas untuk dia menjahit atau menerima tempahan.

Suasana dalam bilik tu sama dengan suasana di mana-mana kedai tukang jahit. Aisy paling suka ke situ sebab ada macam-macam benda yang boleh dia explorer. Hehe!

Mak mentua aku biasanya semakin sibuk menerima tempahan untuk hari raya seawal beberapa bulan sebelum raya.

Yang peliknya, orang yang menempah minta dia tolong belikan kain untuk tempahan baju. Mungkin sebab mereka tu semua regular customer. Mak mentua aku pun dah kenal sangat minat mereka.

Petang tadi dia mengajak kami ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam pergi mencari kain untuk customer dia. Nagoya memang pilihan Mak mentua membeli kain sejak dari dulu.

Dia kata dekat situ murah berbanding tempat lain disamping mempunyai corak yang menarik.


Warna dan corak yang pelbagai buat aku rasa serabut kepala otak. Kalau aku yang disuruh membuat pilihan, mau pening jadinya.

Mak mentua aku beriaya mengatakan yang itu cantik, yang ni cantik. Kadang dia ada juga bertanya pendapat aku mengenai warna atau corak yang dia belek. 

"Yang ni cantikkan Na?" kata dia sambil membelek kain yang dimaksudkan.

Aku pula menjawab, "Cantikkkk!" siap dengan dengung sekali. Hehe

Aku tak pandai sebenarnya bab memilih kain ni. Baju yang aku pakai selama ni pun atas pilihan Encik suami. Sebab tu kalau suruh aku yang pilih, aku pening! Hehe!

Time dia tengah dok sibuk memilih, aku tinggalkan dia bersama Abah mentua aku. Menemanlah sangat katanya! Hehe! Tak sanggup aku bersoal jawab cantik dengan tak cantik.


Afif dan Aisy seronok aje sebab diorang boleh menyorok disebalik kain-kain tu. Aku pula yang risau dan tak tenteram bila dok tengok dia seronok berlari ke sana ke mari.

Teringat bibir Afif yang berdarah tertusuk besi penegang kain di tempat yang sama tak lama dahulu. Berlubang bibir dia time tu

Darah tak usah cakaplah, sampai ramai orang kerumun dia time tu. Tu sebab main terlompat-lompatlah! Lompat punya lompat, tertusuk besi tu. Mujur tak teruk.

Tadi banyak kali aku mengingatkan dia, "Afif ingat tak bibir Afif berlubang dekat sini?"

"Ye Afif ingat! Afif tak main lompat-lompat pun. Afif tengok kain dengan Aisy aje" jawab dia panjang lebar.


Encik suami pula berada di sudut kain langsir. Membelek beberapa jenis kain untuk rumah baru kami. Anyway semalam dapat SMS menyuruh kami mengambil kunci di pejabat pemaju.

Excited bukan main bila dapat SMS tu. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Raya tahun ni nampak gayanya kami dah berada di rumah baru. Syukur Alhamdulillah! (^_^)

So besok aku half day, nak pergi ambil kunci rumah! Seronoknya!


Berbalik pada cerita Mak mentua aku tadi, lama juga Mak mentua aku dekat situ. Sempat juga kami meronda di sekitar Plaza Alam Sentral ni sebab bosan menunggu. 

Umat manusia sikit punyai ramai tadi. Cuti hujung minggu kan.

Lepas dah beberapa ketika, barulah settle urusan Mak mentua aku di situ. Excited dia bila bercerita tentang kain yang dibeli sambil menunjukkan pada aku.

Aku pula act as normal. Melayankan aje cerita dia walau hakikatnya, TAK MINAT! Hehe!

  
Lepas tu kami pekena ABC Frado walau rancangan asalnya nak makan cendol dekat Seksyen 7. Tapi hujan lebat time tu, terpaksalah batalkan hasrat.

Makan ajelah ABC Frado.


Rasa dia tetap sama macam biasa walau bekas yang digunakan mengganggu selera kami. Rupanya peniaga di sini terkena tempias krisis air.

Semua makanan yang diorder, dilapik dengan bekas plastik atau pinggan pakai buang. 

"Minta maaf Bang, air tak ada" kata seorang peniaga yang menghantar mee bandung ke meja kami. Mungkin dia perasan reaksi kami yang terkejut melihat bekas yang dihantar.

Keadaan yang aku nampak tadi buat aku rasa macam tak nak pergi lagi aje.

------------------------------------

So itu ajelah korang ye cerita hari ni. Lain kali aku cerita benda lain pula. Idea dalam kepala otak ni sikit punya berlambang, ada aje benda yang aku nak ceritakan dekat sini.

Tapi itulah, kekangan masa buat aku tak boleh nak aktif sangat selain dari line internet yang kadang-kadang buat aku angin satu badan.

Minta maaf juga sebab belum berpeluang membalas kunjungan korang. Insya ALLAH, sooner or later sampailah aku ke teratak korang ye.

Jangan pula serik ke sini tau! (^_^)

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisy: Lelaki Ke? (^_^)

4:19:00 pm Yana Yani 29 Comments

Dayana Hanna Aisy dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sejak lahir ramai yang mengganggap Aisy adalah seorang bayi lelaki. Ada sekali tu seorang makcik ni tanya, "Lelaki ye?" sambil memegang jemari Aisy yang dalam pangkuan aku.

Padahal Aisy memakai gaun masa tu.

Tang mana entah yang lelakinya. Mungkin kerana bentuk muka atau nama Aisy itu sendiri yang biasanya digunakan untuk anak lelaki. Atau mungkin perwatakan?

Bertambah parah sebab kebelakangan ni pula aku banyak sarungkan dia baju lama abang dia. Nak tunggu rezeki beranak kecil lagi, entah bila.

Daripada baju tu rosak macam tu aje, baik diperturunkan.

Aisy tak suka sebab dia boleh kenal baju dia atau baju Afif. Satu rumah dia akan lari kalau aku nak sarungkan baju abang dia. Tak best kata dia. Hehe!

Tapi aku tetap sarungkan walau dia meronta tak mahu. Hehe! Kejam sungguh!


Mungkin dari segi perwatakan dia seperti lelaki, tapi Aisy tetap seperti kanak-kanak perempuan yang lain yang cukup suka mengganggu barang dapur Mama.

Malam tadi ketika dok sibuk menyediakan makan malam, aku kehilangan bakul yang mengandungi bawang. Memang dalam rumah ni, sorang aje yang dok suka bawa lari bakul tu.

Tetap sangkaan aku! Dia tengah seronok dok main masak-masak!


Jenuh memujuk dia memulangkan kembali bakul tu, aku minta satu pun dia tak bagi. Aku nak beli baru dia bagi aku beberapa biji bawang. Bertuah!

Disamping tu, Aisy mempunyai sifat keprihatainan yang tinggi sama seperti budak perempuan yang lain. Kebetulan malam tadi Afif demam panas, dia yang menjaga.

Kepala Afif dipicit bersama dengan tuala basah sehingga Afif tertidur. Sweet sangat dok tengok dia macam tu. Padahal aku tak suruh pun.

Kembang hidung dia bila aku memuji perlakuan dia. Siapa tak suka kena puji kan? Budak-budak pun suka dan ianya buat mereka rasa dihargai.


Yang pasti aku kena memujuk Encik suami supaya tidak lagi memotong pendek rambut anak dia. Kena biarkan panjang. Kalau tak, mau sampai ke besar orang confuse dengan jantina dia.

Last but not least, Dayana Hanna Aisy akan selamanya menjadi anak perempuan Mama (^_^)

P/S - Kelas pertama latihan pemanduan berjalan dengan lancar! Tak sangka aku boleh memandu kereta. Hehe! Bangga kejab (^_^)

29 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...