Macam Kajol? (^_^)

1:39:00 pm Yana Yani 2 Comments

Aisy macam Kajol?

Tang mana?

Aku pun tak tahu walaupun dalam hati kecil ni ada juga terselit rasa bangga sebab orang dok kata anak aku ada iras Kajol. Hehe!

Pada sesiapa yang tak kenal Kajol, beliau merupakan aktres Bollywood popular sekitar tahun 90-an sehingga ke hari ini. Beliau mula dikenali melalui filem Baazigar (1993) lakonan bersama Shah Rukh Khan.

Filem seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995), Kuch Kuch Hota Hai (1008) dan Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001) yang juga berganding bersama Shah Rukh Khan telah mempopularkan beliau dan menerima pelbagai anugerah.

Beliau merupakan isteri kepada aktor Ajay Devgan dan sepupu kepada Rani Mukherjee. Hasil perkahwinan bersama Ajay, beliau dikurniakan sepasang cahaya mata, Nysa dan Yug.

Anyway, berbalik kepada cerita Aisy tadi, aku pertama kali dengar orang cakap Aisy macam Kajol masa dia umur 3 bulan. Masa tu bawa dia ke klinik untuk imunisasi.

Doktor yang kami dah kenal agak lama dengan spontan berkata, "Eh Kajol datang lagi!" bila dia nampak aku mendukung Aisy ke bilik rawatan.

Sejak dari hari tu, makin kerap aku dengar Aisy digelar "Kajol".

Aku tak pasti sama ada mereka merujuk Aisy memang sebiji macam Kajol atau hanya perumpamaan disebabkan majoriti yang berkata, kening dia lebat.
Mak Mentua aku pula cukup seronok bila dia dengar orang lain panggil Aisy, Kajol. Al-maklumlah cucu perempuan tunggal (setakat ni)

Yang pasti, apapun yang orang lain cakap Dayana Hanna Aisy tetap anak Mama!

Apa pula readers rasa, Aisy ada macam Kajol tak? (^_^)






By the way, 2hb November hari tu Aisy cukup sebelas bulan. Setakat ni dia dah ada 3 batang gigi! Bila sengih nampaklah gigi taring yang baru tumbuh.

Duduk pun dah tegap tak payah bantuan lagi cuma dia belum pandai duduk sendiri. Dan paling kelakar sekali, orang lain merangkak dia pula mengesot!

Rasa macam kelakar pula bila tengok dia mengesot!

2 comments:

  1. ada...dekat kening yang tebal tue...first time jumpa budak tecik kening tebal sangat...heheh

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...