5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak

7:42:00 am Yana Yani 0 Comments

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak | Dahulu, perkataan sexual abuser atau pendera seksual merupakan sesuatu yang sangat tabu untuk dibincangkan. Kini, seiring dengan peredaran zaman, masyarakat lebih terbuka terutama dalam melindungi kanak-kanak dari pemangsa seksual. Jadi tidak hairanlah jika kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes yang melibatkan serangan seksual terhadap kanak-kanak didedahkan media. Bahkan pelbagai tips dan panduan dikongsikan bagi membantu ibu bapa melindungi anak-anak dari pemangsa seksual.

Cuma yang menjadi masalah, sesiapa sahaja di sekililing kita boleh jadi pemangsa seksual. Sama ada kita kenal atau tidak. Ditambah pula pendera seksual merupakan seorang yang bijak memanipulasi. Tapi kita juga tak boleh main serkap jarang. Ia boleh menimbulkan chaos dalam masyarakat dan paling kejam akan menyebabkan gangguan emosi kepada tertuduh. Lagipun korang harus ingat bahawa bukan semua pedophiles adalah pendera seksual. Bunyi macam pelik, tapi itu fakta tau!

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
Lindungi anak-anak kita dari pemangsa seksual

YY sebagai seorang Mama juga sangat concern dengan hal ini. Sentuhan selamat (akan YY bincangkan di dalam blog kelak) sering YY dedahkan pada Afif dan Aisyah sebagai salah satu cara YY melindungi mereka dari syaitan bertopengkan manusia. Di bawah ini YY kongsikan lima cara untuk membantu ibu bapa seperti YY mengenali profil pontesi pendera seksual kanak-kanak.

1 - Sesiapa sahaja boleh menjadi pendera seksual

Pendera seksual tidak berkongsi ciri-ciri fizikal, pekerjaan, hobi mahupun jenis personaliti yang sama. Mereka mungkin wujud di dalam mana-mana kaum, jantina mahupun agama. Kebanyakkan pendera seksual adalah mereka yang disenangi di dalam masyarakat. Mereka ni dari segi appearance kelihatan menarik dan baik, tapi pemikiran Nauzubilah!

Jangan ketepikan sebarang keraguan atau syak wasangka pada bahawa seseorang yang kita rasakan boleh menjadi pendera. Terutama apabila anak kita menunjukkan rasa resah atau gelisah dengan kewujudan atau kehadiran mereka. Ingat, "ALL CHILDREN who disclose about their abusers SHOULD BE BELIEVED"

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
Sesiapa sahaja boleh jadi pendera seksual

2 - Kebanyakkan pendera seksual dikenali kanak-kanak

Menurut statisti yang YY baca, 30 peratus daripada kanak-kanak didera adalah oleh mereka yang mempunyai pertalian darah seperti bapa kandung, bapa saudara, datuk kandung dan tiri. Manakala 60 peratus kanak-kanak pula didera oleh dewasa yang tidak biasa tetapi sangat dikenali oleh mangsa seperti pengasuh, guru dan jurulatih. Lebihan 10 peratus daripada kanak-kanak pula diserang oleh orang yang tidak dikenali.

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
Pendera seksual kebiasaannya dikenali

Berdasarkan statistik di atas kita boleh rumuskan bahawa 90 peratus kanak-kanak didera oleh orang yang mereka kenali. YY sangat sarankan korang tanamkan sedikit rasa syak wasangka terutama apabila melibatkan keselamatan anak-anak. Video di bawah adalah bukti kesahihan statistik di atas. Ia menceritakan seorang bapa tiri yang sangat baik di mata si ibu merupakan pendera seksual.

Antara yang menarik perhatian YY dalam petikan video tersebut di mana Catherine mengatakan, "They are the people we trust with our kids EVERY DAY"

3 - Ciri-ciri seorang pendera seksual

Walaupun sesiapa sahaja boleh menjadi pemangsa seksual, kebanyakkan ciri yang hampir sama yang wujud pada pendera seksual adalah mereka pernah menjadi mangsa dera sama ada secara fizikal atau seksual. Ada juga yang mempunyai masalah mental seperti gangguan personaliti. Ada sumber yang YY baca mengatakan bahawa hanya lelaki yang mengamalkan homoseksual lebih cenderung menjadi pendera.

Malangnya maklumat berkenaan tidak tepat. Semua lelaki berkemungkinan equally mempunyai pontesi menjadi pendera. Begitu juga dengan wanita.

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
Lelaki mempunyai potensi besar menjadi pendera

4 - Tingkah laku pendera seksual

Pedophiles mungkin mempunyai pekerjaan yang membolehkan mereka untuk berada di persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak, atau mencari jalan untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan mereka. Manakala pendera seksual pula cenderung untuk bercakap atau melayan kanak-kanak seolah-olah mereka adalah orang dewasa. Mereka juga sering mendakwa bahawa mereka sangat menyayangi kanak-kanak atau mereka berasa seolah-olah mereka masih kanak-kanak.

Ingat ye, ada beza antara pedophiles dan pendera seksual kanak-kanak.

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
Pendera seksual cenderung melayan kanak-kanak seperti orang dewasa

5 - Perhatikan kepada tanda

Di dalam bahasa Inggeris, perkataan "grooming" digunakan sebagai merujuk kepada kepada taktik yang digunakan pendera untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak (dan kadang-kadang ibu bapa) untuk menjadi mangsa seksual mereka. Pendera seksual akan berusaha untuk menjadi rakan kepada keluarga mangsa, adakala menawarkan diri untuk menjaga kanak-kanak, mungkin membelikan sesuatu atau menghabiskan masa lapang bersama.

Kebanyakkan pendera seksual tidak akan melakukan sebarang serangan sehingga mereka mendapat kepercayaan kanak-kanak terbabit.

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
"Grooming" sering digunakan bagi mendekati kanak-kanak

Pendera seksual kebiasaannnya akan menggunakan pelbagai teknik atau taktik untuk mendapatkan keyakinan kanak-kanak, seperti menyimpan rahsia (rahsia penting bagi kebanyakan kanak-kanak kerana mereka menganggap diri mereka seperti seorang dewasa dan rasa berkuasa). Selepas mendapat keyakinan, pendera seksual mungkin akan mendedahkan kanak-kanak dengan permainan berbentuk seksual dan bahan berunsur lucah. Sentuhan fizik akan bermula seperti peluk dan cium.

Mereka juga sedaya upaya mewujudkan rasa kasih sayang pada diri kanak-kanak disusuli dengan peras ugut mahupun rasuah. Perlu diingat bahawa taktik ini pada dasarnya digunakan untuk mengelirukan kanak-kanak. Video di bawah adalah contoh bagaimana penjenayah seksual (jiran dan rakan baik keluarga) menggunakan taktik untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak bernama Komal sebelum menjadikan Komal mangsa kepada jenayah jijik jiran tersebut.


Berikut pula adalah maklumat tambahan yang korang perlu ingat :

1. Jika kanak-kanak seorang yang suka menyendiri atau sentiasa keseorangan, ia menjadikan mereka sasaran mudah pemangsa. Take part dalam kehidupan anak-anak. Boleh mulakan dengan bertanya tentang sekolah mereka atau kenali rakan-rakan mereka. Ingatkan mereka untuk sentiasa berada di dalam kumpulan. Ia adalah sangat penting dan dalam kebanyakkan kes, ia boleh menyelamatkan anak kita.

2. Pedophile adalah seseorang yang mempunyai keinginan atau minat secara seksual terhadap kanak-kanak. Manakala seorang abuser adalah mereka yang mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak secara seksual tanpa mengira alasan.

Baca Paedophilia - Semua ibubapa patut TAHU!

3. Terdapat perbezaan yang jelas antara istilah pedophile dan pendera seksual kanak-kanak. Bukan semua pedophiles merupakan pendera seksual kanak-kanak dan begitu juga sebaliknya. Selalunya, terdapat motif tersembunyi untuk tingkah laku tidak bermoral tersebut dan ada yang secara tiba-tiba. Sumber yang YY baca mengatakan, ramai pedophiles mempunyai ketakutan pada minat mereka sendiri.

4. Ini tidak bermakna bahawa kita harus mempunyai rasa simpati kepada pedophiles. Apa yang mereka lakukan tetap sesuatu yang salah dan tidak normal.

5 Cara Mengenali Pendera Seksual Kanak-Kanak
Stop sexual abuse

YY harap apa yang YY kongsikan hari ini dapat membantu korang melindungi anak-anak korang dari syaitan bertopengkan manusia. Masih belum terlambat untuk bertindak. Mulai hari ini kita perbetulkan semula keadaan ni dengan memberi perhatian kepada anak-anak kita. Lindungi mereka dari pedophiles. Antara yang paling mudah adalah berhati-hati memilih gambar anak untuk di upload di media sosial. Ingat, pedophile adalah seseorang yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak.

Bagi melindungi anak-anak kita dari pemangsa seksual pula, ajar anak-anak mengenai sentuhan selamat. Pastikan mereka faham bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun. Badan mereka adalah hak mereka. Mereka berhak untuk berkata tidak kepada sesiapa pun termasuk diri kita sendiri. Korang juga perlu wujudkan komunikasi dua hala antara korang dan anak-anak. Paling penting, percaya pada setiap cerita anak-anak korang terutama apabila melibatkan sesuatu yang agak sensitif.

Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon perlindungan dengan kalimat-Mu yang sempurna dari segala gangguan syaitan, binatang atau serangga berbisa, dan segala pengaruh mata jahat terhadap anak-anakku. Tuhanku, turunkan keberkatan-Mu pada anak-anakku. Jangan izinkan sesuatu kecelakaan kepada mereka. Aamiin


Sumber: http://bit.ly/2ohL0i7

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Afif Bercerita Tentang Gadis dan Kahwin

7:59:00 am Yana Yani 3 Comments

Afif Bercerita Tentang Gadis dan Kahwin | Terasa agak lama YY tak bercerita perihal Afif dan Aisyah dalam blog. Sebenarnya memang sengaja YY "sorokkan" diorang dari dunia maya ni. Diorang ada aje, sedang membesar dan makin aktif. At this moment, masing-masing tengah sibuk dengan rutin sebagai pelajar. Tapi kan, YY terasa cepat betul masa berlalu. Nak suruh diorang kecil balik, memang mission impossible. Nampaknya gayanya nak kena consider penambahan ahli baru ni. Haha.

Afif, pada usia yang menghampiri sembilan tahun, boleh dikategorikan sebagai seseorang yang talkative. Ada sahaja cerita yang nak diceritakan. Kalau ambil dia balik sekolah, dah macam reporter melaporkan sesuatu berita ditempat kejadian. Time ni memang kebiasaannya segala benda dia akan ceritakan. Dari tak puas hati dengan harga makanan yang dia rasakan sangat mahal sehingga ke cerita betapa teruknya kawan-kawan dia yang mengejek dia tak pandai main badminton.

Kalau hari tu dia tiba-tiba senyap, something must going on. Sejak dah jadi Mama ni, YY pun dah dianugerahkan kuasa psikik. Don't play play!

Afif Bercerita Tentang Gadis dan Kahwin
Kompang dipalu, pengantin malu...ewah!!

Anyway, bercerita tentang tajuk yang YY share ni. YY nak ceritakan perbualan antara YY dan Afif yang berlaku baru-baru ni. Dua dialog di bawah, sekali dengar terasa nak marah. Yelah, umur camtu dah pandai nak cerita bab serius. Tapi at the same time terasa agak kelakar. Hilang pula rasa nak marah tu. Haha

Dialog nak kahwin

Afif: Mama, Afif rasa nak kahwin lah

(Terlopong Mama ni dok dengar respond dia camtu. Tapi cover line lagi. Cuba mengawal emosi dan minda dan jawab dengan setenang yang mungkin)
Mama: Ingat senang ke kahwin tu

Afif: Senanglah! (Eh, dengan tak bersalah dia jawab. Ada yang makan siku ni kang!)

Mama: Senang? Cuba cerita senang macamananya.

Afif: Pakai baju cantik-cantik, ambil gambar, ada kompang, bagi orang makan. Lepas tu pergi hospital, dah dapat baby (Amboi, senang betul kahwin rupanya ye)

Mama: Dah tu, camne nak bagi isteri dengan anak Afif tu makan?

Afif: Banklah!

Mama: Mana pula datangnya duit dari bank tu

Afif: Mama dengan Papa lah! (Ni memang nak kena makan siku tau! Kuang asam betul!)

Afif Bercerita Tentang Gadis dan Kahwin
Posing di majlis perkahwinan bebaru ni

Dialog ada gadis

Afif: Mama! Afif ada berita gembira!

(Mak tak sabar ni nak! Ni mesti nak bagitau result periksa giler gempak ni!)
Mama: Berita gembira? Apa dia?

Afif: Afif dah ada gadis baru! (Dengan muka excited dan langsung tak rasa bersalah)

(I was like, what? Gadis? Gadis merujuk kepada girlfriend bagi pemahaman Afif)
Mama: Amboi! Bukan main kau ye. Makan pun Mama suap lagi...bla...bla...bla...ada hati nak ada gadis! Mama dulu kecil-kecil tak pandai pun nak ada pakwe ke, makwe ni!

Afif: Mama kena menjiwai. Baru Mama rasa (Selamba badak kau jawab camtu ye! Memang nak makan siku budak ni tau!)

Mama: Ewah! Bla....bla...bla...(dan leteran pun bersambung)

Afif Bercerita Tentang Gadis dan Kahwin
Afif dan Aisyah

Pada usia macam Afif ni, mereka sangat naïve. Apa sahaja minat kebanyakkan dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Mungkin tak keterlaluan untuk YY katakan yang dia sebenarnya tak faham langsung apa yang dia katakan. Sebab tu rumusan yang dia berikan seolah sangat mudah. Of course sebagai seorang Mama YY cuba memberi nasihat sebaik mungkin. Penekanan tentang baik buruk tu perlu terutama dalam zaman yang penuh cabaran ni. But then, why so serious?

Kadang YY layankan juga cerita pasal pakwe makwe diorang ni. Haha

Dialog Aisyah suka Iqmal

Adik: Adik suka Iqmal

Mama: Siapa Iqmal?

Adik: Alah, dia naik van Cik Normah dengan Adik

Mama: Oh! Lelaki ke perempuan?

Adik: Lelaki macam Abang. Tapi Iqmal lagi handsome! (Penuh confident dia jawab dengan senyuman macam gambar dekat atas)

(Afif bengang, lepas tu terus menyampuk)
Afif: Jahatlah Adik ni! Abang banyak gadis pun tak pernah kata Adik tak comel!

Adik: Alah! Memang Abang tak handsome! (Okay, ni buat Mama nak gelak guling-guling)


Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepada-Mu dan (jadikanlah juga) di antara keturunan kami umat yang berserah diri kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami manasik (cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji) kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang - Surah Al-Baqarah Ayat 128

3 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak

7:48:00 am Yana Yani 2 Comments

Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak | Sejak menggunakan blog sebagai platform untuk menceritakan hipertiroid yang YY hidapi sejak tahun 1996, YY banyak menerima pertanyaan dari rakan senasib. Malahan ada juga yang hanya sekadar ingin bercerita, meluahkan perasaan yang terpendam. Selain dari rawatan radioaktif iodin, makanan yang pesakit tiroid perlu elak adalah antara pertanyaan yang kerap ditanya. So hari ini YY akan kongsikan mengenai makanan yang pesakit tiroid perlu elak.

Sebenarnya agak payah nak terangkan apakah makanan yang pesakit tiroid perlu elakkan. Ia banyak bergantung kepada penerimaan badan seseorang pesakit tiroid itu sendiri. Tapi ada banyak laman sesawang yang membincangkan mengenai pemakanan untuk pesakit tiroid mengatakan bahawa pesakit tiroid perlu elakkan pengambilan goitrogen yang merupakan bahan semulajadi dalam sesetengah makanan yang boleh mengganggu pengeluaran hormon tiroid.

Berdasarkan pembacaan dan penjelasan doktor sepanjang YY bergelar pesakit tiroid, ada dua makanan yang paling kerap dinasihatkan untuk dikurangkan pengambilannya atau dihapuskan sepenuhnya dalam diet seharian.

Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
Imej http://bit.ly/2cj8vU8

Produk berasaskan soya

Soya adalah antara makanan yang mempunyai goitrogen. Katanya kalau kita makan terlalu banyak soya, ia boleh menjadi pencetus kepada penyakit tiroid. Malahan ada beberapa kajian yang dilakukan terhadap soya mendapati soya mempunyai pelbagai kesan negatif terhadap fungsi tiroid. Bagi sesetengah pesakit tiroid pula, soya dikatakan boleh menghalang keupayaan badan untuk menyerap ubat tiroid dengan betul.

Soya digambarkan sangat tidak selamat untuk pesakit tiroid. YY secara jujurnya baru tahu yang pesakit tiroid tak boleh mengambil produk berasaskan soya walau dah dua dekad menjadi penghidap tiroid. Haru betul! Disebabkan rekod buruk soya ni, ramai dietitian yang mensyorkan agar kita menghapuskan pengambilan soya dalam diet seharian sebanyak yang mungkin.

Tapi ada juga yang kata soya boleh diambil dengan kadar minimal. Contohnya satu hidangan makanan berasaskan soya dalam sehari. Pun begitu korang sangat dinasihatkan untuk tidak makan makanan berasaskan soya dalam masa tiga hingga empat jam sebelum pengambilan ubat. Ia bertujuan bagi mengelakkan sebarang gangguan penyerapan ubat tiroid.

Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
Imej http://bit.ly/2ojiqwW

Cruciferous - Tumbuhan daripada keluarga kubis

Brokoli, kubis bunga, kubis dan banyak lagi (Korang boleh dapatkan senarai lengkap sayuran cruciferous di sini) adalah antara makan kegemaran YY. YY paling suka sangat makan coleslaw KFC tu. Tapi bila YY disahkan menghidap hipertiroid pada usia 13 tahun, ramai yang menasihatkan YY supaya tidak mengambil sayuran berkenaan. Sama seperti soya, ia dikatakan mengganggu hormon tiroid.

Tapi YY jadi keliru apabila ada sesetengah doctor dan sumber yang mengatakan sayuran dalam kategori ini perlu dielakkan terutama jika ia mentah. Ada pula yang kata boleh dimakan sekiranya dimasak sepenuhnya. Ia disokongkan dengan dakwaan bahawa enzim dalam sayuran berkenaan akan musnah apabila dimasak.

Bagi mengelakkan kekeliruan, YY banyakkan lagi membaca. Sebenarnya kesemua sayuran dalam keluarga cruciferous ini boleh dimakan tapi dengan menghadkan pengambilannya. Pengambilan yang terhad tidak akan memberi kesan buruk kepada fungsi tiroid. Tapi pastikan sayuran berkenaan dimasak sepenuhnya sebelum makan. Nak makan mentah boleh, tapi kurangkan ye. Yes! Boleh makan coleslaw lagi lepas ni!

Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
Imej http://bit.ly/2ocZrHR

Secara jujurnya agak sukar untuk memperincikan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dimakan bagi pesakit tiroid. Korang kena jadikan badan korang bahan ujikaji. Sekiranya selepas pengambilan sesuatu makanan atau minuman, korang rasa lemah badan, pening, loya, muntah sesak nafas, rasa tak selesa pada kalenjar tiroid berdenyut pada leher atau sebarang rasa tidak selesa maka korang boleh dirumuskan bahawa makanan atau minuman tersebut tidak sesuai dengan korang.

Tapi selama YY menghidap penyakit tiroid ni, ramai rakan pesakit yang mengelakkan pemakanan sayuran dari keluarga cruciferous seperti kubis, brokoli dan bunga kobis. Kebanyakkan di antara mereka mengatakan sayuran berkenaan menyebabkan badan mereka menjadi lemah. But again, lain orang lain penerimaannya. Silalah dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.

YY rasa itu sahaja yang dapat YY kongsikan. Diharap coretan YY berkenaan topik ini memberi manfaat kepada semua yang membaca. Buat rakan pesakit tiroid sekalian, stay positive. You are not alone (^_^)

Sumber: http://bit.ly/2oNVxV9

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati

10:31:00 am Yana Yani 4 Comments

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati | Kita semua tahu bahawa satu hari nanti kita semua, tanpa mengira usia, darjat, jantina mahupun bangsa, kita pasti akan menghadapi kematian. Mati itu PASTI! Malahan bab ini sudah dijelaskan dengan tegas di dalam Al-Quran. Salah satunya di dalam surah Al-Anbiya ayat 35 di mana dalam ayat tersebut, ia mengatakan bahawa setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tiada satupun yang kekal, kecuali DIA yang SATU.

Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai satu cubaan; dan kepada Kami lah kamu akan dikembalikan - Surah Al-Anbiya, Ayat 35

Yang kita tak tahu adalah bila, di mana dan bagaimana cara kematian itu akan menjemput kita. So bila menyentuh bab yang tu, ia boleh dikatakan sesuatu yang misteri. Sebab ianya kekal menjadi rahsia DIA, Tuhan Pencipta sekalian alam.

Baca: Mati itu PASTI

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Minggu ni, YY sekeluarga mendapat perkhabaran duka.

Berita kepulangan jiran sebelah rumah YY kepada DIA yang SATU merupakan sesuatu yang sangat mengejutkan kami sekeluarga. Kami, dua keluarga ini, boleh dikatakan sangat rapat. YY dan isteri arwah sering bertukar juadah masakan. MyChintaHati dan arwah pula kerap berborak berjam lamanya di laman rumah. In fact, anak arwah merupakan kawan baik Afif dan Aisyah. So bila kami mendapat perkhabaran yang arwah sudah kembali mengadap TUHAN pencipta alam, ia sangat mengejutkan.

Arwah lebih muda dari YY dan MyChintaHati. Baru berusia 32 tahun. Ia secara tak langsung melahirkan rasa keinsafan pada diri YY. Memberi mesej jelas yang mati itu pasti. Ia boleh berlaku di mana sahaja dan tidak mengenal usia.

Baca: Pemergian Yang Tak Diduga

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Mesej dalam komunti taman perumahan YY

Selepas mendapat perkhabaran duka tersebut, YY dan keluarga disertai dengan jiran-jiran yang lain menziarahi jenazah. Menurut cerita yang didengari, arwah meninggal ketika tidur berdasarkan keadaan mayat yang ditemui dalam keadaan berbaring di atas katil oleh isteri arwah. Hasil bedah siasat yang dilakukan, punca kematian adalah asphyxia atau dalam bahasa mudah, kekurangan oksigen di dalam badan.

Keesokkan harinya, YY dan MyChintaHati berpeluang menziarahi jenazah buat kali terakhir. Kami juga mengiringi jenazah sehingga ke kubur.

Bayangan si anak yang menangis ketika melihat jenazah buat kali terakhir masih segar di dalam ingatan YY. Korang tau, anak ini cukup petah berkata-kata. Tutur kata dia seolah tidak padan dengan usia. Dia juga punyai senyuman yang sangat manis. Tapi hari itu, YY tak dengar dia bercerita seperti kebiasaannya. Hari itu juga buat pertama kalinya YY melihat dia meratap pilu. Aduh, sebak YY melihat keadaan dia. Tak sanggup menatap babak itu lama-lama. Anak itu kini sudah menjadi yatim.

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Mati adalah pasti

Jadikan cerita yang YY ceritakan di atas sebagai satu pedoman. Sooner or later kita semua pasti akan menghadapi kematian. So di hari Jumaat yang mulia ini, YY nak ajak korang semua mengingati kematian. Dengan mengingati mati, secara tak langsung ia akan melahirkan keinsafan. Automatik akan rasa takut melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Kita pasti akan lebih fikirkan tentang bekalan dan amalan yang akan dibawa apabila tibanya saat kematian.

Mengingati mati tak cukup dengan hanya menyebut, "Aku takut mati". Kita perlu membayangkan ketika roh akan dicabut daripada jasad. Bayangkan bagaimana roh meninggalkan jasad kita. Bayangkan bagaimana perasaan kita ketika jasad dimandikan, dikapankan, dan ketika jasad kita diusung di dalam keranda. Malah kita juga perlu membayangkan keadaan jenazah kita yang diturunkan ke liang lahad sehinggalah saat disoal oleh malaikat Mungkar dan Nangkir.

Cuba bayangkan yang ini pula. Pada waktu kita sedang lena tidur, malaikat mengejutkan kita dari tidur dan dia berdiri dekat dengan kita. Kemudian malaikat menyebut kepada kita, “Wahai anak Adam, aku mencari setitis air untuk kamu minum, tetapi sudah tidak ada. Aku cari selangkah untuk kamu melangkah, sudah tidak ada. Aku mencari sepatah perkataan yang keluar daripada mulut kamu, tetapi sudah tidak ada. Wahai roh, sila keluar daripada jasad ini.”

Takut bukan?

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
Kita semua bakal menjadi mayat

Kita semua tahu dengan mengingati mati, ia memberi keinsafan bahawa hidup di dunia adalah sementara. Ia sekaligus menggerakkan diri kita untuk segera bertaubat.

Di dalam sebuah hadis menyebut pernah suatu ketika Rasulullah SAW duduk di kalangan para sahabat baginda, lalu sahabat-sahabat bertanya kepadanya siapakah yang paling cerdik di kalangan mereka. Baginda bersabda, mereka yang cerdik ialah orang yang sentiasa menyebut tentang kematian, orang yang mempersiapkan dirinya untuk menghadap Allah suatu ketika nanti, maka itulah secerdik-cerdik manusia. Rasulullah bersabda, orang ini tatkala pergi menghadap di depan Allah, dalam keadaan yang penuh dengan kemuliaan dunia (Riwayat Abdullah bin Umar r.a).

Marilah kita sama-sama beringat yang kita akan kembali kepada DIA satu hari nanti. Ingat DIA di setiap kesempatan yang ada, tidak kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun kerana apabila kita mengingati ALLAH, sudah pasti ALLAH juga akan mengingati hamba-Nya.

Sumber: http://bit.ly/2p2bl7V

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur

7:13:00 am Yana Yani 6 Comments

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur | Menurut kajian Sains, kita memperuntukkan lebih kurang satu pertiga kehidupan kita dengan tidur. Tidur dari sudut Sains merujuk kepada keadaan semulajadi untuk minda dan badan berehat dengan kedua mata ditutup. Dalam bahasa mudah ia merujuk kepada keadaan di mana kita berehat sepenuhnya dalam keadaan tidak sedar dengan kedua mata terpejam. Jelas sekali tidur merupakan satu nikmat kurniaan Allah kepada manusia.

Ia seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang maksudnya seperti berikut:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan - Surah Ar-Rum ayat 23

Tidur yang cukup dan berkualiti mampu membuat tubuh badan kita sihat dan cergas. Tapi tahu tak bahawa kualiti tidur kita banyak bergantung kepada postur tidur kita?

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur
Imej http://bit.ly/2ofwytY

Yup! Banyak kesakitan yang kita alami ketika tidur adalah disebabkan postur tidur yang salah. Contoh seperti sakit leher dan bahu. Bila bangun tidur, sakit sangat di bahagian tersebut. Ia sekaligus beri impak ketika kita bekerja di siang hari. YY paling kerap kena cramps yang antara lain adalah disebabkan penyakit yang memang YY hidapi. Sakitnya Tuhan ajelah yang tahu bila cramps menyerang time tidur.

Hari ni YY nak kongsikan cara dari sudut Sains yang mampu membantu mengelakkan kesakitan yang dialami ketika tidur.

1) Sakit Bahu

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur
Sakit bahu

Jika korang bangun tidur dengan bahu sakit, elakkan tidur secara mengiring, terutamanya pada bahu yang terasa sakit. Korang juga tidak digalakkan untuk tidur secara meniarap kerana ia hanya akan menambah kesakitan. Cara yang betul adalah dengan baring secara terlentang dengan bantal yang sesuai.

Korang juga disarankan untuk memeluk bantal lain kerana ia amat membantu dalam memberikan kedudukan bahu yang betul dan stabil. Jangan tidur dalam keadaan tangan di bawah kepala kerana ia menghasilkan kedudukan bahu yang luar biasa. Ia juga boleh menjadi faktor kesakitan pada bahu.

2) Sakit Leher

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur
Sakit leher

Jika korang mudah terkena sakit leher, tidur secara terlentang dengan bantal di bawah kepala dan bantal di bawah setiap lengan adalah solution terbaik. Korang juga perlu memilih bantal yang bersesuaian.

Boleh tidur secara mengiring, tapi pastikan bantal yang digunakan tidak terlalu tinggi. Ketinggian bantal harus bersesuaian dengan lebar bahu. Ia bertujuan membantu memberikan kedudukan yang betul pada leher. Korang juga dinasihatkan jangan tidur secara meniarap kerana ia akan memberi ketegangan kepada leher yang sakit.

3) Kejang Kaki (Cramps)

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur
Cramps

Kejang kaki atau cramps adalah masalah biasa bagi pesakit tiroid seperti YY. Cramps adalah keadaan apabila bahagian otot di kaki mengetat secara tiba-tiba. Menurut statistik, hampir 80% daripada orang yang mengalami masalah ini, adalah disebabkan masalah kesihatan yang mereka alami sama ada disedari ataupun tidak. Kalau terlalu kerap, korang dinasihatkan berjumpa doktor. Tapi doktor pun hanya akan bagi ubat sapu atau makan bagi mengurangkan kesakitan.

Hanya ada satu penyelesaian bagi mengurangkan kesakitan akibat cramps. Korang kena bersenam. Yup, bersenam! Itu aje solution bagi menguatkan bahagian yang sering terkena cramps. Selain dari tu, korang boleh juga mengurut bahagian yang kerap terkena cramps sebelum tidur. Tapi bersenam tetap cara yang paling digalakkan.

4) Sakit Pinggang

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur
Sakit pinggang

Kalau korang mempunyai masalah sakit piggang, korang kena pastikan lengkung tulang belakang berada dalam keadaan normal. Maksudnya jangan bagi sebarang tekanan pada tulang belakang. Jika tilam terlalu lembut, korang perlu gantikan dengan yang lebih bersesuaian. Ada doktor yang menggalakkan tidur di atas lantai dengan alas yang tidak terlalu lembut.

Tidur secara terlentang adalah kedudukan yang terbaik. Korang juga dinasihatkan meletakkan bantal di bawah lutut untuk membantu tulang belakang berada dalam keadaan semula jadi. Ia juga membantu mengurangkan ketegangan. Korang juga boleh letakkan tuala di bawah bahagian bawah belakang sebagai alat sokongan tambahan.

Cara Mengelak Kesakitan Dialami Ketika Tidur
Imej http://bit.ly/2np0rEE

Itu sahaja yang YY dapat kongsikan berkenaan topik hari ini. YY harap perkongsian ini memberi manfaat bagi yang membaca. Ingat, kesakitan ketika tidur boleh dielakkan jika kita berada dalam posisi yang betul dengan disokong tilam dan bantal yang sesuai. Bangun di waktu pagi juga pasti lebih ceria (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Sumber: http://bit.ly/2kEATnW

6 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade

7:48:00 am Yana Yani 4 Comments

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade | Sabtu baru ni YY berkesempatan menyaksikan pertandingan karaoke 1 Min 2 Fame yang telah dianjurkan buat kali kedua oleh K Song Family KTV di Klang Parade. Memang sangat meriah! Bayangkan sampai sekarang pun YY teringat kehangatan pertandingan yang disertai seramai 15 orang. Khabarnya kesemua peserta di pilih berdasarkan video yang mereka siarkan di Instagram peribadi masing-masing dengan menggunakan hashtag #KSongKaraoke, #KlangParade dan #1Min2Fame

Menambahkan kehangatan pertandingan ini adalah ia di"kemudi" oleh Azizi Zakaria yang sangat happening. Pandai dia buat orang melekat tau. Lepas tu, barisan juri pun bukan sebarangan. Ada Dina Nadzir yang kini lebih aktif menjadi DJ radio. Lepas tu, ada Riz Zaizizi. Jujurnya kan, YY tak kenal siapa mamat ni. Mujur ada Google. Barulah YY tahu yang dia merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim keenam. Well, faktor usia mungkin antara penyebabnya. Haha!

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Barisan juri yang terdiri dari Dina Nadzir dan Riz Zaizizi
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Pengacara yang sangat cute. Eh, silap! Happening! Haha!

By the way, penganjur pertandingan karaoke ni, K Song Family KTV merupakan pusat karaoke yang terletak di Tingkat Lima, Klang Parade. Ia dibuka setiap hari bermula 10 pagi sehingga tiga pagi tau. Sape yang kaki karaoke tu, jangan lupa singgah kat sini eh.

Berbalik pada cerita pertandingan tadi, walau ia hanya pertandingan karaoke, tapi jangan memain tau! Semua peserta hebat-hebat belaka ditambah dengan sistem bunyi yang sangat awesome! Korang bayangkan, YY nak gerak ke tandas pun rasa cam melekat. Tapi tipulah kalau YY kata YY melekat aje kat situ. Haha! YY just nak gambarkan kehebatan peserta yang terlibat. Lepas seorang peserta ke peserta yang lain buat persembahan, korang jadi susah nak predict siapa pememang.

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Nampak tak betapa meriahnya pertandingan karaoke ni.
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Blogger Reef adalah antara salah seorang peserta

Memang masing-masing, hebat-hebat belaka! Sebab tu YY tak boleh jadi juri! Memang confirm semua orang YY jadikan pemenang kang! Haha! Anyway kalau korang nak tahu, salah seorang peserta pertandingan tu adalah Blogger Reef. YY pun baru hari tu tau dia participate. Tapi kan, memang best giler dia nyanyi. Meremang dibuatnya. Kalau korang nak tengok persembahan dia, korang boleh usha video tu di Instagram Reef, @reefoffical.

Hasil dari markah yang diberikan oleh para juri, maka pememang pertandingan karaoke 1 Min 2 Fame Vol. 2 anjuran K Song Family KTV adalah seperti yang tersenarai di bawah. Blogger Reef adalah salah seorang pemenang! Tahniah Reef!

Johan: Faisal Md Saad
Naib Johan : Ardi Gunsuh
Tempat ketiga: Shariffudin Azhar Omar (Blogger Reef)

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Ni lah dia barisan pemenang yang berjaya menambat hati juri
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Sempat Dina Nadzir buat persembahan

Sebelum YY menonton pertandingan karaoke yang sangat happening tu, YY sempat menjamu selera di food court yang terletak di Tingkat Lima. Anyway, lama giler YY tak makan dekat sini. Satu ketika dulu YY kerap juga makan dekat sini sebab tempat YY kerja dulu terletak di belakang Klang Parade ni aje. Tapi masa tu masih bangunan lama. Lepas diorang buat renovation shopping mall ni, memang YY tak pernah sampai dah.

Tapi kan korang, food court di Klang Parade dikenali sebagai Next Food Junction. Sangat besar tau sebab ianya terbahagi kepada dua seksyen iaitu makanan Halal dan tidak Halal. So takde isu in term of makanan. Tinggal pilih aje nak makan apa. Jangan rambang mata sudahlah sebab pilihan makanan kat sini agak huge. Mujur YY memang dah aimed nak makan makanan Western aje.

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Ruang makan di Next Food Junction
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Jumpa dah restoran yang menjual Western food! Yeah!

Dalam banyak-banyak menu yang tersenarai, YY tertarik dengan Butter Rice With Grill Chicken Chop. Harga dia adalah RM12.90. Memang okay sangat pada YY. Rasa grill chicken chop tu best sangat pada tekak YY. Kalau datang lagi, memang YY nak order benda yang sama. Confirm! Air pula YY beli jus oren yang berharga RM4.50. Hak ni pun not bad. Especially kalau dinilai dari segi kepadatan rasa.

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Butter Rice With Grill Chicken Chop
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Bila kenyang, senang hati (^_^)

Sebelum makan tu pula, YY pergi shopping di Tingkat Satu dulu. Memang best giler korang weh! Lagipun cer cakap perempuan mana yang tak seronok bila dapat shopping kan. Dia punya feeling tu dah macam dunia ni, kita yang punya. Lepas tu duit pun dah macam air paip mengalir laju aje kalau tak beringat. Silap percaturan, mau hujung bulan makan serdak biskut aje! Haha! YY pun nyaris jadi macam tu bila pergi ke Next Ladies.

Melangkah aje ke bahagian depan Next Ladies, istighfar panjang YY dibuatnya korang weh! Baju-baju dekat situ cantik giler! Serius! Tak tipu! Dah lah murah!

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Berpinar biji mata sebelum masuk
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Memasing muka excited sebelum shopping

Harga blouse mahupun dress di sini boleh dimiliki serendah RM20 tau. In fact ada macam-macam pilihan warna dan juga design. Memang rambang mata! Kalau YY dibagi RM1000 pun belum tentu puas nak membeli dekat situ. Satu peringatan dari YY, pastikan korang dah jelajah ke setiap ceruk butik sebelum buat keputusan nak beli. Butik Next Ladies ni, tersangatlah luas korang weh! Jangan jadi macam YY, dah beli, baru nampak yang lagi murah. Tak guna! Haha!

Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Terasa cam nak pitam tengok pilihan baju yang ada
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Nampak tak muka kepuasan tu dengan diapit Dina Nadzir

Sabtu lepas memang antara hari yang sangat menyeronokkan. Tak sangka semua tu boleh didapati dalam satu bangunan yang sama. Klang Parade. Dapat tengok kehangatan pertandingan karaoke anjuran pusat karaoke popular, K Song Family KTV. Not to forget menjamu makanan yang menyelerakan di Next Food Junction and of course, shopping di Next Ladies.

Oh ya, sebelum YY terlupa. YY difahamkan ada banyak lot kedai yang boleh disewa di Klang Parade. So pada sesiapa yang ada perniagaan dan berminat nak buka stall di Klang Parade, korang boleh hubungi Cik Azel di talian +6012 313 8668.

Jom berniaga di Klang Parade

Kalau korang singgah ke bandar Klang, pastikan korang datang ke Klang Parade tau. Sebab semuanya ada dekat sini (^_^)

NEXT Ladies

K Song Family KTV

NEXT Food Junction

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Gara-Gara Terbayang Cerita Seram

7:42:00 am Yana Yani 5 Comments

Gara-Gara Terbayang Cerita Seram | Dua tiga menjak ni, dekat newsfeed Facebook, asyik dok keluar cerita seram aje. Alah yang cerita dekat rumah sewa Taman Medan tu. Kalau baca memang tak nafikan level seram semacam. Silap haribulan boleh terbayanglah apa yang diceritakan. Lagilah orang penakut macam YY ni. So siapa yang belum baca cerita seram dekat rumah sewa Taman Medan tu, boleh baca pautan yang YY sediakan di bawah. Kalau lemah semangat jangan baca tau. Hehe!


Pada YY, baca cerita seram memang menyeramkan sebab suasana cerita tu dibina berdasarkan imaginasi kita sendiri berbanding dengan menonton cerita seram. Lagipun feel dia lain sikit sebab level seram tu terbina hasil khayalan orang lain. Anyway, abaikan pasal tu sebab YY bukan nak elaborate cerita seram kat rumah sewa Taman Medan tu. YY nak cerita kejadian yang berlaku pada diri YY sendiri gara-gara dok terbayang cerita seram yang YY pernah baca.

Baca: Mana Lebih Seram?

Gara-Gara Terbayang Cerita Seram
Seram

Dulu masa dekat tempat kerja lama, office YY terletak di tingkat 21. Lama juga YY kerja dekat situ. Lebih lapan tahun. Tapi satu yang tak berubah sejak mula bekerja sehingga ke saat last day bekerja adalah YY tak akan ke tandas selepas waktu kerja. Kalau dah pukul enam petang, memang YY sanggup tunggu lif ke tandas ground floor walau keinginan membuang hajat ketika tu pada level memuncak. Ni gara-gara teringat cerita rakan office sebelah yang dengar cerita dari makcik cleaner.

So bila ke tempat kerja baru, pandangan YY pada tandas masih tak berubah. YY masih tak selesa ke tandas terutama apabila hari sudah lewat petang. Kadang kepala otak ni automatic dok terbayang benda yang bukan-bukan bila berada di dalam tandas. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu time YY berada di dalam tandas, YY terdengar seolah ada orang sedang bersin di luar tandas. Bila YY buka pintu, tak ada orang langsung. Mula-mula YY abaikan aje keadaan tu.

Tapi kalau setiap kali YY ke tandas dok dengar bunyi sama, emosi terganggu juga. Dari tak rasa takut, mula terasa takut. Dalam kepala otak dok fikir, "Dah kenapa "benda" ni dok suka sangat bersin". Seriously rasa takut, tapi still cover perasaan. YY tak pernah cerita pada sesiapa. Lagipun ada juga terasa yang ianya mungkin hanya perasaan YY sahaja. Masuk bulan ketiga YY di tempat kerja baru, akhirnya YY dapat detect dari mana bunyi bersin yang selama ni dok menghantui YY.

Rupanya bunyi bersin tu datangnya dari automatic air freshener!

Gara-Gara Terbayang Cerita Seram
Automatic air freshener

Cis! Kuang asam tau! Dah tiga bulan kerja baru YY nampak benda tu tergantung! Yang si pencipta automatic air freshener ni pun satu hal tau. Dalam banyak bunyi, kenapa bunyi bersin juga yang diorang dok buat. Saja bikin suspend pada insan berjiwa lemah macam YY ni tau. Haha! Ni semua gara-gara terbayang cerita seram. So moral dari cerita YY ni, jangan baca cerita seram. Selain dari takde faedah, ia juga hanya akan mengganggu ketenteraam jiwa korang. Haha!

Itu ajelah bebelan YY di hari Jumaat yang mulia ni. Take care korang ye. Oh, jangan lupa baca sepuluh ayat terakhir dalam surah Al-Kahf ye.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

5 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Uber

7:52:00 am Yana Yani 7 Comments

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Uber | Dulu kita kerap dengar yang duit bukan segalanya. Tapi hari ini, ia tidak lagi relevan kerana segalanya perlukan duit. Kos sara hidup pada hari ini sangat tinggi. Disebabkan itu YY tak rasa pelik jika ada antara korang memilih untuk melakukan lebih dari satu pekerjaan. Tapi bila kita dah buat dua pekerjaan ni, automatik ia menuntut komitmen yang sangat tinggi. Banyak masa dan tenaga yang korang perlu kerah. Penat weh!

Tahu tak yang sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk korang jana pendapatan tambahan. Korang boleh mendaftar sebagai pemandu Uber di Malaysia.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Uber
Dengan Uber, kita boleh jadi bos

YY difahamkan semakin hari, semakin ramai yang mula menunjukkan minat menjadi pemandu Uber. Ini kerana ia merupakan cara untuk mendapatkan pendapat tambahan paling fleksibel. Ia juga seakan-akan satu pekerjaan sambilan yang mudah dilakukan mengikut kehendak korang. In fact korang tidak terikat dengan sebarang perjanjian.

Antara manfaat paling hebat apabila korang menyertai Uber adalah korang boleh menjadi bos kepada diri korang sendiri. Korang boleh mengawal sepenuhnya sebanyak mana pendapatan tambahan yang korang mahu dan korang boleh memandu pada bila-bila masa sahaja. Korang yang tetapkan jadual korang sendiri. You be the boss!

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Uber
Tips mudah untuk jana pendapatan tambahan sebagai pemandu Uber

Dengan Uber, korang memang boleh buat banyak duit. Sebabnya korang akan mendapat 80% dari apa yang dibayar penumpang. Lepas tu, lagi banyak korang memandu, lagi banyak pulangan yang korang perolehi. Untuk makluman korang, pihak Uber akan membayar wang tambahan kepada pemandu yang berada di core area. Core area ni merujuk kepada kawasan yang terdapat ramai penumpang.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Uber
Moh jana pendapatan tambahan dengan Uber

Untuk menjadi pemandu Uber, korang hanya perlu mempunyai kenderaan sendiri yang tidak melebihi usia 10 tahun. Korang juga perlu punyai lesen memandu yang sah dan telefon pintar. Cara nak daftar pun sangat mudah dan percuma! Kalau korang daftar hari ini, tak lama lepas tu korang dah boleh bergelar pemandu Uber. Lagipun nak mendaftar tidak mengambil masa yang lama. Hanya sekitar empat minit.

Jana Pendapatan Tambahan Dengan Uber
Klik banner untuk mendaftar

Nampak tak betapa mudahnya nak jana pendapatan tambahan dengan Uber. Korang hanya perlu daftar, memandu pada bila-bila masa yang korang suka, pastikan berada di dalam kawasan core area dan lepas tu dapat duit! So tunggu apa lagi weh. Moh ler jana pendapatan tambahan dengan Uber. Cepat daftar sekarang!

7 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini

7:32:00 am Yana Yani 13 Comments

Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini | Sejak YY disahkan menghidap hipertiroid pada usia 13 tahun, sekitar tahun 1996, YY rasa sangat keseorangan. Tiada kawan untuk mengadu atau bercerita. Even kalau ada, lebih banyak kelukaan dirasai. Seolah-olah apa yang YY alami hanya satu ilusi. Sedihnya, hanya Tuhan yang tahu. Bertitik tolak dari keadaan itu, sikit demi sedikit YY bina tembok "pengasingan". Lagipun hati tak kuat berhadapan dengan justification orang. Akhirnya, YY berjaya "menghapus" sepenuhnya masalah kesihatan YY dari pengetahuan orang.

Despite all of that, YY sangat bersyukur kerana punyai keluarga yang sangat supportive. Tapi entah kenapa, rasa tak cukup. Terasa kewujudan "orang luar" itu perlu untuk luahkan sisi lain yang tersorok. Blog akhirnya digunakan sebagai platform untuk YY meluahkan apa yang terbuku di hati. Blog buat YY mula rasa "bernyawa". Melalui blog YY mula berhubung dengan rakan pesakit tiroid yang lain. YY cuba membantu mereka semampu YY sebab YY sangat memahami rasa "rejection" oleh orang di sekeliling.

Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
Imej http://bit.ly/2nmNTwJ

Sehinggalah YY secara kebetulan menemui grup TIROID DAN ANDA di laman sosial Facebook pada awal tahun ini. Penemuan grup berkenaan seolah memberi satu sinar baru kepada YY. YY rasa sangat seronok sebab dekat situ ada ramai rakan pesakit tiroid. Hanya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, YY terasa "hidup" dan rasa tidak lagi keseorangan. Kalau korang nak tahu, dekat grup tu, terkumpulnya ramai pesakit kanser tiroid, hipertiroid, hipotiroid, hashimoto, goiter dan penyakit graves.

Berkongsi cerita dengan rakan senasib buat YY rasa "bahagia". Sebab tu YY sangat recommend semua pesakit tiroid menyertai grup ni.

Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
Screen shoot laman utama grup Tiroid dan Anda

Grup ini dibentuk oleh Kpah K-Poh SharifahNor yang juga merupakan seorang blogger sekitar tujuh tahun yang lalu. Di bawah pemantauan 20 orang Admin termasuk Kpah, hari demi hari, grup ini semakin berkembang. Kini ahli grup berkenaan sudah melebihi 6000 orang yang rata-ratanya adalah pesakit tiroid mahupun ahli keluarga. Setiap hari, ada sahaja kisah positif dari rakan pesakit yang buat YY tersenyum sendiri. Setiap persoalan, dijawab berdasarkan pengalaman masing-masing. In fact ada banyak juga perkara yang baru YY ketahui melalui perkongsian mereka.

Korang boleh baca penerangan berkenaan tujuan grup ini ditubuhkan, di bawah. YY salin semula bagi menggalakkan korang menyertai grup TIROID DAN ANDA ini.

Anda pengidap tiroid? Ramai yang tidak mengetahui dan tidak mempunyai pengalaman malah ada yang tidak tahu berkenaan tiroid, maka di sinilah tempat berkumpul dan meluahkan apa yang terbuku di hati anda.

Insyaallah, KPAH , para admin dan rakan-rakan akan berusaha untuk menjawab persoalan dari anda.

Jawapan kami adalah berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman rakan-rakan dan juga pembacaan. Untuk persoalan dari segi perubatan, eloklah mendapatkan pandangan dari doktor. Agar lebih tepat.

Anda juga boleh post apa saja artikel asalkan memberi faedah kepada semua ahli. Tapi semestinya berkaitan dengan tiroid.

Sebarang iklan adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan KPAH.

Bahasa dan pertuturan haruslah dijaga memandangkan kita semua di sini agak kurang stabil dari segi emosi. Dan harap saling faham memahami masalah rakan-rakan di grup ini. Jangan pandang remeh kepada apa saja aduan, kesakitan atau rungutan kerana mungkin satu hari nanti, anda juga akan mengalaminya.

Ingat, kita bukan saja berkongsi penyakit tapi juga berkongsi kasih dan sayang.

Terima kasih.

Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
Klik banner ini untuk sertai grup Tiroid dan Anda

Sejak menyertai grup ini, mana-mana rakan pesakit yang menghubungi YY, memang YY sarankan menyertai grup ini.

Dulu YY rasa bersalah sangat bila tak dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh rakan pesakit. Yelah, pengalaman YY sangat terhad dan hanya merujuk diri YY sendiri. Tapi kalau korang sertai grup ini, akan ada ramai yang memberikan pendapat mahupun pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing. Diharap dengan ribuan ahli dalam grup berkenaan mampu menjawab persoalan yang korang ajukan.

Buat semua rakan pesakit tiroid, YY sangat sarankan korang menyertai grup ini. Moga segala cerita yang dikongsi di situ memberi manfaat kepada korang dalam menghadapi penyakit yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar ini.

Klik https://www.facebook.com/groups/tairoddananda/ untuk menyertai grup TIROID DAN ANDA

Entri lain yang berkaitan:
1. Aku dan Hipertiroid
2. Kehidupan Seorang Pesakit Hipertiroid
3. Dari Hipertiroid Ke Hipotiroid
4. Hanya Pesakit Tiroid Memahami Pesakit Tiroid
5. Pesakit Tiroid Harus Sertai Grup Ini
6. Makanan Yang Pesakit Tiroid Perlu Elak
7. Rawatan Untuk Penyakit Hipertirod
8. Pesakit Tiroid Tak Suka Dengar Perkataan Awak Tak Kelihatan Sakit

13 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...