Beli Online? (^_^)

4:08:00 pm Yana Yani 0 Comments

Siapa pernah beli barang online? Mungkin majoriti akan jawab pernah sebab zaman sekarang beli online adalah relavant dan cost effective dari segi masa.

Jujurnya aku tak pernah beli apa-apa barang menerusi online sebelum ada anak. Tapi semua berubah selepas ada anak!

Pada mulanya aku nak cari mainan berbentuk kedai sebab Afif suka sangat angkut periuk belanga aku lepas tu dia akan cakap macam ni, "Mari-mari, dua seringgit!"

Lepas tu dia akan ambil order dari aku dan Papa dia. Siap paksa makan tu! Kalau kami tak sentuh benda yang dia dah hidangkan, confirm menangis. Terpaksalah pura-pura makan.

Bila tengok anak ada minat dan yang paling penting nak elakkan aku kehilangan periuk belanga, aku mula mencari dalam online mainan berbentuk kedai. Cari punya cari terjumpa Yana I One dekat Facebook.

Kedai mainan tu pula sebiji macam yang aku gambarkan. Mula was-was juga, takut kena tipu. Tapi beli juga sebab aku tak pernah jumpa mainan macam tu dekat mana-mana kedai mainan sekitar Klang.

Bila mainan tu selamat sampai, aku rasa lega dan yang paling best bila tengok reaksi anak! Tak boleh nak descripe perasaan tu, seronok sangat!
 

Kids Play Stall (Big size)

Yana I One juga merupakan satu-satunya seller di Facebook yang aku beli lebih dari sekali! 

Baby Toys Developmental Benefits

Jazz Drum Set (5 in 1)

Dan yang paling latest aku beli dari Yana I One adalah Swimming Pool ni.


Sebagai seorang Mama tiada apa yang lebih membahagiakan dari melihat kecerian dan senyuman yang terpancar dari wajah anak-anak!

Untuk makluman readers, aku tak dapat apa-apa benefits pun dari entry ni. Aku hanya nak share pengalaman sebagai buyer online.

So kalau ada sesiapa yang nak belikan mainan untuk anak, aku recommend Yana I One! Harga dia yang berpatutan dan barang yang dibeli sampai ke rumah tepat seperti yang dijanjikan!

She's my favorite seller dan aku pasti akan beli lagi! (^_^)

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...