4 Golongan Lelaki (^_^)
Rasullullah s.a.w bersabda, "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat" (HR Bukhari)Di akhirat nanti ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:-
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami, tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang dan adik lelakinya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang dan adik lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal perlakuan yang haram di sisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka..
Sumber: Janji Allah Itu Pasti
Ya Allah mereka yang tersenarai di atas adalah mereka yang amat aku sayangi dan hormati!
Lindungilah Abahku, Suamiku, adik lelakiku dan anak lelaki dari azab api neraka Mu Ya Allah kerana kesilapan dan kelalaian aku dalam mentaati setiap perintah Mu Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Pengampun!
Ya Allah Ya Tuhanku, sinarilah hatiku dan keturunanku dengan cahaya hidayah Mu sebagai mana Engkau telah menyinari bumi ini dengan cahaya matahari Mu Ya Allah!
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Membuka lagi Maha Mengetahui, bukalah pintu hatiku dan keturunanku agar tetap di jalan yang Engkau redhai Ya Allah! Semoga hati kami sentiasa terdidik dengan tarbiah Mu, dan hati kami terbimbing oleh hidayah Mu. Amin Ya Rabb!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿