Membeli Produk Untuk Bayi di 11street
Membeli Produk Untuk Bayi di 11street | Assalamualaikum semua! Hari ni Akak sangat berbesar hati dapat menjadi penulis sementara di blog Diari Seorang Mama bagi menceritakan sendiri pengalaman Akak membeli dan mencuba produk untuk bayi yang dijual di 11street. 11street ni pada sesiapa yang belum tahu merupakan laman e-dagang yang kini mula dikenali di Malaysia kerana menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.Apa? Mana YY? Alah, tak payah risau pasal korang punya YY tu. Ada aje huh! Kalau dia rajin, esok lusa mesti korang dah dapat baca bebelan dia di entri lain. Hanya entri ni sahaja korang akan baca bebelan Akak.
Untuk makluman, Akak ni adik YY yang ketiga. YY tu anak sulung. Dekat luar Akak dikenali dengan nama Dayah. Tapi Akak lebih dikenali sebagai Kakak dalam keluarga. Jangan tanya kenapa kena panggil Kakak. Tidaklah Akak ada jawapannya pun. Yang pasti sebab panggilan tu, korang punya YY dok seumo perasan dia muda. Geram tau!
Produk bayi daripada B&B |
Berbalik kepada cerita produk bayi yang Akak perolehi daripada 11street tadi, Akak paling suka B&B Laundry Detergent for Baby and Children. Serius barangan yang berasal daripada Koreani memang kelas gitu! Ada baju anak-anak Akak yang sebelum ni Akak dok sental dengan sekuat kudrat pun tak hilang. Tapi lepas guna produk daripada BB House ni, boleh pula hilang hanya dengan sekali basuhan. Kagum Akak okay! Lagi satu, bau dia harum gitu. Satu rumah bau tau! Bau dia macam bau baby, bukan bau pewangi! Tengok, excited Akak cite ni. Hihihi!
Tapi serious talk, produk ni memang bagus! Harga dia pula adalah RM 65.15. Yang spray tu pun bagus tau! Tapi sayangnya buat masa sekarang 11street takde stok pula. Tidak boleh share link dengan korang.
Produk bayi daripada Aleya Naturals dan Jack N Jill |
Akak ada dua orang anak, Khaira dan Keysha. Dia orang berdua ni ada masalah eczema dan sensitive skin. Kalau pakai tisu basah jenama lain, tergarulah budak berdua tu. Lepas tu Akak kalau pakaikan diorang jenama lain, lepas lap dekat bahagian sulit diorang atau badan, Akak rasa macam berminyak. Pastu macam melekit tau. Tapi jenama yang Akak cuba daripada Aleva Naturals ni yang dibawa khas oleh Mothercare, takde pulak feeling gitu.
Akak dah cuba Aleva Naturals Baby Wipes (Travel Pack) yang dijual pada harga RM 15.80 dan juga Aleva Naturals Baby Sensitive Wipes yang dijual pada harga RM31.70. Elok aje Khaira dan Keysha guna kedua tisu basah ni. Takde alergik langsung pun. Menariknya pemenang Anugerah Produk Green ini bebas daripada bahan kimia, sulfat, klorin dan paraben. So ianya sangat sesuai untuk bayi.
Lagi satu produk yang Akak cuba adalah Aleva Naturals Bamboo Baby Pacifier and Toy Wipes (Twin Pack). Produk ni sangat sesuai digunakan untuk mencuci mainan ataupun aksesori makanan bayi. Ianya diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai bamboo rayon dan dijual pada harga RM 52. Pendek kata, jenama Aleva Natural ni sangat okay pada budak yang ada eczema and sensitive skin macam Khaira dan Keysha.
Ubat gigi tu Khaira yang bedal. Dia buat macam gula-gula pula. Nak gosok gigi aje kerja dia sebab rasa Jack n' Jill Natural Toothpaste (for babies, toddlers & children) ni manis macam candy gitu. Untuk makluman, ubat gigi Jack n ' Jill ni mempunyai pelbagai perisa buah-buahan organik yang lazat. Yang Khaira cuba ni perisa blueberry. Ia juga bebas daripada rasa pudina dan selamat untuk ditelan! Produk ini dibuat di Melbourne, Australia. Harga dia RM 24.95.
Akak dengan anak Akak paling kecik, Keysha |
Produk terakhir yang Akak cuba adalah Mothercare Snapkis Portable Fan. Kipas ni macam biasalah, senang nak bawa ke mana-mana. Pastu pakai bateri 2AA yang cikai pun okay. Bolehlah ngipas dak Khaira yang poyo tu. Hihihi! Harga kipas ni RM 63.50.
Kesemua produk bayi yang Akak ceritakan dari tadi, semuanya boleh diperolehi di 11street.my. Kot tergoda dengan review Akak ni kan, bolehlah pergi usha ye. Hihihi!
Keysha tengah buat muka kelat. Hihihi! |
Okay korang ye. Akak pun tak tahu nak goreng apa lagi dengan korang ni. Takde bakat nak mengarang panjang-panjang macam YY tu. Hihihi! Akak just nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AILDILFITRI pada korang semua. Jangan lupa shopping dekat 11street tau! Bye korang!
With Love
Akak a.k.a Dayah
23 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿