Peminat Fanatik! (^_^)

10:25:00 pm Yana Yani 0 Comments

Siapa yang dilahirkan era 80-an angkat tangan macam ni \o/

Siapa peminat Backstreet Boys angkat tangan macam ni \o/ lagi!

Siapa yang lahir era 80-an dan tak kenal Backstreet Boys. Eh kejab. Korang tinggal bawah tanah ke?

Backstreet Boys atau lebih dikenali sebagai  BSB merupakan boy bands popular era 90-an dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Dianggotai oleh AJ Mclean, Howie Dorough, Nick Carter, Brian Littrell dan Kevin Richardson.

Kumpulan ini merupakan satu fonemena satu ketika dulu dan aku juga turut terkena tempiasnya. Masa tu minat sangat dengan kumpulan ini!

Sanggup berhabis duit untuk beli apa-apa sahaja barangan yang ada kumpulan ni. Aku ni boleh dikategorikan peminat fanatik BSB masa tu!  

Aku minat sangat dengan Howie Dorough! Dulu aku ada ramai sahabat pena seluruh dunia terutama yang mempunyai minat sama dengan kumpulan ni especially Howie D!

Zaman tu mana ada Facebook atau Tweeter, kami hanya berutus surat aje! Kadang-kadang bertukar-tukar poster, artikel atau barangan BSB yang terdapat di negara masing-masing. 

Kalau readers nak tahu, aku pernah menggunakan nama gelaran Yan D apabila nak berinteraksi dengan pen friends aku. Punyalah minat dengan Howie D!  

Aku mempunyai hampir kesemua kaset awal BSB (time tu kaset aje, budak-budak sekarang confirm tak tahu kaset tu apa!) Backstreet Boys, Backstreet's Back, Millennium, Black & Blue dan kaset terakhir yang aku beli adalah The Hits: Chapter One.

Lepas tu aku dah tak follow perkembangan group ni. Sekarang aku baru dapat tahu yang kesemua anggota BSB sudah berkahwin dan mempunyai anak kecuali Nick Carter.

Paling menarik, mereka juga bakal menerima Hollywood Walk of Fame dan akan meraikan ulang tahun ke 20 penubuhan group mereka pada 2013 nanti.

Walaupun aku dah tak follow perkembangan group ni, aku masih lagi menyimpan keratan akhbar, majalah, sticker, poster, kalendar dan pelbagai barangan BSB yang lain. 

Tak percaya? Cuba tengok ni

Ni baru sikit, belum angkut keluar semua ni! Hehe!

Banyakkan? (^_^)

Walaupun group tu masih lagi aktif, aku tidak lagi meminati mereka seperti dulu. Sebabnya sekarang aku lebih berminat mengikuti perkembangan anak-anak aku. Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...