Cuai! (^_^)

11:41:00 pm Yana Yani 0 Comments

Berurusan dengan jabatan kerajaan menyakitkan hati! Setuju?

Mungkin pelbagai jawapan yang akan didengar kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Aku sendiri agak sukar untuk mengulasnya kerana adik aku sendiri bekerja dalam jabatan kerajaan.

Aku nak kongsikan apa yang aku lalui ketika berurusan dengan hospital kerajaan. Nilailah sendiri dan fikirkan apa yang korang akan lakukan kalau korang ditempat aku.

--------------------------------------------------------------

Hari ini aku bawa Aisy ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk follow up pneumonia yang dia pernah hidapi dulu.

Aku menghabiskan masa hampir setengah hari sebelum diberitahu bahawa rekod kesihatan Aisy gagal ditemui.

Disebabkan rekod "hilang" aku diminta untuk menceritakan semula semua sejarah perubatan Aisy.

Aku dah rasa panas hati time tu.

Apapun aku cuba memujuk hati, mungkin mereka mengambil masa yang lama sebab sibuk mencari rekod Aisy. "Sekurang-kurangnya result darah Aisy masih ada" fikir aku.

Tapi telahan aku ternyata silap!

Aku masuk ke bilik doktor hanya untuk mendengar doktor kata, "Result darah ni saya dah ada tapi rejected. Maksudnya mungkin ada sedikit kesilapan ketika pengambilan darah atau darah yang diambil tidak mencukupi untuk ujian dilakukan"

"Secara fizikal anak puan nampak sihat tapi kita perlu ambil darah sekali lagi sebab kita nak buat comparison. Kita akan trace balik rekod kesihatan anak puan dan sebab itu ujian darah diperlukan" tambah doktor medikal tersebut panjang lebar.

Waktu tu aku terfikir, "Kenapa anak-anak aku perlu melalui semua ini atas kecuaian orang lain?"
Sebelum ni Afif juga pernah dimasukkan ke wad dan dikehendaki membuat follow up untuk masalah darah berkuman. Dan seperti sekarang, doktor menyuruh kami melakukan ujian air kencing sekali lagi kerana sample yang pertama tumpah!

Aku masih ingat dengan jelas doktor tersebut berpesan, "Puan nanti ingatkan mereka yang ambil sample untuk tutup botol tersebut ketat-ketat" 

Mengenangkan sejenis tiub akan dimasukkan ke saluran air kencing Afif, membuat aku takut.

Takut anak aku akan sakit. Takut dengan apa yang bakal aku nampak atau lihat.

Dengan tekad, aku dan Encik suami membuat pilihan untuk tidak meneruskan ujian tersebut.

Perkara yang sama aku lakukan hari ini.

Jujurnya aku cukup takut dengan keputusan yang aku telah buat, tapi Encik suami meyakinkan bahawa tindakan kami adalah betul.

"Dia orang nak buat comparison macam mana kalau rekod dah hilang! Elok anak dah sihat jadi lagi sakit dengan eksperimen dia orang. Tak payah!" bebel Encik Suami dengan nada yang meninggi.

Tiada ibubapa di dunia ini yang ingin melihat anak mereka sakit. Seboleh mungkin mereka akan cuba mencari penawar walau terpaksa bergolok gadai.

Begitu juga kami!

Tahukah mereka bahawa kami mengambil cuti tanpa gaji? Dan kami membazirkan satu hari suntuk hanya untuk mendengar mereka berkata sample yang telah diambil tumpah!

Sia-sia Alexander Graham Bell mencipta telefon! Mereka peduli? Bak kata Michael Jackson, "They don't really care about us!"

Persoalannya, sampai bila kita semua akan bertahan dengan karenah birokrasi ini?

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...