Antara Istilah Pork Free dan Halal (^_^)

7:48:00 am Yana Yani 51 Comments

Antara Istilah Pork Free dan Halal | YY sebenarnya dah agak lama nak ceritakan bab ni dalam blog YY. Tapi YY bimbang disalah tafsirkan lebih-lebih lagi ilmu agama tidak setinggi orang lain. Cuma atas dasarkan peringatan sesama sendiri, maka YY rasa ianya harus juga diceritakan.

Ramai di antara kita yang beragama Islam masih keliru antara istilah pork free dan halal. Kalau kita yang beragama Islam pun keliru, apatah lagi yang bukan Islam. Malahan YY sering kali menghadapi dilema apabila disuruh atau diajak menghadiri sesuatu tempat yang mengunakan istilah pork free oleh kawan yang bukan beragama Islam.

"Aiya, don't worry! It's pork free! You can eat!" kata mereka apabila mengajak YY ke sesuatu tempat. Ada ketika mereka membawa bekal dan bersungguh menyuruh YY rasa benda yang diorang masak. "This is not pork, it is just chicken!" sambil terus menyuakan benda tu pada YY

Bimbang mereka rasa offended dan sekaligus menuduh YY biadap, YY ambil aje. Tapi YY tak makan. Part susah bila diminta memberi pendapat tentang masakan tu sebab terpaksa menipu. YY just cakap berdasarkan apa yang orang lain cakap, kalau orang lain kata sedap, sedaplah. Begitu juga sebaliknya. Tak ada pilihan.

Tapi ada sekali tu YY terpaksa memberi penjelasan panjang lebar apabila mereka terlalu kerap menyuruh YY rasa apa yang diorang masak. Tak sanggup berterusan menipu. Selepas tu barulah mereka faham. Ada satu hari bos ajak keluar lunch. Seorang colleague mengajak ke restoran berstatus pork free, tapi bos cakap, "Pork free doesn't means HALAL"

Sepanjang YY bekerja, hanya ada seorang rakan yang bukan beragama Islam cukup faham istilah halal. YY cukup hormati dan kagum dengan sikap dia tu.

"I am sorry Yana, you can't eat this. I cooked this using frying pan that also cooked pork" kata dia apabila dia memberikan yang bukan Islam mencuba pancake tapi tidak diberikan pada YY.

Samaada kita sedar atau tidak, ramai peniaga yang bukan beragama Islam gemar meletakkan tanda pork free pada kedai mereka bagi menggalakkan kunjungan pelanggan yang beragama Islam. Bagi mereka, perkataan halal itu hanya mengkhususkan BABI! Maksudnya selagi mereka tak masak atau menggunakan bahan berunsur babi, makanan tu mereka assumed HALAL.

Cuba perhatikan gambar di bawah yang YY snap tak lama dulu. Ia tertulis dengan jelas bahawa makanan di food court tu non-halal tapi diletakkan gambar pork di sebelah. Ini cukup jelas menggambarkan mengenai level pemahaman mereka mengenai HALAL.

Antara Istilah Pork Free dan Halal

Yang bawah ni pula adalah screen shot di Facebook seorang kenalan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau menyiarkan gambar makanan dari kedai pork free yang dikunjungi. Perbualan beliau dengan beberapa kenalan lain menggambarkan masalah pemahaman antara halal dan pork free bukan hanya pada bukan Islam.

Antara Istilah Pork Free dan Halal

YY pernah bertemu client yang bercadang mengadakan collaboration dengan salah sebuah kedai kek. Disebabkan target mereka melibatkan pengguna Islam maka YY bertanyakan status HALAL.

"They do not have Halal certificate, but it is pork free. Who's going to look into whether it is halal or not when it comes to cake?" kata client tersebut yang beragama Islam tapi bukan Melayu.

So nampak tak kekeliruan antara pork free dan halal ni?

YY tak pandai untuk explain secara details, tapi YY harap video di bawah mampu memberi pencerahan. Sila fokus hanya pada message yang cuba disampaikan. Jangan pandang pada suasana persekitaran video yang mungkin buat korang rasa kurang senang. Diulang, hanya fokus pada message yang cuba disampaikan.


Adakah dengan menonton video di atas, korang dapat memahami message yang cuba disampaikan? Jika tidak, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dah harus diperbetulkan. Mencari makanan yang HALAL adalah WAJIB bagi kita yang beragama. Makanan itulah yang menjadi darah daging kita. Ianya melibatkan amal ibadah kita.

Kita beruntung kerana berada di Malaysia. Makanan yang halal tidak sukar dicari di negara bertuah. Kita hanya perlukan penelitian. Kalau kita boleh perhatikan tarikh luput, kenapa tak HALAL?

Last but not least, sentiasalah ingat bahawa ada banyak perbezaaan antara pork free dan HALAL.

UPDATE: Entry ini telah terpilih sebagai salah satu pemenang untuk GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar anjuran Buasir OtakIanya telah disiarkan di sini

51 comments:

  1. Totally 2 perkara yg berbeza kalau diperhalusi benar-benar
    Kena faham betul-betul demi mencari yg benar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kan kak
      pork free bukan maksud babi tu aje
      bagaimana dengan cara penyembilhan ayam dan sebagainya kan

      Delete
  2. yang bukan islam mungkin ramai yang tak tahu..tapi kita sebagai umat Islam wajib ambil tau pasal halal haram..logo halal pon boleh diciplak..agak merbahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu
      lagipun tak boleh paksa mereka untuk mengetahui
      cuma dalam masyarakat multinational cam kita ni
      mereka perlu sikit knowledge tu, yang beragama islam pula
      perlu sangat ambil tahu!

      Delete
  3. yes kak sy phm maksudnya...

    ReplyDelete
  4. Kalau yang bukan Islam tak faham pasal benda ni, masih boleh dimaafkan. Sebab dah bukan ajaran mereka, kita takleh nak expect mereka akan faham demi agama kita. Tapi yang takleh terima bila orang Islam sendiri yg ambil mudah ni. Saya mengaku kadang2 saya pun terbabas juga pegi mkn ke tempat yg porkfree ni. tapi tgk jugak la jenisnya. Cuma kat Malaysia ni.... ermmm... camana nak cakap ye... Pembekal ayam pun kebanyakannya adalah syarikat cina. Restoren melayu pun kadang2 ambil daripada mereka sebab murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz kata kalau kita tak tahu, tak jatuh hukum tu ke atas kita
      tapi kalau kita ada rasa syak, elok jangan makan
      sebab tu boleh mendatangkan dosa
      kalau takat diorang yang bekalkan ayam, dah orang islam yang sembelih
      tak ada isu, isunya kalau yang bukan islam yang sembelih, tu aje =)

      Delete
  5. Bagi saya senang je, asal check ada je kaitan dengan babi, saya tak makan. Sebab saya dah mula rasa was-was walaupun keliling orang kata 'okey' Kalau takda logo halal, lagilah tak makan! HD sangat ambil peduli hal ni. Pernah sekali kami nak makan di Tony Roma's. Tengok ramai Melayu (ramai perempuan bertudung) kat dalam, so penuh konfiden kami masuk. Masa duduk baru nampak ada bar. HD terus ajak keluar. Walaupun pork free, logo halal bagai kalau ada bar pun sama je kekdahnya.

    Kat pejabat saya ni bagus. Walaupun mereka Japanese., mereka akan tolong bacakan ingredient kat setiap makanan yang nak diberi. Kalau dah sebut ada terbitan minyak babi ke apa (kadang tu kita tak tahu pun namanya sebab of course tak tulis minyak babi directly), terus tak dibaginya kita yang Muslim dengan alasan tersebut. So, saya pun takdalah ragu-ragu. Kalau mereka ragu-ragu tak pasti, saya terus menolak dengan baik. Mereka pun faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang perlu ambil peduli benda gini kan MD
      baguslah tindakan HD tu, sebab kalau kita dah ada rasa syak
      moleklah kalau tak makan, berdosa jadinya kang
      ye saya pun banyak jumpa gitu, pork free tapi ada bar
      tapi ramai yang islam makan, persoalannya, berapa pasti makanan
      yang mereka makan tu tidak dibubuh arak? eloklah tak makan
      saya lebih selesa ke gerai melayu, kopitiam tak pergi

      rasanya ada banyak lagi gerai yang boleh jadi pilihan
      pendapat sayalah, sebab benda tu penting sebenarnya

      Delete
  6. Ye...memang keliru klu betul² tidak memahaminya. Isu ini patut di ambik berat sebab ianya akan menjadi darah daging kita. Apa yang kita mkn mnjadi kesan pd kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      kita kena ambil berat benda gini

      Delete
  7. Betul2.
    Kalau nk betul2 fham isu halal haram ni..bnyk.
    Kt kilng br ni, i kena jd MR for halal comitee..i org islam pun x brp fhm ni.. kalau yg mkn minum tu rsa fhm.. tp kita pasal sabun halal. Halal ni, bersih..suci bukn shaja pork dog. Sarang labah pun xleh ada tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, meluas sebenarnya
      bukan takat tak boleh makan benda tak halal tu aje
      kena faham bebetul =)

      Delete
  8. betul tu kita patut tahu halal dan pork free tu berbeza..

    ReplyDelete
  9. tak semesti pork free tu halal , kalau ayam pun jenis tak sembelih pun kira tidak halal

    ReplyDelete
  10. sangat - sangat berbahaya buat nya kita tak perasan , sebab itu nak senang kita makan je dekat restoran yang benar - benar diyakini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangatlah tu
      kalau dah rasa syak tu walau sikit pun
      eloklah batalkan aje niat

      Delete
  11. betul sangatlah tu diana, thumb up untuk komen ni =)
    sebab tu kami lebih suka ke restoran orang melayu kita
    kadang mamak pun, dia bukan islam walau bukan semua
    yang pasti kita kena sangat ambil tahu benda gini

    ReplyDelete
  12. Isu yang bagus nampaknya ni. Boleh beri pencerahan kpd orang yg ambil mudah pasal ni. Btl, ada masanya ada orang yg mungkin anggap kita tunjuk pandai kalau kita sebut pasal halal haram ni. Kena brringat utk diri n kalau kita dh tegur atau ingatkan orang lain tu dah lepas tanggungjawab kita sbg Islam.

    N also thanks 4 follow my blog. Dah lama saya buang widget follower sb malas nk meramaikan followers dgn masa berblog pun ikut angin n sempat je. Sekala sekala dpt follower baru ni seronok pula rasanya. Selamat berkenalan yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sebenarnya tak begitu berani sentuh isu ni dalam alam nyata
      kita berada dalam masyarakat yang agak sukar di ubah pendirian mereka
      saya hanya mampu memandang dalam kebencian

      yeke tak ada widget follow? habis tu saya follow aritu camne ye?
      salam berkenalan, terima kasih singgah ye =)

      Delete
  13. Non-halal adalah istilah antonim bagi perkataan halal.
    Dalam erti kata lain non-halal bermaksud tidak halal a.k.a haram.

    Pork-free adalah istilah yg double meaning & boleh mengelirukan.
    Mengada-ngada sungguh nak letak istilah ini pada premis makanan masing2.
    Kalau dah memang ada hidang wine & pork, mengaku ajelah.
    Takyah nak letak porkfree apa bagai.

    Sebenarnya, apa yg umat islam di negara ni boleh buat adalah bila ternampak saja istilah 'pork free' ini, jangan masuk kedai tersebut. Ia menandakan bahawa pemilik premis itu sebenarnya TIDAK MEMAHAMI apa yang dikatakan sebagai halal.

    Besar kemungkinan, peralatan yg mereka guna utk memasak adalah peralatan yang sama mereka gunakan utk masakan pork, paling koman mereka menyembelih ayam/lembu/kambing dengan tidak menggunakan cara sembelih islam yg dibenarkan. Bahkan sepatutnya nampak saja ada hidangan wine dlm kedai tersebut, berlalulah segera. Buat apa nak makan kat tempat yg serve minuman macam itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud untuk dua perkataan tu, agak kurang arif
      cuma lately akak perasaan terlalu ramai yang beragama islam
      tetap singgah ke premis pork free sedangkan ada dihidangkan benda bukan halal
      contohnya macam arak, setakat nak makan spageti ataupun pizza
      rasanya ada banyak lagi premis yang berstatus halal

      jujurnya tak paham apabila yang selamba aje makan dekat situ
      alasannya, pork free maaa!

      Delete
  14. NIce Video haha tu je nk komen

    ReplyDelete
  15. Entry yg bermanfaat... Mmg bab ni kna amik tahu dan amik peduli... Carilah yg halal lagi baik itu yg dituntut... Kalau rasa nk mkn mknn chinese...byk dah restoran chinese muslim ada kt malaysia skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang cuba sampaikan cikgu
      kalau takat nak makan contohnya macam cikgu sebutkan
      memang ada aje yang berstatus halal tu
      yang peliknya, suka juga ke premis yang hanya tertulis pork free

      Delete
  16. Mmg ada yg tak faham ttg ni.. halal haram bukan sekadar 'pork' shj. Saya ada kawan cina yang mengusahakan restoran di sebuah medan selera pusat membeli belah kat KL. Pekerja dia dari pengurus smpai ke tukang masak semua org Melayu. Sistem kerja dan sebagainya semua diuruskan oleh pengurus melayu dia mengikut lunas Islam & dia hanya pemilik restoran shj.. tukang kira wang maaa hehee. Tp apa yg menarik perhatian saya bila dia bercerita yg halal ni pun perlu diambil kira dari penyediaan dan air tangan org yg memasak.. urusan masakan dari a-z mesti org Islam lorrr..
    Kalau cina pun boleh paham.. mmg buat sengallah klu melayu yg tak faham. Sungguh memalukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kawan KK tu ye
      tapi betul sebab saya ada juga kawan sebegitu
      dia bukan beragama islam tapi cara dia menjaga pemakanan saya
      saya cukup hormati, dia buat saya rasa selamat
      saya rasa kelakar ayat KK yang terakhir tu =)

      Delete
  17. isu sensitif. :)
    btw, sy setuju. maaf cakap, masyarakat kita sekarang kurang sensitif dengan hal ni. pengalaman sy, sy pernah ke sebuah hotel 5 bintang. di ruang makan, diaorang ada sediakan pelbagai jenis sushi, sangat banyak. ramai orang islam yang makan sushi tu.

    macam mana sy tahu dia islam? sebab dia pakai tudung. bila sy nak ambil sushi tu, tiba2 ada seorang staff tegur sy. dia maklumkan yang sushi2 tu semua tak halal dan mintak sy ambil makanan lain. sy tanya dia balik kalau tak halal kenapa ramai makan. dia hanya gelengkan kepala. mungkin disebabkan sy pakai jubah dan tudung yang agak labuh pada ketika tu, jadi dia tegur sy.

    sy cukup selektif dalam pemilihan tempat makan. dalam satu restoran yang sama, ada bahagian makanan halal dan bahagian makanan tak halal. itu dah cukup membuatkan sy sangsi. mungkin pada mereka, kita takleh makan itu ini sebab benda tu tak terang2 tak halal. tapi mungkin diaorang tak ambil berat dari segi penyediaan makan. dalam satu restoran yang sama pun ada 2 bahagian. macam mana diaorang masak? periuk kuali for sure la kan yang sama. kejap masak ayam kejap masak benda tu.

    alamak!
    owhh. cannot2
    kembang tekak mak jemah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu, kalau bab pemakanan masih kurang lagi
      walau tak dinafikan kesedaran dah mula muncul kebelakangan
      cuma mungkin bukan pada tahap memuaskan

      bab sushi tu memang diorang ada letak arak
      sushi di negara jepun ada diletakkan bahan tu sebagai penambah rasa
      kalau dengan sushi king, dia ada sebut perkataan pork free
      tapi dalam masa yang sama dia ada tulis ada beberapa jenis sushi
      yang diorang letak arak

      ada kawan saya kata, boleh makan sebab pekerja dia melayu
      saya dulu tak kisah juga, cuma bila dah terasa kesedaran mati itu pasti
      saya dah mula selective

      Delete
  18. pork free hanyalah penyediaan makanan tanpa babi . halal pula bermaksud proses keseluruhan termasuk penyediaan makanan , kebersihan pekerja , barangan yang digunakan , bahan dari sumber yang halal dan didapatkan dengan cara yang halal dan mengikut procedur yg ditetapkan oleh Islam ... islam itu mudah bkn bermakna kita blh permudahkan hukumnya ... wallahua'lam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya vee kan
      saya setuju sangat dengan vee

      Delete
  19. Whateverrrrr .....cari makanan yg ada cop halal ajelah.......lagi senang tak yah pecah kepala....Yg tulis pork free tu fah terang terang meragukan. Yg bercop halal sekarang ni pun macam macam ceritakan inikan lagi yg tulis gitu aje......

    Tp okje yakin dan pasti kalau ada cop halal Jakim insyaallah diyakini tanpa was was...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang terbaik OKje
      cuma bukan semua mempunyai pemikiran seperti OKje
      saya tak pernah ragui JAKIM
      malahan integrity badan tu tak pernah diragui oleh negara islam yang lain

      Delete
  20. setiap hukum yang ditetapkan ada asbab nya.da kita sebagai hambaNYA wajib patuh segala surahn dan larangan.....pastikan setia aka yg kita dan family kita makan adalah halalan toyyiban ( selamat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangatlah tu
      makanan ni yang membentuk sape kita =)
      terima kasih singgah sini ye

      Delete
  21. Penting jgk isu ni kan. Sbb ramai yg buat bodoh je. Asal tulis pork free terus terima as halal. Thanks 4 sharing. Comments pn byk yg membuka minda

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap bermanfaat sebab benda ni
      dah macam duri dalam daging kalau kita tutup aje mata
      perlu sangat tahu perbandingan antara dua tu

      Delete
  22. Memang susah nak membezakannya...senang cite mana yang tertulis pork tu, free ke idak..takyah try. Yang ada cop halal pun sekarang ni meragukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah lagi sesuai, ada pork free
      tak payahlah pergi. lagipun ia agak meragukan

      Delete
  23. Pork free doesn't mean halal...pork free maknanya diorg xgunakan pork tp peralatan yg digunakan tuh boleh ke kita pastikan bebas drp pork...pemahaman mengenai pork free n halal memang tak bileh dioandang enteng..perlu ilmu yg mendalam..same to goes dgn touch a dog.. ramai yg keliru dan senang lenang bg pendapat sndri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, masalahnya ada ramai yang mengambil mudah
      yang menyedihkan saudara kita seagama
      main makan aje, janji pork free
      sedangkan kita tak yakin dari mana sumber yang mereka perolehi

      Delete
  24. itulah.

    kekadang, penat nasihat.

    tapi ramai gak gi menibai kedai pork free nih.

    huh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwa mereka dah jadi bebal
      bak kata abah saya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...