Papa Hebat! (^_^)
Dalam perjalanan pulang dari rumah Mak ke rumah aku tadi, cuaca agak mendung.Walau suasana sudah mula menginjak ke senja, tapi kilat yang memancar jelas kelihatan disusuli dengan bunyi guruh yang menggegar alam.
Errk! Macam lain macam aje bunyi ayat tu! Hehe! Tak boleh blah!
Okay, kita ulang balik. Tadi on the way balik rumah dengan anak-anak, bunyi guruh kuat sangat. Afif yang tadi slow aje berjalan, makin laju pula buka langkah. Dia memang takut dengar bunyi guruh.
"Mama, cepatlah jalan. Hari nak hujan ni. Afif takut!" kata dia sambil memegang erat tangan aku.
"Ye!" jawab aku ringkas.
Sampai aje depan rumah, Afif perasan motor Papa dia tak ada. Terus dia tanya, "Mama, Papa kerja ke?
"Ye, Papa kerja petang" jawab aku.
"Kalau Papa ada best kan Mama. Papa kuat! Papa hebat!" kata Afif
Afif tengah meraung takut dinosour. Papa pula buat muka cover macho! |
Hebat! Tu memang ayat favourite Afif! Hebat merujuk kepada sesiapa sahaja yang melakukan perkara mengagumkan pada pandangan mata dia.
Macam contoh baru-baru ni, Encik suami berjaya memerangkap tikus yang sering menganggu ketenteraman kami. Dengan bangga dia cerita dekat Wan dia, "Wan tadi kan Papa tangkap tikus. Papa hebat!"
Malahan bila dia sendiri berjaya melakukan sesuatu yang lain dari dia biasa buat macam gambar dekat bawah. Dengan bangga dia kata, "Mama, Afif hebat!"
"Afif hebat Mama! Afif buat dinasour!" |
"Hebat! Tapi sikit aje!" jawab Afif dengan muka selamba!
Huhu! Kejam sungguh kenyataan itu!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿