Blog Review | belajar untuk sabar

1:37:00 pm Yana Yani 41 Comments

Hari ini adalah Jumaat terakhir di bulan Oktober. Hari ini juga adalah blog review yang terakhir YY lakukan sebagai menghargai kesemua yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).

Blog yang direview kali ini adalah milik seorang individu yang telah banyak melalui asam garam kehidupan berbanding kebanyakkan pembaca DSM yang lain. Dari segi usia memang senior tapi dia masih lagi kategori junior dalam dunia blogger ni.

Blogger yang YY maksudkan adalah +iryanty ahamad

Blog Review | belajar untuk sabar
Klik banner untuk ke blog belajar untuk sabar

Blog yang diberi nama belajar untuk sabar ini adalah satu-satunya blog yang YY review sejak awal Oktober lalu mempunyai berat di bawah paras 100kb. Yang lain semua lebih. Memang sangat simple blog milik Kak Yan ni.

Isi di dalam blog Kak Yan sangat lain daripada yang lain. Kandungan hampir pada setiap post penuh dengan kata yang sangat inspiring. Kadang diselitkan pengalaman Kak Yan sendiri yang turut diselitkan moral sebagai pengajaran buat yang membaca. Jujurnya tiada apa yang perlu Kak Yan ubah pada blog dia. YY suka blog ini seadanya.

Isi kandungan pada blog sudah boleh menarik pembaca untuk kerap berkunjung ke blog dia. Post yang dicoretkan agak ringkas tapi padat dan cukup mudah dihadam. Cumanya mungkin Kak Yan perlu mempertimbangan untuk letakkan gajet Popular Post. Ianya bagi menarik lebih ramai lagi pembaca di blog Kak Yan sekaligus mungkin boleh membantu membentuk niche blog di masa depan.

Lagi satu kotak komen tu YY rasa tak perlu buat dalam bentuk Full Page. Pandangan peribadi YY yang suka hantar skuad mengebom ni, bila kotak komen dalam bentuk begitu agak menyukarkan untuk mengomen. YY perlu buka mana-mana post yang tertinggal di blog Kak Yan siap-siap sebelum tinggalkan komen. Kalau tak YY terpaksa klik Back. Agak leceh sebenarnya.

Tapi selain daripada itu, dah okay. Walau blog ni sekali pandangan tiada apa yang menarik tapi percayalah yang korang semua akan berubah fikiran apabila mula membaca setiap titipan Kak Yan. Banyak benda yang kita boleh belajar hasil daripada titipan Kak Yan.

So bagi sesiapa yang belum mengenali Kak Yan, YY sangat recommend korang untuk mengenali wanita yang sudah berstatus Nenda ni.

Sebelum mengundur diri, YY minta maaf khususnya buat Kak Yan sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini menyinggung hati dan perasaan Kak Yan. YY hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan (^_^)

Post ini adalah post penutup DSM bagi bulan Oktober. Agak banyak juga jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Ini pun disebabkan blog review, kalau tak rasanya lagi sikit (^_^)

Insya ALLAH panjang umur kita akan berjumpa lagi di bulan November nanti. Jaga diri elok-elok ye. Assalamualaikum (^_^)

41 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | Mizz Aiza

1:32:00 pm Yana Yani 43 Comments


Pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung Oktober. Hari ini YY sambung lagi blog review yang ke sembilan sebagai menghargai kesemua yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).

Blog kali ini adalah milik seorang blogger yang pernah menghilang seketika dalam dunia blogger. Kehilangan dia pernah YY coretkan di sini. Kemunculan semula dia dalam dunia blogger sekitar September lalu mengubat kerinduan.

Blogger yang YY maksudkan, tak lain dan tak bukan adalah +Mizz Aiza

Blog Review | Mizz Aiza
Klik banner untuk ke blog Mizz Aiza

Bagi yang belum pernah singgah ke blog Mizz Aiza, blog ini mempunyai niche berlainan berbanding blog lain yang YY pernah review sebelum ini. Blog ini agak unik. Aiza banyak berkongsi tips tentang kesihatan dan kecantikkan di dalam blog ini. Pendek kata apa sahaja petua mengenai kesihatan dan kecantikkan boleh diperolehi di blog ini.

Blog ini sangat kemas dan teratur. Aiza seolah memahami apa yang pembaca inginkan atau mungkin lebih tepat bagaimana blog ini perlu dilihat di mata pembaca. Setiap susun atur gajet mahupun widget diletak bersesuaian dengan kedudukan sepatutnya.

Mungkin atas faktor itu juga, blog ini agak ringan dan mudah di akses melalui mobile mahupun komputer. Jujurnya YY agak buntu untuk membicarakan mengenai blog yang diberi nama bersempena nama empunya blog. Tak banyak yang boleh YY perkatakan.

Cumanya kalau korang belum mengenali Aiza, YY sangat recommend korang untuk mengenali dia. Dia sangat peramah dan lagi satu yang unik mengenai Aiza adalah cara susunan ayat dia ketika melakukan serangan bom komen. Bahasa yang sangat teratur dan seolah kita sedang berurusan dengan seorang guru Bahasa Melayu (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. YY minta maaf khususnya buat Aiza sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Aiza. YY bukan seorang yang mahir dalam bab ini. Apa yang dicoretkan hanya berdasarkan pandangan peribadi (^_^)

Ini bermakna hanya tinggal lagi sebuah blog sahaja lagi yang masih belum YY review. Insya ALLAH kalau tiada aral melintang, Jumaat nanti YY akan review blog yang terakhir. Blog siapa yang YY maksudkan? Tungguuu...

43 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | Blog Sal

12:04:00 pm Yana Yani 60 Comments

Alhamdulillah hari ini YY masih lagi bernafas dan mampu untuk meneruskan review blog ke lapan yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).

Sebenarnya bila bercerita tentang blogger yang sorang ni, dia buat YY teringat pada adik yang paling rapat dengan YY. YY pernah ceritakan tentang Angah di sini. Ada banyak persamaan antara mereka berdua terutama dari segi umur dan beberapa perkara lain. Bezanya blogger yang ni sangat meminati sukan bola sepak.

Blogger yang YY maksud tak lain dan tak bukan adalah SalbiahM atau lebih dikenali sebagai Sal dikalangan blogger lain.
Blog Review | Blog Sal
Klik banner untuk ke Blog Sal

YY difahamkan bahawa Adik Sal kita ni meminati bunga. Tapi satu-satunya bunga yang boleh dilihat di blog beliau adalah pada header blog. Walau header dia kelihatan simple tapi sangat menarik pandangan mata YY. Lagipun YY ni apa sahaja berkaitan bunga memang buat YY semacam. Hehe!

Blog dia sekali pandang agak ringkas dan tidak mempunyaI banyak gadget ataupun widget yang berkeliaran sekaligus merupakan antara faktor utama blog dia agak ringan. Tapi mungkin boleh dikuruskan lagi. Cuma satu yang YY tak berapa berkenaan adalah blog ini tidak meletakkan gadjet Blog Archive.

YY kebiasaannya memang menggunakan gadget tersebut untuk melihat post lama sesebuah blog. Sejujurnya agak tak convenience nak cari post lama blog yang diberi nama Blog Sal ni. Even kalau Sal tak berapa berkenaan dengan gadget tersebut, Sal perlu mempertimbangkan untuk letak Recent Post atau Popular Post untuk memudahkan pengunjung blog menghantar skuad mengebom (^_^)

Blog Review | Blog Sal
Blogger SalbiahM

Other than that, dah awesome! Especially gaya penulisan Sal yang santai dan buat kita ingin baca sehingga ke noktah terakhir. Serius memang seronok baca. Macam baru-baru ni cerita tentang percutian dia di Melbourne memang buat YY terasa seperti berada di sana. Dengan gambar-gambar yang cantik menambahkan keseronokkan membaca pengalaman sepanjang dia di sana.

Bagi sesiapa yang belum berkenalan dengan gadis yang mempunyai senyuman menawan ni, silalah berbuat demikian. Tak rugi mengenali Sal yang juga berkerja di salah sebuah syarikat penerbitan yang terkemuka di Malaysia ni. Dia juga ada skuad pengebom tersendiri tau (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. YY minta maaf khususnya buat Sal sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Sal. Sorry ye (^_^)

Tinggal lagi dua buah blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga Jumaat nanti untuk lunaskan janji YY. Blog siapa pula lepas ni ye? Tungguuu...

P/S - Takziah buat blogger +Qaseh Vee yang kehilangan ibunda tercinta pada Sabtu lepas. Semoga arwah ibunda Vee ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.

60 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | Cerita Tentang Kita

11:00:00 am Yana Yani 45 Comments

Salam Jumaat dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa sunat 10 Muharram yang jatuh pada hari ini. Anyway, hari ini YY teruskan review blog yang ketujuh yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM).

Blog kali ini dimiliki oleh seorang Mama yang mempunyai tiga orang cahaya mata yang sangat comel belaka. Dia menggunakan nama pena +aryan azra, nama gabungan ketiga-tiga anak dia. Nama penuh dia, dia tak pernah reveal dalam blog so tak adil pula kalau YY share walau YY tahu nama penuh dia (^_^)

Yang pasti YY sangat suka tengok penampilan blogger yang YY panggil Akak AA ni. Penampilan dia buat dia tak kelihatan seperti seorang Mama kepada dua orang hero dan seorang heroin. Nampak cantik dan lembut aje orangnya. Kalau banding dengan YY, YY cantik sikit aje. Hehe! Muntah hijau orang yang membacanya!

Blog Review | cerita tentang kita
Klik banner untuk ke blog cerita tentang kita

Sekali pandang blog yang diberi nama Cerita Tentang Kita ni, kita dah boleh agak ianya blog berbentuk peribadi. Akak AA kita ni memang banyak bercerita tentang kehidupan seharian dia terutama melibat ketiga-tiga anak yang semakin membesar. Kadang coretan yang dia tulis seolah menggambarkan yang dia sedang bercakap dengan anak-anak dia. Teremosi juga YY ni bila baca tu.

Blog Akak AA ni sangat simple, tidak begitu berat dan sangat mudah untuk diakses. Tak banyak yang boleh YY perkatakan. Stuck juga YY dibuatnya. Hehe! Overall nampak okay aje blog Cerita Tentang Kita pada pandangan mata YY. Lagipun dia ada semua widget seperti yang disyorkan oleh saudara Hasrul Hassan di sini.

Blog Review | cerita tentang kita
Blogger Aryan Azra bersama keluarga

Untuk makluman, Akak AA kita ni sebenarnya bukan orang baru dalam dunia blogger. Dia lebih senior dalam dunia blogger ni berbanding YY. Cumanya blog dia yang sebelum ini telah "dilupuskan" atas sebab-sebab tertentu. Dia juga merupakan blogger yang tinggal sama daerah dengan YY. Malangnya sehingga ke hari ini, kami belum berjodoh untuk berjumpa.

Lagi satu Kak AA sangat hebat bab memasak. Tiap kali dia letak gambar masakan dia, meleleh air liur juga dibuatnya. Hehe! Dia juga khabarnya ada buat bisnes membuat kek secara kecil-kecilan.

So bagi sesiapa yang belum mengenali Akak AA yang sangat gorgeous ni, silalah berbuat demikian. Tak rugi mengenali dia. Dia ni pun agak rajin menghantar skuad mengebom ke blog YY ni.

YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. Lagipun YY tak tahu nak mengomel apa dah. Hehe! YY minta ampun dan maaf khususnya buat Akak AA sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Akak.

Tinggal lagi tiga blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga penghujung bulan Oktober untuk lunaskan janji YY. So blog siapa seterusnya? Tungguuu...

45 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kepulangan Yang Dinanti

7:10:00 am Yana Yani 33 Comments


Pemergian mereka untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima sepertimana yang YY pernah ceritakan di sini mengundang perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Disusuli tragedi kren tumbang menambahkan perasaan tidak keruan kami yang menanti khabar berita di sini. Jesteru kepulangan parent in law YY pada awal Oktober lalu diikuti biras YY beberapa hari kemudian sememangnya dinanti.

Afif dan Aisyah terlalu kerap bertanya. Kadang soalan yang sama diaju walau mereka dah ada jawapannya. So bila dikhabarkan Nenek dan Atuk akan pulang, reaksi mereka sangat priceless.

YY juga antara orang yang sangat excited menanti kepulangan parent in law YY. Perasaan rindu untuk melihat wajah yang sudah 47 hari tidak dilihat wujud dengan sendirinya dan bukan dibuat-buat. Malahan sepanjang ketiadaan mereka, pulang ke kampung tiap kali cuti hujung minggu terasa sangat kosong.

Kepulangan Yang Dinanti
Makcik dan sepupu MyChintaHati yang sangat supporting

Sesampai kami di KLIA, umat manusia terlalu ramai. Khabarnya pesawat jenis Boeing yang dinaiki oleh parent in law YY untuk pulang ke Tanah Air memuatkan lebih 400 jemaah. Tempat yang begitu luas pun terasa sesak sebab masing-masing tidak sabar menanti ketibaan wajah-wajah yang dirindui.

Hasil perkongsian blogger +Nora Karim mengenai laman sesawang yang boleh menjejaki setiap penerbangan yang pernah beliau ceritakan di sini, penerbangan balik parent in law YY kali ini YY jejaki menggunakan laman sesawang yang sama. Terperasan macam bekerja di bahagian kawalan trafik udara pula. Hehe!

Kepulangan Yang Dinanti
Laman sesawang flightradar24.com

Despite dengan suasana hiruk-piruk, ia sedikit pun tidak menjejaskan keceriaan Afif mahupun Aisyah. Mereka bertambah seronok apabila perasaan tu dapat dikongsi bersama sepupu-sepupu mereka.

Kepulangan Yang Dinanti
Afif dan Aisyah bersama Rayyan

Akhirnya saat yang ditunggu tiba jua apabila susuk kedua parent in law YY dapat dilihat dari kejauhan. Berkejaran kami anak-beranak cuba mendapatkan mereka berdua. Terasa perjalanan untuk sampai kepada mereka terlalu jauh ketika itu. Kami terpaksa menempuh lautan manusia yang sangat ramai!

Sebaik dapat mendekati mereka, tangisan kecerian mula kedengaran. YY sendiri entah berapa kali mengalami ketumpahan air mata yang sangat serius terutama apabila dirangkul oleh Mak Mentua YY. Hangat pelukan berlatar belakangkan lagu tangisan kerinduan masih jelas dibayangan YY.

Kepulangan Yang Dinanti
Tangisan kecerian menyambut kepulangan parent in law YY

Selepas meluahkan segala perasaan rindu, sempat jugalah kami bergambar dengan saudara-mara yang turut hadir menyambut kepulangan parent in law YY. Masa tu terperasan glamour jugalah sebab banyak sangat kamera yang tertumpu ke arah kami sehingga tak tahu nak pandang ke arah mana. Hehe!

Kepulangan Yang Dinanti
Bergambar kenangan dengan saudara-mara yang hadir

Suasana yang pada mulanya sayu bertukar dengan gelak ketawa apabila parent in law YY mula menzahirkan kerinduan mereka dengan makanan di Tanah Air. "Jom kita pergi makan! Abah lapar!" kata Abah YY ketika kami mula melangkah keluar dari KLIA. Ia kemudian disahut dengan Mak Mentua YY, "Jom! Mak teringin nak minum air sirap"

Berborak di kedai makan dengan segala cerita sepanjang mereka berada di Tanah Suci menginjak ke pukul satu pagi dan disambung sehingga ke rumah melewati tiga pagi. Terasa macam satu malam mereka nak habis semua cerita. Bila teringat terasa kelakar pun ada (^_^)

Tiga hari kemudian, kami ke KLIA semula menyambut kepulangan biras YY pula yang juga berpeluang menunaikan Rukun Islam yang kelima.

Kepulangan Yang Dinanti
Antara ahli keluarga biras YY yang hadir

Aisyah pula asyik dok belek sepupu dia yang baru beberapa bulan menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni. Nampak gaya dah boleh bagi title Kakak pada dak Aisyah ni.

Tapi setakat ke hari ini, doktor belum bagi YY permission untuk meneruskan hasrat di hati. Tak mengapalah. Perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik. YY sangat yakin tentang itu.

Kepulangan Yang Dinanti
Aisyah dan baby Rabiatul Adawiyah

Setelah beberapa ketika menanti, akhirnya kelibat biras YY mula kelihatan. Anak dara dia yang berusia dua tahun adalah orang terawal yang mengejar. Mereka berdua ni memang sangat rapat. Sebak juga bila dok tengok respond Ainul Mardhiah bila didukung oleh Abi dia.

Kepulangan Yang Dinanti
Ainul di dalam dukungan Abi dia

Kakak ipar YY pula kelihatan malu-malu apabila suami tersayang mula menghampiri dia. Sweet sangat. Kalau YY, tak adalah nak buat malu-malu gitu. Hehe!

Kepulangan Yang Dinanti
Kakak ipar YY 

Afif dan juga Aisyah tak ketinggalan bersalaman dengan Wak Ustaz mereka. Kenapa nama dia Wak Ustaz? Okay, meh YY share sejarah sikit.

Nama biras YY ni sebenarnya sama dengan MyChintaHati. Yang berbeza hanya ejaan sahaja. Disebabkan beliau adalah seorang Iman di salah sebuah masjid di Banting, maka kami semua sepakat mengekalkan nama Ustaz sebagai gelaran pada beliau. Nama gelaran tu kekal sehingga ke hari ini (^_^)

Kepulangan Yang Dinanti
Afif dan Aisyah berbaris untuk bersalaman dengan Wak Ustaz

Minggu lepas majlis kenduri doa selamat telah diadakan di rumah parent in law YY sebagai tanda kesyukuran di atas kepulangan mereka bertiga ke Tanah Air. Tak banyak gambar boleh dikongsikan sebab YY agak sibuk pada hari tersebut.

Gambar di bawah ni pun YY perolehi dari group WhatsApp family (^_^)

Kepulangan Yang Dinanti
Majlis doa selamat

Wah, panjang pula YY membebel kali ni. Alang-alang dapat pegang laptop MyChintaHati ni, kita kasi habis panjang terus. Kang entah bila pula boleh bercerita lagi. Hehe!

Anyway begitu cerita bagaimana kami sekeluarga menanti kepulangan insan-insan yang kami sayang dan sanjungi. Agak sukar sebenarnya untuk tidak menangisi saat itu walau ada yang melarang kami berbuat demikian. Sesungguhnya kami hanya manusia biasa. Perasaan sedih dan gembira adalah sesuatu yang cukup sukar disembunyikan.

Yang pasti kepulangan mereka sememangnya amat dinanti (^_^)

33 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | SYIDA MENULIS

10:34:00 am Yana Yani 42 Comments

Hari ni YY nak review blog keenam yang yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama (DSM). Blog yang ni adalah milik seorang blogger yang masih baru berkecimpung dalam dunia blogging. Sebab dia pangkat junior, so senang sikit nak hentam ni. Hehe!

Blog yang YY maksudkan adalah milik seorang gadis muda yang berasal dari Kedah dan sekarang menetap di Pulau Pinang. Nama sebenarnya gadis ini adalah Syida dan dia menggunakan nama pena +Qaseh Abadi.

Walau dia bekerja sepenuh masa, dia juga belajar di salah sebuah universiti tempatan secara jarak jauh. Bukan senang nak kerja sambil belajar. Stress level dia agak tinggi sebab kena hadap dua kali. Satu di tempat kerja, satu lagi di universiti.
Blog Review | SYIDA MENULIS
Klik banner untuk ke blog SYIDA MENULIS

Blog SYIDA MENULIS amat ringkas dan agak ringan berbanding blog yang YY review sebelum ni. Agak mudah diakses sama ada menggunakan mobile ataupun komputer. Tak banyak yang boleh diulas walau permulaan ada niat nak menghentam. Hehe! Jahat sungguh Mama Afif dan Aisyah ni.

Cuma satu yang perlu Syida pertimbangkan adalah penggunaan side bar yang dia letak di bahagian kiri dan kanan. YY nasihatkan Syida hanya perlu letak di satu bahagian aje. Sebab utamanya adalah pembaca perlu scroll untuk membaca apabila mereka menggunakan windows side by side. Kebiasaanya side bar bukan main attraction seseorang pembaca ke blog.

Other than that dah okay. Perlu tambah widget enjin carian aje sebab YY perhatikan Syida ada banyak juga menulis sesuatu berbentuk tips dan ilmiah. Pastu kalau Syida pandai selitkan dalam entry teknik asas search engine optimization (SEO) dah cantiknya dah. Syida ada bakat menulis.

Blog Review | SYIDA MENULIS
Blogger Syida a.k.a Qaseh Abadi

Oh ya, Syida ni juga adalah salah seorang pengedar supplement yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia tika ini, apa lagi kalau bukan Shaklee. Korang boleh liaise directly dengan Syida, manalah tahu dia boleh bagi harga kasih sayang. Hehe!

Lagi satu, anak dara seorang ni pandai menjahit tau! Dia pandai juga menggunakan kreativiti dia bila menjahit. YY pernah nampak dalam blog dia, dia buat pembalut steering kereta. Semua tu perlukan kreativiti bukan bakat semata. Hebat, hebat.

So pada sesiapa yang belum mengenali Syida, silalah berbuat demikian. Dia pun sangat rajin menghantar pasukan bom ke blog YY ni. Kadang lama tak nampak. Tapi bila tiba dia memunculkan diri, bersepai juga badan sebab kena bom dengan dia. Hehe!

YY rasa sampai di sini sahaja blog review untuk kali ini. YY minta ampun dan maaf khususnya buat cik adik manis kita, Syida sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Syida. Review ini hanya berdasarkan pandangan peribadi semata.

Berakhirnya review untuk hari ini, maka tinggal lagi empat blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga penghujung bulan Oktober untuk lunaskan janji YY. So blog siapa seterusnya? Tungguuu...

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban

9:20:00 am Yana Yani 30 Comments

Korang pernah tak hadiri perlaksanaan ibadah korban? Kalau korang pernah hadiri, pasti korang dapat melihat kemeriahan di sebalik perlaksanaan ibadah korban tersebut. Secara peribadi perlaksanaan ibadah korban banyak memupuk amalam murni dan salah satunya adalah amalan bergotong-royong sepanjang perlaksanaan ibadah korban berlangsung.

Bagi yang tidak tahu, ibadah korban merupakan acara sinomin ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat akan perintah oleh ALLAH S.W.T. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sejak berkahwin, menghadiri perlaksanaan ibadah korban merupakan rutin biasa bagi YY tiap kali sambutan Hari Raya Aidil Adha. Salah satu faktor yang menyebabkan YY dan family kecil tak pernah terlepas menghadiri perlaksanaan ibadah korban adalah disebabkan kedudukan masjid yang terletak tidak jauh dari rumah parent in law YY. YY pernah ceritakan di sini.

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Sebahagian daripada orang kampung yang hadir yang sempat di snap

Kebiasaanya selepas solat sunat Hari Raya, penduduk yang tinggal di sekitar kawasan masjid akan berkumpul untuk mengikuti perlaksaanan ibadah korban. Pelbagai peringkat usia tanpa mengira jantina hadir menambahkan lagi kemeriahan perlaksanaan ibadah korban tersebut.

Anak-anak YY juga sangat teruja untuk melihat secara lebih dekat perlaksanaan ibadah korban. Aisyah hanya pada permulaan aje dia berani. Once dia masuk aje kawasan masjid dan nampak lembu yang masih hidup, dia sibuk ajak balik. Mulut asyik dok ulang, "Adik tatut"

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Disebabkan takut, Aisyah asyik menyorok disebalik Papa dia

Afif pula mungkin disebabkan nature sebagai seorang lelaki menyebabkan dia kurang rasa takut. Kadang tu berani tak bertempat buat YY pula yang jadi gerun. Kadang budak ni dia punya keterujaan melihat benda yang jarang dilihat memang boleh buat kita kena heart attact. Hehe!

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Hanya memerhati dari jauh. Nak dekat kena marah (^_^)

MyChintaHati pula adalah antara orang yang diberi tanggungjawab untuk menumbangkan lembu-lembu yang terlibat sebelum perlaksanaan ibadah korban. Kerja yang nampak mudah. Tapi kalau tengok gambar, macam dia pula yang nak kena tumbang dengan lembu. Hehe!

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Relax brother, brother relax
Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Mana mau lari Encik Lembu wei?
Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Akhirnya, berjaya ditumbangkan

YY tewas apabila tiba di bahagian penyembihan. Mata ni tak mampu melihat warna merah darah yang pekat mengalir. Selalunya bila tiba part ni memang mata YY akan alihkan ke tempat lain. Tak cukup kuat nak melihat.

Anyway YY kagum dengan kepantasan kakitangan masjid melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Belum sempat YY kelipkan mata, lembu tersebut sudah pun selesai disembelih.

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Perlaksanaan ibadah korban

Aisyah pula lebih kurang macam Mama dia. Walau acapkali menyebut takut, tapi mata dia langsung tak dialihkan dari melihat lembu-lembu tersebut disembelih. Kadang aksi dia yang mungkin terasa ngeri melihat lembu disembelih buat YY nak tergelak.

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Arghh, ngerinya!

YY tanya juga pada Aisyah sama ada dia faham tujuan lembu tersebut disembelih. Dia jawab, "Kita nak atan lembu tu. Nanti Mama buat cup (sup) ye?"

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Beratus kali dia ajak balik sebab tatut

YY dan Aisyah tak tunggu sehingga selesai. Tak larat rasanya jiwa nak melihat. Hehe! Lagipun YY perlu sediakan lauk untuk hidangan kami pada petang tu. Punya semangat nak masak! Hehe!

Kami pulang ke rumah parent in law YY masa orang lain sedang bergotong-royong melapah daging korban. Afif dan MyChintaHati pula masih lagi setia menunggu. Lagipun diorang antara pasukan gotong-royong khas pada hari tersebut. Hehe!

Kemeriahan di Sebalik Ibadah Korban
Antara yang hadir bergotong-royong melapah daging lembu

Yang pasti memang terasa kemeriahan di sebalik perlaksanaa ibadah korban. Semangat berkerjasama dari setiap peringkat umur yang hadir menyemarakkan kemeriahan pada hari tersebut. Seriously terasa seronok sangat! Even orang yang kita tak kenal pun bila berborak mengenai lembu terasa macam dah berkurun lamanya kenal. Hehe!

Rasanya panjang juga YY membebel pada hari ini. Lain kali kita cerita lagi ye. Ni pun baru sempat bercerita mengenai Hari Raya Haji walhal dah masuk tahun baru. Nak buat camne lagi kan? Terpaksa hadap ajelah (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

30 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | SuperMOM With SuperKIDS

11:20:00 am Yana Yani 28 Comments

YY sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai urusan yang rasa macam tak akan pernah selesai. Anyway, despite dengan segala kesibukkan ini, YY akan cuba sedaya upaya untuk lunaskan janji untuk review kesemua sepuluh blog yang aktif meninggalkan komen di blog YY sepanjang September lepas.

Blog kelima yang YY review ini adalah milik +Fiza Rahman, ibu kepada dua orang putera yang sangat handsome dan seorang puteri yang cukup manis bila tersenyum. Blogger yang ni juga kategori senior sebab dia dah konsisten menulis di blog sejak 2009. YY nak review blog dia ni pun terasa seram. Hehe!

Blog Review | SuperMOM With SuperKIDS
Klik banner untuk ke blog SuperMOM With SuperKIDS

Blog SuperMOM With SuperKIDS ni kalau sekali pandang kita tak akan perasan ianya milik seorang ibu terutamanya header hanya menunjukkan wajah manis si empunya blog. Mujur nama blog sudah cukup menggambarkan position terkini Fiza. Hehe!

YY juga cukup yakin Fiza adalah seorang penggemar warna biru kerana ia adalah warna yang menghiasi hampir di setiap genap ruangan blog Fiza. Kebiasaannya individu yang meminati warna biru ini adalah seorang yang tenang dan penyabar. Tapi sejauh mana kebenarannya hanya empunya diri boleh bagi jawapan (^_^)

Blog Fiza banyak berkongsi tips parenting terutama breastfeeding berdasarkan pengalaman peribadi beliau sendiri. Fiza adalah antara ibu yang memang actively breastfeed ketiga-tiga anak dia. Anak dia yang paling kecil berusia tiga tahun juga khabarnya baru sahaja berhenti menyusu. Ini menggambarkan kesungguhan Fiza memberikan breastfeed pada anak-anak dia.

Blog Review | SuperMOM With SuperKIDS

Fiza juga antara blogger wanita yang YY kenali sangat aktif menglibatkan diri dalam event. Sebab tu tak hairan kalau blog dia selain dari berkongsi tips parenting, ada banyak juga review mengenai pelbagai produk dan servis. Pendek kata bab review ni YY yakin Fiza mampu lakukan hanya dengan petik jari. Hebat Fiza ni (^_^)

Overall blog Fiza sangat mudah diakses sama ada menggunakan mobile ataupun laptop. Blog Fiza tidak berat tapi masih boleh "dikuruskan" mengikut spesifikasi yang disarankan di laman sesawang ini.

So pada sesiapa yang belum mengenali Fiza, YY sangat galakkan korang mengenali blogger senior ni sebab dia tidak lokek berkongsi pengalaman dia sepanjang aktif bergelar blogger. YY juga pernah tanya beberapa perkara terutama apa yang perlu dibuat apabila menerima jemputan event (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja blog review YY untuk kali ini. YY minta ampun dan maaf khususnya buat Fiza sekiranya ada mana-mana bahagian dalam review ini ada menyinggung hati dan perasaan Fiza.

Anyway, ada lima lagi blog yang masih belum YY review. YY ada sehingga penghujung bulan Oktober untuk lunaskan janji YY. So blog siapa seterusnya? Tungguuu...

P/S - Aktiviti blog walking masih belum mampu dilakukan buat masa ini. Sorry sesangat.

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | My Little Amazing World

7:52:00 am Yana Yani 46 Comments

Salam Awal Muharram buat semua pembaca Diari Seorang Mama (DSM). Hari ini YY nak review blog seterusnya yang tersenarai dalam carta Top Pengomen yang gorgeous sepanjang September lalu di DSM. Mungkin sebahagian daripada pembaca DSM mengenali empunya blog yang sorang ni.

Lagipun dia agak terkenal dengan kesungguhan dia meninggalkan komen yang panjang berjela dan juga antara salah seorang blogger yang mempunyai pasukan bom komen tersendiri. Boleh bersepai juga tangan nak approve semua komen dia yang panjang berjela tu. Hehe!

Ini sebenarnya petunjuk baik dan menggambarkan betapa bersungguh dia membaca setiap patah perkataan yang kita tulis. Bukan senang nak dapat reader macam ni (^_^)

Blog Review | My Little Amazing World
Klik banner untuk ke blog My Little Amazing World

Orang yang YY maksudkan, siapa lagi kalau bukan Akak Mummydearie (MD) kita ni. Seorang ibu yang berkerjaya dan mempunyai dua orang hero yang sangat cute I tell you dan juga suami import (Masa tulis ni tutup mulut sambil gelak jahat. Hehe!)

Blog My Little Amazing World ni sebenarnya hampir sama dengan blog personal yang lain yang banyak bercerita mengenai keletah dua hero MD yang salah seorangnya YY dah cop jadi menantu. Hehe! Boleh dak gitu? Cuma perbezaannya adalah bagaimana penulisan MD mampu membuat seolah kita turut sama dalam cerita yang dia ceritakan.

Keunikkan blog ini adalah terletak pada MD yang mampu menggarap cerita sehingga kita ketawa tak peduli orang kelilling. Entry dia kadang kosong tanpa sekeping gambar tapi mampu buat kita baca sehingga ke noktah terakhir. Lagipun dia antara blogger yang menulis tanpa kaitan dengan tajuk.

Kadang kita tak mampu relate tajuk dengan isi di dalam entry beliau tapi percayalah itu yang menarik mengenai blog ini. Malahan ini antara teknik terbaik untuk detect siapa yang baca cerita kita dari mula sampai habis dengan berpandukan komen yang ditinggalkan. Hehe!

Blog Review | My Little Amazing World
Watak penting dalam blog My Little Amazing World

Blog MD sangat ringkas dan agak senang diakses. Ia juga agak ringan mungkin kerana MD hanya menggunakan template Blogspot yang sedia ada. Widget juga tak banyak tapi MD mungkin perlu mempertimbangkan untuk meletakkan widget yang perlu ada pada sesebuah blog contohnya macam enjin carian dan juga ruangan hubungi penulis bagi memudahkan dia dihubungi.

Siapa yang belum pernah mengenali MD ni, silalah berbuat demikian sebab dia memang seseorang yang seronok untuk diajak berbicara. Kadang terasa sudah mengenali dia berkurun lamanya disebabkan keramahan dia walau tak pernah melihat rupa beliau. How's she looks like is still an unsolved mystery.

Tapi kalau tengok kecomelan kedua hero dia ni, dah boleh bayangkan sedikit sebanyak bagaimana raut wajah MD. Dengar cerita dua hero beliau ni dah jadi retis. Tak caya cuba tengok TV AL-Hijrah (^_^)

YY rasa sampai di sini sahaja review YY untuk kali ini. YY minta ampun dan maaf khususnya buat MD sekiranya ada mana-mana bahagian dalam entry ini menyinggung perasaan MD. Kita kan bakal besan. Hehe!

Masih ada enam lagi blog yang masih belum YY review. Siapa seterusnya? Tungguuu...

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Juadah Bersempena Aidil Adha

7:26:00 am Yana Yani 36 Comments

Besok dah 1 Muharram 1437H, tapi YY baru hari ni sempat nak update cerita mengenai juadah yang YY sediakan sendiri bersempena Aidil Adha baru-baru ini. Nak buat camne, selagi masalah laptop tu tak selesai, terpaksalah hadap keadaan ini dalam tempoh yang YY sendiri tak pasti.

Anyway, selama lapan tahun usia perkahwinan YY dan MyChintaHati, baru inilah pertama kali YY memasak sendiri hidangan untuk juadah Hari Raya tanpa pertolongan sesiapa. Nak kata sedih tu tak, YY sebenarnya amat teruja. Hari sebelum Aidil Adha tu, YY sikit punya excited menyenaraikan menu untuk dihidangkan di Hari Raya Aidil Adha.

Tapi MyChintaHati tak approved atas pelbagai alasan yang bila dipertimbangkan ada kebenarannya. Lagipun YY bekerja hari sebelum Aidil Adha, memang pastinya kelam kabut kalau YY bertegas nak menyediakan juga juadah yang YY senaraikan sebelumnya. Tapi minda kotor YY ni kata, mungkin MyChintaHati nak bagi hint yang YY masak tak berapa nak sedap. Hehe!

"Habis tu nak masak apa kita ni? Kesianlah adik-adik sayang tu nanti" tanya YY pada MyChintaHati.

"Masak yang simple sudahlah. Nak seksa diri tu pasal apa?" tegas MyChintaHati.

YY akhirnya akur dengan keputusan yang dibuat MyChintaHati. Tak lama lepas tu, YY terima message daripada salah seorang adik MyChintaHati yang berbunyi, "Kak Yana balik ke? Buatkan kitorang kek batik boleh tak?"

Banyak-banyak benda yang boleh dimasak, dia suruh kakak ipar dia yang kiut-miut ni buat kek batik aje! Ciss! Tak mencabar langsung! Bukan nak riak, tapi kek batik tu YY boleh buat guna sebelah mata aje tau! Suruhlah buat nasi ayam ke, rendang ke, barulah berpeluh Kak Yana korang ni kat dapur. Ni kek batik? Alah!

YY tunaikan jugalah hasrat diorang nak makan kek batik. Malam tu sampai aje rumah parent in law, YY terus buatkan. Besok paginya YY cadang nak potong kek batiknya bagi senang makan, dah hilang separuh kek batik tu. Nampak sangat memang teringin bebudak ni (^_^)

Juadah Bersempena Aidil Adha
Ini ajelah yang tinggal untuk dipertontonkan

Pagi tu juga kami menerima banyak juadah seperti rendang, ketupat dan kuah kacang daripada adik-adik Abah yang tinggal di kawasan berhampiran. Syukur Alhamdulillah. Rezeki kami. Terharu juga bila Bibik dan Paman sanggup bersusah payah hanya kerana mengingati kami yang tiada orang tua ketika itu.

Dengan juadah yang sudah banyak terhidang, so YY hanya bercadang nak masak pada sebelah petang. Pagi tu sempat melihat acara menyembelih lembu di masjid yang terletak tak jauh dari rumah parent in law YY. Cerita pasal ni nanti YY cerita di lain entry. Tayang gambar Afif dan Aisyah di pagi Hari Raya Aidil Adha buat yang merindui (^_^)

Juadah Bersempena Aidil Adha
Bukan main ceria sebelum nampak lembu. Lepas tu, asyik ajak balik aje
Juadah Bersempena Aidil Adha
Yang ni pula terlalu berani dengan lembu. Mama dia yang seram

Petang tu YY masak dua menu aje. Jadilah ye dak. Walaupun simple, berpeluh juga ketiak sebab tak pernah masak dalam kuantiti yang besar. YY main hentam aje campak apa yang patut. Janji boleh dimakan. Sedap tak sedap tu belakang cerita. Yang penting, harus confident! Hehe!

Juadah Bersempena Aidil Adha
First time masak Ayam Rendang Pindang ni
Juadah Bersempena Aidil Adha
Seperiuk buat masak lodeh. Hehe

YY tak dengar sebarang feedback tentang rasa masakan YY. Tapi mungkin paling tepat YY sendiri tak sanggup nak dengar sebarang feedback. Hehe! Nampak jugalah masakan yang YY masak tu dimakan. Mungkin adik-adik ipar YY pun tak berani nak cakap lebih pada Kakak ipar diorang yang kiut-miut ni. Kang kalau dikata, mau tujuh keturunan dia tak mau ke dapur. Hehe!

Anyway yang seronoknya bila bercerita tentang Hari Raya Aidil Adha ni atau lebih dikenali sebagai Raya Korban dalam masyarakat kita adalah pemberian daging korban. Time ni lah boleh kata tiap-tiap hari makan daging korban. Menu yang paling awesome sudah pastinya Sup Tulang!

Juadah Bersempena Aidil Adha
Dapat besar camni, memang lupa orang keliling

Even anak-anak YY cukup suka makan sup tulang. Tu gambar dekat atas, berebut diorang nak makan. Padahal terlalu panas sebab baru masak. Memang sedap sebab bukan YY yang masak. Hehe! Kalau YY masak, entah rupa apa jadinya tulang tu.

So begitulah cerita mengenai juadah bersempena Hari Raya Aidil Adha pada kali ini. Satu pengalaman baru bagi YY sendiri. Sekaligus mengajar YY banyak perkara terutama tentang skop pengorbanan yang bukan hanya pada wang ringgit malahan ianya melebihi daripada apa yang kita mampu fikirkan.

Itu ajelah bebelan YY pada hari ini. Till we meet again. Assalamualaikum (^_^)

P/S - Selamat menyambut Awal Muharram

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | AIDA'S HOME SWEET HOME

6:58:00 am Yana Yani 34 Comments

Ini adalah blog yang ketiga YY review bersempena dengan kesungguhan mereka meninggalkan jejak di Diari Seorang Mama sepanjang September yang lalu. Blog yang seterusnya ini adalah milik seseorang yang juga penggemar bunga seperti YY.

Bezanya YY tidak mempunyai kegemaran khusus pada sesuatu jenis bunga. Asal nama bunga aje sudah menarik minat YY untuk mendekati. Tapi kawan kita yang seorang ni sangat meminati bunga ros. Minat beliau pada bunga ros dapat dilihat pada header blog di bawah ni.

Blog Review | AIDA'S HOME SWEET HOME
Klik banner untuk ke blog AIDA'S HOME SWEET HOME

Beliau yang YY maksudkan adalah +adianiez AIDA, ibu berkerjaya dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Berdasarkan pemerhatian YY, Kak Aida kita ni dah secara konsisten menulis di blog sejak 2009. Maknanya beliau dah jadi blogger lebih daripada enam tahun! Ni dah boleh dikategorikan senior dalam dunia blogging.

Blog ni dari pandangan mata kasar memang nampak cantik dengan bermotifkan bunga dan warna yang sangat soft memperlihatkan ciri kelembutan empunya blog. Pengisian blog juga lebih bersifat personal dengan banyak bercerita perihal anak-anak Aida yang semakin membesar dengan pelbagai ragam yang kadang-kala mampu membuat kita yang membaca juga tersenyum.

Sekali sekala Aida ada bercerita mengenai produk Qaseh Gold di mana beliau adalah pengedar di kawasan Melaka dan Seremban. So siapa yang berminat dengan produk Qaseh Gold bolehlah liaise directly dengan Aida. Manalah tahu dia boleh bagi harga kasih sayang. Hehe!

Blog Review | AIDA'S HOME SWEET HOME
Puas dok cari gambar empunya blog. Jumpa juga akhirnya (^_^)

Dari segi susun atur blog berdasarkan pandangan peribadi YY, mungkin Aida perlu pertimbangkan untuk membuang atau memindahkan mana-mana widget yang tidak perlu kerana blog Aida terlalu berat dan kadangkala menjejaskan tempoh loading blog. Selain dari widget, mungkin juga disebabkan gambar yang Aida upload tidak dikurangkan sebelum diupload yang menyebabkan blog ini agak berat.

Overall blog ni perlu korang letakkan antara yang patut korang kunjungi sebab Aida antara blogger yang sangat generous terutama kepada pengomen tegar blog beliau. Penghargaan yang Aida berikan pada pengomen blog dia memang terbaik!

Takat ni YY dah dapat dua kali menerima barangan yang sangat awesome daripada Aida. Terasa sangat-sangat terharu-haru. Nanti YY cerita separately pasal ni.

Bagi sesiapa yang belum mengenali ibu yang bekerja dalam unit beruniform ini, silalah berbuat demikian. Aida yang YY kenal sangat friendly and nice to dealing with. Aida ni pun agak rajin melakukan pengeboman komen di blog YY. Boleh demam jugalah bila tiba time dia datang mengebom tu. Hehe!

YY rasa sampai di sini sahaja review YY pada kali ini. YY pohon seribu kemaafan terutama buat Aida sekiranya ada mana-mana bahagian dalam entry ini yang menyinggung perasaan. Semoga hubungan persahabatan alam maya ini berkekalan.

Dengan habisnya review ini, bermakna YY ada lagi tujuh blog yang perlu direview sehingga penghabisan Oktober. Siapalah pula yang akan direview seterusnya? Tunggguuu....

34 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | Belog Kathy R'bain

11:03:00 am Yana Yani 36 Comments

Kalau sebelum ni YY dah review blog Jari Manis kerana menjadi antara pengomen gorgeous sepanjang September lalu di blog Diari Seorang Mama ni, kali ini pula adalah blog +Kathy R'bain.

Secara jujurnya, YY tak tahu apa nak komen mengenai blog Kathy R'bain ni sebab dia menyediakan perkhidmatan editing blog. Ikut logik akal, pastinya dia lebih tahu apa yang terbaik untuk blog dia. Betul tak? Hehe!

Yang pastinya YY sangat suka header dia. Header tu kalau sekali pandang, memang kelihatan simple. Tapi kewujudan barcode tu buat ianya kelihatan unik.

Blog Review | Belog Kathy R'bain
Klik banner untuk ke Belog Kathy R'bain

Keseluruhan blog juga sangat ringkas dan menggunakan template mesra SEO. Template macam ni Google suka sangat sebab senang atau lebih cepat diorang nak index entry kita.

Blog ni secara keseluruhan banyak bercerita mengenai tips dan tutorial untuk penambahbaikan blog. Kadang-kala dia ada juga menyelitkan kisah anak-anak dia yang semakin meningkat remaja. YY suka bila dia bercerita pasal Alia. Baca cerita Alia, teringat dak Aisyah (^_^)

Kalau cerita pasal berat blog pula, blog ni agak berat berbanding berat yang disyorkan. Tapi secara keseluruhan berdasarkan tahap kelajuaan internet yang YY gunakan, blog ni memang sangat mudah diakses sama ada melalui mobile ataupun komputer.

Blog Review | Belog Kathy R'bain
Blogger Kathy R'Bain

Selain dari Belog Kathy R'bain, Kak Kathy ni juga mempunyai dua blog lain iaitu blog Diari Resipi yang berkongsi resipi hasil air tangan beliau dan juga blog Hasil Pena Ku yang memperlihatkan sisi lain Kathy R'bain sebagai seorang penulis cerpen dan puisi.

Kak Kathy ni juga menyediakan perkhidmatan editing blog seperti YY ceritakan pada awal tadi. Nampak tak keadaan blog YY sekarang ni? Ini semua adalah hasil air tangan beliau. Satu lagi yang best mengenai perkhidmatan Kak Kathy ni, dia hanya akan let go sehingga kita puas hati. Tu yang seronok tu (^_^)

YY rasa ini sahaja yang mampu YY coretkan mengenai Belog Kathy R'bain. Dah puas belek dah, tak tahu nak komen apa lagi sebab overall memang terbaikkkk! Ini bukan ayat bodek tau (^_^)

Buat Kak Kathy, saya minta maaf bebanyak kalau ada mana-mana bahagian di dalam post ini yang menyinggung perasaan. Semoga persahabatan yang dibina di alam maya ini, berkekalan. Aaminn.

So lepas ni giliran siapa pula untuk YY review? Tunggguuu...

P/S - Blog walking belum dapat dilakukan untuk permulaan bulan ni. Biasanya nanti dah tengah bulan baru kurang sikit sibuknya. Jangan serik ke sini ye (^_^)

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Mana Lebih Seram?

1:47:00 pm Yana Yani 40 Comments

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dok tanya mana lebih seram. Apa kes?

Bukan apa korang wei, sebenarnya YY nak ceritakan pencetus kepada soalan ni dan juga bersempena kepercayaan masyarakat kita yang sering mengaitkan kejadian mistik dengan malam Jumaat. Malam ni kan malam Jumaat. Hehe!

Semalam nak dijadikan cerita, MyChintaHati tak dapat nak fetch YY seperti kebiasaannya sebab dia ada urusan lain. So Abah YY dengan rela hati menawarkan diri untuk fetch YY cumanya lewat sedikit. YY pun tak ada hal sangatlah sebab tak payah berebut naik lif.

Sambil menunggu tu YY terbaca Twitter yang membawa YY ke link page Facebook di bawah ni.

#9TO5 -Tak ada siapa suka kerja overtime. Termasuk aku. Tapi sejak aku kembali single, keinginan untuk sama-sama...
Posted by Creepyposta on Wednesday, 7 October 2015

Tengah khusyuk membaca tu tiba-tiba goose bumps. Segala yang diceritakan tiba-tiba mampu dibayangkan. Dah lah meja YY betul-betul mengadap meeting room yang sememang sentiasa dibiarkan gelap. Bila dah gelap tu, kita boleh nampak refleksi bayang sendiri pada dinding cermin tu.


Elok jantung yang asalnya berdegup normal tiba-tiba menjadi pantas. Cepat-cepat meninggalkan meja tanpa langsung memandang dinding cermin di depan YY. Menyesal tak sudah baca cerita seram seperti ni. Orang yang garap cerita ni pun sempat YY menyumpah.

Mungkin pada orang lain tak seram, tapi bagi seorang yang penakut seperti YY, membaca cerita seram seperti itu memang menyeramkan sebab suasana cerita tu dibina oleh kita sendiri berdasarkan pembacaan berbanding dengan menonton di mana jalan cerita adalah hasil khayalan orang lain.

So menjawab soalan mana lebih seram, memang YY akan cakap membaca cerita seram. Lagi satu apabila kita mendengar bunyi tapi tak nampak kelibat. Seriously tu memang seram! YY pernah alami keadaan itu ketika YY berusia lebih kurang 11 tahun.

Masa tu kami sekeluarga pulang ke kampung selepas Mak habis pantangkan adik lelaki YY. Nak dijadikan cerita malam tu hanya tinggal Mak YY, Angah, Dayah dan Syafie yang masih baby. Mak dah lama tidur, mungkin sebab penat menyusukan Syafie time tu. Tinggal kami tiga beradik yang masih leka menonton TV.

Ianya bermula apabila Dayah yang berusia empat tahun ketika tu menunjuk ke arah cermin tingkap yang bersebelahan ruangan menonton TV dan bertanya, "Apa yang putih-putih tu?"

YY toleh ke arah tempat yang dia tunjuk tapi tak nampak apa-apa. YY menoleh kembali ke arah TV sambil menjawab ringkas soalan Dayah, "Kucing tu"

"Tapi kucing tak terbang. Dia terbang" jawab Dayah. Jawapan Dayah tu buat YY tiba-tiba senak perut.

Serentak dengan itu tiba-tiba kami dengar dengan jelas bunyi ketak ketuk dapur gas cuba dihidupkan. Dayah dan Angah mula ketakutan dan berpelukan sesama sendiri. Kami kemudiannya berusaha mengejutkan Mak yang tidur diruangan yang sama. Tapi dia langsung tak sedar.

Mana Lebih Seram?
Macam inilah lebih kurang rumah lama Atuk dulu

Walau perasaan takut menghantui diri, YY cuba memberanikan diri ke bahagian dapur. Lampu dihidupkan dan YY menjengah ke dapur. Tak ada apa-apa. Selagi YY cuba menenangkan adik-adik dengan mengatakan bahawa ianya hanya angin walau hakikatnya YY tahu bukan.

Tak lama selepas itu lampu bahagian atas rumah terbuka dengan sendiri. Kami juga boleh dengar dengan jelas orang berlari di bahagian atas dan kemudiannya disusuli dengan bunyi orang membasuh kaki di bahagian luar rumah. Demi adik-adik YY pasang kesemua lampu dalam rumah Atuk.

Takutnya tuhan aje yang tahu. Bayangkan perasaan YY yang terpaksa berlagak berani demi adik-adik. Adik-adik YY kata muka YY ketika itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi takut. Padahal jantung YY berdegup macam nak pecah! Kalau seorang, sumpah YY lari tak cukup tanah!

Mujur kami tak nampak sebarang kelibat. Hanya bunyi yang membuatkan tidur malam kami sangat terganggu. Keesokkan harinya, bila diceritakan kepada Mak Abah dan juga orang lain, tak ada seorang pun yang percaya apa yang kami ceritakan. Yang pasti ianya memang benda paling menakutkan pernah YY alami.

Menurut pakar psikologi yang YY tonton bari-baru ini dalam rancangan National Geography mengenai perasaan seram, ianya wujud disebabkan faktor seperti mainan minda atau lebih tepat khayalan. Kalau orang tak cerita tempat tu seram, kita tak akan rasa seram. Tapi kalau orang cerita tempat tu seram, kita automatik rasa seram.

Mungkin ada benarnya juga apa yang diperkatakan. Sebab tu definasi seram bagi setiap indvidu adalah berbeza. So pada korang, mana lebih seram?

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Masih Sukakan Bunga

2:06:00 pm Yana Yani 42 Comments

Minat YY pada bunga bukanlah satu rahsia. Rasanya kebanyakkan rakan maya YY juga mengenali YY kerana ketaksuban YY terhadap bunga. Sampai YY tukar wajah blog ni pun sikit punya ramai yang perasan pasal bunga tak ada. Hehe!

Bunga memang satu benda yang mendatang kebahagian pada YY. Tengok aje bunga walau dalam bentuk gambar sekalipun, terasa seronok sangat. Silap haribulan boleh melompat-lompat macam budak kecik dapat gula-gula. Pendek kata, apa sahaja tentang bunga memang turn me on!

Identiti sukakan bunga tu memang YY bawa walau ke mana sekali pun. Sebab tu di persekitaran YY, YY pastikan akan ada bunga walau hanya sedikit. Bagi yang tak faham, memang akan menyampah dengan ketaksuban YY. Tapi inilah diri sebenar insan yang dikenali sebagai Yana Yani di alam maya ni.

Kerana Terlalu Sukakan Bunga
Cuba kira berapa banyak bunga ada di meja pejabat YY ni (^_^)

Datang rumah YY nampak bunga, memang semua tu kerja YY kecuali bahagian di luar rumah. YY tak rajin bercucuk tanam. So hak yang bahagian luar rumah tu memang seratus peratus kerja tangan MyChintaHati. YY hanya pemerhati dan pemuja yang setia pada bunga tersebut. Tapi dia kering ke apa ke, tak pernah ambil tahu. Hehe!

Disebabkan keliling dah banyak sangat bunga, MyChintaHati syorkan untuk bawa YY lari dari imej bunga di blog ni terutama disebabkan perkataan Diari itu sendiri yang dikatakan kurang sesuai dan tidak menampakkan kematangan disebabkan YY banyak juga mengulas topik serius. Kata dia nak orang percaya cerita kita, harus bermula dengan keadaan blog tu sendiri.

Sebagai seorang pembaca setia blog ni dan juga merangkap penyumbang dana ke arah penambaikan blog, maka pendapat MyChintaHati tetap YY ambik kira. Even feedback korang mengenai keadaan blog ni juga memainkan peranan penting dalam perubahan blog ini.

Walau ianya tidak menampakkan lagi ciri seorang ibu seperti yang dikatakan oleh Kak Kathy R'bain dan Dik Sal, kandungan isi dalam blog ini masih seperti yang korang kenali dulu. YY tetap akan bercerita perihal dua beradik yang makin havoc lately dan juga aktiviti bersama mereka. Cumanya sekarang YY ada masalah dengan laptop menyebabkan agak sukar untuk YY bercerita. Bagi YY, takde gambar, tak rasa meriah cerita yang ingin disampaikan.

Mujur dekat kamera YY masih ada banyak gambar yang belum sempat di transfer ke laptop yang rosak aritu. So gambar yang ada dalam kamera ni boleh digunakan untuk bercerita dalam beberapa entry. Cumanya nak kena tunggu bila ada peluang dan ruang sebab YY terpaksa berkongsi dengan MyChintaHati.

Sementara menunggu tu, YY akan bebel cerita lain yang mana YY sempat. YY masih ada sembilan blog yang belum direview. So tunggu ye bagi siapa yang belum direview tu.

Apa yang pasti, YY masih lagi seorang insan yang sukakan bunga. Full stop (^_^)

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Diari Seorang Mama | Bertukar Wajah

12:01:00 pm Yana Yani 46 Comments

Blog Diari Seorang Mama | Bertukar Wajah
Menukar wajah blog Diari Seorang Mama ni dah macam acara tahun. Tiap tahun mesti YY ambil initiative dok tukar dia punya rupa bentuk.

Diulang sekali lagi, ACARA TAHUNAN! Kena tekankan sikit perkataan acara tahunan tu sebab takut ada orang dok kata kita tiru dia. Hehe!

Kali terakhir penukaran hanya melibatkan header dan footer seperti yang pernah diceritakan di sini.

Ini kali punya perubahan agak drastik sebab YY ambil pendekatan untuk keseluruhan template blog yang lebih ke arah mesra Search Engine Optimization (SEO).

Perubahan kali ini juga melibatkan penglibatan secara langsung MyChintaHati. Disebabkan itu, pertama kalinya sepanjang YY berblog, tak ada barang sekuntum bunga terselit pada wajah blog ni. Tapi macam ada pula dekat favicon (^_^)

Kebiasaanya MyChintaHati hanya bertindak sebagai penasihat dan penyumbang idea secara tak langsung untuk hampir ke setiap entry yang pernah diterbitkan. Untuk perubahan wajah blog ni memang dia paling banyak mengomen. Mungkin sebab dia penyumbang dana. Hehe!

Kali ini juga buat pertama kalinya YY menggunakan perkhidmatan +Kathy R'bain sepenuhnya. Sebelum ni Kak Kathy banyak bertindak sebagai penasihat. Biasanya apa-apa masalah pada blog, memang dia orang pertama YY dok rujuk. Mungkin faktor perkenalan yang dah agak lama menyebabkan YY selesa cari dia dulu sebelum orang lain (^_^)

YY berpuas hati dengan perubahan kali ini. Apa pula pendapat korang sebagai pembaca?

Kalau ada apa-apa kesukaran untuk korang access blog ni atau mungkin cadangan dan kritikan yang membina, sila jangan teragak-agak untuk maklumkan pada YY ye. YY sebagai penulis dan pemilik blog ini amat mengalukan pandangan korang sebagai pembaca.

P/S - Sedang mengumpulkan tenaga dan idea untuk review blog yang tersenarai dalam senarai top pengomen gorgeous bulan lepas. Idea...ku seru namamu. Silalah datang....

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Blog Review | Jari Manis Travel List

7:38:00 am Yana Yani 85 Comments

Bermula hari ini, YY akan review blog mereka yang berada dalam senarai Top Pengomen di blog Diari Seorang Mama (DSM) sepanjang September yang lalu seperti yang YY ceritakan di sini.

Blog pertama yang YY review adalah milik seorang traveler yang sangat sweet orangnya. Dia juga adalah antara pengomen yang meninggalkan komen lebih dari satu dalam setiap entry YY.

Disebabkan kerajinan dia maka dia berada di tangga teratas Top Pengomen di blog DSM sepanjang September lalu. Orang yang YY maksudkan adalah saudari Jari Manis (JM)! Yeah!

Sila tepuk tangan! Kuat sikit tepuK tangan tu, tak dengar ni (^_^)

Blog Review | Jari Manis Travel List
Klik banner untuk ke blog Jari Manis : Travel List

Masuk aje blog Akak JM kita ni, kita akan disambut dengan banner di atas dengan berlatarbelakangkan gunung yang YY kurang pasti di mana. Tapi gambar tu memang cantik.

Anyway, berdasarkan nama blog korang dah boleh agak yang blog JM ni menggunakan niche pelancongan. Niche seperti ini memang mampu meraih pageviews yang tinggi.

Sebab tu tak pelik dengan jumlah pageviews yang cecah jutaan walau usia blog YY dan JM tidak jauh berbeza. Niche seperti ini memang menjadi dambaan dan meraih kunjungan trafik berterusan.

JM pun ada banyak berkongsi tips dan guideline untuk ke setiap negara yang dia pernah lawati. Contoh macam jumlah perbelanjaan, makanan halal dan sebagainya ditulis secara details.

Gambar-gambar pun sangat menarik buat kita rasa macam berada di tempat yang sama.

Blog Review | Jari Manis Travel List

Blog JM sangat ringkas. Nak access pun senang tak berat sebab blog dia tak banyak widget.

Tapi kalau timbang dekat sini, blog JM dikategorikan berat berdasarkan saiz yang melebihi saiz saranan iaitu di bawah 100kb. Saiz blog JM kalau ikut time YY timbang ni adalah 218.65kb.

Mungkin dia kena kuruskan sikit saiz blog dia tu (^_^)

Blog Review | Jari Manis Travel List

Lagi satu yang menarik pasal blog JM ni adalah kesetiaan pembaca blog dia.

JM yang YY kenali agak jarang update blog. Mungkin sibuk dengan tugasan harian dan mungkin juga disebabkan kekerapan dia travel menjadi faktor utama.

Tapi satu entry dia mampu meraih ratusan komen!

Kalau orang macam YY pergi blog dia dengan niat untuk tersenarai dalam top pengomen, rasa macam mission impossible! Orang hak yang duduk tangga teratas tu tinggalkan ratusan komen!

Padahal paling banyak JM terbitkan entry adalah di bawah sepuluh entries setiap bulan. Entah ilmu apa diorang semua dok pakai. Hairan betul! Ada perewang agaknya memasing (^_^)

Rasanya YY nak kena pergi bertapalah baru boleh tersenarai top pengomen kat blog JM (^_^)

Blog Review | Jari Manis Travel List

Tengok gambar dekat atas, sweet kan Akak JM kita ni? (^_^)

Kalau siapa yang belum berkenalan dengan JM, silalah berbuat demikian dengan klik pautan di sini. Khabarnya dia ke Indonesia pula kali ini. Which part of Indonesia? Kurang pastilah pula.

Yang pasti, YY baru sangat baca entry dia yang travel solo di Bangkok bebaru ni. Ni dia travel lagi. Ish, syok betul rasanya! Entah bila YY pula berpeluang naik kapal terbang (^_^)

Itu sahaja buat masa ini. Minta maaf terutama buat Akak JM kita kot ada mana-mana bahagian dalam entry ini yang menyinggung perasaan. Sorry tau sebab ambil gambar tak minta izin (^_^)

Siapa pula yang kena review lepas ni? Tungggguuuu! (^_^)

85 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...