Anak Mama! (^_^)
Anda seorang ibu? Bukan? Pada sesiapa yang belum bergelar ibu mungkin tidak memahami hati seorang ibu a.k.a Mama seperti aku. Tengok anak tidur macam ini terasa syahdu aje
Perasaan bahagia bergelar seorang Mama sudah mula terasa dari saat aku disahkan mengandung dan yang paling pasti perasaan tu tak akan hilang sehingga kehujung nyawa dan titisan darah terakhir!
Sayangnya pada anak-anak sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Sayang sangat!
Dan yang pasti tak akan ada insan lain di dunia ini yang boleh menyayangi anak-anak aku seperti mana aku!
Kalau boleh aku nak bagi semua kekayaan dan kebahagian di dunia untuk mereka. Aku sanggup lakukan dan berkorban apa sahaja untuk mereka.
Tangisan mereka yang disebabkan dimarahi oleh orang lain (walaupun disebabkan kesilapan mereka sendiri) atau disebabkan kesakitan sudah cukup merobek hati aku, seorang Mama!
Tak boleh membayangkan kehidupan ini tanpa Abang dan Adik! Mereka terlalu istimewa!
Kamu berdua adalah penyeri kehidupan Mama, memberi Mama semangat untuk melangkah ke depan, dan pengubat segala duka dan lara!
Senyuman dan gelak tawa kamu berdua adalah kebahagian dan kekuatan Mama!
Terima kasih kerana menyinari hidup Mama! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿