Lazada Malaysia Big Baby Fair

7:18:00 am Yana Yani 4 Comments

Lazada Malaysia Big Baby Fair | YY rasa semua ibubapa atau yang bakal menjadi ibubapa tahu yang sekarang Lazada sedang mengadakan kempen Big Baby Fair yang bermula dari 29 Mac sehingga 2 April ini. Diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak boleh dinikmati. Yang menariknya, ada banyak jenama terkemuka yang terlibat bersempena kempen Big Baby Fair kali ni. Antaranya Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.

Walaupun dah tak ada anak kecil, kempen Big Baby Fair kali ni sangat menarik minat YY.

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Jom layari Lazada Big Baby Fair dengan klik pada banner sekarang!

Apakah jenama kegemaran lampin pakai buang kegemaran?

Sebut pasal lampin pakai buang ni, memang hanya ada satu jenama yang menjadi kegemaran YY sejak dari kelahiran Afif. Huggies merupakan jenama kegemaran dan kepercayaan YY. In fact, sebab terlalu minat, YY pernah terlibat bersama Huggies mencipta Malaysia Book of Record! Untuk kempen Big Baby Fair kali ni, Huggies menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi pakai buang keluaran mereka.

Kalau ada anak kecil, memang borong dah! Hehe!

Baca: Cabaran Mega HUGGIES: MALAYSIA Book of Records!

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Huggies, jenama diaper kesukaan YY

Apakah jenama susu formula kegemaran?

Sebut pasal susu formula, YY secara jujurnya agak selective. Tapi YY suka susu formula Nestle Lactokid. Kenapa? Sebab ia mengandungi 13 vitamin dan mineral disamping DHA untuk menyokong perkembangan otak anak kita secara optimum dan membantu pertumbuhan fizikal mereka. Kali terakhir Aisyah minum susu, adalah susu jenama ni. So bila ternampak susu formula ni boleh dimiliki pada diskaun serendah 24% untuk kempen Lazada Big Baby Fair, memang buat YY rasa tertarik.

Memang no doubt susu formula ini menjadi kegemaran YY.

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Nestle Lactokid, favorite susu formula YY


Apakah produk yang ingin dimiliki untuk anak-anak di Big Baby Fair?

Anak-anak YY sekarang dah besar. Walau dah besar, keinginan untuk membelikan mereka mainan memang sentiasa ada. Sindrom mak-mak, biasalah kan. Hehe! Tapi YY nak belikan mainan yang bersifat pembelajaran. Paling penting, dua orang boleh main serentak. Dalam dok juling mata cari mainan yang sesuai untuk kedua beradik tu, terjumpa 100-pcs Wooden Building Block City Simulation. Harga yang ditawarkan pun dalam kategori mampu milik. Paling buat YY confident nak beli adalah review yang diberikan oleh pembeli sebelum ni. Sangat mengujakan!

Tips yang diajar pada YY kalau nak beli barang di Lazada adalah perhatikan review dan juga shipping term. Korang pasti akan tersenyum lebar bila barang tu sampai di tangan kelak.

Lazada Malaysia Big Baby Fair
Klik imej untuk ke pautan mainan ini

Jangan lupa yang kempen ini sudah pun bermula sejak 29 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 2 April 2017 nanti. Tunggu apa lagi, jom membeli belah di Lazada Big Baby Fair! Layari  http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ sekarang!

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula

7:34:00 am Yana Yani 4 Comments

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula | CARRIE JUNIOR bukanlah satu jenama asing bila menyebut rangkaian penjagaan diri kanak-kanak dan bayi. Jenama premium ini juga banyak membantu dalam merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Malahan rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni turut membantu kanak-kanak mencetus imaginasi mereka di dalam bilik mandi.

Apa yang menarik, CARRIE JUNIOR kini didatangkan dalam pek isian semula. Pengenalan ini merupakan suatu pilihan penjimatan kepada pengguna yang mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan disebabkan keadaan ekonomi semasa.

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula

Inovasi ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baharu yang akan meningkatkan penggunaan plastik sekaligus memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR pek isian semula, ibu bapa dapat berjimat, menyelamatkan alam sekitar dan menyediakan anak kesayangan dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

Anak dara YY, si dak Aisyah tu suka sangat dengan CARRIE JUNIOR ni. Kalau sebut mandi aje, memang dia nak mandi dengan CARRIE JUNIOR. So bila CARRIE JUNIOR perkenalkan pek isian semula ni, YY adalah antara pengguna yang sangat senang hati. Lagipun pek isian semula memang mudah sangat nak guna disamping lebih murah.

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
Aisyah suka sangat dengan CARRIE JUNIOR

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E. Ia merupakan kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Ia memberikan korang pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.

YY suka dengan wangian dia, wangi sangat! Ia juga bertindak membersih dengan lembut dan sangat sesuai untuk kegunaan harian.

CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
CARRIE JUNIOR Baby Bath

Lebih menarik, rangkaian CARRIE JUNIOR ini diiktiraf Halal tau.

Untuk CARRIE JUNIOR pek isian semula Baby Bath berisipadu 500g, ia boleh dimiliki pada harga RM8.90 untuk Semenanjung. Bagi Sabah dan Sarawak pula, ia boleh dibeli pada harga RM9.30. CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash pula terdapat dalam harga RM9.90 di Semenanjung dan RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak.
CARRIE JUNIOR Dalam Pek Isian Semula
CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash

Kesemua rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair and Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil mempunyai bau buah-buahan yang pastinya digemari kanak-kanak. Even YY sebagai orang dewasa juga sangat suka bau wangian buah-buahan berkenaan.

So jangan lupa dapatkan pek isian CARRIE JUNIOR di semua gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.

4 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Jom Membeli Belah Di Lazada Big Baby Fair

7:35:00 am Yana Yani 5 Comments

Jom Membeli Belah Di Lazada Big Baby Fair | Sebut aje Lazada, YY yakin semua mengenali peneraju utama e-commerce di rantau ini. Dengan ratusan ribu produk dari pelbagai kategori termasuk kecantikan dan kesihatan, kelengkapan bayi, peralatan rumah, fesyen, telefon, perkakas elektronik dan barangan rumah, Lazada sememang platform e-commerce yang harus dituju. Ia juga mudah di akses walau di mana sahaja ditambah dengan servis penghantaran yang sangat efficient.

YY kalau dah layari Lazada, memang sesat cari jalan pulang. Haha! Harga yang ditawarkan memang murah dan sangat berbaloi! Lagipun dengan peningkatan kos sara hidup, pembelian secara dalam talian ni memang relevan dan paling penting, ia memberi banyak penjimatan. Bagi ibubapa yang ada anak kecil atau bakal menjadi ibubapa, Lazada ingin berkongsi keceriaan dengan mengadakan kempen Big Baby Fair yang akan berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini.

Korang boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi dengan melayari http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/

Jom Membeli Belah Di Lazada Big Baby Fair
Banyak jenama popular yang terlibat

Di dalam Big Baby Fair kali ini, korang boleh menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak! Mak ai! 80% tu! Mau tak tergugat iman weh! Kalau diskaun sebanyak tu boleh beli lampin pakai buang, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi, memang sangat berbaloi weh! YY dengar cerita ada banyak jenama terkemuka yang korang boleh beli bersempena kempen Big Baby Fair kali ni.

Antara jenama yang terlibat adalah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.

Masa Afif dan Aisyah baby, YY suka pakaikan diorang Huggies. Huggies menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi pakai buang keluaran mereka. Anakku pun tak kurang hebatnya. Mananya tak, mereka menawarkan diskaun serendah 83% untuk barang kelengkapan bayi tau! Paling best, susu formula Pediasure boleh dimiliki pada harga serendah RM42.95! Wah! Memang menarik!

Jom Membeli Belah Di Lazada Big Baby Fair
Nikmati diskaun sehingga 80%!

Tanpa perlu keluar dari rumah, korang boleh membeli belah barangan bayi kegemaran korang dengan mudah di Lazada Malaysia. Malahan ada pelbagai payment methods disediakan untuk kemudahan korang. Antaranya cash on delivery, online banking, kad kredit atau debit, PayPal dan banyak lagi.

Yang bestnya, korang bukan aje akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama yang YY sebutkan di atas. Korang juga boleh dapat penghantaran percuma apabila korang beli produk terpilih di Big Baby Fair! Dah lah murah daripada harga pasaran, lepas tu dapat pula penghantaran percuma, mau tak terasa dunia ini bagai ana yang punya! Haha!

Korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di sosial media Lazada Malaysia.

Jom Membeli Belah Di Lazada Big Baby Fair
Jom layari Lazada Big Baby Fair dengan klik pada banner sekarang!

Untuk para blogger Malaysia pula, korang boleh memenangi Lazada shopping voucher bernilai RM500 dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. Enam orang blogger bertuah berpeluang memenangi voucher tersebut. Apa tunggu lagi, jom sertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest yang bermula pada 27 March dan akan berakhir pada 2 April 2017. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Jom membeli belah di Lazada Big Baby Fair. Layari http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ sekarang!


5 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite

11:40:00 pm Yana Yani 2 Comments

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite | Ramai di antara kita tidak sedar sinaran infra-merah daripada matahari dan pendedahan secara langsung kepada benda berbahang akan menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan. Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap. SAFI kini memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis kerana memahami impian gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman,
Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit dua tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam
SAFI juga memperkenalkan Sarah Hildebrand yang merupakan pelakon, model serta pengacara program televisyen sebagai duta SAFI BALQIS OxyWhite.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite Kawalan Minyak dan Jerawat

Tambah Puan Mahsuri Sulaiman lagi,
Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna
Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple dan trendy, sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Jom berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak membersih jauh ke dalam liang pori agar kulit bebas kotoran dan sisa solekan. Ia juga mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang pori kulit. Ia mampu mengekalkan kelembapan selepas penggunaan. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka boleh dimiliki dengan harga RM7.30 untuk saiz pek 50g dan RM12.30 untuk saiz pek 100g.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

Selepas membersih kulit wajah, liang pori akan terbuka. Ini akan menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan. Ia juga menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan dan pasti memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol.

Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite ini sangat affordable. Ia boleh dimiliki dengan harga RM10.90 untuk saiz pek 100ml.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

Pelembap Gel SAFI BALQIS OxyWhite ini berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam. Ia juga bertindak mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah. Dengan vitamin B3, ia menyamaratakan tona kulit muka. Asid Hialuronik pula memberi lembapan mendalam dan berpanjangan. Gel ini mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

Apay yang menarik, ia sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam. Pelembap Gel ini boleh dimiliki dengan harga RM14.90 untuk saiz pek 40g.

Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite

Kesemua rangkaian produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari

laman facebook SAFI, @SAFI.MY
laman Instagram SAFI, @safimalaysia dan
saluran Youtube SAFI, SAFImalaysia

2 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records

11:03:00 pm Yana Yani 7 Comments

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records | Sabtu baru ini YY dan keluarga diberi peluang bersama hampir 2,000 pelajar daripada 32 sekolah rendah sekitar Lembah Klang mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi "Penyertaan Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" di Taman Tema Sunway Lagoon. Kalau korang nak tahu, ia merupakan rekod pertama dicatat di bawah kategori Pencapaian Manusia di dalam MBOR. Hebat bukan.

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
Pastil Chewies Immunolicious yang sangat sedap
Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
Sebahagian daripada 2000 pelajar yang mengambil bahagia

Pelajar yang berumur antara lima hingga 12 tahun itu mencatat rekod berkenaan dengan mengambil lebih 3,000 pastil Chewies Immunolicious secara serentak. Ia merupakan usaha Chewies mendidik kanak-kanak tentang kepentingan membina sistem imun yang kuat untuk kesihatan mereka melalui pengambilan makanan tambahan seperti mengunyah pastil Chewies Immunolicious yang sangat lazat.

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
Upacara penyerahan sijil Malaysia Book of Records

Sijil MBOR itu diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AJ Research & Pharma Sdn Bhd, Javed Ghulam Muhammad oleh Penolong Pengurus Analisis, Kajian dan Pemasaran MBOR, Ayman Izaaz.

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
Antara guru daripada 32 buah sekolah yang terlbat

Kalau korang nak tahu, pastil Chewies Immunolicious ini diperkaya dengan Wellmune yang merupakan sejenis gluco ploysaccharide diperoleh daripada penapisan yis yang cukup baik. Ia bertindak sebagai pengalak sistem imun semula jadi bagi kanak-kanak dan juga dewasa. Pastil ini boleh didapati dalam perisa Mega-Mango, Super Strawberry dan Ultra-Orange.

Ia memang mudah dimakan dan memberikan tarikan kepada kanak-kanak kerana rasa yang enak. Pastil Chewies Immunolicious memang telah terbukti secara klinikal meningkatkan sistem imun secara selamat dan mengurangkan demam dan selesema.

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
Afif dan Aisyah yang "terpaksa" ceria. Haha!

Dengan mengambil dos harian yang disarankan, dua pastil untuk kanak-kanak dan empat pastil untuk orang dewasa, ia sekaligus meningkatkan imuniti mereka yang terlibat pada hari tersebut. Setelah mencatat sejarah dalam MBOR di Sunway Amphitheatre, kami semua diberi ganjaran yang menyeronokkan dengan menyertai pelbagai aktiviti di Sunway Lagoon sepanjang hari. Seronok sangat weh!

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
Hak ni memang betul punya ceria! Haha!

Chewies Catat Sejarah Dalam Malaysia Book of Records
Ombak besar ni pada YY antara tarikan hebat di Sunway Lagoon

Apapun YY dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Chewies kerana menjemput kami bersama-sama mencatat sejarah pada hari tersebut. Kami memang sangat berseronok pada hari tersebut. Sekali lagi sekalung tahniah buat Chewies (^_^)

7 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...