Masak? (^_^)

4:58:00 pm Yana Yani 0 Comments

Aku ni kalau cerita bab masak kan, lemah aje rasa badan. Itulah pekerjaan yang paling aku tak mahu buat tapi terpaksa! Dah kata nama perempuan suka ke tidak, kena masak juga!

Terus terang aku memang tak pandai masak, tapi makan terror sangat! Siapa yang tak terror bab makan ye tak? Hehe!

Tapi walaupun aku tak pandai masak! Aku telah dengan jayanya membesarkan badan Encik suami!  Pencapaian terbaik setakat ni! Hehe!

Malam tadi aku bercadang nak masak kari ikan bawal putih. Ikan tu Encik suami beli dekat pangkalan (entah pangkalan mana aku tak tahu) Seumur hidup aku, baru itulah first time makan bawal putih.

Al-maklumlah, ikan tu mahal! Itu pun Encik suami beli sebab tak tahu beza bawal hitam dengan putih. Dia fikir harganya sama aje. Nasib baik dia tak demam bila kena bayar RM32 untuk 1 kilogram ikan tuHehe!

Tapi bila tengok macam banyak aje, aku cancel masak kari ikan bawal putih! Bukan apa, takut tak habis. Membazir aje! So aku selongkor peti sejuk tengok benda apa lagi yang aku boleh masak!

Tomyam! Aku paling suka masak tomyam sebab semua pakai campak aje! Lepas dah campak semua bahan, tunggu aje sampai dia mendidih. Makan panas-panas memang best!


So tengahari tadi barulah aku masak kari ikan bawal putih!

Masak kari ini agak leceh pada aku. Tapi aku tak masak macam orang lain masak. Aku masak ikut suka aku, maknanya simple habis! Janji sedap!

Eceh, sedap keHehe! Tu aku tak ada jawapannya. Korang kena rasa baru tahu. Tapi Afif pernah cakap, "Mama ni masak sedaplah!"


Lepas tu makan dengan tempe! Kombinasi yang terbaik! Barulah masyuk! Dah namanya Jawa, memang tak boleh lari dari makan tempe. Hehe!


Erkkk! Alhamdulillah! Sedap betul kari ikan bawal putih ni! Isi dia lembut lepas tu bau pun tak hanyir macam bawal hitam. Lain kali beli lagi bawal putih ni ye Yang! Hehe!

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...