Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong
Berhati-Hati Dengan Iklan Jawatan Kosong | Kemudahan internet yang wujud hari ini telah menyebabkan kita mampu mencari apa sahaja maklumat di hujung jari. Begitu juga dengan maklumat mengenai jawatan kosong. Hanya dengan menaip
keywords “kerja kosong” di mana-mana laman web enjin carian, akan terhidang maklumat yang dikehendaki. Tapi berhati-hati dengan iklan jawatan kosong.
Hari ini YY
nak berkongsi pengalaman peribadi YY yang terjebak dengan syarikat yang bagi YY menganiaya mereka yang benar-benar mahukan pekerjaan. Pastikan
korang dah baca sehingga ke noktah terakhir sebelum membuat sebarang penilaian.
Ceritanya begini. YY tertarik dengan satu iklan di dalam sebuah
group mencari pekerjaan di laman sosial popular, Facebook. Iklan berkenaan
highlighted hampir kesemua maklumat yang akan buat orang ingin mengetahui maklumat lanjut. Berpandukan nombor telefon yang diberikan, YY terus menghantar SMS ke nombor yang diberikan.
Balasan SMS yang YY terima buat YY terasa macam ada yang
tak kena. Si pembalas mengatakan YY
tak perlu hantar sebarang resume. YY hanya perlu datang untuk
interview yang telah ditetapkan pada keesokkan harinya.
 |
Balasan SMS yang YY terima |
Kebiasaannya sebelum menghadiri mana-mana interview, YY akan cuba selidik maklumat mengenai syarikat bagi memudahkan YY memahami
nature of business. Malangnya YY tidak menjumpai langsung maklumat mengenai syarikat berkenaan kecuali iklan jawatan kosong. Dalam hati
dok fikir, "Aktif
company ni cari orang kerja"
Anyway, walau hati ada rasa macam
tak sedap, YY tetap pergi
interview seperti yang dipersetujui. Lagipun
tak susah mencari syarikat berkenaan kerana ia terletak di dalam bangunan yang agak
well known di bandar Klang. Untuk
interviewee seperti YY ketika itu, syarikat tersebut dari segi luaran kelihatan gah.
Dengan lokasi
office,
signage yang nampak bergaya dan
tak terkecuali
receptionist yang menawan. Tiada yang mencurigakan.
In fact office berkenaan kelihatan sibuk. Kita boleh melihat jelas orang keluar masuk pejabat hampir sepanjang masa buat kita yang datang untuk temuduga terasa
excited.
Tapi
honestly YY rasakan sesi
interview pelik. Sebelum
ni YY pernah terlibat secara langsung
interview orang yang perlu bekerja di bawah YY. Kalau ada sepuluh orang datang untuk
interview, sepuluh kalilah YY mengulang sesi temuduga. Tapi ini mereka buat serentak. Mereka
tak peduli tentang pengalaman,
qualification atau apa sahaja yang berkaitan. Mereka hanya
concern berapa ramai mereka boleh
hire.
Walau sudah terasa pelik, YY tetap nekad menghadiri
training yang ditetapkan. Mungkin sudah agak lama
jobless menyebabkan YY ambil sikap tunggu dan lihat. Pada hari pertama
training kami didedahkan dengan operasi sebenar syarikat. Walau
diorang banyak kali menyebut mengenai IT
provider, ia sangat
tak jelas sebab ia lebih melibatkan jual beli saham emas dalam matawang Euro. Kami juga diminta
download aplikasi yang dikenali sebagai MetaTrader 4 bagi mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk membeli atau menjual saham emas.
 |
Persoalan dengan jawapan yang tidak meyakinkan |
Hari kedua
training adalah hari di mana YY sedar ianya merupakan satu bentuk penipuan.
At least pada pandangan mata YY. Apa yang buat YY rasa ianya satu penipuan adalah kami diminta untuk mencari seberapa banyak orang yang boleh untuk berkerja di bawah kami seolah sistem MLM. Kami diajar bagaimana untuk c
reate iklan, menarik orang untuk menghubungi kami dan laman web mana yang menyediakan tapak untuk kami beriklan.
Patutlah ramai orang keluar masuk syarikat berkenaan. Rupanya mereka tu semua sama ada menghadiri sesi interview sebagai
interviewer atau
interviewee. Pada ketika itu kami disarankan menggunakan laman web Indeed.com kerana ianya percuma untuk mencari pekerja. Kami diberikan masa seminggu untuk mencari pekerja.
 |
Screen shoot dari seorang colleague mengenai "penipuan" |
Lagi menambahkan
tak logik adalah syarikat tersebut telah menukar nama syarikat sebanyak tiga kali. Berdasarkan nama syarikat terdahulu yang dikongsi sendiri oleh “Puan Bos”, dua nama syarikat sebelum ni cukup hangat menjadi bualan di internet. Modus operandi hampir sama. Cuma sebelum ni mereka secara jelas mencari pelabur. Kali ini mereka menukar sedikit “jalan cerita” bagi memastikan orang tertarik.
Dedahan beberapa orang lama menambahkan keraguan yang YY rasai. YY juga baru dapat tahu bahawa mereka yang berada di dalam team YY, lebih kurang 20 orang tidak ada yang sampai sebulan bekerja di situ.Peliknya orang lain macam
dah kena pukau. Malahan kami yang menyedari
something tak kena ni dituduh sebagi orang yang berfikiran
negative.
 |
Berfikiran negatif katanya |
Tapi apa yang buat YY bertambah nekad meninggalkan syarikat tersebut adalah “Puan Bos” di dalam aplikasi WhatsApp yang dihantar secara peribadi kepada YY secara jelas menyuruh YY menipu bagi mencari pelabur. Bila hal
ni YY dedahkan di dalam
group, majoriti mengatakan “Puan Bos” tersilap dan YY hanya berfikiran negatif. YY juga di
removed dari
group berkenaan.
Fine. Kalau
korang nak carry on, silakan.
Tapi YY
tak salahkan mereka. Mereka terdesak. Orang seperti “Puan Bos” sengaja mencari kesempatan ke atas kesusahan orang lain. Bayangkan ada yang sanggup datang dari jauh dan meninggalkan kerja sebelum
ni. Semua kerana tertarik dengan iklan tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan.
Shame on you “Puan Bos”.
 |
"Puan Bos" dengan yakin suruh menipu |
Berikut adalah senarai yang YY dapati ianya mencurigakan
1. Bila
korang mahukan maklumat berkenaan kerja yang diiklankan, si pengiklan hanya berminat mengetahui sama ada
korang ingin menghadiri temuduga atau tidak
2. Sesi temuduga tidak dijalan secara
professional. Semua dilakukan sekali harung.
Target mereka hanya memastikan mereka boleh mengumpulkan seberapa banyak pekerja di bawah mereka. Alah, sama macam sistem MLM
tu. Orang bawah dapat duit, orang atas punya atas, punya atas pun, dapat duit
3. Orang yang dikatakan kerja sudah lama di situ
pun tidak bekerja lebih dari enam bulan.
Even leader YY ketika itu bekerja tidak sampai sebulan.
4. Gaji yang ditawarkan sama kepada semua tanpa mengira
qualification mahupun pengalaman kerja. Semua dapat RM2500. Tapi agak
tricky part ni. Dalam surat perlantikan jelas disebutkan “
THE EMPLOYER SHALL ONLY BE ENTITLED TO THE PAYMENT OF RM2,500 PER MONTH SUBJECT TO THE FULFILLMENT OF THE TERMS AND CONDITIONS LAID OUT IN THIS AGREEMENT”
5. Surat perlantikan tidak disebut
Letter of Appointment seperti kebiasaannya, tapi disebut sebagai
Agreement. Sama macam kalau korang beli kereta atau rumah. Contohnya “
THIS AGREEMENT IS MADE ON [DATE] BETWEEN [NAMA COMPANY] HEREINAFTER TO BE REFERRED TO AS THE COMPANY ON ONE PART AND [NAMA EMPLOYEE] HEREINAFTER REFERRED TO AS CORPORATE RELATION EXECUTIVE OF THE OTHER PARTY”
Pendedahan ini YY lakukan berdasarkan pengalaman peribadi. YY tidak menyebut nama syarikat kerana yakin ada lagi ramai syarikat yang melakukan modus operandi yang sama. YY hanya menyarankan
korang berhati-hati dengan iklan jawatan kosong. Terutama iklan yang menawarkan gaji lumayan dengan syarat kelayakan tidak munasabah. Bak kata
omputih, ianya
too good to be true.
Rajinkan bertanya cari maklumat berkenaan syarikat seberapa banyak yang boleh. Sekiranya tidak berjumpa, hadiri sahaja sesi temuduga, Cuba nilai sendiri sama ada mereka memang berminat mengambil
korang bekerja sebab kelayakan k
orang atau mereka hanya berminat dengan
korang tanpa mengira kelayakan. Jangan jadikan diri
korang mangsa, Jangan terpengaruh dengan nilai duit yang disebutkan sebab ianya memang tidak logik.
Tapi kalau
nak kepastian, hadiri sahaja
training yang disyorkan. Tunggu dan lihat, Kemudian nilai sendiri. Kalau
korang mempunyai tangapan sama seperti YY, maka marilah kita menyeru orang lain supaya tidak menjadi mangsa. Tapi kalau
korang berfikiran sebaliknya,
carry on. Cuma
nak ingatkan, duit yang diperolehi dengan penipuan tidak akan bawa ke mana. Sekian.
Jangan jadikan diri anda mangsa!
24 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿