Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam
Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam | YY sudah lama tak berkunjung ke gerai cendol ini yang terletak di Lebuh Keluli, Seksyen 7 Shah Alam walhal jalan itu kerap digunakan disebabkan ia merupakan jalan utama kami ke Shah Alam. Tiap kali lalu, YY mesti ajak MyChintaHati singgah. Malangnya ada sahaja alasan yang diberikan. Mungkin kerana persekitaran tapak yang buat dia kurang selesa.Setelah sekian lama meminta tanpa putus asa, akhirnya impian YY direalisasikan pada Ahad baru ni. Alhamdulillah. Memang senyum tak ingat dunia bila hajat dipenuhi. Gerai cendol ini memang sentiasa penuh dengan manusia. Pendek kata nak tunggu gerai ni lenggang mungkin sesuatu yang mustahil.
Fenomena di bawah bukan perkara luar biasa bagi yang sudah terkena penangan cendol yang bagi YY tidak boleh ditandingi oleh mana-mana gerai cendol lain.
Tapi hanya untuk menghirup semangkuk cendol yang lazat, apalah sangat setakat hanya perlu berbaris panjang begini kan (^_^)
Harga yang ditawarkan masih pada tahap reasonable walau ada kenaikan harga yang tidak begitu ketara. Cendol ini sangat popular terutama setelah ianya pernah muncul dalam JJCM. Laksa dia pun memang terbaik! YY pernah bercerita beberapa kali mengenai cendol dan laksa yang dijual menggunakan mini van ini. Cumanya tak ingat bila (^_^)
Walau terpaksa berbaris panjang, korang semua tak perlu risau sebab ianya tidaklah mengambil masa yang lama untuk korang menunggu. Pekerja di sini cukup pantas bekerja.
Korang hanya perlu mencari tempat yang selesa untuk korang menikmati cendol atau laksa yang YY jamin pasti buat korang ingin kembali untuk ke sekian kalinya (^_^)
Plastik stool ada disediakan untuk keselesaan para pelanggan, tapi kalau time korang datang tu memang peak hour walau pada cuti hujung minggu, usah mimpilah nak jumpa kerusi. Carilah mana-mana tempat yang dirasakan selesa. Ramai juga yang YY nampak menikmati di dalam kereta sendiri. YY sekeluarga memilih untuk duduk di bahu jalan. Barulah best katanya.
Tapi sebenarnya tak nak bagi kotor kereta (^_^)
Afif nampak sangat tak selesa apabila disuruh duduk di bahu jalan. Dia sanggup bersandar pada kereta. Tapi itu tidak menghalang dia dari menikmati cendol yang menjadi kegilaan Mama dia.
Aisyah pula anak Mama yang tak pernah kisah mana pun disuruh duduk. Janji dia dapat makan kacang panggang dalam cendol tu. Dia bukan makan pun cendol tu. Dia lebih suka kacang (^_^)
Bila dah puas makan semangkuk cendol, oops dua sebenarnya sebab Aisyah tak habis. Hehe! Barulah boleh ke mana-mana dengan hati yang senang. Senyum pun sikit punya lebar boleh bagi (^_^)
Anyway mini van yang menjual cendol ni tak susah korang nak cari sebab dia terletak bertentangan dengan kilang Tamco tapi harus berhati-hati. Kenapa? Takut termakan di tempat lain yang mungkin tak sesedap yang YY ceritakan.
Fenomena ini biasa dikalangan peniaga Melayu. Sejak gerai tersebut masuk dalam rancangan JJCM, sikit punya banyak mini van lain yang juga turut menjual cendol. Kadang YY pun confuse sebab kadang dia ada dekat bahagian depan jalan, kadang dekat bahagian belakang sekali. Mungkin terpaksa berebut tapak. Mujur ada signage JJCM tu.
Cuma YY pelik dengan style orang Melayu berniaga. Tak salah duduk sebelah pun. Tapi apalah salahnya dok meniaga benda lain. Nak bersaing pun, biarlah ikut cara Cina. Biasa sangat nampak keadaan bila hari ni ada satu gerai aje jual nasi lemak. Bila gerai tu dapat sambutan menggalakkan, besok atau lusa mesti ada gerai lain yang menjual menu yang sama.
Ni nak kata dengki ke or bersaing secara sihat? Sendirilah fikir ye. Yang pasti kalau lalu Shah Alam, singgah kejab rasa kehebatan cendol yang YY sebutkan di atas ye. Memang marvelous (^_^)
15 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿