Berita Hujung Tahun Yang Menggembirakan

2:27:00 pm Yana Yani 40 Comments

Berita Hujung Tahun Yang Menggembirakan
Beberapa jam lagi, Insya ALLAH kita semua akan melangkah ke 2016. Sebenarnya tak sempat YY nak hadap blog hari ni sebab kena settlekan beberapa urusan sebelum melangkah ke tahun baru.

Tapi disebabkan teruja, YY nak share berita hujung tahun yang sangat sangat menggembirakan bagi diri YY dengan korang semua.

Blog YY, Diari Seorang Mama yang dibina sejak tiga tahun dulu ni, tersenarai antara 15 Blogger Terbaik Malaysia 2015 berdasarkan kaca mata blogger tersohor +Bin Muhammad! Wahhh! Rasa nak nangis dibuatnya! Terharu beb!

Walau pun gelaran itu diberikan kerana menghargai komen-komen yang ditinggalkan di blog beliau, ia tetap memberi makna yang sangat besar pada YY. Terasa macam berdiri atas stage sambil pegang award pastu dapat standing ovation gitu! Nampak tak betapa tinggi angan-angan? Hehe!

"Ianya adalah pengiktirafan buat blogger-blogger yang sangat hebat dan ramah sehingga menjadikan mereka terbaik dalam memberikan nilai jalinan ukhuwah melalui kunjungan dan komen-komen di blog ini. Bukan sahaja menilai dari sudut jumlah komen tetapi juga sememangnya mereka mempunyai blog yang hebat dan antara yang terbaik untuk dikunjungi" +Bin Muhammad

Terima kasih saudara BM. Terima kasih sangat-sangat! YY sangat hargai penghormatan yang diberikan ni. Harap ianya menjadi pencetus untuk YY meneruskan apa yang YY sudah usahakan selama ini. Tanpa sokongan saudara BM dan rakan blogger yang lain, tak ke mana YY ni. Apalah guna menulis tanpa pembaca. Betul tak? (^_^)

Untuk makluman, aktiviti blog walking nampak gayanya terpaksa ditunda. Minta maaf. Tak dapat nak elak. Mana sempat nanti YY singgah ye.

Dikesempatan ini YY nak ucapkan;

Selamat bercuti kepada yang bercuti
Selamat menempuh alam persekolahan buat yang pertama kali menjadi pelajar
Selamat kembali ke sekolah buat pelajar seperti Afif
Selamat kembali sibuk untuk parent especially para ibu macam YY
Selamat tahun baru 2016

Insya ALLAH, panjang umur kita akan bertemu kembali di 2016. Have a very nice long weekend! Till we meet again, Assalamualaikum

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer

1:24:00 pm Yana Yani 38 Comments

Sebelum ni YY pernah ceritakan di dalam post yang bertajuk Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer untuk membawa Afif bertemu Optimus Prime dan Bumblebee yang merupakan antara watak animasi kegemaran dia dalam siri Transformer. Hasrat tu YY pendamkan beberapa ketika kerana takut ianya tidak mampu dilaksanakan seperti yang pernah berlaku sebelum ni.

Alhamdulillah sempena cuti hujung minggu yang agak panjang bagi negeri Selangor couple of weeks ago, YY berjaya menunaikan hasrat yang setelah sekian lama dipendam. Of course Afif adalah manusia paling teruja apabila diberitakan tentang perkhabaran tersebut. Hampir setiap saat dia dok tanya bila YY nak bawa dia bertemu dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Mujur tak bagitau awal. Kalau tak, naya!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Setia menanti Optimus Prime dan Bumblebee

Kami sampai agak awal. Konon nak booking tempat. Bajet event seperti itu pasti ramai orang terutama untuk sesi Meet and Greet With Transformer. Rupanya untuk sesi itu kami perlu berbelanja sebanyak RM20 di mana-mana outlet yang terdapat di Centro Mall. Ingatkan free, tapi zaman sekarang mana ada benda free dak? Hehe!

Selepas berbelanja RM20 di 99 Speedmart, kami dikehendaki menunjukkan resit sebagai proof of purchase di kaunter pendaftaran untuk menebus tiket.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Antara games yang ada selain dari sesi Meet and Greet With Transformer

Selain daripada sesi Meet and Greet With Transformer, ada banyak juga aktiviti lain yang diadakan tapi again untuk melayakkan korang main games tersebut, korang kena spend another RM20. Nampak tak sape yang pandai main games sekarang? Hehe!

MyChintaHati tak ada masa ni. Agak jenuh juga YY memujuk budak berdua tu supaya tak minta yang bukan-bukan. Biasa dengan Mama aje diorang berani cerita lebih. Dah kebal dah pun. Cer kalau ada Papa, kena jeling aje pun dah getar lutut.

Sebab tau diorang takutkan Papa aje, kalau diorang tak nak dengar kata, YY jerit aje nama Papa diorang. Senang sikit. Papa diorang pun bukan buat apa. Takat sebut aje nama diorang dengan ton suara tinggi sikit. Tak cukup tanah bebudak tu lari!

YY pun nampak gayanya nak kena menuntut ilmu dengan MyChintaHati untuk keluarkan suara yang menggerunkan. Baru rasa berkuasa sikit! Uwahahaha!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Afif cukup berkenan dengan games ni, tapi YY buat pekak aje (^_^)

Okay berbalik kepada cerita Meet and Greet With Transformer, lebih kurang pukul 1, semua yang sudah mempunyai tiket dikehendaki berkumpul berdekatan pentas utama. Afif sangat teruja masa ni. Aisyah pun sama. Tapi Aisyah tu konon aje.

Masa kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, berlari dia cari YY. Siap menangis cakap takut. Sabar ajelah!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Aisyah sebelum kemunculan Transformer

Sebelum kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, ada beberapa games diadakan. Setiap yang naik ke atas pentas akan mendapat something walau tidak berjaya dalam games tersebut. Masa nak balik Afif kata, "Afif sebenarnya nak hadiah yang orang tu bagi. Tapi Afif tak faham dia cakap apa"

Alahai kesiannya dia. Pengacara majlis memang hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris pada hari tu. Obviously Afif mempunyai masalah untuk memahami apa yang dituturkan. Kalau semua soalan dan games diajukan dalam Bahasa Melayu, pasti Afif mampu melakukannya sebab semua tu kacang putih pada dia.

Tak apalah sayang, Mama dulu masuk universiti baru lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukan rezeki Afif hari tu.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Pengacara menyuruh kanak-kanak di atas pentas meniru aksi dia

Tak lama kemudian, muncullah kedua karakter yang dinantikan oleh Afif dan kanak-kanak lain. Walau yang muncul bukan dalam size sebenar, ia tetap mengujakan setiap yang ada pada hari tu. Seronok dok tengok diorang bersorak masa tu. Aisyah aje yang menangis dan menjerit macam orang nampak hantu. Tak tahu pasal apa yang dia takut sangat. Padahal sebelum tu bukan main lagi.

Agak susah juga YY nak snap gambar Afif pada waktu itu dengan keadaan orang yang terlalu ramai walau pengacara berulang kali meminta diberikan ruang untuk parents mengambil gambar anak-anak mereka yang berada di pentas. Tapi biasalah orang Malaysia. Mana nak dengar arahan kan.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Afif tersenyum riang di sisi kedua karakter kegemaran dia

Dapatlah snap beberapa keping gambar Afif bersama-sama dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Kalau Aisyah tak takut, gambar dia pun ada sama. Tapi dia ketakutan, dapat gambar Afif aje.

Ni kalau tak berhimpit, YY yakin lagi cantik gambar ni. Dah lah Aisyah pun buat perangai. Tapi yang paling penting, Afif seronok. Itu yang penting. Hilang satu bebanan perasaan. YY ni selagi tak tunaikan impian atau hasrat anak, terasa tak seronok. Asyik dok teringat aje. Bukan apa. Kita kan tak tahu selama mana kita hidup.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Tertunai sudah hasrat bertemu Optimus Prime dan Bumblebee
So begitulah cerita pengalaman kami di Centro Mall ketika sesi Meet and Greet With Transformer. Paling penting anak-anak seronok. Mana-mana parents pun kalau anak seronok, pasti automatik akan buat diri kita pun seronok. Sebab tu seronok jadi parents ni (^_^)

----------------------------

YY ada banyak benda nak cerita sebenarnya. Tak tahu sempat ke tidak nak cerita semua tu sebelum tahun baru. Blog walking pun belum sempat nak buat. Banyak pula komitmen menjelang tahun baru. Terima kasih buat semua yang tak jemu menjengah walau teratak kalian YY tak sempat kunjungi. Insya ALLAH akan sampai. Lambat dengan cepat aje.

38 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

TRISLIM Membantu Menurunkan Berat Badan Seawal 7 Hari

12:03:00 am Yana Yani 16 Comments

TRISLIM Membantu Menurunkan Berat Badan Seawal 7 Hari | Berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini, seorang daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Masalah ini memberi satu ancaman besar kepada rakyat Malaysia sekiranya gaya hidup sihat tidak dijadikan amalan. Malahan ia boleh menjurus ke arah pelbagai masalah kesihatan lain seperti kencing manis, sakit jantung dan lain-lain.

So bagaimana untuk mendapatkan berat badan ideal? Jawapannya hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Pun begitu, salah satu cara lain yang didapati berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan pengambilan produk pelangsingan.

Hari ini YY nak share mengenai produk pelangsingan yang tengah hangat di pasaran yang dikenali sebagai TriSlim, Pro-Sliming Formula yang membantu menurunkan berat badan seawal tujuh hari. Menarik bukan?

TRISLIM Membantu Menurunkan Berat Badan Seawal 7 Hari
TriSlim Pro-Slimming Formula

Tidak seperti kebanyakan produk pelangsingan yang lain, isi kandungan yang terdapat pada TriSlim adalah 100% berasaskan herba. Malahan produk ini juga lulus ujian racun dari Pusat Racun Negara.

Garcinia cambogia yang terdapat di dalam TriSlim membantu mengawal selera makan dan sekaligus mempercepatkan pembakaran lemak. Kandungan fiber aktif yang terdapat di dalam produk ini juga membantu memberikan rasa kenyang berpanjangan walaupun tidak mengurangkan sebarang pengambilan makanan.

TriSlim juga mengandungi extract daun teh hijau yang bertindak sebagai agen untuk membuang toksin dalaman dan Vitamin C yang membantu menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak yang dibakar menjadi tenaga.

TRISLIM Membantu Menurunkan Berat Badan Seawal 7 Hari
TriSlim adalah 100% produk berasaskan HERBA

Apakah kelebihan TriSlim, Pro Slimming Formula?

Kandungan Garcinia cambogia yang terdapat pada produk ini membantu mengawal dan mengurangkan selera makan. Ia sekaligus membantu membakar lemak dengan pantas dan menghalang pembentukan lemak baru. Ia menyebabkan berat badan turun dalam masa seawal tujuh hari bergantung kepada penerimaan badan setiap individu.

Ianya selamat dan tiada kesan sampingan kerana diperbuat daripada bahan yang berasaskan herba. Paling penting TriSlim tidak mengandungi racun berjadual.

TRISLIM Membantu Menurunkan Berat Badan Seawal 7 Hari
TriSlim membantu menurunkan berat badan seawal 7 hari

Cara pemakanan TriSlim juga mudah di mana korang hanya perlu makan sebiji sehari selepas sarapan dan korang juga tidak perlu menghadkan sebarang pengambilan makanan. Maksudnya makan ajelah macam biasa. Tetapi korang sangat digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sihat. Pastikan juga korang minum banyak air kosong sekurang-kurangnya tiga liter sehari.

TriSlim boleh diambil oleh lelaki dan wanita seawal usia 15 tahun. Pun begitu wanita yang hamil dan menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambil produk ini. Sekiranya korang mempunyai masalah kesihatan yang pada ketika ini memerlukan pemantauan doktor, korang juga tidak digalakkan untuk mengambil produk ini.

Untuk makluman lanjut mengenai produk TriSlim ni, korang boleh klik pautan di bawah


16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga

7:27:00 am Yana Yani 20 Comments

Birthday Aisyah pada tahun ni jatuh pada hari bekerja. YY memang tak sempat nak buat apa-apa. Kebetulan juga pada hari yang sama, YY tak berapa sihat. Besoknya terpaksa ambil MC. Walau Aisyah belum mengerti maksud sebenar birthday, dia tetap dok bertanya tentang kek. Hati seorang Mama terasa macam diguris bila pertanyaan tersebut diajukan. Faham yang Aisyah pun nak celebrate birthday juga.

Hari Sabtu tu gigih juga YY menyiapkan apa yang Aisyah suka makan. Aisyah ni apa sahaja pasal kek memang dia cukup suka. Memang dia akan berulang makan. Tu yang seronok baking bila anak-anak suka makan. Bila dia nampak YY dok sediakan segala macam bahan untuk buat kek, Aisyah seolah dah dapat bau. "Mama nak buat kek untuk Adik ye?" tanya Aisyah dengan senyuman meleret.

Gigih YY baking dua kali hari tu.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Congo bar coklat yang dimasak penuh kasih sayang untuk Aisyah (^_^)

Satu YY buat congo bar dan satu lagi YY buat kek pelangi. Untuk kek pelangi, ini adalah pertama kali YY gunakan ovalette. Biasa YY gunakan resepi Mak YY yang hanya menggunakan telur. Malangnya kek tersebut mendap di tengah yang mungkin disebabkan suhu oven yang terlalu panas. Masa tu, YY terus masukkan adunan kek pelangi selepas congo bar siap dimasak.

Ish, malang betul. Ini pertama kali kejadian macam ni terjadi sepanjang YY dok ketagih membaking kebelakangan ni. Of course ianya satu pengalaman berharga buat YY.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Kek pelangi ni masak dengan kasih sayang, tapi terover kot. Tu pasal mendap (^_^)

Tapi apa yang buat priceless adalah apabila melihat kesungguhan Aisyah makan apa yang YY sediakan untuk dia pada hari tu. Hilang segala penat lelah. Even perasaan kecewa yang disebabkan kek mendap pun hilang macam tu aje. Seronok betul dok tengok dia bersungguh makan. Hehe!

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Bersungguh dia makan!

Petangnya pula kami bawa Afif dan Aisyah berjalan ke Aeon Bukit Raja sebab diorang nak beli mainan. Diorang dapat duit RM10 daripada Acu sempena birthday diorang. Sebenarnya YY dan MyChintaHati memang sengaja bawa diorang berdua ke situ sebab tahu yang diorang tak akan dapat sebarang mainan dengan duit sebanyak tu. Jahat kami kanHehe!

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Aisyah excited nak beli mainan. Afif pula tak kelihatan dalam gambar

Nanti bila diorang dok tengok harga mainan yang berganda lebih mahal daripada duit yang diorang ada dalam tangan, masa tulah YY akan cucuk jarum suruh diorang menyimpan. That time, it was a brilliant idea. Tak terfikir yang diorang akan pergi lebih jauh daripada itu. Tapi hari itu memberikan satu pelajaran baru buat YY dan MyChintaHati yang budak zaman sekarang lebih bijak daripada apa yang disangka.

Diorang bukan sedih bila dok tengok harga mainan yang mahal tapi diorang boleh kata yang diorang boleh pergi kedai lain. Especially Afif. Aisyah hanya mengikut. Hampir setiap kedai yang dirasakan mempunyai mainan dijelajah Afif dan Aisyah sehingga mereka bertemu dengan Daiso.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Aisyah tengah dok leka main mainan yang baru dia beli

Diorang bukan beli satu, tapi setiap seorang beli dua! Siap suruh Papa bayar tambahan duit. "Ala Papa, 60 sen aje!" kata Afif memujuk Papa dia menambah duit. Sabar ajelah! Payah kalau dah terlebih pandai ni. Next time Mama dan Papa kena lebih pandai putar belit ni. Idak naya kami!

Mainan tu pula dapatlah bertahan selama seminggu sebelum ianya musnah akibat pertempuran dua-beradik. Diorang berdua aje, tapi kalau bergaduh, bergegar rumah wei! Adui! Nak meletup otak kadang dibuatnya. Tu yang most of the time YY jadi King Kong. Kalau takat jadi Tarzan aje, diorang tak takut. Kalau jadi King Kong, ganas sikit. Gerun jugalah untuk seketika sebelum pertempuran disambung kembali. Hehe!

Apa yang pasti hari tu memang sesuatu yang menyeronokkan lebih-lebih lagi bila dapat melunaskan hasrat anak-anak. Buat Afif dan Aisyah, kalau suatu hari nanti terbaca coretan Mama ni, percayalah yang Mama dan Papa dah sehabis adil memberikan layanan yang sama rata buat kamu berdua. Dan ketahuilah juga yang kami sangat menyayangi kamu dunia dan akhirat (^_^)

20 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan

6:56:00 am Yana Yani 24 Comments

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Yup, cinta sejati itu WUJUD!
Lapan tahun dahulu pada hari ini adalah antara hari yang paling sibuk dan mendebarkan dan ia merupakan antara kenangan terindah dalam sejarah kehidupan YY.

Siapa sangka sudah lapan tahun YY dan MyChintaHati melalui perjalanan di alam rumahtangga yang secara jujurnya amat mengujakan dengan segala suka dan duka.

Terlalu banyak telah kami lalui sepanjang tempoh lapan tahun ini. Daripada hanya menduduki rumah sewa, kami kini mampu tersenyum dengan pemilikan rumah sendiri.

Satu persatu rezeki dipermudahkan oleh ALLAH buat kami suami isteri.

Walaupun sering dimomokkan dengan ketidakmampuan memiliki zuriat sendiri, ALLAH MAHA MENGETAHUI. Kurnian sepasang zuriat sepanjang lapan tahun ini sudah melengkapi kehidupan kami. Dengan usia yang semakin meningkat dan doktor masih belum memberikan sebarang green light, mungkin hanya mereka berdua penyambung keturunan kami.

Tak mengapalah. Kami sudah belajar menerima seadanya. Sekurang-kurangnya kami merasai apa yang orang lain mungkin tidak rasa.

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Direnjis-renjis dipilis, ditepungi tawar...ewahhhh!

Pada usia perkahwinan yang sudah nearly sedekad ini, kami sudah bejar untuk memberi dan menerima. Kami belajar melengkapi satu sama lain. Kami mula mengerti maksud pengorbanan yang sebenar dan kami juga belajar bahawa perasaan cinta itu wujud walau ianya tidak dilafazkan dengan perkataan.

Paling penting kami belajar untuk melengkapi satu sama lain.

Lagu: Terima Kasih Cinta
Penyanyi: Andy Flop Poppy

Ku pejamkan mata
Bayangkan dirimu
Menciptakan perasaan paling indah

Kau menyinari
Seluruh hidupku
Menemani di setiap malam-malamku

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina
Kekasih

Biarpun tersiksa
Walaupun terluka
Cintaku padamu
Kekal selamanya

Ternyata bukan mimpi
Kasihmu abadi
Oh...

Terima kasih cinta
Hadirmu beri makna
Tak mungkin ku persia
Ikatan terbina

Nikmati segala bahagia

Buat MyChintaHati, lagu di atas Ayang tujukan khas untuk Sayang. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Semoga ikatan yang dibina atas dasar cinta ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamin.

Perjalanan Lapan Tahun Yang Mengujakan
Kesempurnaan sesuatu hubungan itu wujud bila kita saling lengkap-melengkapi

24 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Segmen Mudah | Teka Ulang Tahun Ke Berapa

6:52:00 am Yana Yani 46 Comments

Segmen Mudah | Teka Ulang Tahun Ke Berapa
Assalamualaikum dah salam sejahtera buat semua pembaca Diari Seorang Mama. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ini YY berbesar hati untuk menganjurkan satu segmen mudah khusus buat korang semua. Segmen ini dianjurkan bersempena meraikan ulang tahun perkahwinan YY dan MyChintaHati pada 22 Disember nanti.

Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Tidak perlu terbitkan sebarang entry. Korang hanya perlu teka tahun ini adalah tahun keberapa YY dan MyChintaHati menyambut ulang tahun perkahwinan.

2. Berikan jawapan berserta dengan email untuk dihubungi di ruangan komen di bawah. Jawapan yang diberikan tidak akan disiarkan sehingga ke tarikh tutup penyertaan.

3. Lima (5) pemenang yang meneka dengan tepat dicari. Sekiranya lebih daripada lima orang dapat meneka dengan tepat, hadiah akan diberikan kepada yang terawal menghantar penyertaan.

4. Keutamaan diberikan kepada followers Diari Seorang Mama. Kalau terlebih rajin, silalah klik button di bawah


5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Disember 2015. Pemenang hanya akan dimaklumkan melalui email yang diberikan. Sila pastikan korang check email pada 25 Disember 2015. Terpaksa tutup awal sebab dah ada pemenang. Hebatlah korang ni! Bravo! (^_^)

6. Sebarang aktiviti kipas mengipas atau air-cond tidak akan dilayan kecuali ada yang nak bagi tiket percutian pergi dan balik ke Paris akan dipertimbangkan. Hehe (^_^)

Hadiah

Hadiah bernilai RM10 tunai akan diberikan kepada setiap pemenang melalui bank masing-masing.

So, all the best (^_^)

Segmen Mudah | Teka Ulang Tahun Ke Berapa
Imej telah dicilok dari Google Image


46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Maaf, Saya Sibuk!

1:13:00 pm Yana Yani 40 Comments

Dah seminggu rupanya blog ni tak berupdate. Maaf, YY sibuk kebelakangan ni. Lagipun memang rutin YY setiap awal bulan, agak sibuk dengan pelbagai jenis report. Kadang tak bergerak langsung dari kerusi office. Kerusi tu hanya ditinggalkan dalam tiga situasi; appointment dengan ALLAH, membersihkan tangki badan dan of course balik.

Maaf, Saya Sibuk!
Imej dari dumblittleman.com

Makan minum memang dalam tempoh ni tak betul sikit. Kalau terasa lapar pun, makan makanan yang boleh dimakan sambil buat kerja. Memang tak kuasa nak bergerak ke pantry. Bos pun sampai dah tak larat nak bebel dengan perangai staff dia yang sorang ni. Buat tak nampak ajelah dia pun, janji report siap! Memang sepanjang hari dalam tempoh tu akan melekat dekat work station.

Biasanya dua minggu terakhir sebelum hujung bulan, barulah YY lapang sikit. Time tu lah baru dok pulun buat blog walking. Keutamaan YY berikan kepada yang meninggalkan jejak sebagai tanda appreciation. Faham, susah sebenarnya nak buat blog walking. Tu yang rumah mereka YY sampai dulu. Mana yang ada dalam senarai blog list pula, YY akan sampai juga, tapi lambat sikit.

YY minta maaf sesangat kalau ada yang terasa atau terkecil hati disebabkan YY tak berkunjung ke "teratak" mereka. Insya ALLAH YY pasti sampai, lambat dengan cepat aje. Ni pun dah lama tak post di blog, padahal ada banyak benda nak diceritakan. Terasa masa terlalu singkat dalam tempoh ni.

YY minta diri dulu ye. Insya ALLAH panjang umur, kita berjumpa lagi di lain entry. Take a good care of yourself ye. Assalamualaikum (^_^)

40 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak

11:04:00 am Yana Yani 42 Comments

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak | Penghujung November lalu, MyChintaHati bawa kami ke Seksyen 2, Shah Alam untuk menikmati dan menyegarkan tekak dengan Fradoo ABC yang cukup popular di kalangan warga Shah Alam. Malahan gerai ini pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang merupakan sebuah rancangan terbitan TV3 yang memberikan maklumat tempat makanan di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, air batu campur atau lebih dikenali sebagai ABC adalah air campuran ais dan pelbagai jenis perasa yang menjadi sebahagian identiti rakyat Malaysia. Ada sesetengah berpendapat ABC berasal daripada negara Jepun. Tapi setakat ni belum pernah dengar Jepun buat tuntutan kata ABC diorang punya. Hehe!

ABC ni merupakan minuman yang amat sesuai dengan iklim seperti di negara kita yang panas dan sejuk sepanjang tahun. Kalau dia orang Malaysia pastu kata tak kenal ABC, memang tak patut!

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Ini budak sudah tak sabar nak hirup ABC

Masa kami tiba di gerai tersebut, hujan agak renyai-renyai. Tapi ianya tidak menghalang keinginan kami anak-beranak untuk menikmati Fradoo ABC yang sudah agak sekian lama tidak dinikmati.

Orang ketika itu agak ramai kerana ianya merupakan Medan Selera yang paling hampir dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Memang ada macam-macam gerai ada di sini. Kena pandai pilih gerai sebab ada gerai di situ yang rasa masakan macam "sampah". It might sounded harsh, but sorry to say. Kadang rasa tak berbaloi mengeluarkan barang satu sen duit untuk makanan macam tu.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Budak ni pula tak suka ABC, tapi sibuk nak makan

Bila bawa anak-anak, niat asal yang hanya nak pekena ABC, terpaksa pula melayan kehendak diorang yang juga nak makan.

So diorang order nasi ayam yang berharga RM5 sepinggan. Harga tu tak menjadi masalah, even mahal daripada tu kalau sedap tak apa. Tapi untuk harga tu dengan rasa dia, ALLAH! Tak tahulah nak kata apa. Senang cakap, jawablah kat akhirat besok kalau memang berniat nak aniaya orang dengan makanan camtu.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Muka dah mula kebosanan sebab lama menunggu

Agak lama juga kami menunggu. Rasa kematu juga kami dibuatnya sebab dok menunggu lama. Pujuk juga hati sebab orang ramai. So chances untuk lambat tu memang agak tinggi. Tapi berbulu juga hati bila orang yang sampai kemudian dapat dulu. Agaknya kalau YY beritahu yang YY ni blogger, ada tak diorang buat perangai camtu. Hehe!

Bukan apa, kadang YY perasan, mana-mana gerai atau restoran yang pernah masuk dalam rancangan JJCM, dalam TV aje nampak semua bagus! Tak ada yang tak bagus. Kita pun bila dok tengok review yang berbintang-bintang katanya, kita pun pergilah dak. Tapi bila kita sampai, indah khabar daripada rupa. Mula rasanya nak nyanyi lagu Penyesalan Zarul Umbrella! (^_^)

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Tempek sekeping gambar YY yang dah semakin bulat dan MyChintaHati

Setelah beberapa ketika menunggu, sampailah ABC yang sudah sekian lama kami tidak dinikmati. Memang tiada perbezaan dari segi rasa sejak mula kami kenali Fradoo ABC ni. Yang berbeza hanyalah harga yang agak tinggi kenaikannya. Mungkin juga sebab dah lama tak ke sini maka kenaikan harga tu buat tersedak jugalah.

Harga untuk tiga bekas tu adalah RM18. Pandai-pandailah korang buat calculation ye.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Tu dia rupa Fradoo ABC yang menjadi sebutan

Rasa dia memang seriously puas hati. Sedap tak ingat! Especially rasa coklat tu. Perghhh! Sampai sekarang pun teringat. Memang untuk harga camtu, sangat berbaloi! Atau kalau dalam bahasa omputihnya, worth every cent you pay for it.

Aisyah sangat suka! Satu bekas tu dia sorang aje bedal. Langsung tak nak berkongsi dengan Abang dia. Mujur juga Afif tak doyan. Dibuatnya Afif pun nak, memang akan berlaku wrestling kat situ.

Fradoo ABC Shah Alam Menyegarkan Tekak
Aisyah sedang menikmati Fradoo ABC

In case berlaku wrestling, Mama diorang ni pandai juga control jelita depan orang. Paling koman pun, bagi jelingan macam Medusa aje berserta dengan bisikan berbentuk amaran, "Korang tunggu masuk kereta nanti, masak korang Mama kerjakan!" (^_^)

Biasanya tengah bergaduh pun berhenti. Takut gamaknya. Lagipun YY cakap memang YY buat punya. Tiada maaf bagimu. Ini cara YY nak disiplinkan anak-anak YY.

Berbalik kepada Fradoo ABC tadi, YY sangat recommend korang untuk ke sini in term of rasa. Rasa dia memang tak boleh dapat tempat lain berdasarkan pengalaman YY. Memang sedap. Itu YY guarantee! Tapi daripada segi lain seperti kebersihan kawasan persekitaran dan macam-macam faktor lain, mungkin korang perlu mempertimbangkan untuk ke sini. Mungkin tapau lebih sesuai.


Anyway apa yang tertulis di atas hanyalah berdasarkan pengalaman YY semata. Mungkin lain orang, lain pengalaman dia. Manalah tahu ianya boleh digunakan sebagai pemangkin untuk memperbaiki servis dan juga kebersihan. Jangan tunggu ada orang report dekat Jabatan Kesihatan Negeri baru korang nak ambil action.

YY rasa sampai di sini aje bebelan YY pada hari. Till we meet again. Assalamualaikum.

P/S - Maaf, blog walking tidak dapat dilakukan pada setiap awal bulan. Sibuk. Insya ALLAH tak ada aral, hujung bulan YY akan sampai ke "teratak" korang. Jangan serik ke sini ye (^_^)

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer

7:05:00 am Yana Yani 28 Comments

Afif anak YY merupakan antara jutaan peminat Transformer. Sebagai seorang Mama, apabila melibatkan minat atau kegemaran anak, pasti kita akan mencuba sebaik mungkin untuk mengadakannya. Justeru apabila YY mendapat tahu Centro Mall akan meraikan Krismas bersama Transformer, YY adalah manusia yang paling teruja.

Ini bukan kali pertama Centro Mall mengadakan event ini. Kali pertama ianya diadakan pada 2013. Masa tu hanya YY yang pergi, maklumlah kerja dalam bangunan yang sama. Hehe! YY pernah ceritakan di sini. Tapi malangnya Afif tak dapat pergi walau YY berniat untuk membawa dia. Terasa agak ralat. Mujur juga tak beritahu dia awal-awal. Kalau tak, kes naya wei!

Afif jenis manusia yang kita tak boleh berjanji. Dia pasti TUNTUT walau hanya sekecil benda. So jangan berani berjanji dengan manusia bernama Aff ni. Sebab tu walau niat dah ada nak bawa dia, tapi YY tak pernah reveal kecuali pada MyChintaHati. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Nanti migrain datang! Hehe!

Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer
Terima kasih pihak Centro Mall atas perkongsian poster

Transformer untuk makluman merupakan watak yang diwujudkan melalui francais media antara syarikat mainan Amerika, Hasbro dan syarikat mainan Jepun, Takara Tomy. Walaupun ia mula diperkenalkan dalam bentuk mainan sekitar 1984, ianya hanya mula menjadi sebutan apabila filem berciri aksi sains fiksyen mula dipertontonkan pada 2007.

Sejak itu filem arahan Michael Bay ni merupakan filem pecah panggung setiap kali dipertontonkan. So kalau korang juga adalah antara jutaan peminat Transformer, maka adalah harus untuk korang datang ke Centro Mall pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh: 10 hingga 13 Disember 2015
Masa: 3 petang (10 Disember)
           1 dan 3 petang (11 hingga 13 Disember)



Kebetulan pun sekarang ni tengah cuti sekolah kan. so rasanya amat bersesuaian untuk bawa anak-anak ke sini. Ada banyak lagi aktiviti lain diadakan selain dari sesi Meet & Greet with Transformer. Jangan lepaskan peluang keemasan niOh ya, pastikan korang tak lupa untuk bawa kamera! (^_^)

Moga kali ni dapatlah YY tunaikan impian Afif (^_^)

28 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan

7:09:00 am Yana Yani 34 Comments

Tips Membeli Kelengkapan PersekolahanTak lama lagi sesi persekolahan bagi 2016 akan bermula. Pastinya sebahagian daripada parents sudah mula membeli kelengkapan persekolahan untuk anak-anak. Bagi yang sudah ada pengalaman, pastinya tiada masalah untuk menyediakan. Bagaimana bagi mereka yang baru pertama kali menghantar anak ke sekolah? Hari ni YY nak share tips membeli kelengkapan persekolahan bagi yang memerlukan.

Pakaian

Untuk pakaian YY sarankan tidak membeli terlalu banyak kerana kanak-kanak cepat membesar. Lagipun confirm korang akan penat untuk menyental baju sekolah sekiranya dibeli terlalu banyak. YY pernah share Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah tak lama dulu. Cukup untuk hanya menyediakan seperti berikut:

- tiga pasang baju putih
- tiga pasang seluar / kain / tudung
- dua pasang seluar track bottom
- sepasang t-shirt bewarna putih
- pakaian tambahan seperti singlet / tali pinggang / anak tudung dan sebagainya.

Jenis pakaian atau kualiti adalah terpulang kepada kemampuan. YY dulu memang survey hampir ke setiap supermarket dan hypermarket. Finally YY dan MyChintaHati decided untuk membeli di Hari-Hari. Harga yang affordable dan kualiti agak setanding dengan jenama yang lebih mahal.

Membeli Kelengkapan Persekolahan Anak Darjah Satu
Harga sebelum zaman GST. Sekarang tak tahu berapa kos diperlukan

Berdasarkan senarai yang disediakan di atas, memang cukup untuk seminggu. Kebiasaannya YY membasuh baju sekolah ketika hari Selasa dan juga Sabtu. Mula-mula tu memang kelam-kabut untuk parent seperti YY yang bekerja. Tapi lama-kelamaan dah mampu menyesuaikan diri.

Kasut dan Beg

Untuk beg kami memang mencari beg yang mempunyai kualiti yang baik dan mampu digunakan lama. Memang untuk tahun 2016 kami tidak merancang untuk membeli beg lagi. Kami beli jenama Swan dan harga kedua beg itu sebelum zaman GST adalah lebih kurang  RM180.

Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
Cerita tahun lepas masa excited dapat beg baru

Kasut pula, kami hanya membeli dua pasang bersama-sama dengan tiga helai stokin. Tapi tengah tahun kami beli lagi sepasang kasut. Kebanyakkan orang yang punyai ramai anak bersekolah memang akan beli dua kali bagi menjimat kos pembelanjaan membeli kelengkapan sekolah. Lagipun budak memang cepat besar. Tau-tau dah tak muat aje.

Peralatan menulis

Untuk peralatan menulis YY nasihatkan jangan membeli yang berjenama sebab nanti korang sakit hati. Confirm hilang punya! Pada usia sekarang ni, diorang belum pandai jaga harta benda. YY sendiri berpuluh kali beli peralatan menulis untuk Afif. Walau nama dia dah jelas tertera pada setiap peralatan menulis, tetap hilang juga!

Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
Keadaan ketika sebelum bermula sesi persekolahan, lepas tu semua arwah!

YY sarankan untuk membeli banyak peralatan menulis dan selebihnya boleh dijadikan stok. Lagipun senang tak kelam kabut nak membeli bila korang perlukan. YY sarankan untuk menyimpan stok:

- pensil menulis
- pembaris
- pemadam
- gam
- pensil warna
- pengasah pensil
- gunting (untuk elakkan kecederaan, beli yang jenis untuk potong kertas sahaja)

Membeli Kelengkapan Persekolahan Anak Darjah Satu
Stok peralatan menulis Afif

Peralatan lain

Peralatan lain ini terpulang pada keperluan. Sekali lagi jangan beli yang mahal. Buat syarat asal ada aje. Anak YY hilangkan semua yang tersenarai di bawah lebih daripada dua kali. Kecuali jam tangan sebab dia beli dengan duit simpanan dia. Sebab guna duit sendiri, dia tahu sikit rasa sayang tu.

- botol air
- dompet
- sapu tangan dan sebagainya

Korang juga mungkin perlu mempertimbangkan untuk menempah stamp chop nama anak korang bagi memudahkan kerja menulis nama pada buku sekolah anak. Lagipun tahan lama dan hanya perlu stamp ink pad aje. Kalau beli sticker agak costly.

Jangan lupa juga untuk beli pembalut buku yang agak tebal dan kesat bagi memudahkan kerja membalut buku. Ia juga tahan lama berbanding jenis hak yang nipis dan licin.

YY rasa itu sahaja perkongsian YY berdasarkan pengalaman sendiri. Semua yang tersenarai di atas hanyalah cadangan semata. Korang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak korang. Sebelum mengundur diri, YY nak ucap selamat menempuh alam sekolah rendah buat Abang Adam, anak kepada Kak +aryan azra (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Entri berkaitan
Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah
Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah

34 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Aisyah Genap Empat Tahun

7:39:00 am Yana Yani 36 Comments

Hari ini genaplah usia anak dara YY, empat tahun. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah empat tahun dah dak Aisyah yang dipinjamkan kepada YY dan MyChintaHati ni. Rasanya macam baru aje semalam keluar masuk wad atas pelbagai sebab sepanjang tempoh mengandungkan dia. Tau-tau dah ada depan mata.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh-Nya.

Aisyah Genap Empat Tahun
Aisyah ketika berusia dua tahun

Setakat sehingga entry ini ditaip dengan penuh kasih sayang, masih belum ada perancangan sama ada ingin membuat sambutan atau tidak bersempena dengan ulang tahun kelahiran MyLittlePrincess. Tapi kalau tanya YY, memang pasti akan buat walau hanya dengan sepotong kek. Tapi MyChintaHati mempunyai pandangan berbeza. Hehe!

Benda paling penting dalam sejarah kehidupan seseorang individu ini sememang harus disambut pada pendapat YY. Lagilah bagi manusia bernama Mama seperti YY ni. Menjelang hari kelahiran setiap anak tu dah dok countdown. Malahan setiap detik mengharungi jerih payah membawa seorang hamba ALLAH di atas muka bumi mampu diingati.

YY sangat yakin sekiranya diberikan kesihatan akal fikiran yang baik, setiap detik dan saat yang membahagiakan itu akan pasti diingati sehingga nafas yang terakhir.

Aisyah Genap Empat Tahun
Budak baik ni dah genap empat tahun!

Buat Aisyah, ketahuilah yang Mama dan Papa sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Aisyah dan juga Abang. Ingat pesan Mama ni, Aisyah kena selalu jadi budak baik. Tak mau nakal-nakal. Dengar kata Mama, Papa, Aki, Wan, Nenek, Atuk, Abang dan sesiapa sahaja yang menyeru Aisyah melakukan kebaikan.

Mama doakan Aisyah menjadi anak yang solehah yang mampu membahagiakan Mama dan Papa di dunia mahupun di akhirat. Belajar pandai-pandai ye sayang. Yang pasti Mama sayang sangat dekat Adik dan Abang. Last but not least, SELAMAT HARI JADI SAYANG! Muahhh!

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Sahkan Keguguran

1:30:00 pm Yana Yani 48 Comments

YY agak jarang bercerita pasal artis. Cuma hari ini YY terpanggil untuk berkongsi kesedihan yang ditanggung oleh seorang artis yang sangat tersohor ini. Tambahan pula Dato' Siti Nurhaliza Tarudin mengasahkan sendiri berita keguguran dia melalui laman Instgram beliau.

YY antara berjuta peminat yang sangat teruja dan gembira dengan berita kehamilan Dato' Siti Nurhaliza walau dia tidak pernah menidakkan atau mengiakan berita tersebut. Tapi hari ini, dengan berita ini, terasa sebak juga di hati. Hati seorang wanita YY ini ditambah dengan title seorang Mama, memahami apa yang figura tersohor ini alami.

Semoga dia tabah hadapi ujian ini.

Bismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆdan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah ...Wassalam..
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Takziah juga buat ahli keluarga dan sahabat handai pelakon dan pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam di Hospital Selayang akibat serangan jantung pada usia 39 tahun,

YY agak sebak melihat begitu ramai yang mengiring jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan. Malahan satu persatu cerita kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham sepanjang hidup dibuka oleh mereka yang mengenali Allahyarham.

Tiba-tiba terasa diri ini tersangatlah kerdil.


Kematian demi kematian, ianya sebuah ibroh buat kita semua. Keberkatan dlm kehidupan juga diukur dgn ramainya insan yg...
Posted by Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor on Monday, 30 November 2015

2015 adalah tahun terakhir buat Yus Jambu. Siapa tahu ianya adalah tahun terakhir buat kita juga. Marilah kita sama-sama istiqomah. Lakukanlah kebaikan walau hanya sebesar zarah. Siapa tahu terkandung beribu pahala dalam kebaikan yang dikatakan kecil itu. Siapa juga tahu ianya mungkin cukup menjadi bekalan kita di sana kelak.

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Sahkan Keguguran
Sumber syair addienblog.blogspot.my

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif

7:15:00 am Yana Yani 42 Comments

Sabtu malam minggu lepas, majlis sambutan hari jadi untuk Abah YY a.k.a Aki dan Afif diadakan. Kira dah agak lama. Baru sekarang YY dapat ceritakan. Punyalah sibuk sangat katanya. Hehe! Nak buat camne lagikan. Situasi yang bukan dipinta, terpaksa juga hadap. The good thing is, dapat juga update blog walau tak sekerap dulu.

Anyway, Abah YY dan Afif berkongsi bulan kelahiran yang sama. Beza sehari sahaja. So Sabtu lepas, adik-adik YY mengadakan sambutan hari jadi untuk mereka berdua. YY hanya datang makan aje. Tulah untungnya ada adik-beradik ramai dan paling best menjadi hak paling tua! Hehe!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Antara makanan yang ada pada malam tu

Alhamdulillah, banyak juga rezeki kami pada malam tu.

Orang ni bawa sikit, orang tu bawa sikit, benda sikit pun jadi banyak, YY pun berganda size lepas tu. Dah macam ikan buntal kejadiannya. Mananya tidak, YY yang asalnya hanya bawa perut kosong mengalami kesukaran untuk bangun selepas tu sebab overload! Hehe! Niat nak berdiet tu memang harapan ajelah!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aki dan Afif potong kek

Afif ceria aje sebab dapat potong kek dengan Aki dia. Agaknya pasal tu dia tak heran sangat bila esoknya YY buatkan kek, dia main lahap aje tanpa sempat YY ambil gambar. Cerita pasal kek yang dia request ada YY ceritakan di sini.

Abah YY pun sama. Seronok aje sepanjang malam tu. Memang jelas nampak kegembiraan pada raut wajah dia. Mungkin dia rasa bahagia bila kesemua anak, menantu dan cucu ada di sisi meraikan hari yang cukup penting dalam hidup dia.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aisy, Anis, Angah, Afif dan Khaira sempat lagi posing walau tengah makan.

Malahan kami semua rasai keseronokkan yang sama pada malam itu walau cuaca agak sejuk disebabkan hujan lebat sejak petang. Ianya tidak sedikit pun merosakkan kelancaran sambutan yang diadakan secara kecil-kecilann ini. Dapat juga berkumpul semua dalam rumah di mana kami enam beradik dibesarkan.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Posing lagi mereka ni. Pantang kamera dihala pada diorang!

YY tak teringat langsung nak ambil gambar kesemua adik-beradik YY pada malam tu. Entah kenapa hidangan satay dan KFC pada malam tu buat YY lupa sekejab suasana disekililing. Dapat pula makan kek Red Velvet daripada Resipi Rahsia. Memang marvelous! Makan memang tak pandang keliling dah! Sedap betul makan benda yang ada banyak kalori tu. Hehe!

Yang pastinya we had a very good time malam tu. Sangat memorable. Entah bila suasana dan keadaan seperti itu dapat diulangi semula. Yelah, masing-masing ada tanggungjawab dan tuntutan peribadi yang perlu dilaksanakan. Kadang terasa cepat betul masa berlalu. Rindu zaman kanak-kanak, zaman di mana walau kami sering bergaduh tapi kami cukup seronok.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Dulu YY kecil aje, sekarang dah sama besar dengan Abah. Hehe!

Apapun, sambutan hari jadi Aki dan Afif memang meriah malam tu. Kalau boleh YY nak ulang semula apa yang berlaku pada malam tu. Especially part makananlah! Makanan malam tu best belaka! Nak pula orang belanja, memang best sangatlah! Hehe! Dasar pelahap! Dah tu ada hati nak kurus katanya! Mimpilah YY wei! (^_^)

Rabu ni hari jadi Aisyah pula. Tak tahulah sempat ke tidak nak buat sambutan sebab hari bekerjakan. Biasa buat juga walau hanya secara kecilan. Yelah, benda yang membawa erti seperti ini harus disambut mengikut justification YY. Hehe!

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY mengenai sambutan hari jadi Aki dan Afif. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Esok, Insya Allah kita akan masuk ke bulan terakhir dalam kalendar Masihi untuk tahun 2015. Sungguh pantas masa berlalu kan? Tak terkejar kita dibuatnya.

42 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan

9:16:00 am Yana Yani 36 Comments

Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan | Hari dengan berbesar hatinya YY nak share resipi congo bar yang hanya menggunakan sukatan cawan. Sebenarnya ini adalah pertama kali mencuba resipi congo bar ni. Cis! Baru pertama kali cuba ada hati nak share resipi? Hehe! Tak apalah dak? Lagipun memang sangat mudah dan sedap berbanding kek yang biasa YY buat.

Resipi asal YY perolehi daripada +Diana Rashid time dok Google resipi untuk congo bar ni. Terus tergerak hati nak cuba sebab nampak sangat mudah cara penyediannya. Tapi YY tidak 100 peratus mengikut resipi asal. YY olah mengikut bahan yang YY ada di rumah. Klik [resipi asal]

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Congo bar versi YY yang sudah siap dibakar

Bahan-bahan yang diperlukan untuk congo bar adalah:

- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula perang
- 3 biji telur
- 3 tbsp serbuk coklat
- 1 tsp esen vanila

Untuk bahan tambahan, YY menggunakan coklat chip dan juga coklat masakan.

Sebelum sediakan adunan untuk congo bar ni, pastikan oven dipanaskan mengikut suhu yang bersesuaian. YY gunakan suhu 180C. Pastikan juga loyang sudah disapukan marjerin dan diletakkan kertas kek. Tapi YY hanya menggunakan aluminium foil. Jadilah! Janji senang nak angkat bila dah masak nanti (^_^)

Mula-mula sekali ayakkan tepung naik sendiri bersama dengan serbuk koko. Lepas tu letak di tepi. Pukulkan mentega dan juga gula perang. Masukkan pula telur. Pukul lagi untuk seketika. Campurkan tepung dan serbuk koko yang sudah diayak tadi. Gaul sehingga rata menggunakan senduk kayu. Lepas tu YY campurkan coklat cip.

Lepas tu YY letakkan sebahagian adunan ke dalam loyang yang telah YY sapukan dengan marjerin dan letakkan aluminium foil tadi. YY letakkan pula coklat masakan yang YY telah potong ke atas adunan. Lepas tu YY tutup coklat masakan tu dengan lebihan adunan tadi.

Masukkan dalam oven yang dipanaskan tadi selama 40 ke 50 minit. Masa dan suhu ini berdasarkan jenis oven korang. Lain oven, lain juga suhu dan masa. Kena pandai adjust.

Bila dah masak tu, kena tunggu sejuk. Jangan terus potong. Dengar cerita congo bar ni akan berderai jika dipotong ketika masih panas.

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Congo bar versi YY dari bahagian tepi

Bila dah sejuk tu, bolehlah potong. Serius memang sedap! Tak tipu! YY terus dah terjatuh cinta dengan rasa dia tambahan pula ianya lebih mudah dari segi penyedian. Confirm akan buat lagi! Mungkin YY akan cuba letak bahan tambahan lain pula in the future.

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Keadaan rupa congo bar setelah dipotong

Aisyah sangat suka dengan congo bar ni. Banyak kali juga dia dok berulang makan. Bangun tidur pun cari congo tu dulu. Mungkin sedap pada tekak dia. Tapi Afif tak suka. Dia kata keras terutama di bahagian luar tak macam yang biasa YY buat. Hehe! Memang camtulah rasa congo bar sayang wei!

Agaknya sebab dia rongak kot. Susah nak makan. Hehe!

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Aisyah tengah dok syok makan congo bar

YY sangat galakkan korang cuba buat congo bar ni. +Diana Rashid siap ada business buat benda ni tau. Manalah tahu korang pun boleh buat business juga macam dia. Kalau suruh YY, memang tak lah jawabnya. Untuk makan sendiri aje boleh buat. Hehe!

Rasanya itu ajelah bebelan YY di hujung minggu ni. Take a good care of yourself ye. Semoga ketemu lagi di lain entry. Assalamualaikum

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

10:33:00 pm Yana Yani 13 Comments

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM
Klik banner untuk menyertai

Dah agak lama YY tak menyertai sebarang giveaway. Kali terakhir YY sertai adalah Ogos yang lalu. Semuanya gara-gara kecewa dengan beberapa penganjur yang pernah YY sertai sepertimana yang pernah diluahkan di sini. Tapi kali ini YY tertarik untuk menyertai giveaway anjuran blogger yang mendapat gelaran Sifu SEO. Siapa lagi kalau bukan saudara +Hasrul Hassan

YY mula mengenali Sifu SEO ini melalui entry-entry saudara +Bin Muhammad. Tapi masa tu tak begitu tertarik nak mendekati. Terasa macam segan sebab nama SIFU tu sendiri membawa maksud dan gambaran yang agak besar tentang empunya diri. Tapi kemudiannya YY disarankan oleh +Qaseh Vee untuk menghubungi beliau setelah YY post entry ini.

Sejak dari tu YY terus follow blog saudara +Hasrul Hassan. Kenapa? Sebab blog itu cukup lengkap dengan pelbagai tips dan panduan yang boleh digunakan dalam dunia blogger. Cakaplah apa sahaja mengenai blogger, hampir semua boleh diperolehi di blog tersebut. Tambahan pula saudara Hasrul Hassan sangat peramah dan cukup humble.

Dia sentiasa sedia membantu. YY sendiri sudah beberapa kali menghubungi beliau bertanyakan tentang blog, dan beliau sentiasa menjawab semampu boleh. Secara jujurnya YY cukup kagum dengan sikap beliau.

Panjang pula YY membebel pasal saudara Hasrul Hassan ni. Dapat pada manusia yang talkative, memang ginilah jadinya. Hehe! So pada sesiapa yang nak menyertai giveaway ini, sila klik pada banner di atas ye. Cepat tau. Giveaway ini hanya berjalan dalam tempoh yang singkat.

13 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh

7:18:00 am Yana Yani 58 Comments

Sejak tahun lepas, Afif dah mula pandai countdown hari menjelang birthday dia. So boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan membelek kalendar. Kalau boleh semua orang dia nak beritahu yang birthday dia dah dekat. Dia juga dah maklumkan YY awal-awal cara dia nak celebrate birthday dia yang ketujuh pada tahun ni.

Tahun ni Afif requested YY untuk menyediakan cupcake. Biasanya kalau hari Ahad, YY tak berapa rajin nak bangun pagi. Tapi disebabkan hari tu adalah hari yang cukup istimewa, gigih jugalah YY menyiapkan cupcake seawal pagi. YY bukanlah pro, tapi demi seorang insan bernama anak, benda tak tahu pun, paksa jadi tahu. Hehe!

Tapi level rajin tu sekejab aje. YY sempat buat dua dozen aje sebelum kemalasan datang menyerang. Rasa macam tak sanggup nak tunggu semua cupcake siap. Walau tempoh masak lebih singkat berbanding kek biasa, kerajinan tiada untuk tunggu semua masak, So YY decided masukkan lebihan adunan dalam loyang, pastu kasi bakar! Hehe!

Cara Afif Celebrate Birthday
Kek dan cupcake sempena birthday Afif

Afif pun teruja bila dia tengok ada cupcake dan kek tambahan yang dibuat khusus untuk dia. Padahal punca kejadian kek tambahan tu sebab Mama dia malas nak tunggu semua cupcake masak. Hehe! Disebabkan terlalu excited, dia dah potong dan makan dulu sebahagian kek tanpa YY sempat nak ambil gambar. YY hanya dapat snap ketika cupcake dah tinggal separuh dan kek yang sudah dipotong.

Cara Afif Celebrate Birthday
Birthday boy tengah excited makan kek

Lepas tu dia request dengan Papa dia nak balik kampung sebab nak memancing. "Hari ni hari jadi Afif, mesti Afif dapat ikan banyak" kata dia bila kami dalam perjalanan pulang ke kampung MyChintaHati. Sampai aje, dia terus menuju ke kolam yang mengandungi ikan. Nampak sangat dia dah mula gian memancing.

Disebabkan musim hujan, air di dalam kolam tersebut agak penuh. So YY dan MyChintaHati bergilir memerhatikan Afif. Takut juga kalau dia panjat kolam macam kebiasaannya. Malangkan datang tak berbau, so langkah pencegahan perlu diambil.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Afif memancing sambil diperhatikan MyChintaHati

Aisyah pula macam sebelum ni, sibuk dengan dunia dia sendiri. Dia hanya akan datang menghampiri apabila Afif menjerit kegirangan apabila ikan berjaya dinaikkan.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Tengok dia tersengih camni, teringat diri sendiri pula. Hehe!
Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Aisyah leka main pistol air

Hari tu pula kebetulan memang agak banyak ikan mampu dinaikkan oleh Afif walau hanya berumpankan roti. Kalau tak silap YY ada empat ekor ikan yang berjaya dinaikkan dengan hasil usaha dia sendiri. Dia yang pasang umpan, dia yang cabut mata kail dari mulut ikan dan dia juga yang lepaskan semula ikan yang ditangkap ke dalam kolam.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Afif tersenyum girang dengan ikan yang berjaya ditangkap

Tapi ada peristiwa yang agak kelakar terjadi ketika Afif menangkap salah seekor ikan. Mata kail dia secara tak sengaja telah tersangkut dan mengenai mata ikan yang dikail Afif. Afif sangat panik. Dia almost tak tahu nak buat apa selain dari menjerit minta bantuan Papa dia. Dan YY berjaya merakam peristiwa ni. Hehe!


So begitulah cerita cara Afif celebrate birthday dia yang ketujuh. Penuh dengan pelbagai pengalaman yang mungkin satu hari nanti boleh diceritakan pada anak-anak dia.

Buat Afif, Mama dan Papa sentiasa mendoakan yang terbaik buat Afif. Kami terima segala baik dan buruk Afif seadanya. Afiflah permata kami yang sangat berharga dan tiada galang ganti. Keceriaan Afif adalah kebahagian kami. Jadi contoh yang terbaik buat Adik ye sayang. Jangan lupa pada DIA yang SATU. Semoga Afif peroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Aamin.

58 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...