Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Menu Lazat di Next Food Juction
Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Menu Lazat di Next Food Juction | Baru-baru
ni, YY dan keluarga berpeluang berbuka puasa di Next Food Junction yang terletak di Klang Parade.
Ni kiranya pertama kali kami berbuka di luar untuk Ramadan kali
ni. Kebiasaanya kami hanya berbuka di rumah. Sekali sekala berbuka di luar, apa salahnya
dak? Haha!
Anyway, jarak antara Klang Parade dengan rumah YY sebenarnya
tak berapa jauh. Lebih kurang dalam 20 minit perjalanan sahaja.
Sampai
aje Klang Parade, kami terus menuju ke tingkat lima di mana terletaknya Next Food Junction. Di Next Food Juction terletak banyak pilihan gerai makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dari makanan western sehingga ke makanan tempatan. Memang sesuai sangat bawa seisi keluarga ke sini.
|
Muka happy aje dapat makan kat luar |
|
Comel pula MyChintaHati buat duck face gitu. Haha! |
Masa kami sampai di Next Food Junction, orang belum begitu ramai walau
dah nearly waktu berbuka. Tapi
the moment masuk
aje waktu berbuka,
tetiba penuh pula umat manusia. Entah dari mana diorang di semua datang.
Dah macam semut hurung gula pula. Nasib kami
dah order awal. Kalau tak, menangislah! Haha!
Selain dari pelbagai pilihan menu yang lazat, suasana di Next Food Junction
ni juga sangat selesa. YY suka sangat dengan persekitaran dia.
Tak begitu kelam kabut berbanding
food court di tempat lain. Sebab
tu YY kata sesuai sangat kalau
korang nak bawa seluruh keluarga ke sini. Ruang dia luas, paling penting sekali, bersih! Sejuk mata memandang persekitaran yang bersih
tu.
Nak makan
pun selesa
aje.
|
Dua beradik ni kalau dapat benda yang diorang suka, memang tak toleh kiri kanan dah |
|
Dah kenyang, bukan main happy aje memasing |
Selain dari menu yang lazat, kebanyakkan gerai di Next Food Juction
ni menawarkan harga makanan yang sangat
affordable. Memang rambang mata
nak pilih menu makanan. Semuanya nampak sedap dan paling penting murah,
okay! Hari
tu total keseluruhan yang kami empat beranak belanjakan adalah lebih kurang RM30.
|
Gerai Mini Wok |
|
Ayam paprik bersama nasi putih |
Macam yang YY cakap sejak dari awal, banyak gerai yang ada di Next Food Junction
ni dengan pelbagai pilihan menu yang menyelerakan. Salah satunya adalah gerai Mini Wok yang bukan sahaja menawarkan menu tempatan, tapi juga menu antarabangsa. Kalau
nak merasa makan dalam kuali,
meh la singgah gerai Mini Wok
ni.
|
Gerai Star Recipe |
|
Terjejas iman weh tengok sizzling ni! |
Mee sizzling adalah antara makanan kegemaran YY. Biasanya kalau nampak mee sizzling, memang YY
tak tolak. Kalau tekak
korang teringin
nak makan sizzling, bolehlah singgah di gerai Star Recipe
ni. Memang mantap
I tell you!
|
Gerai Claypot |
|
Bubur Telur Masin tu macam best pula |
Gerai Claypot
ni pun tak kurang hebatnya. Ada pelbagai pilihan menu yang menyelerakan. Mau pening korang nak pilih menu apa yang korang nak makan. Tapi bubur telur masin
tu macam
best pula.
Next roundlah YY
nak cuba makan bubur
tu.
|
Gerai Selera Thai Food |
|
Nasi Goreng USA yang menyelerakan |
Kalau
dah nama gerainya Selera Thai Food, pastinya ia menawarkan pelbagai seleksi menu sajian Thai yang menyelerakan.
Korang kena cuba sendiri baru tahu betapa
marvelousnya menu yang ditawarkan.
|
Gerai Western Food |
|
Pizza dan Chicken Chop yang mengiurkan |
Baca:
Kehangatan Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol.2 di Klang Parade
Hari
tu YY
dah rasa dah makanan di gerai Western Food
ni. Tapi
repeat lagi sebab
tak boleh
move on dengan rasa Chicken Chop dia. Kat gerai
ni memang segala makanan
western di jual dengan harga yang
affordable. Paling penting, sedap!
|
Gerai Claypot Chicken Rice |
|
Tak tau nama makanan ni tapi nampak yummy kan |
Kalau
korang suka makanan dalam claypot, jangan lupa singgah di gerai Claypot Chicken Rice. YY secara jujurnya belum pernah rasa, tapi tengok gambar memang,
perghhh! Bikin gegar keimanan
gitu. Haha!
|
Pilihan pelbagai jus yang menyegarkan |
Minuman pula
tak usah cakaplah! Memang ada pelbagai pilihan jus dan air yang pasti menyegarkan. Terasa lega tekak bila dapat minum air sejuk
time berbuka puasa.
So begitulah sedikit sebanyak yang YY boleh kongsikan pengalaman YY dan keluarga berbuka puasa di Next Food Juction. Siapa yang belum pernah ke sini, YY sangat sangat sarankan untuk
korang mencuba. Untuk maklumat lanjut mengenai Next Food Juction,
korang boleh layari laman sosial mereka seperti berikut
|
Bermacam koleksi baju yang menarik di Next Ladies |
Sebelum balik
tu, sempat jugalah YY singgah di Next Ladies yang terletak di tingkat satu bangunan Klang Parade. Saja cuci mata sebab dekat sini ada banyak koleksi baju yang cantik-cantik dan mengugat keimanan. Haha!
Harga pun dalam
range mampu milik. Untuk maklumat lanjut mengenai Next Ladies
ni,
korang boleh layari laman social yang berikut
|
Warna-warni Aidilfitri di Klang Parade |
Oh ya, YY dapat tahu yang Klang Parade akan mengadakan Warna-Warni Aidilfitri bermula 11 Jun
ni bersama kemunculan artis popular tanah air seperti Adibah Noor, Misha Omar dan Baki Zainal. Diikuti 18 Jun dengan kemunculan Ayda Jebat, De Fam, Dina Nadzir dan Baki Zainal. Bukan setakat kemunculan artis-artis hebat ni sahaja tau.
Klang Parade turut menawarkan sampul Raya edisi Klang Parade PERCUMA dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit.
Korang juga boleh dapat bekas ekslusif dengan setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas. Kalau rasa
nak dua-dua
pun boleh juga. Tapi
korang kena ada resit pembelian minima bernilai RM200. Kesemua
ni boleh didapati bermula 2 Jun sehingga 2 Julai 2017.
Syok kan?
Moh ler beramai-ramai kita ke Klang Parade (^_^)
7 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿