Ciri Menarik Telefon Pintar ZTE Blade V7 Lite
Ciri Menarik Telefon Pintar ZTE Blade V7 Lite | Telefon sejak mula dicipta oleh Alexander Graham Bell pada 1876 telah melalui pelbagai evolusi. Salah satu daripada evolusi tersebut adalah telefon pintar yang mempunyai tambahan pelbagai ciri moden. Kini dalam dunia tanpa sempadan, telefon pintar merupakan satu keperluan. Maka tidak hairanlah sekiranya syarikat yang mengeluarkan telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model dengan pelbagai ciri dan spefikasi.Hari ini YY nak bercerita mengenai telefon pintar keluaran China yang mula mendapat tempat dikalangan pengguna tempatan. Kemampuan jenama ini menawarkan pelbagai ciri dengan teknologi terkini, membuatkan ia mula menjadi buruan. Paling menarik ia ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah berbanding jenama negara lain seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Jenama yang YY maksudkan adalah Zhongxing Telecommunication Equipment atau lebih dikenali sebagai ZTE. ZTE baru-baru ini melancarkan telefon pintar keluaran terbaru mereka yang dikenali sebagai Blade V7 Lite.
![]() |
Harga rendah tapi mempunyai ciri yang menarik |
Firstly YY sangat kagum dengan ZTE Blade V7 Lite kerana ia mempunyai pelbagai aksesori menarik terutama part reka bentuk nipis dari kemasan keluli. Malahan paparan skrin bersaiz lima inci 720p 2.5D dan dengan kaca sisi melengkung, mampu memberikan kepuasan untuk pengguna menonton video mahupun bermain permainan video. Ditambah pula ciri imbasan cap jari bagi meningkatkan ciri keselamatan.
Harga yang ditawarkan juga serendah RM669. Tapi berita baiknya, Blade V7 Lite kini dijual dengan harga promosi serendah RM495 pada tempoh tertentu di Lazada Malaysia. Jimat 26% tu! Lebih menarik, walaupun dengan harga jauh lebih rendah, Blade V7 Lite tampil dengan spesifikasi penuh berbanding telefon pintar lain di pasaran. Best betul!
Dari segi keupayaan kamera, penggunaan 13 megapiksel yang tajam dan terang serta kamera hadapan dengan kuasa lapan megapiksel berserta dual flash mampu membantu mengambil gambar selfie dengan lebih baik.
Untuk blogger seperti YY, keupayaan kamera seperti ini sememangnya ciri yang paling disukai. Seronok nak ambil gambar kalau camni. Bertambah menarik, storan dalam Blade V7 Lite ni pun, 16GB tau! Awesome!
![]() |
ZTE Blade V7 Lite mempunyai keupayaan kamera yang menarik! |
YY juga difahamkan bahawa Blade V7 Lite turut membawakan rangkaian LTE sebagai medium utama untuk capaian kelajuan. Ia juga tampil dengan dual kad sim dan dijanakan dengan kuasa pemprosesan 1.3Ghz quad-core MediaTek MTK6735P berserta 2GB RAM. Ia juga menggunakan platform Android 6.0.
So daripada apa yang YY dah rumuskan ni, ternyata ZTE Blade V7 Lite bukan sahaja menawarkan telefon pintar biasa tetapi lebih daripada itu! Dengan pelbagai ciri-ciri terbaik dan menarik yang dibekalkan oleh ZTE Blade V7 Lite, ia membolehkan pengguna menikmati peranti berteknologi tinggi dengan harga lebih rendah. Cepat dapatkan!
Layari ZTE Devices Malaysia untuk maklumat lanjut.
22 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿