Exam? Oh Tidakkk! (^_^)

10:43:00 pm Yana Yani 0 Comments

Hari ini adik aku, Annur first day menduduki peperiksaan SPM. Bila tengok dia tengah struggle untuk exam, aku teringat time aku dulu. Stress gila bila nak exam!

Macam-macam perasan ada! Dah lah aku ini kalau dalam bab pelajaran atau pencapaian akademi, aku boleh dikategorikan slow daripada adik-beradik yang lain. 

Nak tengok A dalam result periksa aku memang macam nak tunggu bulan jatuh ke riba!

Kalau time exam macam sekarang ini, memang makan, minum, tidur semua asyik teringat exam aje. Sampai mimpi pun mimpi pasal exam!


Tak tenteram betul hidup bila time exam.

Walau aku ini agak slow, aku kuat juga berusaha. Tapi nak buat macam mana, belajar macam mana hard sekali pun, tetap macam tu juga. Hehe!

Selalunya bila duduk dekat dewan exam, aku berserah aje. Terasa macam butterfly in the stomach bila kertas soalan ada atas meja! Semua tak kena!

Biasanya perasaan tu akan berlarutan sampailah habis exam! Kalau seminggu exam, seminggulah aku rasa macam tu!

Habis aje exam, rasa lega sangat! Tak boleh nak gambarkan perasaan tu. Tapi itulah perasaan yang paling best sebagai student!

Tapi perasaan yang aku nyatakan dekat atas akan berulang lagi bila time nak dapat result.

Bila dah tengok result, jawapan paling standard aku akan bagi pada diri aku sendiri, janji aku dah cuba buat yang terbaik!

So pada adik-adik yang bakal ambil exam (yang tengah ambil exam dah terlambat!), Along nak bagi tips sikit pasal exam ini hasil dari pengalaman sendiri.

Yang pertama, jangan study last minute! Kira macam kes suicide lah kalau korang buat macam tu

Mula dari awal lagi selamat boleh cover semua! Along dulu suka buat small note yang colourful nak bagi ingat semua yang dah baca.

Minggu terakhir nak exam, jangan sentuh buku sangat. Time tu have some fun sikit. Baca note yang kita dah buat dari awal tu aje.

Kalau korang berterusan study sampai hari exam, korang mungkin akan mengalami "blank" dalam exam yang boleh buat korang meraung!

Malam nak exam, tidur awal dan secukupnya! Nanti mengantuk dalam dewan exam, naya aje! Sebelum pergi exam, breakfast dulu, breakfast penting untuk lebih fokus!

Lastly, berserah pada-Nya! Janji korang tahu yang korang dah buat yang terbaik! Apa sahaja result yang keluar nanti, terima seadanya! Kalau gagal sekali pun, kita bukan gagal untuk selamanya!

Apapun all the best untuk calon-calon peperiksaan SPM batch 2012 especially untuk my belover sister Nor Nabilah a.k.a Annur! We love you

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...