Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja | Mengikut perkiraan, YY bekerja di tempat kerja sekarang belum pun sampai setahun. Tapi apa yang menarik, sepanjang tempoh tak sampai setahun tu, YY telah diberi peluang untuk menghadiri pelbagai jenis latihan berbentuk kemahiran. Sejujurnya YY terasa sangat teruja dan bertuah. Mana kan tidak, sepanjang hampir lebih sedekad mengerah tulang empat kerat mencari rezeki, tempat kerja sekarang merupakan satu-satunya tempat kerja yang memberi peluang kepada YY untuk menghadiri latihan.

Bagi orang yang sudah terbiasa menghadiri latihan, ia mungkin bukan sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Tapi bagi first timer seperti YY, ia sangat mengujakan!

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Bersama rakan sekerja dan trainer yang terlibat

Baru-baru ini YY menghadiri latihan berkaitan khidmat pelanggan selama dua hari di tempat kerja. Terasa seronok sebenarnya, pergi bekerja tapi tak bekerja. Haha!

Khidmat pelanggan bukanlah sesuatu yang asing bagi YY secara peribadi. Sebelum YY bekerja di tempat kerja sekarang, YY memang "mengabdikan" diri dalam bahagian khidmat pelanggan. Cumanya bila bekerja di tempat kerja sekarang, profession YY ditukar sedikit atas faktor desperate. Sekarang YY terlibat dengan sales. Ia sesuatu yang baru, tapi YY suka sebenarnya. Banyak benda baru yang YY belajar setiap hari. Lagipun kerja seperti ini sememangnya YY "dambakan". Haha!

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Tak sah training kalau takde role play kan. Huhu!

Sepanjang dua hari kami menghadiri training yang bertajuk Customer Care Excellent, kami dipimpin oleh Encik Shahrukh Moghal yang merupakan seorang warganegara Pakistan yang menetap di Malaysia. Dia ni katanya ada belasan tahun pengalaman dalam bidang khidmat pelanggan. Even training yang dia kendalikan pun sangat menyeronokkan. Bahasa paling mudah, tak bosan. Dia tahu ke mana hala tuju dia perlu bawa training tersebut. First time pergi training tak rasa mengantuk. Haha!

Well done Mr Shahrukh!

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Aktiviti "Si Buta" ini antara yang menyeronokkan sepanjang training
Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Giliran daku pula jadi "Si Buta"

Sebenarnya bukan latihan tu aje yang mengujakan YY. Peluang dapat beramah mesra dengan rakan sekerja secara peribadi juga pencetus rasa teruja. Bukan senang dapat peluang berborak secara santai dengan rakan sekerja walau kami duduk di dalam department yang sama. Kalau waktu bekerja, memang masing-masing fokus dengan kerja sahaja. So bila ada latihan ni, secara tak langsung YY mengenali mereka dengan lebih dekat. Bila dah borak punya borak, ada jiran taman sebelah rupanya.

Baru hari tu YY tahu. Haru betul. Haha! Tu lah perlunya beramah mesra dengan rakan sekerja. Lagipun dunia kita ni kecil aje. Tak guna sombong tak bertempat. Satu hari nanti kita mungkin perlukan pertolongan mereka.

Pengalaman Menghadiri Latihan Kemahiran di Tempat Kerja
Group discussion yang sangat happening


Apa yang pasti, pengalaman seperti ini memang menyeronok bagi YY secara peribadi. Looking forward untuk menghadiri latihan kemahiran seperti ini in the near future. Banyak benda kita belajar, dan ianya sebenarnya bagus untuk career development. YY dengar cerita akan ada latihan untuk team building tak lama lagi. Tempat yang digambarkan untuk pergi tu, buat YY rasa teruja. So sebelum bersalin ni, kita lanyak segala yang boleh. Nanti dah ada anak kecil, mula bermacam alasan diberikan sebab tak sanggup nak berjauhan dengan si kecil. Huhu!

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY untuk kali ni. Semoga kita berjumpa di lain entry. Kalau korang berpeluang atau terpilih untuk menjalani latihan, pergi aje! Seronok tak seronok, belakang cerita. Yang penting kita belajar benda baru. Itulah yang sebenarnya mengujakan. At least, bagi YY (^_^)

Keajaiban Kejadian Manusia

Keajaiban Kejadian Manusia | Disebabkan kesihatan YY yang sudah semakin stabil, mula terasa nak buat segala benda. Konon dah sihat kan. Hehe. So bebaru ni YY mengemas segala dokumen lama. Time mengemas tu, YY terjumpa keratan akhbar bertarikh 12 Febuari 2004. Tersenyum sendiri YY time dok baca keratan akhbar daripada The Malay Mail ni. Tak sangka naluri keibuan wujud dalam diri YY ketika itu yang kalau dikira baru mencecah 21 tahun. Keratan akhbar yang bertajuk The Miracle of Life tu ternyata menarik minat YY untuk terus menyimpannya sehingga kini.

Keratan akhbar tu sebenarnya merupakan review individu bernama Michael Hanlon mengenai sebuah buku bertajuk A Child Is Born hasil nukilan scientist yang bernama Lennart Nilson dan Lars Hamberger. Apa yang menarik mengenai buku tersebut adalah ia mengandungi pelbagai gambar yang menarik mengenai proses keajaiban seorang manusia sepanjang berada di dalam rahim ibu.

Keajaiban Kejadian Manusia
Keratan akhbar bertajuk The Miracle of Life yang masih YY simpan

Menurut akhbar terbabit, gambar-gambar yang terdapat dalam buku tersebut diambil menggunakan pelbagai terknik bagi menghasilkan gambar yang menarik. Antaranya menggunakan kamera yang sangat kecil yang boleh dimasukkan di dalam jarum bagi mencatatkan perkembangan seseorang bayi dari mula sehingga ia dilahirkan. Menurut penulis review, walaupun buku ini mengandungi semua maklumat mengenai pembentukkan seorang manusia sepanjang tempoh 40 minggu kandungan, "It do not answer the tricky question of exactly when life begin"

Keajaiban Kejadian Manusia
Gambar yang menerangkan keadaan ketika proses conception

Selain gambar, ia juga turut menerangkan secara terperinci apa yang berlaku ketika proses persenyawaan, yang kemudian menjadi zigot, embrio, fetus sehingga kepada kelahiran seorang bayi. Antara yang menarik perhatian YY, ketika trimester kedua dan ketiga, fetus akan menyedut segala kalori, mineral, vitamin dan hormon daripada ibu melalui placenta. Placenta ni kalau tak salah kefahaman YY, uri lah kan?

Keajaiban Kejadian Manusia
Jantung akan mula beating pada hari ke 22 selepas conception

Buku tersebut juga mengatakan yang fetus mampu terus hidup walau lahir pada usia 24 minggu lebih awal atau dalam bahasa biasa kita dengar, kelahiran pra-matang. Ia turut mengatakan yang ia tidak menolak kecanggihan teknologi masa depan mampu menyelamatkan bayi yang dilahirkan lebih awal daripada 24 minggu. Siapa tahu, dengan teknologi dan yang paling penting, kuasa DIA YANG SATU, tiada apa yang mustahil. Seperti yang diceritakan di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 117

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.
Keajaiban Kejadian Manusia
Pada minggu keenam kehamilan dah ada bentuk manusia

Keratan akhbar itu masih YY simpan kerana mengagumi keajaiban kejadian manusia. Setiap gambar yang dikongsikan cukup jelas memperlihat betapa besar kuasa DIA. Malahan kejadian manusia itu cukup jelas diterangkan di dalam ayat-ayat Al-Quran. Antaranya di dalam surah Al-Mu'minun ayat 12 sehingga 14 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Keajaiban Kejadian Manusia
Syahdu bila tengok gambar ni.

13 tahun dulu, ia mungkin angan-angan seorang gadis remaja. Kini setelah kali terakhir YY mengandung kira-kira enam tahun dulu, Alhamdulillah YY sekali lagi diberi peluang untuk merasai pengalaman mengandung. Agak lama YY menanti. Alhamdulillah, rezeki dan YY sangat teruja. Insya ALLAH panjang umur, YY bakal menyambut kelahiran bayi ketiga pada awal tahun depan, YY pohon doa dari kalian semua. Doakan keselamatan YY dan bayi dalam kandungan YY ye (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...